Monday, 22 December 2014

False Flag Demi False False Untuk Mencemarkan Imej Islam, Bila Pula Giliran Negara Kita?

Seluruh Australia sedang bersedih dengan insiden tahanan tebusan yang berlaku di sebuah kafe di Sydney beberapa hari lalu. Insiden dramatik tersebut meragut tiga nyawa termasuklah suspek, seorang yang berketurunan Iran, Man Haron Moris.

Beberapa orang mangsa lain, termasuklah seorang anggota keselamatan tercedera dan sedang dirawat. Dunia sedang bersimpati dengan Australia dan begitulah sepatutnya.

Sepertimana skrip sesebuah filem yang mahu dipanggungkan dengan meninggalkan kesan emosi yang mendalam kepada pemikiran sedar dan bawah sedar mereka-mereka yang menontonnya, "filem-filem False Flag" ini sepertimana biasa memerlukan watak-watak tebusan, watak mereka yang bertindak heroic untuk menyelamatkan nyawa orang lain, watak korban adalah satu kemestian untuk memastikan emosi terbina, imej musuh dibina supaya emosi kemarahan yang tercetus itu boleh disalurkan kepada mereka yang dibentuk sebagai musuh dan sasaran kemarahan, dan yang penting sebuah ending yamng dramatik.

Sesudah peristiwa tebusan tersebut, Perdana Menteri Australia Tony Abott dan isteri, meluangkan masa memberikan penghormatan dan kalungan bunga sebagai tanda simpati daripada pihak kerajaan Australia. Abott yang kelihatan sedikit terganggu dengan tenang memberikan wawancara di media-media massa.

Namun apa yang menjadi kehairanan kita semua ialah, apabila Perdana Menteri tersebut seperti menyalahkan pihak penguasa dan pasukan keselamatan tempatan yang gagal untuk menghalang  kejadiaan ini daripada berlaku!

Kata Tony Abott, dia terkejut kenapa seseorang yang "deluded and sick individual" dan sering melakukan jenayah ekstrem masih boleh dibiarkan bergerak bebas dalam masyarakat.

The Guardian versi atas talian kemudiana telah melaporkan ‘Australia’s prime minister Tony Abbott has questioned how the gunman Man Haron Moris was out on bail after he and two of his hostages were killed in a shot out that end the siege. Speaking at press conference Abbot said: “How can somebody who has had such a long, chequered history not be on the appropriate watch list? And how can someone like that be entirely at large in the community?”

Dan soalan itu jugalah yang harus kita tanyakan kepada penguasa polis dan badan perisikan negara itu yang gagal untuk mengekang kejadian menyedihkan itu daripada berlaku.

Kewujudan anomali-anomali seperti ini hanya akan dapat kita lihat berlaku dalam kebanyakkan operasi ‘false flag’ seperti kejadiaan ‘11 September’, apabila beberapa buah kapal terbang ‘dibiarkan saja’ dengan mudah untuk memasuki ruang udara Amerika Syarikat yang sangat ketat itu dan melakukan keganasan, secara serentak dan terancang, di beberapa tempat.

Anomali berlaku kerana sebagai seorang manusia, perancangan kita, seteliti mana sekalipun akan sentiasa akan melanggar hukum kesempurnaan yang hanya ada pada Allah SWT.

Sesungguhnya perancangan Allah SWT adalah sebaik-baik rancangan.

Amerika Syarikat kemudiaannya berjaya dengan mudah menggubal ‘USA Patriot Act’ pada 26hb Oktober, 2001, sebulan lebih setelah kejadiaan ‘911’ dan menjadikan negara tersebut sebagai sebuah negara polis moden yang menjadikan rakyatnya sendiri sebagai mangsa kepada projek dajjal mereka.

Persoalannya apakah yang sedang dirancang oleh kerajaan Australia dengan kejadian keganasan yang telah berlaku di Sydney ini?

Dan satu lagi persoalan ialah, bila pula giliran kita yang seterusnya untuk dimangsakan dengan permainan operasi Falsa Flag seperti ini  untuk memastikan agenda gerakan dajjal menerusi gerakan SEPILIS tempatan dapat diberikan "sijil kosher" untuk setiap usaha mereka di tanahair sejak lewat sedekad ini.

Jika ISIL aka ISIS aka IS aka Islamic State berjaya memburukan imej ‘Daulah Islamiyah’ dengan perbuatan tidak Islamik mereka, seperti yang dilaporkan media-media massa, yang mana mengabsahkan lagi projek Zionis dalam menfitnah Islam sebagai agama keganasan. Kebencian kepada IS juga telah berjaya menyatu-padukan kuasa-kuasa besar untuk bersatu menentang musuh bersama yakni ‘Negara Islam’ apabila Parlimen negara masing-masing meluluskan sebulat suara untuk tujuan itu.

Sebagai umat Muslim, kebimbangan kita ialah, apakah ‘Flag of Islamic Shahada’ bakal menjahanamkan semua umat Islam secara pukul rata kerana hakikatnya kita semua mengucap dua kalimah syahadah?

Kita sudah melibat kelibat NGO-NGO yang bersifat Taliban Kolar Putih yang didanai dengan dana yang sama daripada Amerika Syarikat yang kini sedang rancak mempertikaikan segalanya tentang Islam termasuk mendesak satu bentuk reformasi kepada agama Islam dibuat oleh tangan-tangan manusia yang menggelarkan diri mereka sebagai Moderate Muslims. Mereka juga mahukan supaya al Quran ditafsirkan mengikut kehendak nafsu syahwat mereka. Semua ini kelihatan amat seiring dengan apa yang berlaku melalui gerakan tangan-tangan Dajjal di seluruh dunia.

Apakah kita juga sedang menunggu giliran dan masa terbaik untuk mereka sekali lagi menjalankan agenda False Flag ke atas kita untuk memberikan legitimasi kepada perjuangan agen-agen mereka di sini?

Semoga semua itu tidak berlaku. Mohon Allah menyelamatkan kita semua daripada fitnah dajjal dengan kita terus berusaha dan bertawakkal.

Lihat Bagaimana Mereka Memburukkan Satu Persatu Perkara Yang Dekat Dengan Islam.


 http://www.smh.com.au/content/dam/images/1/2/7/c/h/m/image.related.articleLeadNarrow.300x0.1279s0.png/1418661480969.jpg

4 comments:

  1. Reza Aslan dah labelkan negara kita sebagai Korea Utara hanya kerana SKMM mengenakan denda sekadar RM10K kepada BFM89.9

    Sebelum ini SCMP telah buat satu headline false flag kononnya Islamic fundamentalism sudah menggila di Malaysia dan ramai Muslim Melayu sendiri berhijrah kerana sudah tidak tahan dengan keadaan itu.

    MH370 dan MH17 memang dua false flag yang terancang Dajjal dan pendukung2nya.

    Entah selepas ini apa pula? Mungkinkah seorang pemimpin akan 'dikorbankan'?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. Pada 2009, saya ada mengusik rakan rakan sekerja, ada seorang 'pemimpin' akan e'lek (ikut naluri saya) dan mungkin cuma merasa sekejap jer jadik power man.
      Sampai sekarang, naluri saya masih berkata begitu. Siapa orangnya tu? hehehe. Jadik saya sependapat, ada seseorang yang akan dikorbankan jua.

      Usik mengusik je....

      Delete
    2. kemungkinan itu tetap ada Tuan Hamba Allah 06:30 dan 09:41..

      setelah dua false flag besar yg dilalui kita tahun ini dan Krismas sedang menjelang tiba di saat semua pelampau Kristian sdg cuba mempersembahkan diri mrk sebgai gol yg dimangsakan.. maka rencah utk semua alasan kewujudan sebuah false flag baru sangat cukup utk menjadikannya masa yg terbaik utk gol tersebut memulakan satu lagi false flag..

      semoga Allah menjauhkan negara kita dr fitnah dajjal. Amin.

      Delete
  2. Salam. Mmng false flag ni adalh ageda yahudi yg mngatur srangn mrek trhdp islam. Modus oprandi ni tlah bjaya mrk mlaga2kn umt islam ssama sndiri sprtimna kta lihat pprngn iraq/iran, talibn/afghan, syiah/suni d syria, libya,labnon dn lain2 dn kini syiah mmbunuh rakyat pakistn. Operandi sdng mrek usha mnctus huru-hara ssama umt islam d mlaysia. Prpchan tlh lma blaku antra umno/pas, umno brpch ujud smngat 46, pch lg umno tmbul pkr dn kini prpchn mula blaku dlm pas mka tmbul pula pasma. Pchan ini tlah mlemhkan islam d rntau ini stlah indon d rosakn dgn blbagai idiogi dlm ngara umat trbsr dlm dunia. So tdak hairan lah false flag ni sdng fokus ngara kita mlaysia dgn sgenda2 mrk mngujudkn puak mlayu 25 tolak1cmpur 1dn yg trbaru pula lhir musa-ng yg mnguatkn puak liberal. So kita umat islam prlu brsatu dmi islam dlm mnghdapi rncangn false flag ni.

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.