Saturday, 13 December 2014

Lim Guan Eng Melampaui Batas Dan Bersikap Kurang Ajar Terhadap Islam

Nama Allah bukan hak milik Lim Guan Eng untuk diberikan kepada sesiapa sahaja untuk menggunakannya. Lim Guan Eng, tolong jangan terlalu kurang ajar. Jika bapanya terkenal sebagai salah seorang yang mencetuskan peristiwa besar dalam negara satu ketika dahulu, jangan berangan-angan rekod tersebut boleh di atasi oleh dia, seorang pemimpin lembik, lemah dan hanya berjaya melembabkan ekonomi Pulau Pinang sepertinya.

Nama Allah juga bukan bahan dagangan politik untuk di dalam PAS yang mengangkat seorang tokoh Liberal sebagai pemimpin Pakatan Mereka. PAS sudah menjadi jenazah politik sepenuhnya. Jika PAS tidak bangun memperbetulkan Lim Guan Eng yang kini sedang berkelakuan biadab terhadap agama ini, maka adalah lebih baik didoakan supaya PAS hancur dan dikebumikan Allah sehingga kiamat.



Jika mereka-mereka yang mendakwa diri sebagai pejuang Islam di dalam PAS ingat taktik memperkosa kalimah Allah akan membangkitkan kemarahan umat Islam awam terhadap pihak berkuasa dan pemerintah, mereka harus ingat bahawa kami tidak sebodoh itu untuk membaca taktik-taktik politik lorong belakang dirangka agen-agen pemuja peliwat terkenal negara.

Setiap kali Lim Guan Eng dan orang-orang Kafir di dalam Pakatan Rakyat mempersoalkan setiap seuatu tentang Islam, maka PAS lah yang akan kami pertanggungjawabkan. Ini kerana sejak dari tahun 2008, PAS telah mendabik dada bahawa mereka pasti akan berjaya membawa DAP dan Lim Guan Eng lebih dekat kepada Islam.

Ya, kita tidak nafikan memang PAS berjaya membawa DAP dan Lim Guan Eng dekat kepada Islam. Tetapi dekat mereka bukan dalam erti kata dekat yang positif. Dekatnya DAP dan Lim Guan Eng kepada Islam ialah dalam bentuk pendekatan yang berkali ganda lebih kurang ajar berbanding sikap mereka terdahulu yang lebih berminat untuk diam daripada menyentuh isu-isu membabitkan Islam.

Sampai bila PAS mahu menjadi jenazah politik perjuangan Islam. Apakah ruh perjuangan Islam dalam PAS telah mati sama sekali? Apakah sebenarnya, PAS yang berjaya diubah oleh DAP berbanding DAP diubah oleh PAS. Semua orang tahu jawapannya.

Jadi, apa yang orang Islam buat dan perlu buat dalam keadaan ini?

Daripada Abu Said al Kahudri r.a. katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : "Sesiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia  mengubah dengan tangannya. Sekiranya ia tidak mampu, hendaklah ia mengubah dengan lidahnya. Sekiranyanya ia tidak mampu, hendaklah ia mengubah dengan hatinya (tidak meredhai perbuatan tersebut). Yang demikian adalah selemah-lemah iman" (Hadis Riwayat Muslim)

Benar ulama mentafsirkan melakukan perubahan dengan tangan itu adalah milik pemerintah dan sistem keadilan untuk menjalankannya. Tetapi, bagaimana jika keadaannya sistem pemerintahan dan keadilan itu sendiri seolah-olah telah rosak dan tidak mampu untuk menjalankan amanah kuasa yang telah diberikan kepada mereka? Apakah umat Islam perlu bertindak sendiri dan mengubah keadaan dengan tangan-tangan mereka sendiri?

Untuk itu, kita semua berbalik dan menginsafi di dalam zaman apa yang sedang kita hidup sekarang ini. Kita sekarang ini hidup di dalam zaman fitnah Dajjal. Agen-agen gerakannya kini sedang berkeliling kepada kita. kerosakan sedang menyerbu masuk dibelakang setiap fitnah yang sedang ditebarkan dengan rancak.

Kita sebagai umat Islam faham akan erti bila mana Rasulullah s.a.w. berpesan dengan pesanan untuk kita sebagai panduan ketika menghadapi zaman fitnah Dajjal. Bacalah (fahami)  sepuluh ayat pertama surah al Kahfi sebagai panduang untuk menyelamatkan kita daripada zaman fitnah Dajjal.

Intipati 10 ayat pertama surah al Kahfi ialah mengenai fitnah besar yang dilakukan oleh manusia dengan merujuk Allah sebagai Tuhan yang mempunyai anak. Sifat gerakan dajjal ialah mereka ini disokong oleh gerakan yang menyatakan bahawa Allah itu mempunyai anak.

Di dalam surah al Kahfi itu sendiri termuat sebuah kisah di mana Khidr a.s. menunjukkan bagaimana beliau bertindak di atas perintah Allah dengan melakukan perkara-perkara di luarjangka ketika sistem pemerintahan itu benar-benar telah korup dan tidak boleh diharapkan lagi.

Apakah kita sudah sampai ke tahap ditadbir oleh pemerintahan korup yang sudah tidak berfungsi sama sekali? Kita masih belum lagi sampai ke tahap itu. Tetapi trajektorinya memang sedang bergerak ke arah yang sama.

Jadi apa yang umat Islam boleh buat di dalam keadaan tersepit seperti ini.

Untuk itu kita harus faham bahawa umat Islam mempunyai kuasa yang mereka sendiri tidak tahu untuk digunakan bagi mengubah secara paksa keadaan ini daripada terus meletakkan agenda penghinaan Islam daripada terus berleluasa.

Ubah Melalui Tangan:
Ubah melalui tangan ini belum sampai bermaksud menjalankan  tindakan fizikal dengan gelombang kebangkitan umat Islam mengambil alih tugas dan peranan sistem pemerintah, keadilan dan pihak berkuasa dalam negara. Terbukti sistem keadilan masih lagi berjalan dengan baik terutamanya dengan keputusan Kalimah Allah meletakkan yang hak pada tempatnya.

Begitu juga dengan sistem kerajaan yang memerintah. Walaupun penuh dengan masalah, tetapi tunjang utama kepada pemerintah masih lagi menunjukkan kesungguhan untuk mendengar keluhan dan suara majoriti yang mahukan Perlembagaan dihormati. Satu contoh yang dekat ialah pengekalan Akta Hasutan 1948.

Tetapi kita mempunyai kuasa di tangan untuk mengajar Lim Guan Eng dan pakatan mereka daripada terus menghina Islam. Umat Islam mempunyai  jumlah dan kuasa ekonomi untuk berbuat demikian dengan tangan mereka sendiri.

Apa yang kita boleh buat dengan tangan kita?

1.  Boikot semua majlis yang diadakan oleh DAP dan sekutunya.
2. Berhenti menghadiri semua ceramah-ceramah politik dari PAS dan PKR serta sekutu mereka.
3.   Berhenti daripada memberi sedekah dan infaq perjuangan kepada PAS. Hentikan sama sekali selagi PAS tidak dapat mendidik politikus kurang ajar ini supaya jangan masuk campur dalam hal agama Islam. Alang-alang sudah mati sebagai jenazah politik perjuangan Islam, biar PAS dikebumikan terus sampai kiamat. PAS mesti bangkit berjuang sebelum benar-benar terlambat!
4.  Jika anda pihak korporat tidak kira tokoh korporat Muslim yang bangun dengan usaha sendiri ataupun GLC, berhenti membeli iklan di dalam media pro mereka.
5.  Berhenti membeli produk-produk media mereka.
6.   Jika anda tokoh masyarakat, politik dan sebagainya, hentikan  memberi sebarang kenyataan kepada media yang cenderung menyokong mereka.
7.  Buy Muslim’s First. Sebuah kempen akan digerakkan supaya memastikan setiap sen dari poket ekonomi umat Islam hanya akan dibelanjakan di dalam kedai-kedai Cina Muslim, Melayu Muslim, India Muslim dan Muslim di dalam pelbagai bangsa yang lain. Jadikan mengutamakan sikap supaya setiap sen yang mahu dibelanjakan ke mana-mana kedai bukan Islam dijadikan sebagai pilihan terakhir.
8.  Apabila mengundi pada mana-mana pilihanraya nanti, pastikan politikus kurang ajar dan pari-partinya dihantar terus ke neraka politik.
9.   Buat laporan polis terhadap kenyataan Lim Guan Eng yang menghina keputusan mahkamah dalam hal ini bagi yang mampu berbuat demikian.
10. Bagi NGO Melayu dan Islam, buatlah kenyataan media. Hentikan kecanduan karipap dan bihun goreng di dalam seminar-seminar yang sehingga hari ini tidak mengendurkan permusuhan golongan ini terhadap Islam.
11. Tokoh-tokoh Islam, professional Islam mesti tampil ke hadapan berjuang menentang penghinaan ini. Kita di sini bukan untuk hidup untuk makan, bersenang lenang, cari kedudukan, cari nama, berkahwin dan beranak pinak dan akhirnya kembali ke Rahmatullah. Semua harus serius ke hadapan! Sampai bila mahu jadi tokoh dan professional yang pengecut untuk mempertahankan agama sendiri? Hidup kita biar bermaruah. Mati kita biar dalam perjuangan yang penuh maruah.

Ubah Melalui Lisan :
1.   Nyatakan bantahan kepada akaun-akaun facebook, twitter dan laman-laman web mereka.
2.  Sebarkan kepada semua disekeliling kita tentang betapa kurang ajarnya Lim Guan Eng dengan menghina kalimah Allah dengan membenarkannya digunakan umat Kristian yang bakal menggunakannya untuk merujuk kepada sebagai Tuhan yang mempunyai anak.
3.  Sentiasa bercakap mengenai sikap mereka-mereka  di dalam PAS.
4. Tekan semua yang rapat dengan PAS supaya sedar tentang permainan politik kurang ajar yang sedang dimainkan.
5.  Ingat, setiap kali DAP memainkan isu Islam, maka kepada PAS lah seharusnya semua kemarahan itu kita semua sasarkan.  

Apakah kita tidak punya kuasa untuk mengubah semua ini dengan tangan-tangan kita sendiri? Cukupkah sentiasa bersembunyi di dalam kategori muslim dengan iman yang paling lemah?
Jadi bergeraklah sekarang di dalam segala kemampuan yang ada. Jika ada yang mahu menjadi sukarelawan dalam gerakan ini, hubungi NGO-NGO Islam dan Melayu yang terdekat dengan tempat anda.

Setiap seorang, mampu berbuat sesuatu. Yang tidak ada ialah golongan yang berpeluk tubuh ketika mana Tuhan mereka dihina oleh politikus ultra kurang ajar seperti Lim Guan Eng.

Keputusan Mahkamah sudah memutuskan bahawa kalimah Allah bukan sebahagian daripada asas ajaran Kristian. Kenapa Lim Guan Eng masih berani menghina keputusan Mahkamah?

Bergerak sekarang wahai tuan-tuan. Lakukan apa yang terdaya dan bergeraklah dalam kerangka menghormati Perlembagaan dan Undang-Undang negara.


Kredit Foto Laporan Polis 
Tahniah kepada UMNO Pulau Pinang yang cepat menguruskan isu ini dan membuat laporan polis tentang hal ini. Harap ia tidak berakhir di situ dan langkah-langkah susulan perlu UMNO dan lain-lain pihak ambil untuk memastikan sikap kurang ajar Lim Guan Eng ini mendapat respons yang sepatutnya daripada sistem keadilan negara. Laporan Polis untuk sebuah Parti Politik yang memerintah negara ialah satu langkah kecil yang boleh dibuat oleh rakyat-rakyat biasa. Sebagai Parti yang memerintah negara, seharusnya langkah susulan yang dibuat oleh UMNO mestilah lebih besar dan lebih efisien dalam memastikan isu penghinaan kalimah Allah ini dihentikan sama sekali. UMNO mesti menggerakkan semua jentera mereka, semua keupayaan kewangan mereka dan semua keupayaan professional mereka untuk berjuang di dalam isu ini. Laporan Polis, tidak cukup. Perlu buktikan dengan tindakan yang lebih tersusun dan kemas selepas laporan polis dibuat.

Sesiapa sahaja yang berjuang untuk mempertahankan Islam di dalam negara ini, akan kami sokong. Jika perlukan kerjasama dari kami, hubungi sahaja kami. In Sya Allah, kami akan bekerjasama dengan semua pihak tidak kira dari parti mana sekalipun atau NGO mana sekalipun asalkan perjuangannya ialah perjuangan Amar Makruf dan Nahi Mungkar.

Kita bersama dalam hal ini. 

12 comments:

  1. Tepat sekali Ben. Setiap kali Islam diserang DAP, PAS mesti dipertanggungjawabkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Tuan Hamba Allah. setiap kali Islam diganggu DAP, PAS mesti kita pertanggungjawabkan dan dipersalahkan. Jangan tertipu dgn taktik politik lorong belakang PAS dan DAP.

      Delete
  2. Setuju PAS berdosa besar dalam hal ni. Bersekongkol dengan DAP dalam mensyirikkan Allah SWT.

    Mana Khalifah Umar daripada Penang yang dijanjikan PAS kepada kita semua? Mana Bang Mat Sabu? Mana?

    Yang ada cuma Tokong yang semakin hari semakin kurang ajar. Tahniah PAS!

    Di akhirat nanti pemimpin PAS yang kemudi parti Isle sampai jadi macam ni teruk pandai2 lah jawab depan Allah SWT.

    Kalau doakan UMNO hancur sampai satu stadium buat solat hajat. Tak habis2 semai politik benci sesama saudara sendiri.

    Alhamdulillah UMNO masih teguh, itu pun PAS tak tahu nak bermuhasabah ke?

    Sekarang dalam dok sibuk nak jahanamkan UMNO, anai-anai Pasma dah robek PAS daripada dalam. PAS bila nak bertaubat?

    Takkan tak sedar diri lagi masih nak mendabik dada?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. Bemar Tuan. Tokong semakin hari semakin kurang ajar trhadap Islam. Pas pula semakin hari semakin menyotong untuk mempertahankan Islam. Apakah PAS juga mahu jadi sotong tegar perjuangan Islam?

      Delete
  3. Akhirnya nanti tak apa2 tindakan pd lge..sbb nya orang Islam dan melayu telah berpecah jadi golongan ini ambil kesempatan sbb akan ada org Islam melayu yg backing mereka. Perpecahan melayu dah tahap kritikal walaupun mereka tau menang jadi arang kalah jadi abu..hasad dengki yg terlampau...moga Allah memelihara anak cucu kita dimasa depan nanti..pas dan pkr telah membuat golongan bukan Islam bertindak tanpa mempedulikan sensitiviti umat Islam...undang2 tak boleh buat apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita perlu sentiasa optimis Tuan. Allah tidak suka org yg berputus asa. Bukankah Allah telah menyatakan di dalam al Quran bahawa dia akan menguji kita sehingga ke sempadan di mana manusia biasa akan putus asa. Sedangkan kejayaan itu menunggu sebaik kita kekal bersabar dan berusaha apabila tiba saat itu.

      Delete
  4. PAS bukan parti Islam! Udah-udahle menipu orang Islam. Sekurang-kurangnya UMNO tak menipu orang kata dia parti Islam.

    Masa isu nama Allah, walaupun Majlis Syura dah buat U-turn tak sokong bukan Islam guna nama Allah, tapi PAS tak nampak pule datang bagi sokongan kat Istana Kehakiman tempoh hari?!

    Sedih! Kalau sokong Bangnon laju pulak!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah tuan. Seolah2 PAS sudah pupus memperjuangkan Islam kecuali di majlis di mana tin2 milo bergerak.

      Delete
  5. LGE dan DAP sekarang sedang berusaha habisan habisan mendapatkan sokongan kaum bumiputra Kristian.

    Cara yang terbaik ialah dengan memecah-belahkan sokongan Bumiputra melalui persengketaan Ugama.

    Bangsa(t) Cina Malaysia sekarang tahu tahap perpaduan Melayu sudah tidak wujud kerana banyak melayu yang Munafik dan bencikan Islam kerana mereka mereka ini berkiblatkan material.

    Persengketaan ugama di antara Kristian dan Islam akan menguntungkan bangsa(t) cina cina ini terutama di Sabah dan Sarawak.

    Bangsa(t) cina cina ini tak kesahpun apa jadi dekat Malaysia. Malaysia berpecah tigapun (Sabah, Sarawak dan Semenanjung), mereka akan dapat menguasai ketiga tiga nya.

    PAS memang DAYUS, dan sekiranya kita perhatikan betul betul, kerajaan Malaysia diperingkat 'Upper managerial level' dipenuhi org PAS(Kelantan). Kebanyakan diorang ni semua kaki atur projek, sana je dengan YB YB UMNO. JAdi mereka membenci sesama sendiri dan negara kita hancur dan beginilah jadinya Malaysia sekarang.

    PAS tidak akan berjaya di mana mana, Sabah ? Sarawak ? ... hehe , jangan harap. JADILAH mereka mereka ini yang kononnya pejuang ISLAM menjadi penjilat tegar Tuan Tuan Bangsa(t) cina Malaysia(Memang terbukti jilatan mereka lagi hebat dari UMNO)

    KIta perlu mengingatkan sesama kita terutama ditempat kerja agar sentiasa menjaga bangsa kita.

    Kepasda YB YB semua. kamu semua pemimpin bangsat.

    PEMIMPIN BANGSAT
    MELAYU MEREMPAT
    ISLAM TERJERAT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita semua perlu memainkan peranan masing2 supaya terus mengingatkan tentang ancaman dan provokasi yang sedang dilakukan dengan kerap sekarang ini.

      Kita juga mesti kembali mengingatkan kepada masyarakat supaya semua umat Islam tertanam dengan idea penyatuan ummah.

      persetankan sahaja mereka yang mahu terus berpecah. Kita akan perangi semua agen perpecahan dengan bersungguh2sehingga semua muslim bersatu.

      Delete
  6. Penyakit yang hinggap kat PAS sama macam yang hinggap kat ABIM. Letih dan lesu apabila berhadapan dengan isu kalimah Allah. Sedih. Mungkin perasaan sayang kepada agen Amerika tu masih menebal!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. nampaknya begitu. Jika berjuang kerana Allah. tentu sahaja konsisten dalam setiap perlakuan dan tindakan.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.