Tuesday, 16 December 2014

Liberal 25 Tidak Jujur Dengan Objektif Asal, Seorang Tan Sri Mahu Menarik Balik Sokongan

Kami mendapat perkhabaran terbaru dari keluarga terdekat Tan Sri Abd Rahim Din, salah seorang daripada 25 bekas penjawat awam yang dikatakan menandatangani surat terbuka yang sedang dicandukan oleh golongan ekstremis liberal tempatan sebagai sebuah wahyu yang perlu dijadikan panduan oleh Perdana Menteri.

Saudara Azmi Arshad, mengumumkan perkara ini melalui akaun laman sosialnya tentang hasrat Tan Sri Abd Rahim Din untuk menarik semula sokongan yang diberikan sebelum ini atas alasan bahawa surat tersebut dideraf dan disiapkan dengan cara yang tidak jujur.

Demi mendapatkan sokongan seberapa ramai tokoh penjawat awam negara, sebahagian besar isikandungan dan tujuan surat tersebut ditulis dan dikarang tidak dinyatakan dengan telus.

Menurut saudara Azmi Arshad, Tan Sri Abd Rahim Din (TSAD) menyatakan rasa kesal dengan cara isikandungan surat tersebut digunakan atas faktor-faktor berikut:

1. Kumpulan tersebut telah tersasar jauh dari objektif asal niat penulisan surat tersebut sebagaimana yang difahaminya sebelum membenarkan nama dan tandatangannya digunakan.

2. Beliau hanya bersetuju untuk kumpulan tersebut mengemukakan cadangan supaya satu jawatankuasa atau panel yang disertai oleh mereka-mereka yang pakar ditubuhkan untuk menyelesaikan isu pertikaian antara undang-undang syariah dan sivil yang mesti dibuat secara tertutup. Menurut TSAD lagi, kumpulan penulis itu juga hendaklah tidak membuat apa-apa desakan atau usaha yang lebih dari itu, tidak kira sama ada Perdana Menteri bersetuju atau pun tidak.

3. Beliau juga menyatakan rasa terkejut, berasa amat kecewa dan bertegas bahawa beliau tidak pernah bersetuju sama sekali dengan isu mahu membenarkan pihak awam dibenarkan untuk memperdebatkan isu-isu perlaksanaan Islam yang digunakan sebagai undang-undang dan polisi di dalam negara. Baginya, jika dibenarkan perkara itu berlaku, perdebatan tersebut pasti tidak akan pernah berhenti daripadan terus berlaku. Beliau berkali-kali bertegas bahawa debat seperti ini mestilah tidak dibenarkan untuk berlaku sama sekali.

4. Beliau juga menyatakan bahawa subjek mempertikaikan mana-mana aspek perundangan Islam bukanlah menjadi tujuan asal. Baginya, kumpulan yang mencadangkan surat 25 (tolak satu dan lagi akan menyusul) tersebut, tidak mempunyai sebarang kepakaran untuk berhak berbuat demikian dalam mana-mana perbincangan teknikal. Hanya mereka yang arif dan pakar seharusnya dibenarkan untuk membincangkan secara teknikal mana-mana isu undang-undang Islam, dan bukan kumpulan penulis surat tersebut.

5. Beliau juga menyatakan perasaan tidak senang dengan segelintir kecil daripada kumpulan tersebut yang berlebihan teruja dan terlebih seronok selepas surat mereka diterbitkan dan disiarkan. Dikatakan, oleh kerana begitu teruja, pihak yang sama sedang merancang untuk menulis surat terbuka yang terbaru.

6. Beliau turut menyatakan rasa tidak senang dengan keterujaan golongan ekstremis Liberal seperti syarikat swasta SiS Forum Sdn. Bhd. yang sedang ke hulu dan ke hilir menjaja isikandungan surat tersebut untuk keuntungan agenda mereka masing-masing.

Jika melihat kepada cara bagaimana Tan Sri Abd Rahim Din meluahkan pendapatnya mengenai namanya yang telah digunakan untuk tujuan yang sangat tersasar daripada objektif utama yang dipersetujui sebelum ini, kami menganggap bahawa memang terdapat unsur-unsur untuk mengelirukan lebih ramai lagi tokoh-tokoh penjawat awam dalam senarai tersebut untuk menandatanganinya tanpa mereka sendiri sedar akan hala tuju yang tersasar daripada objektif utama dan asal.

Kepada tokoh-tokoh lain yang juga mungkin menjadi mangsa keadaan yang dimangsai oleh tangan-tangan ekstremis Liberal sehingga mendorong mereka menandatangani surat yang jauh tersasar dari objektif yang dimaklumkan  kepada mereka, pihak kami berharap supaya mereka perlu cepat sedar bahawa nama-nama dan reputasi mereka sebagai penjawat awam yang beragama Islam sedang dipergunakan golongan liberal sebagai cop halal untuk agenda meliberalkan negara ini dari sistem beragama yang berpandukan Islam sebagai Agama Negara.

Mereka juga harus faham bahawa nama-nama mereka kini sedang dijaja ke seluruh negara oleh pertubuhan-pertubuham serta gerakan-gerakan yang mendapat dana oleh pihak-pihak seperti National Endowment for Democracy (NED) tajaan Amerika, Open Society (OS) dari George Soros dan banyak lagi bagi menjalankan agenda liberal di sini.

Perbuatan mengelirukan tokoh-tokoh ini melalui jalan halus supaya bersetuju tanpa sedar dengan agenda ekstremis liberal disebaliknya, adalah satu perbuatan tidak bermaruah dan amat hina dilakukan oleh kumpulan yang mengusahakan isikandungan surat terbabit dan kemudiannya menyebarkannya kepada pihak awam.

Semua pihak harus sedar tentang niat dan tujuan sebenar disebalik semua agenda ini. Ia bagi mengelakkan tidak lagi berlaku keadaan di mana nama-nama tokoh digunakan bagi suatu kepentingan yang mereka sendiri tidak diberitahukan secara telus dan terbuka sepenuhnya.

Kami doakan yang terbaik buat Tan Sri Abd Rahim Din dan doa supaya keberanian yang sama buat mereka-mereka yang dimangsai ekstremis liberal untuk tampil ke hadapan memperbetulkan keadaan ini.

Berita terbaharu yang kami terima, Tan Sri Abd Rahim Din telah pun mengirimkan email kepada kumpulan terbabit tentang hasrat penarikan dirinya daripada terlibat dengan kumpulan Liberal 24 tersebut.

In sya Allah, kita doakan lebih ramai yang berani tampil mendedahkan tindakan tidak bermaruah mereka yang merekasaya surat tersebut satu persatu.




Pautan asal kepada pendedahan saudara Azmi Arshad seperti di bawah :

16 comments:

  1. Alhamdulillah. Didoakan supaya Tan Sri Dan Keluarga diberikan Allah kekuatan dalam perjuangan ni. AMIN AMIN AMIN YA RABBAL ALAMIN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan beliau sahaja, Ben. Beberapa yang lain mesti di desak menarik balik perbuatan "laknatullah" ini. Beberapa yang lain memang tegar liberal dan sekular dan mereka tidak patuh kepada akidah Islam. Let them be !

      Harap sdr Ben dan Gerakan sama memulakan desakan menghalang agenda halus "siamang-siamang" ini. Tujuan mereka tidak lain selain menghancurkan Islam dan Melayu. Kita tahu mereka mendapat sokongan padu dari luar yang memang nya musuh nyata Islam.

      Kepada Allah jua kita memohon.

      Delete
    2. Tuan Maae,
      Kami pasti bukan hanya TSAD seorang sahaja yg tertipu dengan perkara ni..

      Ada lagi tetapi belum mendapat keberanian yang serupa..

      Semua usaha ini perlu digagalkan sama seperti yg tuan Maae katakan..

      In Sya Allah, jika kita ikhlas, Allah akan membantu kita..

      Sama2 kita berusaha tentang itu..

      Delete
  2. Sapa dalanghnya msti dicari. Psti ada phak yg jd ring leader dan usahakan surat ni. Cari smpai dpt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedikit sebanyak ia sudah dikenalpasti.. cuma menunggu bukti konkrit sebelum ia dibongkarkan..

      Delete
  3. DLM KUMPULAN 25 PROMINENT MALAYS. ADA YG TAK LAYAK DAN OPUTUNIS...NAK CARI TEMPAT. ADA PULAK YG KECEWA TAK DIBERI TEMPAT WAJAR DAN PERHATIAN SALEPAS BERSARA. 25 INI DARI SEGENAP MALAYSIA KE BANYAK DARI UTARA? . SAYA SARAN TUMPU PADA PERLEMBAGAAN DULU.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 24 tuan.. 1 dah kembali.. Ya.. setuju, tumpu dan fahami Perlembagaan terlebih dahulu..

      Delete
    2. The first revert! Tahniah TSAD! Yang lain-lain tu bila lagi?

      Delete
  4. Sejauh mana kesahihan surat atau email ini, yang kononnya dihantar oleh TSAD sendiri. Takut2 ini semua red flags nak fitnah pengkritik2 mereka?!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan Hamba Allah.. Alhamdulillah sikap berhati2 itu ada pada tuan2 pengunjung blog.. terima kasih..

      Kami memperolehinya dari sumber paling dekat dengan TSAD sendiri..

      Penulisan ini juga ditulis setelah mendapatkan pandangan dan merujuk kepada keluarga terdekat TSAD..

      sepatutnya ianya diterbitkan lebih awal, tetapi pihakkami menunggu sehingga semuanya dipastikan betul dan benar, baharulah ianya diterbitkan lewat 5 jam dari yang dijadualkan..

      Delete
    2. 'sepatutnya ianya diterbitkan lebih awal, tetapi pihakkami menunggu sehingga semuanya dipastikan betul dan benar, baharulah ianya diterbitkan lewat 5 jam dari yang dijadualkan..'

      terima kasih Pembela kerana bertanggungjawab dalam mengeluarkan berita, bukan macam TMI dan Malaysiakini dsb!

      Delete
  5. Tan Sri dah kecut teloq ke? Perjuangan tahi kucing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sala tu Tuan.. untuk kehadapan mengakui kesilapan merupakan antara tindakan yang menunjukkan tahap berani menghadapi kebenaran yang ada pada setiap manusia..

      Patut kemarahan itu dihalakan kepada mereka2 yang masih mahu kekal di dalam senarai Liberal 24..

      Delete
  6. Macam biasa dengar je modus operandi ni. Bila meeting, kena kelentong, semuanya setuju termasuklah ustaz2 dlm & luar negara, MP2, general2, presiden2 etc. Kekadang siap buat PC lagi kata semua setuju la, we have the numbers la, unanimous vote la, we will not challenge vice president etc. Bila keluar statement, lari jauh dari topic asal dan ada pulak tokok tambahnya dari topic meeting yg dipersetujui. Cer teka sapa punya modus operandi tu?

    ReplyDelete
  7. Saudara Ben, tolong confirm samada berita ini benar bahawa TSARD dah lakukan flip-flop tentang kebersamaannya dengan kumpulan Liberal 25.
    Terima kasih :-

    Tan Sri Abdul Rahim Din changes his mind and stays with the G-25

    https://dinmerican.wordpress.com/2014/12/17/tan-sri-abdul-rahim-din-changes-his-mind-and-stays-with-the-g-25/

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.