Wednesday, 10 December 2014

MENGIKIS KETAKSUBAN IDEOLOGI “HUMAN-RIGHTISM” SEMPENA HARI HAK ASASI MANUSIA?


Menjelang 10 Disember yang merupakan Hari Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pelbagai kecaman ditujukan kepada Kerajaan Malaysia dengan menggambarkan seolah-olah keadaan hak asasi manusia di negara ini begitu teruk sekali. Antara yang mengecam dari luar negara dengan bahasa menyindir termasuklah Naib Presiden AS dan Dutanya ke Malaysia sendiri. Mereka mengambil kesempatan dari isu Akta Hasutan dan Kes Anwar Ibrahim bagi mendakwa Kerajaan gagal melaksanakan tuntutan hak asasi manusia.  Di dalam negara pula, pembangkang khususnya DAP, portal akhbar internet seperti Malaysiakini dan Malaysian Insider, NGO seperti Majlis Peguam dan SUARAM menghentam Kerajaan sebagai memiliki rekod buruk perlanggaran hak asasi manusia. Badan-badan yang ditubuhkan oleh Kerajaan seperti SUHAKAM dan GMM juga tidak ketinggalan untuk tumpang sekaki memperlekehkan keadaan hak asasi manusia di negara sendiri.

Kesemua mereka sepakat bahawa Kerajaan Malaysia gagal dalam memenuhi tuntutan Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat atau lebih dikenali sebagai UDHR (Universal Declaration of Human Rights) yang pada sangkaan mereka “universal” iaitu sesuai pada semua zaman dan lingkungan. Malah ada di kalangan mereka yang tanpa segan-segan mengatakan bahawa UDHR itu bersifat neutral dan tidak berasas dari nilai-nilai Barat. Sikap tidak kritikal dan memutlakkan UDHR sebagai satu-satunya cara kefahaman dan pengamalan hak asasi manusia tanpa soal inilah yang akhirnya menjadikan ianya tidak lebih sebagai satu bentuk ideologi yang dinamakan “human-rightism”. Dalam ertikata yang lain agenda perjuangan hak asasi manusia ketika ini telah menjadi satu “ism” baru iaitu “human-rightism” sama seperti “communism”, “secularism”, “liberalism”, “pluralism”, dan seumpamanya.

Ketaksuban kepada ideologi atau “ism”, “human-rightism” ini menjadi lebih menyerlah bila penganut-penganutnya mendesak supaya semua manusia di dunia menerima UDHR yang digagaskan pada tahun 1948 itu sebagai manifesto hak asasi manusia sejagat.  Umpama mantra yang telah sebati dalam diri mereka, mereka enggan untuk merefleksi dan meneliti lebih lanjut asal-usul, latarbelakang dan kandungan UDHR itu sendiri. Secara tidak disedari penganut-penganut “human-rightism” telah mengangkat UDHR menjadi “kitab agama baru” yang menjadi rujukan mutlak mereka. Para pengkaji antropologi dan sosiologi akan dengan mudahnya menyaksikan timbul fenomena “cultism – agama baru” dalam bentuk ketaksuban yang ditunjukkan oleh penganut-penganut “human-rightism” terhadap UDHR itu sendiri. Umpama “suhuf-suhuf kitab suci agama”, UDHR menjadi teks induk hak asasi manusia sebelum diturunkan pula “kovenan-kovenan” hak asasi yang lain yang lebih khusus. Penganut-penganut “human-rightism” begitu taksub memaksa semua manusia mematuhi “kovenan-kovenan” hak asasi manusia dan kalau dilanggar segera mereka di “name and shame”kan penganut-penganut “human-rightism”.

Pengkaji sejarah peradaban kemanusiaan, khususnya sejarah peradaban Barat Moden akan dapat mengesan bahawa UDHR adalah inisiatif pasca-Perang Dunia ke 2 antara negara-negara yang telah mencetuskan perang itu sendiri untuk mewujudkan keamanan dunia selepas merasai kepahitan dan kezaliman “Nazism” atau “Fascism”.  UDHR tidak lebih dari cubaan manusia-manusia Barat Moden sekular untuk mewujudkan kehidupan yang lebih selamat dan terhormat.  Bagaimanapun berdasarkan pengalaman peradaban Barat Krisitian yang menolak agama mereka tetap enggan untuk menerima hakikat bahawa agama, etika dan budaya penting dan perlu dalam memandu kehidupan manusia. Dan dari pengalaman dan sikap inilah mereka cuba membina kehidupan baru selepas Perang Dunia ke 2 yang dimanifestasikan pada UDHR. Sekiranya penganut-penganut “human-rightism” ini adalah dikalangan masyarakat Barat yang sememangnya telah dijauhi dari agama mengangkat UDHR sebagai “kitab agama baru” dalam usaha membina hidup yang lebih selamat dan terhormat ia boleh difahami. Bagaimanapun jika UDHR dan “kovenan-kovenan”nya menjadi “kitab agama baru” bagi masyarakat seperti di Malaysia yang sedia menganut agama-agama besar seperti Islam, Buddha, Hindu dan Kristian tanpa pernah melalui pengalaman keagamaan peradaban Barat Kristian ini adalah perkara yang amat malang.

Perkara ini sepatutnya menjadi lebih jelas lagi misalnya betapa Islam dan umatnya dengan berani mencabar kewibawaan “kitab agama baru” UDHR ideologi “human-rightism” ini dengan Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Islam yang lebih dikenali dengan “Cairo Declaration” pada tahun 1990. Sudah tentulah pengikut-pengikut “kitab agama baru“ UDHR ideologi “human-rightism” akan menolak Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Islam di Kaherah itu dan berasa gusar dengan usaha-usaha umat Islam untuk menjadikan agama mereka sebagai teras kepada pengungkapan kefahaman dan penghayatan hak asasi manusia. Islam sebagai sebuah agama besar manusia masih berupaya mencabar dan menggugah dogma dan doktrin hak asasi manusia ideologi “human-rightism” sedangkan agama-agama besar lain seperti Kristian, Hindu dan Buddha seolah-olah pasrah ditelan “kitab agama baru” UDHR ideologi “human-rightism” ini.

Justeru sempena Hari Hak Asasi Manusia PBB ini, kita menyeru mereka yang menjadi penganut-penganut “human-rightism” yang berada dalam negara ini supaya lebih “tercerah” (enlightened), kritikal, kreatif dan inovatif dalam menanggapi isu hak asasi manusia ini khususnya berkaitan dengan peranan agama, etika dan budaya. Kita tidak sekali-kali mengatakan bahawa keadaan hak asasi manusia di Malaysia sudah sempurna malah menegaskan banyak perkara yang perlu kita lakukan demi meningkatkan prestasi hak asasi manusia di negara ini. Bagaimanapun sekadar menjadi pengikut-pengikut yang naïve lagi taksub dengan ideologi “human-rightism” dengan UDHR sebagai “kitab agama baru” juga tidak akan membawa kita kemana-mana dalam memartabatkan hakikat kemuliaan insan seperti yang diidamkan oleh semua pejuang hak asasi manusia. Agama-agama besar seperti Islam, Kristian, Hindu dan Buddha bukanlah penyebab berlakunya Perang Dunia Pertama dan Kedua seperti yang sering dimomokkan pentaksub UDHR dan sering dijadikan alasan bodoh pejuang UDHR untuk memutlakkan manifesto UDHR tanpa agama, etika dan budaya tersebut. Malah dengan menjadikan pengalaman manusia sekular Barat moden yang membuang agama, etika dan budaya itu sebagai mantra dan manifesto hak asasi manusia kita sekadar mengundang keruntuhan moral dan kehampaan spiritual yang parah ke dalam masyarakat dan negara yang subur kehidupan beragamanya seperti Malaysia. Justeru fenomena ketaksuban kepada ideologi “human-rightism” inilah yang patut kita renungkan sempena hari hak asasi sedunia pada 10 Disember ini.



DR AMRAN MUHAMMAD

CENTRE FOR HUMAN RIGHTS RESEARCH AND ADVOCACY (CENTHRA)

3 comments:

  1. Si PENGGANAS Kristian-Yahudi Barat-ISrael boleh pula asyik MENJAJAH/MEROMPAK Dunia Islam dan MEMBUNUH umatnya dlm. GENOSID yg. berterusan, termasuk di Palestin, Iraq, Syria, Afghanistan, Nigeria, Mali, Kenya, Somalia dsbnya! Dasar si HIPOKRIT-puak-syaitan termasuk UN/ICC-ICJ dsbnya yg. disyaki diKUASAI si Barat- ZIONIS!!

    Lagipun, di Jerman (yg. mana rejimnya baru dilantuk mengetuai “UN Human Rights Council“), Islam/umatnya makin dibenci dan didiskriminasi, serta anak-anak muda Islam dirosakkan dengan perancangan teliti, budaya Islam mereka, terutamanya melalui sistem pendidikan, dan media-massa yang amat bebas, termasuk yang mempromosi cara hidup homoseksualiti, meminum arak, berjudi, hubungan seks bebas dan pornografi (termasuk di stesyen biasa TV contohnya stesyen sukan, selepas tengah malam).

    Bahkan, umat Islam di Jerman, tidak dibenarkan mengadakan Bazaar Ramadhan walau sehari dan hanya di Berlin, dan tiada hari cuti rasmi untuk Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha yang suci, kecuali di Hamburg. Bahkan wanita Islam bertudung tidak dibenarkan bekerja sebagai guru mahupun dalam JPA Jerman.

    Namun, NGO-NGO Jerman yang hipokrit seperti Konrad Adeneur, Neuman Stiftung Foundation, Yayasan Kristian Jerman dsbnya amat aktif di Malaysia, mahu pula memperjuangkan hak asasi “kesaman-kebebasan”untuk Bukan Islam di Negara Islam Malaysia kita ini - lihat di http://pondokhabib.wordpress.com/2010/05/12/jejak-jejak-islam-liberal-serta-cabarannya-terhadap-umat-islam-di-malaysia/ , JEJAK-JEJAK ISLAM LIBERAL SERTA CABARANNYA TERHADAP UMAT ISLAM DI MALAYSIA, Posted on May 10, 2010 by penulis_cyber; dan di http://mediawangsamaju.blogspot.com/2011/05/ifc-dalang-gerakan-kristianisasi.html , IFC ... DALANG GERAKAN KRISTIANISASI MALAYSIA.

    Dan lebih dari 300 serangan ke atas MASJID-MASJID serta umat Islam di Jerman - tapi 88% kes tak diselesaikan pun oleh POLIS mahupun PERISIKnya yg. disyaki dikuasai ejen NAZI/ZIONIS-anti Islam- lihat di http://www.islamophobiawatch.co.uk/turkish-parliament-report-88-of-attacks-on-german-mosques-unsolved/#more-38818 , Turkish Parliament report: 88% of attacks on German mosques unsolved, Posted on November 20, 2014 by Bob Pitt , Today’s Zaman, 2014!

    Dan lihat ini di mana disyaki puak PERISIK Jerman BEKERJASAMA dgn. puak NAZI-anti Islam untuk MEMBUNUH lebih kurang 10 orang, yg. MAJORITI usahawan Turki-Islam - di http://www.wsws.org/en/articles/2013/11/14/nsu-n14.html, New evidence points to German secret service collaboration with far-right NSU, By Christoph Dreier , 14 November 2013!

    Nenek TUA Sambal Petai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nenek Tua..

      Ini yang dirujuk peribahasa Melayu, Kokok berderai2 ekor bergelumang tahi. Mrk sendiri tidak hormat hak asasi, ada hati mahu kita yang selama ini menghormatinya melakukan dengan melebihi had hak asasi yang sepatutnya.

      Delete
  2. Kebangkitan neo Nazi semakin menjadi-jadi di Eropah. Ukraine dan Perancis juga sedang melihat fenomena ini dan mangsa mereka kini ialah umat Islam.

    Amerika Syarikat, bapa polis dunia hanya tutup mata kerana kebencian mendalam terhadap polity Islam.

    Mungkin kita boleh tanya Farish A Noor tentang pengalamannya di Leiden dengan remaja neo Nazi?!

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.