Tuesday, 23 December 2014

Moderate Kelabu Asap : Siapa Sahaja Boleh Menggelarkan Dirinya Apa Sahaja,Tetapi...


Benar. Siapa sahaja boleh menggelarkan dirinya dengan apa sahaja label dan gelaran.

Ayah Pin mengakui dirinya Tuhan Pencipta Segala Agama. Harun Mat Saat, mengakui dirinya Tuhan dan mengembangkan ajaran Tuhan Harun. Abdul Kahar Ahmad, mengakui dirinya sebagai seorang Rasul. Zainah Anwar dan rakan-rakannya mendakwa diri mereka anak-anak tuhan. Keluarga Anwar Ibrahim, menggelarkan dirinya sebagai Anugerah Tuhan. Badrol Amin yang memakaikan dirinya dengan pakaian dan gelaran ustaz, mendakwa Anwar Ibrahim adalah Imam Mahdi.

Adolf Hitler mengakui dirinya pejuang kebebasan. Republik Korea Utara mengakui negara mereka sebuah republik demokratik. Ia dilakukan dengan menamakan negara mereka sebagai Republik Demokratik Korea Utara. Amerika Syarikat sibuk mendakwa diri mereka sebagai pejuang hak kebebasan manusia.

The Star pula mempersembahkan sekumpulan manusia yang perasan diri mereka moderate dan dipromosikan secara perasannya sebagai golongan moderate saban hari di dalam akhbar mereka.

Jadi, benarkah dakwaan mereka semua sepertimana yang disebut di atas. Apakah Ayah Pin dan Harun Mat Saat benar-benar seorang Tuhan sepertimana yang didakwa mereka? 

Benarkah Zainah Anwar dan rakan-rakannya itu manusia yang seharusnya bergelar anak-anak Tuhan sepertimana yang cuba dinyatakan mereka? Dan benarkah semua figura yang cuba diketengahkan secara perasannya oleh The Star sebagai golongan moderate atau ke semua mereka sebenarnya golongan moderate kelabu asap?




Untuk mengenalpasti sama ada apa yang didakwa mereka itu benar sepertimana yang didakwakan mereka, terdapat satu cara yang paling mudah. Saidina Umar al Khatab r.a. pernah berpesan supaya menilai dan menghukum manusia, bukan dengan apa yang diucapkan atau diakui, tetapi manusia dinilai melalui perlakuan dan perbuatan mereka. Setiap pencuri tidak akan mengaku dirinya mencuri. Yang membuatkan seseorang pencuri diyakini sebagai seorang yang benar-benar telah mencuri ialah setelah semua perlakuan dan perbuatannya disiasat dan ditelitikan.

Bangkit.info telah berkali-kali menegaskan, Perlembagaan Persekutuan, Lima Prinsip Rukun Negara dan undang-undang sedia ada sentiasa wajib menjadi kayu ukur bagi menentukan sempadan antara mereka yang bersifat pelampau dan mereka yang sentiasa bertindak sebagai golongan yang bersikap sederhana.

Sebagai contoh, menuntut kalimah Allah digunakan selain daripada Agama  Islam bukan hanya satu tindakan melampau yang dilakukan oleh golongan pelampau, tetapi boleh dikategorikan sebagai kumpulan pelampau yang amat kurang ajar. Ini kerana, Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan syarat, lain-lain agama hanya boleh diamalkan dengan amalan yang mesti bersifat aman damai terhadap Islam. 

Begitu juga memperjuangkan dan mengatakan sistem sekolah vernakular itu sebagai sistem yang dijamin dan dilindungi Perlembagaan. Ia adalah satu perbuatan ekstrem dan melampau kerana Perlembagaan tidak pernah memberi jaminan sedemikian rupa kepada dasar pendidikan vernakular. Tetapi ia tetap dilakukan oleh pertubuhan-pertubuhan Cina dan pemimpin Melayu bernama Cina tempatan. Hairan apabila ia tidak dikecam oleh manusia-manusia moderate kelabu asap yang cuba dipromosikan oleh the Star.

Percubaan menghapuskan sistem syariah, menidakkan kewujudan Perkara 121(1A), mendakwa negara ini sebagai sebuah negara sekular meskipun perkataan itu sendiri tidak pernah wujud di dalam Perlembagaan, mempertikaikan kuasa Raja-Raja Melayu dan sebagainya adalah tindakan-tindakan yang bersifat melampau tetapi secara degilnya terus dilakukan oleh mereka-mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai golongan moderate.

Maka setiap kali membuka the Star dan membaca perkataan moderate digunakan kepada figura-figura yang bergerak membuat tuntutan yang bertentangan dengan Perlembagaan, Prinsip-Prinsip Rukun Negara dan Undang-Undang, maka ketahuilah, apa yang cuba dipaparkan itu adalah golongan moderate kelabu asap. Ya, memang kelabu asap. 

38 comments:

  1. Aku dah lama.boikot thestar. Banyak sangat 'apa lagi cina mahu?' kat situ!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. Bukan hanya perlu boikot the Star, tetapi boikot juga semua produk yang menggunakan The Star sebagai pengiklan produk mrk.

      Kalau mahu baca untuk pemantauan bacalah.Tetapi jangan beli.

      Delete
  2. Salam. Stlah ISA d kuburkn oleh najib pmimpin pasukn sotong yg mnyotong mka tumbuhla dgn brani dn trbuka golongan yg d mksudkn oleh bangkit d atas sprti cndwan yg bracun d bumi Allah ni. Dgn kuasa Allah swt trdedah la puak2 ini yg satu ktika dulu adalh musuh umat islam dlm kain selimut. Smua mrek ini adalah barua2 yahudi dn nasrani untk mroskan aqidh ummah sprti yg Allah swt nyatakn yg mrek tidak akn brdiam diri slagi umat islam tdk ikut milah mrek. Allah swt tlah mncrahkn kpd kta musuh2Nya spaya kta dpt brtndak mnuju sasarn yg bnar. Inilah prtolongn dari Yg Maha Brkuasa untk hmba2Nya yg brtaqwa. Mka kta prlu brhati-hati jgn trprngkp dgn golongn2 dajjal ini dn hndaklh kta mncari jln mnntng mrek sblm mrek brjya mmurtadkn ummah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikummusalam wbt Tuan.

      Ya.. Amat setuju. Benar terdapat satu rahmat yang jelas sedang ditunjukkan Allah selepas ini.

      Semua musang hitam berselimut bulu ayam dalam reban al sotong kini sedang menampilkan true colours mrk masing2. Jika dulu kita hanya dpt mengagak dan menduga, kini kita yakin siapa musang2 ini yang selama ini duduk berpakaian sama dengan kita.

      Alhamdulillah. Inilah Rahmat Allah yg tidak langsung terjangka selama ini. Satu persatu mengeluarkan diri dan menampakkan diri sbg pengikut gerakan dajjal.

      Sama spt yg bakal berlaku di Makkah dan Madinah nanti apabila gempa mengeluarkan pengikut dajjal keluar dari kota Mekah dan Madinah apabila sampai masanya nanti.

      Delete
  3. Inilah hasil yang ditunggu oleh YAB Datok Seri Najib Tun Razak selepas beliau menghapuskan ISA. Saya yakin beliau menyesal tak sudah kerana menghapuskan akta itu setelah melihat Bangsa Cina Malaysia semakin kurang aja. Caranya mudah saja kembalikan dan hidupkan semula akta ISA dan tokok tambah lagi seksyen agar lebih mantap. Jangan benarkan rayuan habeas corpas dan sebagainya. Hapuskan sekolah Cina dan Tamil. Assimilasikan bangsa pendatang secara paksa seperti Indonesia lakukan diawal lagi tidak ada sekolah Cina. Semua bangsa pendatang mesti gunakan nama Melayu. Pecahkan persempadanan pilihan raya melalui komposisi kaum jangan melebehi 25% dalam satu kawasan undi parlimen atau negeri seperti mana yang Singapura lakukan. Ikutlah cara British dengan dasar pecah kemudian perintah. Jangan lagi beri ruang. Bangsa pendatang ini mesti diajar kalau tidak meraka semKin kurang ajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kembalikan ISA dgn kekuatan baru, wujudkan hanya satu aliran sekolah Kebangsaan di Malaysia, persempadanan semula kawasan pilihanraya spt yang tuan cadangkan dgn ikut cara British pecah dan perintah mata kami persetujui.

      Cuma sebelum semua itu dpt dilakukan dgn jayanya, musang berjanggut di dalam selimut pemerintah perlu dihapuskan terlebih dahulu.

      Mrk inilah yg selama ini menyotongkan kerajaan dari dalam kerana terlalu kenyang dan memboyot dgn upah2 pengkhianatan yang mereka terima selama ini.

      Delete
    2. Salam 1Bangang...brader Anon 8.16

      sdra ingat DS Bangang kita menyesal ker dgn tidakan yang telah dibuat selama ini... bahkan saya ingat DS Bangang kita ni lg menyesal sbb tak hapuskan Akta Hasutan lebih awal bersama dangan ISA supaya c#£@i2 sepet akan mengundi BN... pendapat aku celaka lah mana2 Melayu yang memporak peranda Agama Bangsa Negara sendiri tanpa mengira kedudukan mereka ini... kepada ISMA dan PERKASA teruskan perjuangan mu kerana kami Melayu ISLAM akan terus bersama kamu memperjuangkan kedudukan MELAYU ISLAM selagi kamu tidak tergelincir sebagaimana UMNO yang sudah jadi parti bangsat bg orang Melayu sejak 2 pemimpin agung terakhir mereka mentadbir negara...

      Delete
    3. Dari tadi kami kaji cara mahu jawab salam1bangang trsebut, tapi belum berjaya mendapat satu cara terbaik untuk menjawab salam unik terbabit.

      Setuju dgn NGO sedia ada teruskan perjuangan yg telah dijalankan. Persetankan moderate kelabu asap. Bukan mrk faham pun maksud moderate sebenar.

      Delete
  4. 'The Star' adalah golongan Dajjal bertopengkan perkataan 'Moderate'

    Aku langsung tak sentuh 'The Star'.

    Golongan 'Moderate' adalah golongan bangsat yang mahukan:-

    JUDI
    ARAK
    LGBT
    PLURALISME
    HENDONISME

    Mereka adalah golongan yang didokongi bangsa(t) pendatang yang sedang berkempen mengikut acuan Zionis yang mana akan merosakkan jati diri umat Islam.

    MODERATE <> MORALITY
    MODERATE = STUPIDITY

    Hanya pemimpin pemimpin bangsa(t)ku sahaja yang leka dan lalai tidak nampak benda yang nyata di depan mata mereka.

    PAS=UMNO=PKR=Penjilat tegar Tuan Tuan CIna First Class Citizens DAP/MCA/GERAKAN

    PEMIMPIN BANGSAT
    MELAYU MEREMPAT
    ISLAM TERJERAT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Golongan 'Moderate' adalah golongan bangsat yang mahukan:-

      JUDI
      ARAK
      LGBT
      PLURALISME
      HEDONISME

      Meneliti Dari segi hujah,perlakuan dan perjuangan mereka, bagaimana mungkin kami tidak bersetuju dgn pandangan tuan. Ianya tepat dan tidak tersasar. Itulah mrk yg sebenarnya.

      Delete
  5. Gagasan pemikiran si najib liberal ini amat bahaya untuk Islam,bangsa Melayu dan negara.Mamat ini sepatutnya turun sebelum PAU yang baru lepas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Spoil bangsawan mana mungkin tahu rakyat sedang menahan apa..
      Tgk sj bila rakyat tak terusus dipasong masalah banjir, dia masih lagi dgn score politik di padang bola.

      Delete
    2. Tengok macam mana geng2 penjilat Mr Bangang nk khairuddin diambil tindakan sebab dahulukan isu rakyat marhaen.

      1MDB kata duit bukan duit kerajaan tapi independently raised tp kalau bankrap esok rakyat Malaysia kena tanggung ke Najib ngan Jho Low nk tanggung?

      Delete
  6. Terima Kasih Allah sebab jauhkan Musa Hitam dr jawatan Perdana Menteri. Terima kasih Allah kerana masih melimpahkan kasih sayang ke atas kami dengan turut jauhkan Anwar Ibrahim dari jawatan Perdana Menteri. Ya Allah teruslah mengasihani kami walaupun kami banyak berdosa. Maafkan kami, ampuni dosa kami dan jgn biarkan kami diperintah oleh mrk2 yg letakkan agama kami sebagai bahan sendaan, cacian, pembulian dan ditekan dr segenap arah. Amin.

    ReplyDelete
  7. Musa Hitam butthurt sebab kalah ngan Tun M!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul punya sakit hati sampai lepas 30 tahunpun Musa masih sakit ditempat yg sama...

      Delete
  8. Anon 10.48
    Amin amin amin ya robbal a'lamin.

    ReplyDelete
  9. Sdra SDra BANGKIT.
    Saya sokong sepenuh nya!
    Tun Dor buka semua pintu.
    Clueless bagi master key dan kunci duplikate kapada tongkang turun.
    Clueless Bapak Moderation, dan beri ucapan merata dunia dan PBB agar ikut clueless moderation.
    Konon nya moderation akan padam kan semua masaalah.
    Ucapan di PBB ada 6 kerat aja yang dengar.
    Ayam sambung, ayam didik Saiffudin jadi GMM CEO,NGO yang yang dapat sokongan penuh Ah Pek Wong chun wai yang sangat sangat amat berdendam dengan bangsa Melayu dan Islam..
    Akhbar STAR tuju kan moderation kapada cina cristian English spikers sahaja .memberi gambaran STAR MODERATES dan ENGLISH SPIKERS akan di pinggirkan OLIh CLUELESS.MCA sen lantang menjagohi MODERATION konon.
    Saya kata kapada mereka sesmua GMM Moderates,Wong,STAR,MCA: KAMU adalah extremist yang macam pisang.kulit kuning,isi putih.
    CLUELESS adalah anglophile terulong sekali dalam kumpulan moderate ,di apit oli Wong danTan Sri PHeng,sahabat perniagaan baik kerabat negeris CLUELESS.

    Dengan latar belakang macam ini, sudah tentu 25 orang pisang dapat sokongan dari kaum tongkang turun.
    Ah Jib Gor sudah clueless ,lagi bangang moderate.
    Tarikh luput AH JIB pada bulan Mac 2013.
    Reseb BNM sudah turun kapada kurang 394billionRM,.
    Ah Jib rasa dia hebat lagi.
    Saya sokong seruan Syed Rosli
    arjuna waspada
    changkat lobak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. Memang tepat puncanya bermula pada era Tingkat empat menjadi punahsihat Mantan PM. Legasi clueless diturunkan kepada PM sekarang yg berkaliganda clueless.

      Tp diberikan pilihan antara clueless disebelah sini dan useless di sebelah sana, rasanya lebih mudah untuk membetulkan yg clueless daripada memberikan negara kepada golongan useless.

      Delete
  10. Replies
    1. Spot on.. excellent article Tuan Grandmarquis..
      Couldn’t agree more with the article above.
      Some has said that Islam focus on being (وسط) ‘balanced’, not moderate.
      The extreme leftish path of those kelabu asap moderates the Star has been promoting is the same path that the Prophet has warned us about, the straight path to the lubang biawak.

      Delete
    2. Well said Ben!

      Delete
  11. Dulu aku peminat paper The Star. Mesti beli hmpir tiap minggu atau tiap hari. Skrg ni...tidak lgi. Kalau nk paper bhs inggeris..aku beli NST je. Yg jdi cmtu...sbb ade sekali die paparkn gmbr seseorg dgn tatoo kalimah Allah kt badan. Gmbr tu pulak bkn artikel mecemuh individu tu...tpi mcm individu tu bagus la. Saat tu aku dh x beli dh. X rugi ape pn aku. Dieorg makin kurang ajar...langsung xpedulikn sensitiviti org islam. So...go to hell la the star

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan Salleh.. Saya juga, sudah bertahun berhenti membeli The Star semenjak ia mnjadi pusat ternakan golongan penulis dan pembiaya anti Islam di dalamnya.

      Delete
    2. NST lg balanced. Aku suka baca bhgn. Opinion-tak anti kerajaan buta tuli mcm star dll. akhbar Inggeris.

      Delete
    3. Jika perbandingan dibuat secara relatif, ya, kami bersetuju dengan pendapat Tuan Hamba Allah 20:36

      Delete
  12. Tuan Ben,apa yang saya perhatikan bangsa cina mengikut taktik yahudi menanam label rasis kepada orang melayu yang pertahankan hak mereka,menguar-uarkan didiskriminasi,bangsa kelas ke 2 dan ia berjaya.Pemimpin melayu yang Ada sekarang ni semua takut untuk bercakap tentang melayu takut digelar rasis.Ini membuat bertambah pening,pening mencari jawapan siapakah pemimpin melayu bernama cina tempatan pun masih belum surut.Boleh tuan Ben bagi clue sikit siapakah dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cluenya mudah..

      Pemimpin ni kalau bercakap dengan audiensnya orang Melayu, dia akan memanjangkan suku terakhir ayatnya dengan intonasi yang panjang. Seolah2 dia menganggap dia sedang bercakap dgn kumpulan manusia IQ rendah,lembam tiada daya intelektual,mudah diperbodohkan dan sebagainya. Beliau tidak pernah mengambil serius apa yg Melayu mahu dan kita boleh melihat melalui cara intonasi beliau bercakap dgn audiens Melayu dan cara bagaimana beliau melayan 1st class citizen Cina yg lain. Beliau hanya mahu mendengar suara hati org Melayu bilka orang Melayu mula mahu mengamuk terhadap kepimpinannya.
      Rasanya clue ni tak susah utk tuan kenal siapa dia yang kami maksudkan dgn Pemimpin Melayu bernama cina trsebut.

      Delete
    2. Dia ni BANGANG! Clue ke-2

      Delete
    3. Tq tuan Ben,rasanya dapat dah siapa yang digambarkan....saya peminat bini dia no 1.

      Delete
    4. Biar dia bangangkan gol yg dia tidak suka Tuan 20:38, biarkan dia.. kita tak perlu menjadi serendah dia dalam berakhlak..

      clue kedua tu terlalu ganas utk dikategorikan ttp sgt membantu untuk mana2 yg masih belum dapat menangkap siapa dia yang kami cuba rujuk..

      Delete
    5. Tuan Hamba Allah20:45.. sama2..

      Delete
  13. Sapa lg klau bkn pmimpin stong yg mnyotong. Sy yakin tk silap sy kta pmimpin sotong. Bkn gitu Ben ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya tuan.. terlalu menyotong sampai perlu dikejutkan dgn ugutan undi Melayu akan beralih.. baharulah sotong terkincitkan dakwatnya tempohari..

      Delete
  14. Ben, si LIBERAL-KEPARAT Islam-Melayu yg. MENYAMAQ sbg. MODERAT boleh pi BERAMBOS dari NEGARA ISLAM, pusaka nenek moyang berzaman kita ni! Depa ni sebenaqnya manusia DAJAL yg. paling BODOH dan ANGKUH!

    Yg. lawaknya tu tapi amat TRAGIS, depa ingat depa lebih pandai dari ALLAH SWT dan Rasulullah SAW! Depa ni jenis manusia berhati BINATANG BUAS yg. sebenaqnya bertuhankan falsafah Barat-Zionis yg. amat individualistik dan materialistik "I am what I am" - bertentangan dgn. falsafah Islam "I am what I can be" berdasarkan hukum-hukum dan perintah ALLAH SWT!

    Nek Tempoyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju Nek.. Untungnya sekarang ni sebab depa dok tgh menonjolkan diri keluar dari selimut seorang demi seorang..

      Tp malangnya pemerintah masih takut utk ambil tindakan atas depa..

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.