Wednesday, 24 December 2014

Liberal 25, Pulau Batu Puteh dan Kedaulatan Negara

Kali terakhir negara memberi tanggungjawab serius kepada sebahagian mereka yang menjadi penggerak utama kumpulan Liberal 25, kita kehilangan wilayah laut, pengecilan sempadan maritim dan kedaulatan wilayah negara kepada negara Singapura.

Salah seorang tokoh daripada kumpulan Liberal 25 Tolak Satu Tambah Satu yang menandatangani surat terbuka tersebut, pernah dilantik menjadi Co-Agent kepada pasukan tuntutan Malaysia ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

Co-Agentnya, Dato’ Farida Ariffin 1. Mereka telah diberikan tanggungjawab untuk menyediakan pasukan peguam untuk ke ICJ. Beberapa orang telah dilantik untuk memastikan Pulau Batu Puteh kekal sebagai Pulau yang merupakan sebahagian daripada wilayah Malaysia.

Kes tersebut telah dibawa ke ICJ dan keputusan telah diputuskan bahawa Pulau Batu Puteh atau dirujuk juga  sebagai Pedra Branca adalah menjadi milik Singapura.

Kes ini meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada emosi rakyat Malaysia, maruah negara dan Kesultanan Johor terutamanya. Ia sehinggakan Almarhum Sultan Johor dan DYMM Sultan Johor  2 kini menegaskan supaya segala usaha dibuat bagi memastikan Pulau Batu Puteh kembali diiktiraf sebagai sebahagian daripada wilayah kedaulatan Johor dan Malaysia.

Kes kehilangan kedaulatan Pulau Batu Puteh di ICJ tidak berakhir dengan begitu sahaja. Malaysiakini, sebuah portal yang pernah mendapat bantuan dana daripada National Endowment For Democracy (NED), pernah menggemparkan negara dengan membuat laporan berita bahawa pasukan yang dianggotai dan dibentuk oleh tokoh di dalam kumpulan Liberal 25 tersebut, merupakan punca yang menyebabkan negara kita kehilangan kedaulatan wilayah 3.



The Malaysian Insider juga ada melaporkan bahawa Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim, telah membuat sebuah akuan bersumpah bahawa terdapat elemen wang bertukar tangan berlaku sehingga menyebabkan berlakunya penyerahan bahan bukti yang berupa gambar yang dipertikaikan keasliannya oleh ICJ 4.



Isu tersebut mengundang reaksi berbalas tuduhan serta jawapan antara yang menuduh dan kumpulan Dato’ Farida Ariffin yang sedaya upaya membersihkan kumpulannya daripada tuduhan rasuah dan tidak cekap 5.

Malah isu ini menjadi semakin panas apabila Malaysiakini yang pernah dibiayai dana dari Amerika Syarikat, negara yang turut membiayai kewujudan Taliban di Afghanistan membuat liputan yang kerap bersama tajuk-tajuk berita yang panas untuk menggambarkan betapa tidak cekapnya pengurusan kumpulan yang ditubuhkan secara bersama oleh Dato’ Farida Ariffin, jurucakap Liberal 25 kini. The Malaysian Insider tidak terkecuali menjual cerita ini secara kerap dengan gaya pemberitaan yang sama.

Jika dahulu Malaysiakini, TMI dan segala yang bernafsu pembangkang menuduh kumpulan Dato’ Farida di ICJ sebagai mengkhianati negara dengan kekalahan yang tidak sepatutnya berlaku di dalam kes Batu Puteh di ICJ, pada hari ini, kita melihat tahap hipokrasi agung ke semua mereka dengan kini berpeluk di bawah satu selimut dengan mengangkat kumpulan Liberal 25 yang sedang dijuarai Dato’ Farida sebagai Harapan Baru Untuk Malaysia pula.

Bayangkan, jika dahulu kepercayaan yang diberikan kepada salah seorang daripada Liberal 25 menyebabkan kita kehilangan wilayah kedaulatan negara, apakah kini kita mahu terus secara bodoh memperjudikan kedaulatan yang sama dengan memberikan harapan kepada pihak yang sama hanya kerana mereka kini memakai kosmetik golongan moderate pula?

Perlukah pisang sampai berbuah dua kali dan baharu kita semua mahu sedar?

Melihat track record ini, jelas The Star memang sedang memperjuangkan golongan Moderate Kelabu Asap sebagai Harapan baru untuk Malaysia.





Rujukan :

20 comments:

  1. Amerika Syarikat dan sekutunya juga menaja, wang dan persenjataan kepada Al Qaeda di Afrika Utara dan sekarang ini ISIL/ISIS/IS/Islamic State di Timur Tengah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu setakat yang diketahui dan dikenalpasti tuan Hamba Allah.. Lain2 ops termasuk pewujudan kumpulan Taliban Kolar Putih spt NGO2 liberal kita di sini dengan dana yang sama pun mesti kita exposekan.

      Delete
  2. Mcm ni punya org pun wong chun wai angkut sbg harapan bru utk msia. X dak kredibiliti lgsung. Rosak kedaulatan lagi ada laa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu membuktikan the Star adalah sebuah surat khabar yg sedang dikemudi golongan desperate..

      Delete
  3. Penuh taik di ekor rupanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya berkokok bagai nak rak sejak dua tiga minggu ni, tp terlupa kain sendiri banyak koyakknya..

      Delete
  4. Tajaan Amerika Zionis Illuminati semakin dahsyat untuk bersungguh2 menghancurkan dunia Islam.
    IS, Taliban, Al-Qaeda, dipromosikan sbg 'Islam' dn dihalalkan untuk diperangi. Dgn meletak label2 ini pd musuh2 mereka.. terus halal untuk di hancurkan negara tersebut.

    Malaysia dipenuhi dgn ejen2 jahat ini termasuk dlm Kerajaan.
    Najib masih blur dgn semua ini?
    tunggu negara hancur?
    Ghani Patail tu nk di kekal lama mana lg jd AG haram jadah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita ada musuh dalam selimut yg kini semakin berani menonjolkan wajah mrk. Mrk brani sbb mereka tahu undang2 yg ada tidak akan digunakan ke atas mereka kerana kerandut jantan sang pemerintah sedang digenggam oleh punahsihat2 yg berkeliling sevara dekat kepadanya.

      Baggage2 kisah silam pemerintah menjadikan Gani Patail berdiri sama tinggi dengan kuasa yg prnah dipegang J Edgar Hoover.

      Delete
  5. Aku x berapa setuju la...dgn ayat pisang berbuah 2x....ape x elok ke kalau pokok pisang yg kite tanam berbuah banyak kali ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lawak-lawak-lawak!

      Troll UMNO gaji sebulan berapa, mampu buat lawak sahaja ka?

      Delete
    2. Berapa kali pun tak apa asalkan jangan ada pisang tapi tak ada buah seperti pokok pisang1malaysia.

      Delete
    3. Tuan Hamba Allah 16:26.. Tu sj la kot yg dia trmampu..

      Delete
  6. Berapa juta tukar tangan? Dalam rm ke atau sin $?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wallahua'lam tuan.,
      Kena minta Dato Faridah jwb tuduhan Mat Zain.

      Delete
    2. Artikel yg. sungguh BERNAS dan BERANI Ben - T'Kasih!

      Bila teringat tentang kehilangan Selatan Thailand pd. rejim PENJAJAH Cina RASIS Thai-British/ZIíonis, yg. menyebabkan PENDERITAAN berterusan BUMIPUTERA Islam/Melayu Thai termasuk PENGHAPUSAN Kesultanan Islam/Melayu di sana, dan GENOSID ke atas mereka, maka tidak mustahil kita bakal kehilangan terusan P. Pinang, Sabah-Sarawak akibat PENGKHIANATAN si Islam/Melayu-LIBERAL-KEPARAT yg. melabel diri sbg. MODERAT pula sekarang!

      Pedulikan "hak asasi/demokrasi"-SAMPAH si Barat-ZIONIS: sedgkan si Barat-ISrael boleh asyik MENJAJAH/MEROMPAK Dunia Islam dan MEMBUNUH umatnya dlm. GENOSID yg. berterusan, termasuk di Palestin, Iraq, Syria, Afghanistan, Nigeria, Mali, Kenya, Somalia dsbnya! Dasar si HIPOKRIT-puak-syaitan termasuk UN/ICC-ICJ dsbnya yg. disyaki diKUASAI si Barat- ZIONIS!!

      Nek Tempoyak.

      Delete
    3. Tukar lauk Nek? haha..

      Kita dah pernah kehilangan singapura.. malah batu Puteh pun sudah tergadai ke sana krn tgn moderate juga lah..

      Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak mungkin sedang dalam senarai..

      Semua perlu cepat sedar Nek.. masa semakin suntuk..

      Delete
  7. BRO!! DEDAHKAN KISAH YG LAGI 24 EKOR DAJAL TU SATU DEMI SATU,BIAR RAKYAT KENAL KEBUSUKKAN DEMA NI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bangkai gajah manakan dapat ditutup dengan nyiru..

      perlahan2 akan keluar satu persatu cerita setiap seorang dr mereka nanti dari mana2..

      Mrk merancang, rancangan Allah lebih baik..

      Delete
  8. 25 prominent Malays as opposed to lain2 kuli batak mak bapak depa ka? Yang lain2 yg tak 25 tak prominent ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perasan prominent sebenarnya Tuan Hamba Allah..

      Sebut nama, tak ada siapa pun kenal kat luar sana kecuali circle diorang.. google pun tak dapat nak tolong..

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.