Friday, 5 December 2014

MMA Sepatutnya Turut Membantu Merawat Barah Masyarakat Bukan Membiarkannya daripada Menular

Kami menulis penulisan ini setelah membaca kenyataan syok sendiri sebahagian kepimpinan MMA untuk bertindak secara unilateral untuk memastikan mana-mana pengamal perubatan yang membantu menjalankan hukuman had di bawah undang-undang Islam, dibatalkan pendaftaran dan lesen amalan mereka. Kenyataan itu boleh dibaca pada pautan ini.



Setiap yang mempunyai keluarga berpenyakit kencing manis tahu, apabila dibawakan kes anggota badan mereput kepada mana-mana hospital kerajaan, hanya satu baris ayat yang akan diberikan sebagai jawapan remedi. “Potong Anggota Tersebut Sebelum Memudaratkan Anggota Lain”.

Kes ragut, samun, kecurian dan rompakan kerap kali melibatkan mangsa-mangsa yang dicederakan oleh tangan-tangan yang memudaratkan anggota-anggota masyarakat yang tidak berdosa. Sudah kerap kali kita dihidangkan dengan berita kes-kes ragut yang menyebabkan ramai anggota masyarakat yang tidak berdosa terbunuh. Mereka tidak pernah peduli tentang keselamatan orang awam. Kecanduan mereka terhadap thrill merompak, menyebabkan mereka tidak pernah berfikir tentang risiko yang mereka akibatkan kepada mangsa mereka.

Adalah terlalu bodoh untuk menganggap semua manusia itu sama. Bukan semua manusia yang mempunyai kecenderungan melakukan jenayah mampu berubah dengan keinsafan sendiri. 

Juga, bukan semua manusia yang mempunyai kecenderungan melakukan jenayah mampu berubah dengan hanya diberikan nasihat.

Begitu juga, bukan semua manusia yang mempunyai kecenderungan melakukan jenayah mampu berubah dengan hukuman ringan. Apabila kecanduan untuk melakukan semua itu tidak mengundang perubahan, maka hukuman yang boleh menghentikan semua ini perlu dijalankan.

Bukan semudah itu untuk seorang pencuri dihukum dengan hukuman had. Ia mempunyai syarat-syarat pembuktian, persaksian ketat. Semua sistem kehidupan masyarakat, perkara yang mendorong perbuatan mencuri, keadaan hidup dan ilmu pengetahuan pencuri, tindakan-tindakan provokatif mangsa sehingga mengundang rasa mahu mencuri, nilai curian dan sebagainya akan diambilkira.

Kerap kalinya, apabila hukuman had itu di dapati selayaknya dihukum pada pencuri tersebut, maka pencuri tersebut memang melakukannya dengan sengaja, tanpa ada keperluan untuknya berbuat demikian.

Kita bersungut apabila terlalu banyak korban dalam kes-kes ragut dipaparkan di dalam media massa. Para doktor dan kaki tangan di pusat-pusat perubatan kerajaan bersungut kerana bebanan tugas mereka sentiasa bertambah dari masa ke semasa.

Seorang peragut tidak hanya meragut sekali untuk seumur hidupnya dan kemudiannya bertaubat. Mereka akan terus meragut sehingga aktiviti mereka disekat oleh undang-undang. Jika hukumannya ringan dan mereka lepas bebas tidak lama sesudah itu, mereka akan kembali melakukannya tanpa rasa serik kerana hukuman tidak setimpal dengan apa yang mereka telah lakukan. Berapa banyak lagikah mangsa-mangsa ragut yang akan terbunuh dan tercedera sehingga peragut-peragut ini ‘diberhentikan’ kecenderungan perbuatan mereka?

Berapa Ramai Lagi Akan Menjadi Mangsa Kepada Jenayah Yang Berleluasa Ini?










Apakah MMA lebih berminat melihat barah dalam masyarakat ini terus merebak dan mencederakan serta memudaratkan anggota masyarakat lainnya? 

Atau MMA juga terjangkit dengan penyakit Islamufobia seperti pertubuhan-pertubuhan lainnya? 

Kami ingin mengingatkan sekali lagi kepada semua, AGAMA BAGI PERSEKUTUAN ini ialah Agama Islam. Ia termaktub dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan. Jika tidak mampu berfikir dan berkhidmat selari dengan semangat Perlembagaan, maka layakkah MAA menggunakan nama Malaysia di dalam pertubuhannya?

Bukankah Kod Etika MMA juga memberi penekanan kepada menghormati prinsip Rukun Negara dengan secara khusus merujuk kepada Rukun Negara yang Pertama iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan?



Tuhan yang mana satu di dalam amalan beragama di dalam negara ini dirujuk dalam bentuk tunggal atau mufrad atau singular? Hanya Allah satu-satunya Tuhan yang dirujuk dan disembah sebagai Tuhan Yang Maha Esa.

Begitu juga dengan prinsip Keluhuran Perlembagaan di dalam Rukun Negara. Jika ini tidak dihormati dengan jelas oleh MAA, maka seharusnya mereka memeriksa kembali semua kenyataan-kenyataan mereka yang menyalahi tuntutan Perlembagaan yang menyatakan Islam adalah Agama Negara.



4 comments:

  1. Musuh Islam tidak pernah letih dan jemu untuk menentang Islam. Lepas satu-satu orang perseorangan atau pertubuhan menyatakan penentangan secara terbuka. Yang terbaru MMA. Nampaknya perjuangan NGI kena lebih sofistikated lagi.

    ReplyDelete
  2. Wow. MAA pun join sekaki nampak?

    ReplyDelete
  3. ISLAM VS THE OTHERS

    every single bit of the others

    ReplyDelete
  4. Siapa mma ? Adakah ia lbih brkuasa dr krjan yg mmerintah ? Adakah ia berkuasa mnolk pkra 3 (1) prlmbgan ! Krjan mmrintah boleh bubr pndftrnnya krna brcngah dgn prlmbgan. Ni la smua agen yahudi yg brda dlm smua bdn yg sdng mnyusun mnntang agama islam. Mrek tidak snang slagi syariat islam tdak d musnhkn. Ageda mrek trsusun dn brtrusan tp mrek lupa atau jahil krana pngawal agama Allah adaIah IA sndiri.

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.