Wednesday, 10 December 2014

Majoriti (91%) Dari Sistem Demokrasi Telah Bersuara. BUBAR MKPN!

Semalam, blogger Helen Ang telah menutup pintu undian. Subjeknya, beliau menanyakan pendapat warga Malaysia berbilang kaum sama ada MKPN harus dibubarkan atau dikekalkan.


Keputusan pengundian tersebut, dipaparkan juga oleh blog milik Tuan A Karim Omar semalam. Keputusannya, 91% daripada mereka yang menjalankan hak untuk mengundi, tanpa disekat dengan alasan-alasan tahyul, mistik dan berbau mitos seperti yang berlaku di Bar Council, mengundi untuk BERTEGAS mahukan MKPN, sebuah majlis tiada beban batu digalas, DIBUBARKAN segera.

Kami pasukan gerak kerja di Bangkit, termasuk Pengerusi gerak kerja kami, Ustaz Hafiz Mohamed Nordin, telah sejak dari awal menekankan bahawa MPKN tidak membawa sebarang bentuk kebaikan kepada keharmonian negara. Klik sini untuk ke semua penulisan dan tuntutan kami mengenai MKPN/NUCC.

MKPN sebuah pertubuhan yang dilihat telah mengkhianati amanah yang pernah diberikan Perdana Menteri, dengan membenarkan pintu belakang mereka digunakan oleh pihak-pihak pengacau keharmonian negara untuk melampiaskan nafsu serakah luar tabie keharmonian mereka dengan mencadangkan deraf Rang Undang-Undang Harmoni mereka.


http://www.bangkit.info/2014/07/bongkar-ruu-harmoni-memang-di-deraf.html

Deraf Undang-Undang Harmoni yang disediakan oleh Bar Council melalui kerjasama yang diberikan Syahredzan Johan Jaafar, anak Pengerusi Media Prima Berhad, telah dikatakan oleh Dato' Seri Najib sendiri sebagai satu tindakan memandai-mandai menjemput campurtangan luar dalam sesuatu yang penting kepada keharmonian negara.

Kami sejak dari awal telah menuntut supaya MKPN dibubarkan segera sebelum ianya menjadi barah yang bakal mengakibatkan negara tercampak kepada satu lagi bentuk pergaduhan kaum dan antara agama berikutan cadangan-cadangan luar tabie keharmonian yang dicadangkan melalui pintu belakang mereka.

Majoriti sedang bersuara. Suara itu sedang berkembang dengan deras. Gelombang menuntut MKPN dibubarkan sedang marak. Apakah perlu tunggu sehingga PAU tahun hadapan, baharulah pengumuman membubarkan MKPN mahu diumumkan?

Tidak perlu takut dengan Amerika. Demokrasi ialah anutan mereka. Mereka sanggup membunuh dan mengebom berjuta-juta manusia untuk menyampaikan demokrasi anutan mereka ini. Apabila 91% mengundi untuk menyuarakan rasa mereka untuk menuntut MKPN  dibubarkan, yakinlah, apa sahaja yang melebihi 51% dalam mana-mana sistem demokrasi, maka ianya ialah keputusan yang harus diterima sebagai keputusan yang selaras dengan anutan Tokong Demokrasi Amerika.

SEPILIS Tekun Mendengar Tokong Berfirman
Tokong Demokrasi sembahan golongan liberal dalam negara pasti akan memberikan restunya dengan 91% keputusan ini. Jika mereka tidak bersetuju, suruh mereka diam dan pergi berambus. Selesaikan masalah-masalah perkauman mereka sendiri sebelum sibuk mahu mengajar orang lain cara menguruskan negara. Cakap tidak serupa bikin. Berkokok demokrasi berderai-derai, tapi ekor bergelumang tahi.

Uncle Sam dan golongan liberal penyembah tokong demokrasi Uncle Sam harus ingat, Melayu sudah bergelar Empayar 1,000 tahun sebelum perkataan Amerika itu sendiri wujud. Jangan kurang ajar dengan pembina empayar yang lebih tua. Budak-budak hingusan seperti Amerika dalam hal kenegaraan dan pembina ketamadunan mesti belajar untuk menutup mulut ketika diri sendiri penuh kekurangan.

MKPN harus segera dibubarkan. Majoriti telah menyokong pemerintah, masa untuk pemerintah membalas kepercayaan majoriti dalam sistem demokrasi.

http://www.bangkit.info/2014/09/nucc-projek-gajah-putih-gergasi-najib.html



4 comments:

  1. Tepat sekali! Masalahnya sudikah PM bangang kita mendengarnya?

    Mahukah Punahsihat2nya yang berbillion mahalnya itu sanggup tidak membiarkan Si Luncai terjun dengan 1MDBnya?!

    Musang Berjanggut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sifir majoritinya dihitung menggunakan aksara Cina. Jadi, kita tidak akan faham sepenuhnya apa yang beliau tafsir sebagai majoriti. Yang kita faham, lebih 51% adalah majoriti yg mudah. Sistem demokrasi ialah sistem yg bergerak atas dasar yang ditentukan majoriti. Entahlah, mahu dengar atau tidak, itu terpulang kepada minatnya untuk memimpin negara sampai bila?

      Delete
  2. Demokrasi dan suara rakyat hanya di dengari sekiranya ianya datang dari kalangan bangsa(t) cina.

    Apabila Melayu dan suara majoriti bersuara, pemimpin pemimpin bangsa(t) kita akan menggunakan kuasa VETO mereka agar hati rakan rakan kongsi Ali Baba mereka tidak terluka.

    UMNO=PAS=PKR=Penjilat Tuan Cina Cina DAP/MCA/GERAKAN

    PEMIMPIN BANGSAT
    MELAYU MEREMPAT
    ISLAM TERJERAT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. Nampak gayanya kita sedang berada di dalam sebuah negara yang mengamalkan Demokrasi Alibaba.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.