Friday, 12 December 2014

‘Human Rights 365’ Acuan Malaysia!

Oleh : Megat Rizal MH

Selamat Hari Hak Asasi Manusia Sedunia. Pada tahun ini seluruh dunia menyambut sambutan kepada perayaan yang diberi tajuk ‘Human Rights 365’. Secara ringkas ia mahu masyarakat dunia meraikan hari hak asasi manusia pada sepanjang tahun, yakni 365 hari setahun. Slogan tersebut dipilih kerana penganjur mahu menyatakan bahawa isu hak asasi manusia adalah sejagat dan kehidupan kita semua, sebagai manusia, saling berkaitan dengan satu sama lain, mana-mana saja kita berada di dunia ini. 

Sememangnya slogan tersebut adalah sangat bertepatan dan amat baik sekali.

Namun dalam pada itu baru-baru ini ada pula suara-suara di Malaysia mendakwa bahawa kita sebagai satu bangsa, secara kolektifnya telah gagal dalam menegakkan isu hak asasi manusia di negara sendiri? Benarkah dakwaan sebegini?

Benarkah juga bahawa kerajaan kita sendiri sering bersikap apati terhadap isu-isu hak asasi dan kesamarataan? 

Dan mereka juga bertanya apakah yang dimaksudkan sebagai hak asasi manusia mengikut acuan Malaysia sendiri? 

Adakah ianya merujuk kepada satu perjuangan hak asasi yang bertentangan dengan apa yang telah diperjuangkan oleh COMANGO contohnya?

Sememangnya benarlah bahawa isu hak asasi manusia adalah isu harian yang patut diraikan dan diambil berat setiap hari sepanjang 365 hari setahun. Ianya tidak patut bersifat sementara, tidak juga patut bersifat bermusim, berakhir jika sudah bertukar tampuk pemerintah dan sebagainya. Isu hak asasi manusia sememangnya bersifat sejagat dan perlu diberi perhatian sepanjang masa, tidak kira di mana sahaja susuk seorang manusia itu berada. Sama seperti apa yang telah diunjurkan oleh Islam, Agama Persekutuan Negara.

Osama Danesyar seorang pengamal undang-undang UK dalam eseinya yang bertajuk ‘Fundamental Human Rights In Islamic Sharia Law’ ada menulis ‘further unlike the european convention of human rights or the united nations declaration on human rights, the rights guaranteed by sharia law were not a reaction to mass murder as happened in europe during the second world war, but was proactive attempt to guide humans to the attainment of a higher level of interaction between one another. the rights guaranteed were simply a gift from god upon humans in exchange for duties imposed upon mankind. in its own right the rights guaranteed under sharia law were entrenched and around which the legal and political system was based rather than rights which had to be molded to fit in uncomfortably with the legal and political systems entrenched as happened with the european convention of human rights and the united nations declaration of fundamental rights. therefore the rights guaranteed are fixed and not subject to erosion depending on the continuously changing political considerations.


Sememangnya asas-asas hak asasi manusia seperti yang telah disyariatkan Islam, 1400 dahulu, masih lagi terpakai, bersifat malar segar dan terangkum, merentas lokasi dan sempadan kenegaraan. Pendek kata itulah pengertian ‘Human Rights 365’ yang sebenar-benarnya. Dan kita di Malaysia sememangnya sedar akan hakikat tersebut.


Dalam konteks Malaysia sebenarnya kita tidak pernah terkebelakang. Lihat sahaja bagaimana bijak dan berperi-kemanusiaan sekali kita, sebagai tuan tanah melayan pendatang yang datang bekerja di tanahair sejak daripada zaman penjajahan sehingga kepada sekarang ini. Rata-rata kaum pendatang boleh maju di bumi yang kaya dengan hasil bumi ini. Asalkan ada kemahuan, di situ ada jalan. Rakyat Malaysia rata-rata sangat mengamalkan semangat Islam, apabila sangat menghormati hak sesama manusia, tidak kira sama ada mereka itu pendatang sekalipun.

Dan apabila negara hampir mencapai kemerdekaan pada tahun 1952 diberitakan bahawa kita telah menganugerahkan hak kerakyatan kepada sebanyak sejuta orang pendatang. Hal ini dipetik berlaku sebegini, seperti yang pernah ditulis oleh mendiang Datuk Dr. James Peter Ongkili dalam bukunya yang bertajuk ‘Nation-building in Malaysia 1946–1974’, ‘in 1952 the government issued an ordinance that granted citizenship to almost 1.5 million non-Malays’. Malah ianya tidak terhenti di situ, pada hari Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, sejuta lagi hak kerakyatan telah diberikan kepada kaum pendatang.Hal ini telah diperjelaskan oleh Tun Mahathir dalam blognya, ‘In exchange for the one million citizenships the non-Malays must recognise the special position of the Malays as the indigenous people. Certain laws such as the pre-eminence of Islam as the state religion, the preservation of Malay reserve land, the position of the Malay Rulers and Malay customs and the distribution of Government jobs were included in the understanding.’

Pada pandangan Dr Chandra Muzaffar kemurahan hati orang-orang Melayu dalam menganugerahkan kewarganegaraan secara jus soli tersebut sememangnya sesuatu yang tidak pernah berlaku di mana-mana di dunia. Kata beliau, ‘The Malays had made a significant concession on the identity of the nation. It is this concession, almost unprecedented and unparalleled in the annals of nation-states, which leading Malay scholars and writers have described as a "huge sacrifice.”

Sememangnya ianya tidak pernah berlaku di Amerika Syarikat, tidak di Jerman, tidak di Sweden dan tidak juga di Denmark. Tidak pada 60 tahun lampau dan tidak juga berlaku pada kebelakangan ini. Malah Britain sendiri memilih untuk tidak membawa pulang golongan pendatang yang dibawa mereka untuk bekerja di lombong-lombong bijih dan ladang-ladang getah walaupun kekayaan yang dihasilkan telah dibawa pulang ke Britain. 

Keadaan yang sama juga berlaku di Amerika Syarikat yang memilih untuk menghantar pulang pendatang yang bekerja untuk membina landasan keretapi mega yang bermula daripada satu hujung negara luas Amerika Syarikat ke satu hujung yang lain, yakni First Continental Railroad. Setelah siap puluhan ribu telah kehilangan pekerjaan dan kedatangan mereka amatlah tidak disenangi sehinggakan kerajaan Amerika Syarikat telah mengubal satu undang-undang yang dinamakan sebagai Chinese Exclusion Act seawal tahun 1882 lagi. Akta ini hanya dimansukan pada tahun 1943.

Tunku Abdul Rahman, Bapa Kemerdekaan juga ada berkomentari tentang keluhuran sikap orang-orang Melayu, kata Tunku "It is understood by all that this country by its very name, its traditions and character, is Malay. ... In any other country where aliens try to dominate economic and other fields, eventually there is bitter opposition from the indigenous people. But not with the Malays.” 

Sememangnya jelaslah, orang Melayu dengan etos Islam yang berakar-umbi sejak sekian lama, sudah meletakkan keutamaan untuk mempertahankan hak asasi bangsa bukan Melayu sejak peringkat pra kemerdekaan lagi. Ini selari dengan firman Allah SWT di dalam Surah Al Maidah ayat 32 bahawa:

“Oleh karena itu Kami tetapkan (suatu hukum) bagi Bani Israil, bahwa: barangsiapa yang membunuh seorang manusia, bukan karena orang itu (membunuh) orang lain, atau bukan karena membuat kerosakan dimuka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya. Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya. Dan sesungguhnya telah datang kepada mereka rasul-rasul Kami dengan (membawa) keterangan-keterangan yang jelas, kemudian banyak diantara mereka sesudah itu sungguh-sungguh melampaui batas dalam berbuat kerusakan dimuka bumi.”

Beriman dan beramal, maka itulah yang dipegang oleh orang Melayu, dan itulah juga yang diamalkan mereka.

Sehinggakan ke hari ini negara telah berjaya menjadikan kaum pendatang dan keturunan mereka sebagai bangsa yang sangat berdaya saing daripada segi pencapaian ekonomi. Sembilan daripada sepuluh bilionair negara yang tersenarai pada senarai tahunan Forbes adalah terdiri daripada keturunan bukan Melayu. Malah pendapatan isi rumah kaum Melayu adalah jauh lebih rendah daripada pendapatan isi rumah kaum bukan Melayu sendiri. 

Tahniah Malaysia, kerana telah berjaya menghidupkan etos Islam dalam pelaksanaan hak asasi manusia tanpa menitik-beratkan warna kulit, keturunan dan pegangan hidup. Tahniah kepada bangsa Malaysia kerana melakukan semua ini tanpa perlu label dan retorik semata. Inilah agaknya perlaksanaan hak asasi manusia mengikut acuan Malaysia, merentas UN, malah jauh lebih hebat daripada apa yang pernah dicapai mana-mana pertubuhan hak asasi manusia barat! Sememangnya hakikat ini harus dipuji dan diberikan pengiktirafan yang sepatutnya kerana sememangnya kita telah berjaya melaksanakan ‘Human Rights 365’ dengan acuan kita sendiri. Barat tidak perlu malu untuk datang dan belajar daripada kita.

Jika ini bukan sesuatu yang boleh kita banggakan, malah diraikan semasa dunia meraikan Hari Hak Asasi Sedunia, jadi apa lagi?

Khoo Ying Hooi, apa lagi kamu mahu?



13 comments:

  1. Kuala Lumpur tops global rich list with 13,800 millionaires - See more at: http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/kuala-lumpur-tops-global-rich-list-with-13800-millionaires#sthash.Vhff1IEw.dpuf

    'Malaysia is also predicted to have more billionaires (20) in 2018 compared against oil-rich United Arab Emirates (19), WealthInsight said in its report titled “Millionaires in Malaysia: 26,000 and Counting”.

    The Malays must have done something right, yes?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah semestinya.. cuma ada golongan yang tidak bersyukur dan sentiasa mahu segala2nya utk mereka masih menafikan semua ini.

      Delete
  2. Ni ada goreng pisang panas pasal PeMerhati Bengong bin Bangang!

    http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2014/12/1-malaysia-dumbos-losses-up-to-rm25bil.html

    ReplyDelete
  3. Salam. Ying hooi p mmpus blik ngara tok nenek hang. Jgn dok kacau kat sini hmpa kaum bngsat dtng mrempt kt ngri kami dgn mndpt rstu kmi umat mlayu islam, dgn kkayaan dn d bri kuasa dlm pmrinthan ngara, apa lg hmpa mau ? Mau ngara ni - lngkah mayt kami dulu. P blek la !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikummussalam wbt.

      Sayang sekali bilamana golongan ekstremis seperti Ying Hooi membenarkan seluruh org Cina diwarnakan dengan warna2 ekstremis.

      Bukan semua mereka begitu. Ttp kewujudan org2 spt Ying Hooi inilah yg menyebabkan rasa permusuhan antara sesama bangsa di dalam Malaysia menjadi terbakar lebih marak.

      Org2 yg rasional dari lain2 bangsa harus tampil segera ke hadapan.

      Delete
  4. Intipati artikel kat bawah ni sama macam tulisan di bangkit.info, bagus juga dibaca bersama dengan artikel ini...

    'Kerana Melayu percaya kepada Tunku, Allahyarham Tun Abdul Razak, Allahyarham Tun Hussein Onn dan Tun Dr Mahathir Mohamad mereka kekal “moderate” (sederhana), toleransi, bertolak ansur dan pemurah terhadap warganegara keturunan perantau selama hampir lima dekad.'

    http://www.sinarharian.com.my/karya/entri-blog/isu-kepimpinan-memperkatakan-sikap-melayu-1.326983

    ReplyDelete
  5. Salam. Islam ajr kita btoleransi tp dlm ertikta sdrhana. Klau puak kafirin mmbuat tknan smpai nk rosakkn islam, bngsa dn ngara, islam mmbnrkn kta brtndak dlm mmprthnknnya. Sbb tu acp kli sy share dlm apa isu yg mnekan islam sy cdng adakn stu mkanisma untk mnntng puak2 kafirin ni tp tdk ada stu pndngn positif mngenainya. So kta msih lgi ktingaln dlm dunia wassp tnpa apa2 tndkan yg bleh melenypkn pnghinan trhdp islam oleh golongn kfirin dlm ngara kta.

    ReplyDelete
  6. Rapatkan barisan. Lupakan ideologi politik. Ayuh Melayu Bersatu. Bila Lagi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang masanya Tuan Hamba Allah. Sekarang. Tidak boleh esok. Kerana esok itu sudah terlalu lewat.

      Delete
  7. Bagus tulisan di atas. Saya juga telah membaca tulisan ini elok juga kita sebar sebrkan http://azrilmohdamin.com/2014/12/10/detik-aspirasi-harapan-pelan-tindakan-hak-asasi-manusia-kebangsaan/

    ReplyDelete
    Replies
    1. 'Maka 10 Disember ini sepatutnya bukan semata-mata mengulangi prinsip-prinsip hak asasi manusia berkerangka fahaman liberal-sekular Barat, tetapi mesti menjadi titik tolak memperbaharui iltizam Malaysia dalam mengikuti prinsip-prinsip sejagat hak asasi manusia selagi mana tidak bercanggah dengan kandungan Perlembagaan Persekutuan. Usaha strategik dan artikulatif yang dikemudi pihak Kerajaan perlu diperkukuh berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan latarbelakang sejarah, budaya dan agama. Malah Perkara 5 Perisytiharan dan Pelan Tindakan Vienna 1993 (VDPA 1993) tidak mengenepikan terus hal-hal tersebut.'

      Tepat sekali pandangan Azril!

      Delete
    2. Setuju dan harap pautan tersebut dibaca oleh lain2 juga.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.