Tuesday, 2 December 2014

Kekal Akta Hasutan : Kenali Perbezaan Antara Rasa Insaf dan Tindakan Populis

Apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap dan menegaskan keperluan untuk memperjuangkan isu Islam, Melayu dan memastikan Akta Hasutan 1948 kekal, kami yakin semua itu terbit dari keikhlasan hatinya apabila melihat satu demi satu kepentingan Islam dan Melayu sudah mula tergadai. Bagaimana kami memutuskannya begitu? Mudah sebenarnya.

Perkataannya KONSISTENSI.

Kita tidak pernah melihat TPM menjadi sekerat Cina dan sekerat Hero Filem Tamil semata-mata untuk memperjuangkan nasib rakyat Malaysia. Kita tidak pernah melihat beliau memainkan peranan politik sesumpah. KONSISTENSI amat penting dan memainkan  peranan dalam membina persepsi dalam sesebuah perjuangan.

Begitu juga apabila Ketua Wanita UMNO menyuarakan perkara yang sama. Hujahnya sama, perkataannya juga sama. KONSISTENSI.

Tetapi itu tidak berlaku di dalam sikap yang diambil Perdana Menteri dan Cabang Kepimpinan Pemuda di dalam parti. Bukan semua, tetapi antara yang diuji Allah dengan diletakkan ditempat yang atas. Perkataan mereka, sikap yang diambil mereka, cara mereka menyantuni setiap isu sangat bergantung kepada arah di mana mata angin bertiup.

Jika angin meniupkan lalang ke kanan, maka ke kananlah ia condong. Jika ke kiri, maka ke kirilah mereka condong.

Pihak awam menyambut baik apa yang dipertontonkan secara saban hari dalam semua media yang termampu dicapai dengan harapan, parti tersebut akan kembali dapat disinonimkan dengan perjuangan Islam dan Melayu. Program minda bawah sedar bagi yang tidak mengetahui. Penyemarakan Prinsip-Prinsip Goebbles bagi mereka yang tidak biasa.

Orang Melayu, jika jauh dari Islam, minda mereka sangat rapuh dan mudah terdedak kepada aktiviti memprogram semula pemikiran manusia.

Kami melihat semua itu berlaku dalam pemantauan kami. Kami melihat, menilai dan mempertimbangkan bagaimana sesuatu isu itu akan kami santuni.

Kita telah melihat kekuatan dan keberanian melawan yang ditunjukkan segmen-segmen pemuda ini. Kita telah melihat bagaimana mereka dengan beraninya menerobos masuk ke Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang ketika mana parti keramat mereka dihina. Kita melihat mereka bangkit dan melakukan amukan di pejabat-pejabat DAP dan dihadapan kepimpinan DAP setelah parti mereka dirujuk dengan perkataan biadab.

Tetapi, ketika nama Allah dihina, ketika agama Islam dicerca pada awalnya, ketika mana bangsa Melayu menjadi subjek perlekehan bangsa-bangsa yang tidak tahu mengenang budi, di mana mereka bersantai pada ketika itu? Di mana amukan, flying kick ke pintu, koyak memorandum dan melemparkannya ke wajah manusia-manusia durjana yang menghina Allah? Di mana mereka??

Kerana itu KONSISTENSI dalam perjuangan amat penting. Semua itu penting melainkan mereka juga telah mula terpengaruh dengan kitab sesumpah politik yang diamalkan lawan politik mereka di dalam Pakatan Rakyat.

Tetapi, tersasarnya mereka dari jalan perjuangan tidak sejauh tersasarnya pemikiran sesetengah figura di dalam lawan politik dan satu dua orang yang masih bersama mereka. Berbanding figura sepserti Mujahid Yusuf Rawa, Anwar Ibrahim, Khalid Samad, Hanipa Maidin, Saifuddin Abdullah yang sangat konsisten dengan kecenderungan menyokong pemikiran liberal, Najib Tun Razak dan kepimpinan pemudanya masih mempunyai peluang kedua untuk memperbaiki semua persepsi negatif yang telah menyelubungi imej mereka  selama ini.

Bukanlah kami ingin sangat menggambarkan tindakan Najib Tun Razak baru-baru ini sebagai satu tindakan POPULIS.

Mereka-mereka yang berada disekelilingnyalah yang cuba menggambarkan beliau bertindak di atas motif tersebut.

Terdapat perwakilan UMNO yang sedang bebas memberikan kenyataan yang seolahnya mewarnakan tindakan PM berazam mahu mengekalkan Akta Hasutan 1948 sebagai satu tindakan POPULIS yang dibuat atas dasar keterpaksaan. Tidak percaya, baca sahaja kenyataan apologetik yang dibuat oleh beberapa pemimpin UMNO yang mengatakan Najib melakukan semua itu kerana tidak mempunyai sokongan yang cukup dari pengundi Cina. Jika cukup, tentu sahaja ianya akan dimansuhkan.

Apakah kenyataan tersebut cuba mencadangkan nilai undi-undi orang-orang Cina lebih Najib Tun Razak hargai berbanding undi-undi yang selama ini diberikan secara konsisten oleh orang-orang Melayu keoada pentadbirannya?

Nilai 25% undi Cina Lebih Dihargai berbanding 70% Undi Melayu? Apakah mereka-mereka ini cuba gambarkan bahawa Najib Tun Razak, akan kembali memakai pakaian Manchunya, menggunakan nama Cinanya kembali, belajar bermain peralatan muzik Cina apabula 25% undi Cina kembali kepadanya?

Maka, kenyataan-kenyatan tersebut, ditambah dengan sikap tidak konsisten yang ditunjukkan selama ini, membuatkan kami menilaikan pengumuman bahawa Akta Hasutan akan dikekalkan dan dibuat penambahbaikan dan parti terbesar orang Melayu ini mahu kembali memperjuangkan Islam dan agenda Melayu tanpa mengambil tanpa hak perkara yang telah diperuntukkan oleh Perlembagaan ke atas kaum-kaum lain, sebagai satu tindakan yang harus didekati dengan skeptikal buat masa ini.

Kami perlukan lebih dari kata-kata bersemangat, pidato-pidato berapi dan janji-janji yang hanya mudah dilafazkan melalui lisan tanpa disertai tindakan-tindakan yang konsisten dengan apa yang telah dijanjikan.

Antara terdorong rasa insaf atau populis dalam menjuarai isu pertahanan undang-undang terakhir yang melindungi umat Islam dari segi Perlembagaan, kedua itu dipisahkan dengan KONSISTENSI dengan apa yang diucapkan dan apa yang dilakukan sesudah itu.

Pintu belakang masih terbuka.

Sekali kami sudah terkena, kami tidak akab biarkan ia berlaku untuk kali yang kedua.

BUBAR MKPN dan semua yang menjadi parasit .

BERSIHKAN PEMERINTAHAN DARI GOLONGAN LIBERAL.

KEMBALIKAN HAK-HAK ORANG ISLAM DAN MELAYU
SEPERTIMANA YANG DIJAMIN OLEH PERLEMBAGAAN.

KEMBALIKAN TANAH-TANAH RIZAB MELAYU.

KEMBALIKAN BIASISWA ORANG MELAYU.

KEMBALIKAN KEDUDUKAN BAHASA MELAYU.

12 comments:

  1. Wahai Najib, tolong kembalikan hak melayu yang telah dirampas selama ini. Antaranya ialah :

    1. Memperkasakan DEB - jangan sesekali rasa terhina apabila melayu terpaksa menggunakan 'tongkat' untuk sama-sama bangkit dengan kaum yang lain

    2. Mewujudkan semula MECD - kita perlukan satu kementerian yang khusus untuk melindungi usahawan melayu kerana dalam dunia bisnes, melayu takkan mampu survive tanpa bantuan dari kerajaan

    3. Memperkukuhkan bahasa melayu sebagai bahasa no.1 negara - diharap Najib tidak lagi berucap dalam bahasa inggeris di hadapan kaum bukan melayu dan pastikan setiap warganegara fasih berbahasa melayu.

    4. Menjaga kesucian agama islam, menjaga nama baik institusi diraja dan memperkukuh hak istimewa orang melayu - kita dah meluat dengan setiap penghinaan yang diterima dari bukan melayu. Mereka hanya fikirkan sensitiviti mereka sahaja. Malah menuduh kita pulak yang rasis. Pemimpin umno yang hanya berdiam diri dan suka bersikap playsafe adalah tak layak mewakili orang melayu.

    5. Menaiktaraf sekolah kebangsaan, sekolah agama rakyat, sekolah pondok, maahad tahfiz dan lain2 institusi pendidikan milik melayu - cukup2lah memanjakan sekolah vernakular yang menjadi tempat untuk menternak generasi yang rasis terhadap melayu. Cuba ingat balik, kaum manakah yang pernah menterbalikkan bendera Malaysia tanpa rasa bersalah pun ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melihat senarai tuntutan yang dibuat tuan, tidak dapat tidak, kita melihat terlalu banyak perkara telah dihancurkan sehingga membuatkan apa yg selama ni menjadi hak, telah dihilangkan begitu sahaja. Semua itu perlu dikembalikan jika mahu melihat sokongan umat Islam kembali bulat kepada pemerintah.

      Delete
  2. Replies
    1. Kami juga dengan bulat sokongan yang sama.

      Delete
  3. Salam ben. Tpt skali apa yg you komen. Najibul ni pd pndngn sy dia tak brprinsip yg mdah mngubh haluan bla dia nmpk kduduknnya trgugt. Sy d fhmkn dlm prjmpan pimpinan ngo dgn dia nmpk dia bsunguh2 nk pthnkn islam tp lps tu kita nmpk watak ssumph dia yg mlayan sgala yg d pntak puak2 kafirin. Sbgai cntoh akta hasutn ni. Riak mka dia sy liht dia brkiblat kpd golongn liberal yg jlas mnentng islam. Bg sy ben ucpn dlm pau tmpoh ari ialh stu ucpn retorik sja. Bla dia liht orng knan dia dn syap2 patinya mnolk cdngn dia nk hpus akta trsbut mula lah dia tkar haluan. Klau bnar apa yg dia ucp tu dtng dri lubuk atinya yg ikhlas krna Allah swt mka apa yg you sarankn spya dia kmbalikn hak islam dn orng mlayu hndklah dia tnaikan dgn segera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikummussalam Tuan. Itu yg kita semua nampak. Beliau mudah diugut, tidak mempunyai pendirian utk mempertahankan apa yg seharusnya beliau percaya dari awal dan ini kelemahan yg dilihat oleh golongan liberal yg membolehkan mereka mampu menggunakan org2 disekelilingnya utk memanipulasikan pemikirannya. Kita inginkan pemimpin yg sentiasa bertegas dgn pendirian yg benar dan betul dan sentiasa konsisten tentang itu.

      Delete
  4. Saya ingin merayu kat Najib supaya kembalikan semula ISA dan Ordinan Darurat. ISA dan Ordinan Darurat adalah ibarat pagar-pagar yan melindungi rumah kita selama ini. Bayangkan sebuah rumah yang cantik dan amat kukuh, ada halaman yang cantik TAPI tiada pagar. Tak pasal-pasal anjing jiran sebelah boleh suka-suka hati menyiram pokok bunga kita secara free. Jangankan anjing, vavi pon boleh berkubang depan rumah kita secara senanghati. Kerana apa ? Kerana rumah kita yang cantik tu dah tiada pagar. Kenapa tiada pagar ? Kerana ada seseorang yang suka sangat mencabut pagar. Kononnya pagar tu menyebabkan kita tak boleh bermesra dengan jiran-jiran sebelah. Habis tu jiran-jiran sebelah tu nak ke cabut pagar diaorang jugak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu contoh yg tepat tuan dgn persoalan yg sgt baik, asyik kita sahaja yg punya pemimpin yg sibuk cabut pagar, bagaimana pula dengan pagar orang lain?

      Delete
  5. Artikel BERNAS, dari Ben dan anon-anon di atas!

    NGO-NGO Islam/Melayu bersama Majlis Raja-Raja/DYMM YDPA mesti MELAWAN balik PINDAAN undg-undg 1992 yang kononnya membolehkan penggadaian Tanah Rizab Melayu ! Nek tak dapat lansung cari maklumat terperinci tentang pindaan ini Ben! Lagipun, disyaki JENAYAH PENIPUAN/ROMPAKAN/RASUAH dgn. jelas telah dilakukan ke atas undg-undg Perlembagaan BERSAMA Wasiat Raja-Raja Melayu berkaitan Tanah Rizab Melayu yang telah diROMPAK - termasuk si PENDATANG KAPIRDAJAL menggunakan "Melayu jadian" sbg. "Ali Baba" dan sewenangnya menukar status Tanah Rizab Melayu kpd. status komersial - SPRM mesti buka balik kes; dan mana-mana org- kampung ISLAM/Melayu yang diRAMPAS Tanah Rizab Melayu mereka dulu termasuk di Tioman, Langkawi, P. Pinang dan banyak lagi - mesti SAMAN K'jaan BERJUTA dan diberi balik hak milik tanah ini!

    Dan mesti HAPUSkan penjualan tanah, dan RAMPAS balik setiap tanah yang telah di jual kepada warga/rejim asing, terutamanya Singapura terutamanya yg. punya besar kat sy, Temasek sampai lebih 200 ekar di Batu kawan dan Bayan Lepas, baru-baru ini (lihat di http://www.pisau.net/hot-cara-dap-berniaga-sekali-tenyeh-berbillion-penang-signs-with-temasek-to-set-up-rm11-3b-sso-hub/ , Hot Cara Dap Berniaga ! Sekali Tenyeh Berbillion, Penang signs with Temasek to set up RM11.3b SSO hub., Posted by: pisau in Berita Utama)- apalagi Singapura adalah pusat PENGGANAS anti-ISLAM MOSSAD/CIA/NATO terbesar di Asia Tenggara; yang boleh MENGANCAM KEDAULATAN dan KESELAMATAN negara Islam kita ini serta umat Islamnya. DYMM YDPA adalah Ketua NEGARA dan ATM; maka baginda perlu dikembalikan KUASA EKSEKUTIF ini!

    Dan lihat artikel yg. sungguh BERNAS ini membuktikan begitu jelasnya PENGIKTIRAFAN pelansongan kuasa EKSEKUTIF Raja/Sultan Melayu (Executive Monarchy - walau tidak mutlak) dari semasa PENJAJAHAN British-ZIONIS pun; hingga semasa Perlembagaan Persekutuan digubal, bukan sekadar “Hiasan/Simbol Adat“ (Ceremonial Monarchy), terutamanya dlm. MEMPERTAHANkan ISLAM/umatnya – oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Mahmad Naser Disa dari Yayasan Murni Aqidah – di https://akarimomar.wordpress.com/tag/perlembagaan-persekutuan/ , Hijrah Minda: Agenda Transformasi Islam , Haji Mahamad Naser bin Disa[1], 7 April, 2012!

    Lihat (disyaki) JENAYAH PENIPUAN/ROMPAKAN/RASUAH keatas Tanah Rizab Melayu kita di - http://ww1.utusan.com.my/utusan/Laporan_Khas/20140920/lk_02/Melayu-jadian-punca-tanah-pupus , 'Melayu jadian' punca tanah pupus, ARKIB : 20/09/2014:

    ......Omar menjelaskan, selain kerajaan negeri, pihak lain yang turut mengancam Tanah Rizab Melayu ialah golongan 'Melayu jadian.'

    Jelas beliau, golongan yang dimaksudkan itu ialah syarikat-syarikat yang dimiliki oleh orang bukan Melayu tetapi mengisytiharkan mereka sebagai Melayu bagi mendapatkan Tanah Rizab Melayu.

    "Mereka menggunakan taktik 'Ali Baba' iaitu dengan meletakkan orang-orang Melayu sebagai ahli lembaga pengarah bagi memudahkan mereka mendapat permit, Tanah Rizab Melayu dan projek-projek kerajaan.

    "Apabila apa yang dihajat sudah tercapai, satu persatu ahli-ahli lembaga pengarah tersebut ditendang keluar. Namun ramai orang Melayu tidak sedar perkara itu," ujarnya.

    Nenek TUA Sambal Petai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nenek.. Mungkin itu sahaja jalan yg sepatutnya dilakukan oleh NGO2 Islam & Melayu yang bergabung. Kena mulakan inisiatif untuk mengerakkan segala kekuatan untuk membawa semua kerajaan negeri dan persekutuan ke mahkamah utk menuntut semua hak Perlembagaan org Islam dan Melayu untuk dikembalikan.

      Delete
  6. wow Ben Yaacob, skali lagi engkau bermain persepsi dan mengata saudara seIslam and Pemimipin mu di belakangnya. Amalkan akhlak seorang muslim dan berdepan lah dan nasihati pemimpin mu cara Rasulullah ajar. Bertemulah dia, pegang lah tangnanya dan nasihati dia. Mungkin dengan usaha mu Allah akan turunkan hidayah kepadanya. Jika tidak, tanggungjawab mu terlepas dan terus kan doakan kebaikan untuknya. Jika tak berdaya, sibuk kan dirimu dikalangan keluarga dan rakan2 mu dahulu. Jangan jadi pengadu domba dan pengumpat. Dan jangan syok sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas teguran dan keprihatinan saudara.
      Untuk pengetahuan, semua itu telah dilakukan berkali2 sebelum ini sebagaimana yang telah disarankan Rasulullah s.a.w.

      http://www.bangkit.info/2014/08/pertemuan-ngo-ngo-islam-dengan-perdana.html

      Boleh rujuk disini sebelum tuan berpersepsi dan mengata saudara seislam tuan sedangkan fakta2 pertemuan itu telah kami kemukakan secara jelas berkali2 di sini. Malang sekali semua pertemuan tertutup itu hanya menyaksikan kami diberikan janji yang kemudiannya dilupakan. Aoa yg disampaikan seolah2 disapu ke bawah permaidani. Maka cara2 lain perlu digunakan untuk memastikan Islam tidak menjadi mangsa keadaan akibat terdorong sikap populis sesetengah pemimpin.

      Harap tuan tidak lagi berpersepsi bahawa jalan2 yang dianjurkan oleh Rasuluklah s.a.w. tidak kami telusuri. Kami sudah melakukannya dan kami berharap tuan juga berusaha untuk pergi bertemu dengannya dan mengamalkan apa yang tuan nasihatkan kepada kami. Bukankah al Quran menyatakan dengan jelas dalan al Quran ayat 44 surah al Baqarah:

      Al-Baqarah:44 - Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?

      Harap tuan juga mengamalkan nasihat yang tuan berikan supaya tidak termasuk dalam golongan yang disebutkan dalam ayat di atas.

      Terima kasih.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.