Thursday, 11 December 2014

IRF Pengimport Tegar Ajaran Sesat & Kesesatan.

Sepatutnya, pada saat ini, pertubuhan IRF sudah patut diambil tindakan dan mula disiasat oleh pihak berkuasa di dalam Malaysia.

Telah beberapa kali mereka melakukan pelbagai bentuk tindakan provokasi dengan menjemput tokoh-tokoh dengan aliran pemikiran yang pernah difatwakan sesat dan tokoh yang menyokong perlakuan sesat.

Sebelum ini, mereka cuba menjemput Ulil Abshar Abdalla. Beliau seorang tokoh dengan aliran pemikiran liberal yang difatwakan oleh Indonesia dan Malaysia. Kedatangan Ulil Abshar berjaya disekat oleh pihak berkuasa di Malaysia. Malang sekali, IRF tetap berdegil dan mengadakan sidang tele video bersama Ulil Abshar di sini. Seolah-olah, IRF mahu membuktikan mereka lebih kebal dari Majlis Raja-Raja dari segi tindakan perundangan yang boleh dikenakan ke atas mereka.

Terbaharu, apabila mereka menjemput Ebrahim Moosa. Seorang figura yang diangkat menjadi tokoh oleh golongan liberal di Malaysia.

Ebrahim Moosa Sokong Amina Wadud Jadi Imam Para Lelaki
Siapa boleh lupa dengan Ebrahim Moosa. Beliau merupakan seorang tokoh yang bertegas menyatakan sokongannya kepada tindakan pengasas SiS Forum Sdn. Bhd. , Amina Wadud, yang bertindak sebagai imam kepada solat jemaah yang dihadiri oleh para makmun lelaki dan perempuan.



Sebuah laporan menyatakan perkara berikut ketika menyokong tindakan Amina Wadud menjadi imam kepada jemaah tersebut:

Another supporter, Ebrahim E.I. Moosa, an associate professor of Islamic studies at Duke University, calls the prayer a "wonderful move." "I think it is absolutely justifiable in terms of Islamic law," he says. "I'm glad someone broke the ice." (1)

Kebanjiran pendatang Liberal ke Malaysia sepanjang minggu ini, secara jelas menunjukkan seperti ada satu bentuk perancangan besar yang sedang dijalankan melalui tugas-tugas yang dibahagikan secara serentak kepada agen-agen yang bakal menjalankan agenda asing di bumi Malaysia.

73 tahun yang lalu, pada tarikh 7 Disember 1941, Jepun menyerang serta memulakan kempen penaklukan ke atas bumi Tanah Melayu.

Dan bermula 7 Disember 2014, 73 tahun selepas kempen penaklukan Tanah Melayu oleh Jepun bermula, IRF dan beberapa NGO yang sememangnya direkodkan menerima pendanaan dari pihak diluar negara, memulakan kempen besar-besaran untuk menjajah pemikiaran rakyat Malaysia dengan penaklukan agenda liberal di Tanahair.

Mereka sedang melakukan kempen dengan penuh rancak. Kecuali mereka ini benar-benar diberikan imuniti oleh Perlembagaan daripada dikenakan sebarang tindakan undang-undang, keadaan di mana tiada tindakan daripada pihak berkuasa undang-undang ke atas mereka ini seolah-olah sedang mencadangkan bahawa pihak berkuasa di Malaysia ini sedang sedang merestui pengimportan budaya sesat dari luar negara?

Persoalannya, kenapa sehingga saat ini IRF masih dibiarkan bebas, malah sehingga begitu berani mengumumkan akan menerbitkan terjemahan/tafsiran al Quran dalam versi mereka sendiri dan begitu berani menjemput tokoh-tokoh liberal sesat ini masuk mengajarkan kesesatan mereka ke atas umat Islam?

Rujukan :
(1) http://www.campus-watch.org/article/id/2128

12 comments:

  1. Hmmm.. Macam dapat restu ah jib gor je derang nie. Naper aku cakap mcm tu? Sebab byk event IRF ada Saifudin Abdullah involve sama ada secara langsung atau x langsung. Ah jib mesti explain knp org kuat dia selalu brdamping dgn entity ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kita kena tanya berapa GMM belanja untuk program-program kat IRF. Saifuddin Abdullah ada bagi duit ke tak kat Farouk Musa untuk IRF?

      Dulu guna nama dan logo GMM pun SA buat-buat senyap saja. IRF sampai sudah tak buat apa2!

      Delete
    2. Persoalan tu telah lama kami timbulkan. Kami sendiri amat musykil bagaimana GMM boleh terlibat dengan perkara2 yang melibatkan pengimportan kesesatan oleh IRF.

      Delete
  2. Tukar yg bangang tu dulu.....bangang si debab....

    ReplyDelete
  3. dilahirkan silver spoon mana tahu tentang kesusahan rakyat. bising sikit, hulur duit. jenis budaya orang kaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah masalahnya. Org mcm ni ingat segala-galanya boleh ditutup dengan wang. Sedang apa yg gol ini buat tu sebenarnya satu perbuatan yang cuba menempah kehancuran kepada dirinya sendiri.

      Delete
  4. Salam. Irf ni ptut d hram tp dgn krjaan sotong yg mnyotong dlm isu2 kaitn agma islam Irf tlah mnkutkn krjan sotong yg betina yng tdk brtlur dgn mmasuki Moosng dr Afrka untk mnyestkn ummah. Sy fkir tkdak jln lain lah yg bleh hrap dri krjaan sotong betina yg tdk brtelur ni mlainkn kt umat islam btindak sndiri sndri dmi mmprthnkn ksucian agama kta. Phak polis pn mnyotong tkut kpd orng2 Irf, so apa lg kita tngu. Jom btindak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikummusalam wbt Tuan Hamba Allah 21:48. Benar, sekarang ini sudah tiba masanya umat Islam berdiri atas kaki sendiri mempertahankan Islam. PAS dan UMNO sudah menjadi sotong tegar. Pemerintah menjadi penakut. Pihak berkuasa seolah2 takut utk menjalankan amanah kuasa. Tetapi, apa pun yang hendak dilakukan umat Islam, pastikan semua bentuk tindakan yang dilakukan selaras dengan perkara yang dibenarkan mengikut Perlembagaan dan undang2 negara.

      Delete
  5. Salam. Irf ni ptut lma d hramkn. Tp krna krjan sotong yg ada mnyotong bla isu mngnai Islam d hinakn mka puak2 kafirin, Lgbt, Liberalisme, pluralisme dn lain2 yg ada dlm knjang Irf mla btindk lbih agresif. Mrek tngok polis pun mnyotong d bwah krjan sotong pmimpin sotong betina yg tak brtlur mka seolah2 mrk tlah mnguasai krjan dgn brua2 dri pntu blkang mmain pranan dr dlm tmpt ktua ssotongyg tak btlur brkubng. So kta umt islam tk pyah dok mnta tolong dr krjan sotong yng sntiasa akn myotong dlm prkra sbegini mka ayoh mri kta brtndak mnyelamt ksucian agama Allah ini.

    ReplyDelete
  6. IRF ni Islamic Research Foundation under zakir naik ke @ pun islamic renaissance front?sori kompius skit hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh sesiapa tolong ketuk ular ni?!

      Delete
    2. Like 1000X Anon 11:30

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.