Sunday, 14 December 2014

Kem Guantanamo Bukti Barat Sekadar Retorik!

Kritikan Naib Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden terhadap Malaysia mendapat pelbagai reaksi daripada segenap lapisan masyarakat. Tidak kurang daripada itu, langkah kurang bijak, suka membuli dan condong kepada pembangkang amatlah memalukan Uncle Sam, negara polis dunia paling samseng di dunia!

Lalu susuk pemimpin negara kita bersuara dan menasihatkan Joe Biden, supaya dia tidak perlu seghairah super hero filem komik Marvel dan membersihkan dulu sampah di belakang Rumah Putihnya!

Namun ada pula diantara kita, kumpulan pengkhianat bangsa yang mahu mempertahankan tingkah-laku kurang ajar Joe Biden yang sebenarnya telah melanggar kedaulatan negara seperti Malaysia. Jika ini cara Amerika Syarikat mahu berkawan dengan kita tentu saja ada sesuatu yang tidak kena dengan Henry Kissinger dan sekolahnya.

Lalu semua mula berbicara tentang keberadaan kem tahanan Guantanamo yang diadakan oleh Amerika Syarikat. Tun Mahathir dalam ruangan blognya telah bahasakan Joe Biden dengan paling ‘bergaya’.

Kata Tun Mahathir yang kita semua sayangi, ‘Being the Vice President of a country that detains people without trial for more than a decade, torturing them while in detention; a country where torture is legal, a country which has no qualms about invading other countries, killing millions of innocent people, destroying towns and villages, leaving them without electricity, water supply and sewerage systems; what right has Biden to condemn the retaining of a law to prevent racial conflicts and violence in Malaysia.’

‘Today the United States is engaged in assassinating people opposed to America. Malaysia used to detain people without trial. But the United States passes death sentences without trial, without the knowledge of the victims even. Then drones are sent to kill the designated victims. The judgements and death sentence are not made in a court of law. They are made by officials. These people appoint themselves as judges, prosecutors and executioners. This is justice as practiced by America, ' kata Tun Mahathir lagi.

Sebuah video yang bertajuk ‘The Zone of Non Being: Guantanamo’ telah dihasilkan oleh sebuah badan yang dinamakan sebagai Islamic Human Rights Commission (IHRC) yang berpengkalan di London, UK. Ia merupakan sebuah badan bebas dan tidak berasaskan keuntungan yang digerakkan untuk berkempen, melakukan kajian tentang isu hak asasi dan juga melakukan kerja-kerja kemanusiaan selari dengan apa yang diajarkan oleh Al Quran seperti dalam surah An Nisa, ayat 75 yang berbunyi.

Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam) dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri (Makkah) ini, yang penduduknya (kaum kafir musyrik) yang zalim, dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan agama kami), dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh)".

Sempena sambutan Hari Hak Asasi Sedunia dengan slogan ‘Human Rights 365’, eloklah kiranya kita memperingatkan Barat, terutamanya Amerika Syarikat akan keberadaan Kem Guantanamo tajaan ketamadunan mereka!







0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.