Friday, 19 December 2014

Eric Paulsen Dan Jerangkung Taliban Dalam Almari

Sebut sahaja nama Eric Paulsen, semua bertanya siapa dia? Sebelum tuan-tuan meng'google' kan namanya, satu nasihat yang harus didengar ialah, Eric Paulsen yang anda cari bukan Erik Paulsen dengan wajah Caucasian yang muncul pada carian pertama tersebut. Tidak. Itu bukan dia. Yang berwajah Caucasian itu ialah ialah Ahli Kongres Amerika Syarikat. Dia bukan Eric Paulsen. Jauh panggang dari api. Tetapi kedua-dua mereka mempunyai satu persamaan. Kedua-dua mereka berkhidmat dengan dana yang disalurkan agen-agen Tokong Demokrasi Amerika Syarikat.



Eric Paulsen dalam perbicaraan kita pada hari ini adalah merupakan salah satu daripada tenaga penggerak Lawyers For Liberty. Sebuah pergerakan yang pernah mendapat dana daripada agen pendanaan Amerika, National Endowment For Democracy (NED).

Sejak dua hari ini, kelihatan Eric Paulsen sering meracau dengan kerap menyebut nama Taliban di dalam twitternya yang tidak di re-tweet oleh sesiapa.




Terbiasa bercampur dengan kumpulan ekstremis liberal, gaya bahasa, cara berfikir dan cara mereka ditakutkan dengan kisah-kisah seram yang hanya mereka sesama sendiri faham seakan-akan sama.

Seolah-olah mereka sentiasa didendangkan dan didodoikan dengan kisah seram tentang jerangkung Taliban yang pada bila-bila masa boleh keluar dari dalam almari.



Melihat ketakutan ini yang sering dizahirkan golongan ekstremis liberal, tidak dapat tidak, ia sedikit sebanyak mengundang ketawa kecil melihat betapa tidak rasionalnya mereka berfikir dan menyamakan setiap sesuatu yang ditakuti mereka dengan jerangkung taliban di dalam almari kisah seram mereka.

Tolonglah berfikir dengan waras. Jika benar NGO-NGO Islam di Malaysia bersikap seperti Taliban di Afghanistan, tentu sahaja penulisan ini terpaksa merujuk dirinya sebagai Mendiang Erik setelah celupar dan biadab terhadap Islam sejak sekian lama.

Tetapi, itu tidak berlaku sama sekali kerana NGO-NGO Islam di sini berpegang dengan ajaran Islam Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang mengkehendaki mereka supaya menghormati jiwa manusia, tetap berpegang teguh kepada Islam agama yang aman dan damai serta menghormati Perlembagaan dan Undang-Undang Negara.

Cuma satu persamaan antara tentang Taliban dan Eric Paulsen yang ramai orang tidak tahu. Kedua-dua Taliban dan Lawyers For Liberty yang digerakkan Eric Paulsen, mendapat dana untuk menjalankan agenda mereka dari wang yang disalurkan dari negara yang sama iaitu Uncle Sam.

Suatu Ketika Dahulu.
Suatu Ketika Di Masa Sekarang.

Jadi, Eric Paulsen lebih banyak persamaan dengan Taliban berbanding NGO-NGO Islam di Malaysia.

Harap Eric Taliban tidak menggunakan dana dari Amerika dengan cara yang sama seperti cousin L4L menggunakan wang dollar yang sama di Afghanistan.


http://www.globalresearch.ca/grisly-peshawar-slaughter-who-created-taliban-who-still-funds-them/5420182

7 comments:

  1. Kehkehkeh... Paulsen Taliban rupanya hidup dgn dollar yg sama dgn dollar yg Taliban guna dr uncle sam. Ptuih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ia mengingatkan kami dgn pepatah Melayu yang jarang diajar disekolah vernakular, kata dulang paku serpih...

      Delete
  2. Musuh kita adalah nyata

    Musuh kita semakin lantang

    Musuh kita sanggup melakukan apa sahaja

    Marilah kita semua terus tidur dengan bayangan keamanan dan kesederhanaan oleh pemimpin pemimpin bangsa(t) kita.

    UMNO=PAS=PKR=Penjilat tegar Tuan Tuan Cina DAP/MCA/GERAKAN

    Pemimpin Bangsat
    Melayu Merempat
    Islam Terjerat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musuh kita nampak lantang dan semakin lantang krn kita sendiri terutamanya pemimpin kita yang meninggalkan perjuangan sehingga mewujudkan ruan vakuum yg kemudiannya diisi mereka. Mrk lantang krn pemimpin kita memilih utk mati dan kembali dihadapan Allah sebagai seorang yang pengecut.

      Delete
  3. EP ni patut masuk jel saja untuk keselamatan semua-dia tak patut dibiarkan diluar bersama-sama dengan rakyat yang cintakan keamanan-kalau pengamal undang2 tak tahu nak hormat dan patuh undang2-elok simpan saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. Keadilan yang sepatutnya dijalankan ke atas sepupu taliban ini.

      Delete
    2. Ya.. Keadilan yang sepatutnya dijalankan ke atas sepupu taliban ini.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.