Sunday, 21 December 2014

Liberal 25 dan Indeks Syariah Inisiatif Najib Tun Razak.

25 orang atau 0.00013% daripada lebih 18 juta umat Islam Malaysia telah bersuara. Suara mereka sangat iras dengan suara yang sering dikumandang golongan ekstremis liberal seperti Marina Mahathir dan Zainah Anwar. Malah terdapat bukti yang golongan Liberal 25 ini juga sering berhubung dengan salah satu daripada dua orang ekstremis liberal berpakain moderate seperti yang disebutkan sebelum ini.

Walaupun jumlah mereka kecil, tetapi sebagaimana cengkerik yang halus bersuara pada malam hari, bunyi yang dikeluarkan mereka sangat bingit dan menjengkelkan. Sepertimana sang cengkerik, mereka memilih masa yang tepat untuk mengeluarkan bunyi yang menjengkelkan. Ianya harus dilakukan pada ketika mana semua makhluk yang hidup secara normal masuk tidur. Bila majoriti benar-benar menjadi senyap, maka pada ketika itulah makhluk halus seperti cengkerik mendapat perhatian kerana ketika itulah baharulah suara halus mereka kedengaran. Jangan salahkan cengkerik yang menjengkelkan. Memang lumrah mereka untuk berfungsi memecahkan kesunyian malam.

Kumpulan Liberal 25 Tolak Satu Tambah Satu Dan Berhasrat Tambah 10 lagi ini telah membuat sejumlah tuntutan. Mereka mempunyai tafsiran-tafsiran yang janggal mengenai hak-hak yang berhak dijalankan. Oleh kerana tuntutan mereka hanya bersandarkan andaian semata-mata tanpa dikemukakan bukti-bukti kukuh sebagai sokongan hujah, maka adalah agak membuang masa rakyat Malaysia yang produktif untuk memberikanb perhatian kepada cerita lagenda, mitos dan khayal kumpulan ini. Sama seperti menonton sinetron "Kelinci Ajaib" terbitan negara seberang pada setiap petang di saluran televisyen tempatan.

Secara keseluruhan, kumpulan Liberal 25 Tolak Satu Tambah Satu ini mempunyai isu dengan kewujudan dua sistem perundangan di dalam negara. Mereka lebih berminat mengkritik aspek pelaksanaan syariah berbanding lompang-lompang di dalam sistem sivil negara. Oleh kerana salah seorang daripada kumpulan hubungan yang berkait dengan Liberal 25 Tolak Satu Tambah Satu ini mempunyai sejarah perjuangan dengan syarikat swasta SiS Forum Sdn. Bhd., maka kecenderungan untuk mengkritik sistem syariah dalam negara bukanlah satu perkara yang amat menghairankan.

SIS ("bukan" Special Intelligent Service) pada 2006, pernah mengeluarkan sepucuk surat terbuka yang menyerang sistem perundangan syariah. Surat Liberal 25 Tolak Satu Tambah Satu hanya satu kesinambungan kepada perjuangan liberal dalam SIS untuk memastikan sistem syariah tidak subur berkembang di dalam negara. Malah, tuntutan mereka pada 2006 lebih keras dan tidak berlapik. Perdana Menteri pada ketika itu sangat lemah. Tetapi jika dibandingkan secara relatif dengan kelemahan Perdana Menteri sekarang ini, Mantan PM yang lemah dan sangat lembik sebelum ini bolehlah dikategorikan sebagai "Incredible Hulk". Sekurang-kurangnya beliau berani mengekalkan ISA seperti kerajaan Singapura.

SIS pada 2006 menyatakan perkara berikut :

...In the long term, we urge the Government to conduct a comprehensive review of the Syariah Criminal Offences laws of this country, with a view to repeal such laws, thus enabling all Malaysians to be governed by a single Penal Code under federal administration (1).

Kami menulisnya di sini.

Pada 2014, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak memperkenalkan inisiatif Indeks Syariah untuj digunapakai dalam negara.

Ia satu usaha yang sangat murni dan baik telah dilancarkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak. Negara Islam ini, di bawah pentadbiran Najib Tun Razak memperkenalkan inisiatif Indeks Syariah untuk mengukur dan menilai pencapaian Malaysia dalam melaksanakan tuntutan syarak melalui maqasid syariah dan bakal diguna pakai di negara ini bermula Januari 2015.

Kajian pada ketika pengumuman tersebut dibuat, dikatakan bakal dijalankan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM).

Pujian harus diberikan kepada Najib Tun Razak di atas kenyataannya yang menyatakan program itu amat dekat di hatinya sambil menjelaskan, indeks tersebut mengukur tahap keseriusan usaha Malaysia dalam mengimarahkan prinsip, nilai dan sistem Islam merentasi pelbagai sektor.
 Tetapi kenyataan itu masih tidak cukup kuat untuk diambil serius kerana masih ada penyakit-penyakit liberal dan dan bersifat bertentangan dengan prinsip Islam masih menjangkiti organ pentadbiran negara.



Antaranya kewujudan NUCC dan Global Movement of Moderates yang diterajui oleh Saifuddin Abdullah. Kami pernah menulis tentang status Indeks Syariah NUCC sebelum ini.

NUCC, sebuah majlis tiada beban batu digalas PM kini masih lagi wujud setelah mereka melakukan pengkhianatan terhadap amanah yang dipikulkan PM atas bahu tugasan mereka. Begitu juga dengan GMM.

Kita sangat teruja ingin melihat inisiatif Najib Tun Razak mengenai indeks syariah ini menjadi kenyataan. Tetapi memandangkan NUCC, GMM dan golongan liberal yang masih berkeliling disekeliling PM, kami sedikit sangsi dengan impak kewujudan Indeks Syariah itu nanti.

Ditambah pula dengan tuntutan kumpulan Liberal 25 Tolak Satu Tambah Satu ini. Jika Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat seperti tunduk kepada tuntutan mereka ini, apa lagi yang boleh kami katakan kepada inisiatif murni Indeks Syariah yang ingin kerajaan laksanakan selain dari terus mengucapkan Innalillahi wa inna ilaihi raji'un..

11 comments:

  1. Salam. Untk lksanakn islam bkan main2 ckp dlm mjlis2 sja dn mmbuat pluhan ckap yg juruchakp pula seorng yg islamnya d bibir aja. Maqasid syriah ka indek syariah ka jika ianya tdak drpd seorang yg rohnya brisikan islam, sy tk nmpk jlan ia akn brhasil. Yg ada dlm diri dia tipu mysliht untk prthan kuasanya sja. Jgn hrap ia akn kotakn. Golongan cengkerek ni mmng tk mcmna pun tp bla dia buat bsing seolah2 dia ada power untk mrubhkan suasana dlm ngra. Tp jka mrek dpt pngaruh pmimpin2 sotong tdak mmusthil mrek bleh brjaya. Allah swt sja la yng amat mngetahui akn sgala2ny.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikummussalam wbt Tuan Hamba Allah.
      Ya.. Tanpa ruh Islam, sukar utk kita letakkan harapan dan kepercayaan sepenuhnya atas pemerintah. Dalam hal ini, kita perlu terus berusaha dan sebagaimana mana2 gol politikus, mrk mmbuat penilaian berasakan sifir populis. Usaha perlu digerakkan sama seperti gerak kerja Akta Hasutan sebelum ini.
      In sya Allah. Kita perlu istiqomah.

      Delete
  2. Anon 7:38 ckp bnda btul. Semuanya drama. Depan melayu, indeks syariah lah apa2 lah. Tp depan liberal ntah apa yg dickp. Jgn sampai mrk brjaya. Nauzubillah.

    ReplyDelete
  3. Suara cengkerik ni la membuat anak tun razak tak lena Tidur!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya, dia boleh lena tidur kalau dia tahu dan yakin bahawa mrk hanyalah 25 org brbanding berbelas juta yg menyokongnya supaya Islam kekal sebagai dasar pemerintahan di Malaysia.

      Delete
  4. Najib skor berapa gol politik semalam? Kata cuti panjang lg? Siap lawat mangsa banjir lg sblm tengok bola?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah dia sifat politikus..

      Teringat Saidina Umar yang menolak utk menjamah makanan yg sedap selagi rakyatnya di dalam Tahun Ramadah belum keluar dr kesempitan hidup.

      Semoga Allah akan kirimkan kepada kita pemimpin yg memimpin kerana Allah dan bukan kepentingan politik dan diri.

      Delete
  5. So Najib, undi kitorang semua ni tak pentinglah ... yes ?

    Cis, dasar pemimpin bangsat, Oi Najib, kau, Anwar dan Hadi semua sama sahaja.

    Kalau korang semua pemimpin bangsa(t) kami tak memperdulikan kami lagi dan sebok nak menjilat golongan elit dan Cina Cina First Class Citizens Malaysia, baik korang semua berambos dari Malaysia. Bawak semua bangsa(t) bangsa(t) pendatang dan pengkhianat ni sekali dengan korang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari segi kecenderungan yg ditunjukkan, nampak gayanya mmg itulah yg dicari pemerintah dr first class citizen.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.