Tuesday, 16 December 2014

Kenyataan Rasmi : Lim Guan Eng, DAP dan PAS Jangan Melampaui Batas

Kelancangan Lim Guan Eng di dalam isu beliau menghina kesucian nama Allah, membuat kenyataan campur tangan dalam perkara Hukum Hudud dan kebisuan PAS dalam mengawal kebiadaban daripada terus dilakukan rakan sekutu mereka mengundang pihak kami untuk memberikan kenyataan rasmi tentang duduk perkara ini.
Pihak kami ingin memberikan peringatan kepada Lim Guan Eng supaya tidak mengambil sikap melampaui batas dan menyalahgunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menyokong agenda-agenda yang sedang diperjuangkan golongan pelampau agama di Malaysia ini dengan membenarkan isu-isu berkenaan Agama Islam dijadikan bahan komoditi politik terutamanya kalimah Allah yang dinyatakannya boleh digunakan oleh golongan bukan Islam di Pulau Pinang.
Perlu diperingatkan kepada Lim Guan Eng bahawa urusan Agama Islam adalah terletak di bawah kuasa Yang di Pertuan Agong. Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang merupakan pihak yang telah diberikan hak melalui Perlembagaan dan Undang-Undang untuk memastikan setiap aspek perlaksanaan dan urustadbir Islam di Pulau Pinang dijalankan mengikut Perlembagaan dan Perundangan yang telah ditetapkan.
Kelancangannya dengan membuat kenyataan yang menceroboh hak kedaulatan kuasa Yang di Pertuan Agong dan menceroboh bidang kuasa Majlis Agama Islam negeri adalah satu perbuatan yang kami lihat sangat mengundang bahaya kepada aspek keharmonian hidup beragama rata-rata penduduk Malaysia.
Penghinaan Lim Guan Eng ke atas kesucian nama Allah adalah suatu perkara yang tidak boleh dipandang enteng sama sekali. Ia suatu perbuatan yang tidak boleh dimaafkan sama sekali.
Tidak cukup dengan penghinaan atas kalimah Allah, Lim Guan Eng dan DAP dilihat cuba untuk melakukan campurtangan dengan menidakkan hak demokrasi umat Islam di dalam negara ini dengan bersikap cabul menafikan hak mereka untuk mengembalikan undang-undang asal negara ini ke tempat yang sepatutnya.
Hukum Hudud kini dijadikan Lim Guan Eng sebagai modal politik selain dari isu penghinaan ke atas Islam yang sering dilakukan beliau bersama partinya. 
Pihak kami ingin menyatakan perasaan teramat kesal dengan tindak tanduk Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang tergamak berdiam diri kerana takut kehilangan bahagian dunia mereka ketika mana Allah dihinakan sebegitu rupa dan Hudud dijadikan sasaran politik oleh Ketua Menteri Pulau Pinang.
Apakah PAS dan Lim Guan Eng sudah sepakat untuk menjadikan Allah sebagai komoditi tawar menawar dan barangan jual beli di dalam percaturan perebutan politik di tanahair kita ini? Jika tidak, kenapa PAS mengambil sikap membisu seribu bahasa ketika mana Allah sedang dijadikan bahan dagangan politik oleh Lim Guan Eng.
Apakah ruh perjuangan Islam PAS sudah mati sama sekali? Di mana maruah PAS sebagai parti yang selama ini mendabik dada sebagai parti yang memperjuangkan Islam? Kenapa PAS membiarkan diri mereka diinjak-injak bagai sebuah parti hamba abdi yang sentiasa menurut perintah dan kemahuan nafsu tuan mereka, DAP? Mana perginya maruah PAS? Atau PAS sekarang ini sedang diletakkan Allah dalam kedudukan paling hina kerana mengkhianati perjuangan Islam?

Gambar Hiasan

Sesungguhnya kebiadaban yang ditunjukkan Lim Guan Eng di atas kapasitinya sebagai seorang Ketua Menteri sebuah negeri di dalam Persekutuan yang menjadikan Islam sebagai Agama Negara perlu ditangani dengan kecaman keras dan tindakan yang bersesuaian mengikut undang-undang sedia ada.
Jika penghinaan demi penghinaan ini terus dilakukan secara berterusan, kedua-dua PAS dan DAP akan umat Islam pastikan menjadi dua buah parti yang bakal terkubur kerana kebiadaban tanpa sempadan mereka.


Muslim Bangkit dan Bersatu.
Ustaz Mohamed Hafiz Mohamed Nordin, Pengerusi, Pasukan Gerak Kerja BANGKIT (PGK-Bangkit!)

5 comments:

  1. Banyak yang marah LGE la ni adalah tokoh-tokoh UMNO, mana yang lain? PAS? NGO?

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS takut tuan melebihi takut Tuhan.. tu la jadinya spt tu..

      Delete
  2. Lim Guan Eng ‘memang betul’ mengenai isu Allah, kata Anwar




    Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, kenyataan Lim Guan Eng bukan Islam boleh menggunakan perkataan Allah memang betul, sambil menambah beliau yakin setiausaha agung DAP itu tidak berniat untuk tidak menghormati Islam.
    "Beliau betul, terdapat bukti dan alasan yang kukuh untuk menyokong keputusan yang beliau ambil," kata Anwar ketika ditemui pemberita di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
    "Ada ulama terkenal di dunia yang mempunyai pendirian yang sama. Berbeza dengan pendirian yang diambil beberapa jabatan agama negeri,” katanya.
    Bagaimanapun, ketika ditanya sama ada beliau bersetuju dengan Lim tidak ada larangan atas orang bukan Islam di Pulau Pinang daripada menggunakan beberapa frasa Arab, Anwar berkata ia adalah "satu isu undang-undang".
    Tetapi beliau menggesa pihak berkuasa untuk mengadakan perbincangan berkaitan dengan isu ini, dan bukannya mengambil tindakan terhadap ketua menteri Pulau Pinang.
    "Adakan perbincangan dan wacana, itu saja. Maksud saya, saya tidak mahu mengutuk keputusan mereka atau perlu menegur kita kerana mengulangi apa yang dikatakan ulama.
    "Sebagai contoh, saya bertanya Sheikh Qardawi mengenai penggunaan Allah dan saya sampaikannya kepada Guan Eng," kata Anwar, merujuk kepada ulama Islam terkenal Yusuf Al Qardawi.
    Polis Pulau Pinang memulakan siasatan ke atas Lim bagi kenyataaan itu, selepas laporan polis dibuat terhadapnya pada Sabtu oleh Pemuda Umno Bahagian Bukit Mertajam. – 15 Disember, 2014.

    link yahoo
    https://my.news.yahoo.com/lim-guan-eng-memang-betul-mengenai-isu-allah-041048982.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2 cari nahas adalah. LGE ingat dia sapa, YDP?

      'Kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengenai penggunaan kalimah ALLAH disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan.'

      http://www.sinarharian.com.my/semasa/polis-siasat-guan-eng-isu-kalimah-allah-1.342569

      Delete
    2. Apa lah yang nak dihairankan dengan Anwar.. segalanya dilelong demi nafsu politik dia..

      termasuk kesucian nama Allah..

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.