Tuesday, 30 December 2014

Guna Dana GMM Untuk Bantuan Mangsa Banjir Pantai Timur

Global Movement of Moderates (GMM) merupakan sebuah gerakan yang tertubuh atas inisiatif dan cita-cita Perdana Menteri untuk membawa agenda kesederhanaan dalam pemikiran masyarakat dunia. Sebuah idea yang murni pada dasarnya, tetapi sangat menjengkelkan pada perlaksanaannya.

Di bawah teraju Datuk Saifuddin Abdullah, dana-dana besar yang diberikan kepada GMM, kini dilihat sedang digunakan secara rancak untuk membajai sisi-sisi pemikiran yang pro gerakan Liberal di Malaysia.

Bukanlah satu rahsia lagi, kebanyakan program  yang dianjurkan oleh GMM, membawa bersamanya aliran pemikiran dengan topik-topik yang dilihat cuba mencabar kedudukan  serta kedaulatan Islam sebagai Agama Negara.




Malah, tokoh daripada NGO seperti IRF yang merupakan pengimport tegar mereka-mereka yang telah difatwakan sebagai mengamalkan aliran pemikiran sesat, seringkali diundang oleh GMM dalam program-program mereka.

Beberapa ketika, GMM juga turut ada dinyatakan sebagai pihak yang menaja program yang melibatkan pengimport tegar ajaran sesat IRF.

Dari mana datangnya sumber sebenar dana yang digunakan okeh GMM? Jika ianya mengalir daripada wang rakyat yang diamanahkan kepada kerajaan, maka ada baiknya wang tersebut diambil semula dan digunakan untuk perkara yang berfaedah seperti memberikannya sebagai bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur.




Jika Saifuddin Abdullah boleh mempertikaikan dana yang digunakan oleh kerajaan untuk program-program berbentuk mendekatkan diri kepada penghayatan Islam sebelum ini, maka dana yang sama yang diterima GMM juga harus dipertikaikan kerana ia digunakan untuk mengembangkan sisi pemikiran dan persepsi yang salah mengenai kedudukan Islam dalam negara.



11 comments:

  1. Saya setuju dengan cadangan ini, wang NUCC patut disalurkan untuk mangsa banjir. Kalau Pudin berkira pun fikirlah mangsa-mangsa di Pahang nun.

    Pudin jangan asyik nak suruh orang lain saja cancel program depa dan salurkan kepada urusan banjir. Pudin asyik nak kacau dana ciput selawat Rasullullah pasaipa?

    Pudin nak bagi dataran clear kut, supaya senang geng-geng subversif buat demo anti kerajaaan?

    Najib hang tengok2 sama perangai Pudin ni. Takkan nak biar saja kut, hang tu PM?!

    Kalau tak tau jadi PM, sila letak jawatan, bagi dengan Muhyidin, senang kerja, boleh pi cuti lama-lama skit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pudin sudah ditugaskan untuk mempertikaikan apa sj mengenai kedudukan Islam dalam negara.

      Dataran mmg perlu clear supaya kerja2 subversif boleh dijalankan. Maka dengan itu, mrk menghantar seseorang utk menyalak pada program selawat tersebut.

      GMM patut bubar. Pudin patut buat perkara lain daripada terus terlibat dgn mana2 gerakan.

      Delete
  2. Apa kena mengena si mamat EU dengan urusan beragama se-ASEAN? Takkan la orang ASEANs pun kena jadi more and more EU-centric?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin ini boleh menjawab persoalan anda:-

      http://landdestroyer.blogspot.com/2014/11/asean-economic-community-why-for-what.html

      Datuk Pudin celaka ni, sama seperti kebanyakan Datuk Datuk celaka yang lain faham, kesinambungan kehidupan material keluarga mereka bergantung kepada tahap penjilatan yang mereka sanggup lakukan.

      Jangan pandang rendah kepada corak pemikiran celaka bangsat bangsat seperti Pudin celaka ini. Golongan seperti ini berpandangan jauh, mereka lebih tahu bila negara ini akan dijahanamkan, jadi mereka perlu berada di pihak yang menang(bagi mereka)

      Amatlah malang bagi kita semua mempunyai golongan seperti ini di dalam negara kita, tiada jati diri, tiada daya ketahanan terhadap godaan materialist dan populis.

      Mereka suka menjilat dan suka dijilat, lebih lebih lagi sekiranya mendapat sokongan antarabangsa.(apa apa jadi pada negara senang nak lari).

      UMNO=PAS=PKR=Penjilat tegar Tuan Tuan Cina DAP/MCA/GERAKAN

      PEMIMPIN BANGSAT
      MELAYU MEREMPAT
      ISLAM TERJERAT

      Delete
    2. TQ atas link bermanfaat dr Tuan Hamba Allah 12:07

      Delete
  3. Tuan Ben,saya rasa lebih baik peruntukkan yang akan diberikan kepada sekolah cina diberikan kepada bangsa banjir.Itu lebih baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju 1000X.. Ya termasuk yang itu juga.

      Delete
  4. Salam.Yg afzalnya GMM ni ktua krjan sotong kna immeditely TUTUP. Apshl dok gna duit kmi hng bg barua2 libral gna mrosakn islam. Jga sumpah hng nk jga islam akn mkn hng blik. Ya la dh buat jnji dgn kpla yahudi sdunia nk main golf diplomacy. Yg mna lbih pnting rakyat yg lntik hng dlm ksusahn skrng atau jnji dgn kpla yahudi ni ? Sy stju cdgn hang ltak jwtan dn bg tmbalan ambij alih. Ini akn snangkn rkyat sikit dn mngkin mahyudin dpt atasi smua msalah yg hng dh created.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah sampai high time dah sekarang ni.. kita dah rasa mmg tak mahu mengharapkan pada dia..

      GMM, Talentcorp, NUCC dan segala macam perkara lain harus segera bubar.

      Delete
  5. Satu hari nanti, bila Najib bergelar Mantan, barulah dia nak sedar Pudin dan kawan2 Pudin lah yg menjadi punca dia dimantankan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. NUCC, GMM, Talentcorp ialah catalyst utk sesiapa sahaja yg bercita2 utk menjadi seorang mantan dengan segera.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.