Thursday, 18 December 2014

Gerakan Liberalisme & Pluralisme Harus Disekat!

Oleh : Megat Rizal MH

Sejak dua minggu kebelakangan ini rakyat Malaysia dihidangkan dengan pelbagai forum dan ‘rundingan meja bulat’ yang dihadiri oleh jemputan-jemputan asing dengan ide-ide yang sangat antagonistik dengan Islam dan umatnya.

Forum-forum ini yang diadakan di ibu negara dan lain-lain tempat banyak memperbincangkan tentang bagaimana Islam dan umat Islam di negara ini harus lebih condong ke barat dalam melihat dan membaca semula aturan yang telah diajarkan oleh Islam.




Ide-ide sesat seperti sesiapa saja boleh mengeluarkan fatwa sendiri tanpa perlu memberikan sebarang legitimasi ke atas penguasa-pengusa tempatan, jabatan agama, sultan dan raja sebagai ketua agama, mufti dan ulama sebagai sumber rujukan dan pemelihara kesucian Islam daripada diperkotak-katikan seperti yang telah berlaku ke atas fahaman Kristian contohnya, mahu diekspot ke sini.

Namun kenapakah pihak kerajaan sendiri seperti bersikap tidak apa dan leka, apabila membiarkan sahaja kemasukan ‘ulama-ulama’ RAND Corps. ini yang sememangnya hanya mempunyai objektif untuk mengabsahkan ketuanan Kristian sebagai satu wadah untuk menggantikan nilai-nilai Islam yang dipegang kukuh oleh rakyat Malaysia?

Kenapakah kerajaan dan Jakim contohnya tidak menunjukkan ketegasan seperti yang telah kita ambil ke atas susuk liberalis sesat Ulil Absar Abdalla?

Kenapakah kita kali seperti membiarkan sahaja, kemasukan susuk-susuk seperti Ebrahim Moosa seorang penyokong tegar, Amina Wadud, yang dengan angkuh dan kurang ajar juga mendesak kita-kita yang tidak mahu tunduk kepada liberalisme acuan RAND Corps. supaya ‘koyak dan buang saja’ Perlembagaan Persekutuan, undang-undang tertinggi negara?

Tidakkah kita berasa terganggu dan marah apabila susuk seperti beliau yang tidak faham ‘sosial fabric’ masyarakat kita yang sangat pelbagai, sosial kontrak kita, sejarah bangsa kita, dengan tidak bertanggungjawab menjadi cendiakawan paracut berani pula tidak menghormati lambang kebanggan bangsa kita yang telah memberikan legitimasi kepada kewujudan Malaysia?

Ebrahim Moosa bukan berseorangan, beberapa hari selepas itu Farouk Musa, dan IRFnya menjemput pula James Piscatori yang menemplak kita semua kerana menolak liberalisme dan pluralisme dagangan mereka. Profesor itu lagi menemplak kita rakyat Malaysia yang memberikan legitimasi kepada penguasa dan penguasa agama kita dengan bertanya  “The question is, who gives them the right to speak on behalf of Islam? They argue that there is a standard of Islam and this is very dangerous,”.

Siapa pula yang memberikan beliau hak untuk dengan mendabik dada datang untuk mengajar kita pemikiran ‘protestan Muslim’ yang sering dibanggakan mereka?

Pada majlis yang sama juga Yahya M. Michot seolah-olah mempersoalkan amalan kita di Malaysia yang menjadikan Yang di-Pertuan Agong, Sultan dan Raja-Raja Melayu sebagai ketua-ketua Agama Islam. Lelaki tersebut dalam forum yang dijemput IRF, mendakwa bahawa ianya merupakan amalan yang telah kita impot daripada kerajaan Kristian barat yang datang menjajah kita!

Tidakkah ‘cendiakawan’ ini sedar bahawa amalan ini sudah lama berakar umbi jauh sebelum tanah Melayu dijajah lagi? Tidakkah beliau sedar akan kewujudan Undang-Undang Kedah, Undang-Undang Tubuh Johor, Undang-Undang Melaka dan Undang-Undang Perak yang sudah diguna-pakai jauh lebih awal?

Sesungguhnya Islam tidak mempunyai halangan sesebuah politi Islam ditadbir seorang Umara’ dan disebelah sini pula, bangsa Melayu sendiri sudah mengadakan sistem ‘checks and balance’ tentang praktis ini dengan ‘Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah’, adakah beliau tahu tentang ini?

Yahya M. Michot bukanlah seorang cendiakawan apabila memilih untuk membuat pembacaan melulu tentang budaya kita di Malaysia. Beliau dan penajanya, tidak lebih daripada sekumpulan subversif yang mahu menidakkan kedudukan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu? Satu lagi projek yang sering dicuba-cuba oleh golongan yang mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik!

SiS Forum (Malaysia) Berhad pula telah membawa masuk dua pemikir seperti Ruhmee Ahmad dan Ayesha Chaudary yang meneruskan tradisi menghentam mufti, ulama dan penguasa agama Islam dengan mengajak kita semua untuk membakul-sampahkan fatwa-fatwa yang dikeluarkan mereka?

Sememangnya pendirian kita jelas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom memetik laporan Jakim yang dengan tepat sekali mengklasifikasikan bahawa fahaman liberalisme dan pluralisme yang banyak menghina Islam dan kedudukannya.

Beliau berkata, seperti yang dilaporkan sebuah portal, "Ini (penghinaan Islam) merupakan perkara hasil rentetan daripada pandangan yang melihat Islam ini secara liberal, pluralisme dan ajaran yang melihat agama itu hanyalah hak individu yang tidak ada kaitan dengan pihak lain.

"Sedangkan golongan ini gagal memahami dan melihat bahawa peruntukan Perlembagaan yang telah dipersetujui secara bersama sejak dari awal kemerdekaan dahulu, iaitu pembinaan kepada perlembagaan itu, meletakkan Islam bukan sahaja sebagai agama rasmi tetapi juga sebagai agama Persekutuan,"

Pandangan beliau itu sebenarnya dikongsi juga oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sendiri. Lalu eloklah juga jika kita semua mencadangkan kepada kerajaan supaya mula melihat dan mengkaji latar belakang golongan ini yang sememangnya tidak memberikan nilai tambah kepada kemajuan Islam di negara kita.

Kita juga mahu sesiapa saja, sama ada jemputan-jemputan asing ini dan penaja-penaja tempatan mereka ditahan dan dibicarakan dengan undang-undang sedia ada, kerana berterusan menghasut supaya rakyat banyak untuk mendatangkan kebencian kepada kerajaan Malaysia yang mendukung, Islam sebagai Agama Persekutuan, seperti yang termaktub pada Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan.


10 comments:

  1. Salam. Yg salah bsr dlm prkra2 yg kita share ni ialah Krjaan pmpinan najib sotong yg mmbnrkn pnganjur dn barua2 yahudi d bwak msuk untk mrosakn aqidah umat islam dlm ngara. So kita kna tknkan krjan sotong ni supya btindak dmi ksucian islam. Oleh krna najib dn krajanya mnyotog mka dajjal dlm dn luar ngara brani mnghina, mnyangah kputusan mjlis fatwa, mmprtikaikn pruntukn prlmbagaan, mmprsoalkn keistmwan mlayu, kdudukn raja2 dn bnyk lg yg mngundngk kpd mngulng 13 mei. Jd najib you btngongjwb skiranya ianya brulang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikummussalam wbt Tuan.
      Pemerintah dilihat sering mendapatykan nasihat daripada pihak yang salah.

      Golongan yang boleh memberikannya nasihat dan pandangan yang betul mestilah kehadapan dan mendekatkan diri keoada pentadbirannya supaya suara2 yg lebih rasional dapat masuk kepada pemikirannya berbanding keadaan sekarang.

      Pemerintah harus bertegas dgn undang2. Semua pintu2 keburukan dan agen2 Yahudi dibelakang pintu mesti ditutup dan dihalau keluar dari pusat pentadbiran negara.

      Delete
  2. Sbnrnya, Pas juga mesti diprsalahkan. Perjuangan Islam hmpir mati lepas Pas jual bontotnya utk diliwat Anuar Ibrhim. Ni la sotong plg besr. Bila pas jadik sotonh, umno pun ikut sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. Golongan dan kafir menyinga sebaik Pas menyotong dalam perjuangan. Benar, bila Pas berhenti drpd menjuarai isu Islam, UMNO pun mengikut jalan yang sama.

      Delete
  3. Semua Melayu patut merasa bersalah kerana membiarkan "Islam palsu acuan Barat" ini menular di Malaysia. Lebih-lebih lagi sikap pihak berkuasa dan pemegang amanah Islam bertanggung jawab.

    Kita akan saksikan :-

    1. Hanya AlQuran tafsiran sendiri dan bersesuaian ciptaan Barat akan di rujuk. Hadis, Sunnah dan Nabi Muhammad SAW akan di "ice" kan.

    2. Melayu tidak di galakkankan solat, berpuasa dan perkara wajib yang lain. Haji juga tidak perlu. Sembahyang perayaan(mirip kristian) di galakkan dalam waktu tertentu dan di meriahkan ala-pop nyanyian agama.

    3. Lauk babi di hidang bersama. Arak dan qamar tidak haram. Malah beberapa jenis minuman anggur konon nya tidak berakohol atau sedikit alkohol sudah di jadikan minuman biasa di negara berkiblatkan liberal dan sekular. Di beberapa negara Arab sudah terbiasa.

    4. LGBT akan menjadi perkara biasa. Tinggal serumah bukan muhrim menjadi biasa. Semua nya merujuk "hak asasi"

    5. Tiada lagi Raja / Sultan, Jabatan Agama dan berkaitan. Yang wujud hanya satu Ketua Agama untuk semua.

    Banyak lagi norma-norma "kesesuaian" manusia mengikut zaman sehingga terdapat "suara-suara himar" menyuruh mentafsir semula Al Quran, Nabi Muhammad dan Sunnah itu mitos dan kewajiban agama Islam bukan paksaan. Hudud dan Syariat / Syariah di katakan tiada dalam Al Quran sehingga kita yang beriman di cabar dan terus di cabar melampaui batas larangan Allah SWT.

    Apabila zina, arak / qamar menjadi minuman, makanan apa sahaja menjadi halal, tidak bersolat, berpuasa dan berzakat, menolak terus Rukun Enam dan Rukun Lima, mendabik mengeluarkan FATWA, ada kah mereka tergolong "mukmin atau orang-orangg beriman?"

    Betapa BESAR DOSA pemimpin-pemimpin kita yang memutuskan "tali Allah dan Sunnah yang di seru dalam Kitabullah"....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak gayanya memang ke situlah halatuju kita jika kita tak sedar dan bertindak mulai sekarang.

      Hak asasi susah menjadi agama baru yang tidak boleh ditentang.Kelihatan semua politikus kita takut untuk bangkit mempersoalkan hak-hak asasi tidak masuk akal yg cuba diimoort dr luar.

      Inilah jadinya bila mana pemimpin kita diangkat drpd mrk2 yg punyai baggage masalahnyg byk. Mrk mudah diugut dan ditundukkan.

      Delete
  4. Mmng bnr pas pun d prslahkn. Tp yg bkuasa ialah umno apa fsl mrk biar brua2 yhudi msuk nk mrosak aqidah umat islam. Kdua2 pati ni btangong jwb dlm prkra ini. Kuasa mnyekat, mnahan, mnangkp dlm tngan umno. Krna apa tk btndk krna umno nk prthan putrajaya tkut tlpas so kna play safe la. Klau tdak mkn pncen la pmbsar2 umno. Smuanya ada d tngan umno. Klau trbukti pas tlibt sama tiada maaf bg mrek - tngkap aja la yng brknaan. Bukn bgitu ka spatutnya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya tuan. Kita mahukan ketegasan dalam menjalankan undang2 serta tidak memilih bulu. Semua ini berlaku bila gol musuh ini melihat pemioin kita mudah diugut dan ditekan.

      Delete
  5. Setuju PAS dan UMNO patut sama-sama dipersalahkan dalam hal ini. Tetapi mana-mana parti yang tidak mahu bersatu atas nama Islam, maka parti tersebut sepatutnya lebih dipersalahkan lagi!

    Fitnah sudah makin membarah, sampai bila PAS dan UMNO nak gaduh lagi?

    ReplyDelete
  6. Bersatu lah wahai umno & pas demi Islam dan umat Islam di Malaysia.

    Sudah-sudah la bertegang urat yg tak membawa ke mana

    Ya Allah satukanlah hati mereka untuk mengungguli Islam kembali

    Bertegang lah atas nama mendokong Islam

    tolonglah pemimpin umno n pas tolong lah bukak mata n minda

    Ya Allah bukakanlah minda mereka. ameen

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.