Sunday, 14 December 2014

Ekstremis Katolik Sekali Lagi Ditahan Dan Mengugut Pihak Berkuasa Malaysia

Perlembagaan Persekutuan pada Perkara 11 (4) telah menetapkan bahawa negeri-negeri boleh membuat undang-undang sekatan terhadap sebarang aktiviti mengembangkan iktikad agama lain ke atas penganut Islam. Tindakan yang melanggar ketetapan ini, ialah tindakan melampau. Pelaku tindakan melampau, digelarkan sebagai pelampau di dalam bahasa Melayu.

Islam adalah Agama Negara mengikut Perkara 3(1) di dalam Perlembagaan. Agama-agama lain dibenarkan diamalkan di dalam negara dengan syarat ianya diamalkan dengan bersikap aman dan damai terhadap Islam. Mahkamah Persekutuan, badan yang mempunyai hak untuk mentafsirkan perkara-perkara Perlembagaan telah bersetuju dengan Mahkamah Rayuan yang sebelum itu menyatakan dengan jelas bahawa keputusan tafsir Perkara 3(1) tersebut sebagai membawa maksud agama lain mestilah diamalkan dan bersikap aman dan damai terhadap Islam. Ianya diputuskan di dalam kes kalimah Allah melibatkan Roman Titular Archbishop of Kuala Lumpur.

Yang tidak mahu mengikut Perlembagaan dan apa yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan ialah golongan yang bersikap Pelampau.

Mahkamah yang sama di dalam kes yang sama juga telah menyebut dengan jelas bahawa nama Allah tidak wujud sebagai suatu yang asas di dalam kitab Kristian dan ajaran Kristian. Berterusan untuk terus berdegil mengatakan dengan palsu bahawa nama Allah wujud dan merupakan sebahagian dari agama Kristian di sini adalah tindakan yang bersikap melampau, menghina Mahkamah dan melanggar peruntukan Perlembagaan.

Negeri Johor Mempunyai Enakmen 12 Tahun 1991 yang merupakan Enakmen Kawalan dan Sekatan Perkembangan Agama-Agama Bukan Islam 1991. Mukaddimah kepada Enakmen yang diperundangkan melalui kuasa Dewan Undangan Negeri menyatakan dengan jelas bahawa ia merupakan Enakmen yang diperundangkan melalui peruntukan Perkara 11 (4) Perlembagaan Pesekutuan:




  
ENAKMEN 12 TAHUN 1991

ENAKMEN KAWALAN DAN SEKATAN PENGEMBANGAN AGAMA-AGAMA BUKAN ISLAM 1991





Mukadimah

SAYA BERSETUJU,



SULTAN ISKANDAR

L.S.
Tandatangan Raja


18hb Februari 1992



Suatu Enakmen untuk mengawal dan menyekat pengembangan iktikad dan kepercayaan-kepercayaan agama bukan Islam di kalangan orang-orang yang menganuti agama Islam.



[ ]



BAHAWASANYA Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa, undang-undang Negeri boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang yang menganuti agama Islam;

DAN BAHAWASANYA adalah sekarang dikehendaki supaya diperbuat suatu undang-undang untuk mengawal dan menyekat pengembangan iktikad dan kepercayaan-kepercayaan agama bukan Islam antara orang-orang yang menganuti agama Islam;

MAKA OLEH YANG DEMIKIAN, ADALAH DENGAN INI DIPERUNDANG-UNDANGKAN oleh Dewan Negeri Johor seperti berikut:





Enakmen ini menjadikan satu kesalahan bagi mana-mana pihak untuk menyerahkan dan menghantar apa-apa terbitan mengenai apa-apa agama selain Islam kepada orang-orang Islam.
Berikut Seksyen 7 Kesalahan Tersebut:





ENAKMEN 12 TAHUN 1991

ENAKMEN KAWALAN DAN SEKATAN PENGEMBANGAN AGAMA-AGAMA BUKAN ISLAM 1991

BAHAGIAN II - KESALAHAN-KESALAHAN




Seksyen 7. Kesalahan menghantar atau menyerahkan terbitan-terbitan mengenai apa-apa agama bukan Islam kepada seorang Islam

(1) Seseorang adalah melakukan kesalahan jika ia, dari dalam Negeri menghantar atau menyerahkan atau menyababkan dihantar atau diserahkan kepada seorang Islam di dalam atau di luar Negeri, atau, dari luar Negeri, menghantar atau menyababkan dihantar atau diserahkan kepada seorang Islam di dalam Negeri, apa-apa terbitan mengenai apa-apa agama bukan Islam, atau apa-apa bahan publisiti yang berkaitan dengan terbitan itu, yang tidak diminta oleh orang lain itu.

(2) Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyenkecil (1) boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun atau kedua-dua denda dan penjara itu.

(3) Bagi maksud seksyenkecil (1), sesuatu penerbitan atau bahan publisiti yang dihantar atau diserahkan kepada atau dialamatkan kepada seseorang hendaklah dianggap sebagai dihantar atau diserahkan kepada orang itu.

(4) Adalah menjadi suatu pembelaan terhadap suatu pertuduhan di bawah seksyenkecil (1) bahawa tertuduh itu, setelah siasatan teliti, mempunyai sebab untuk mempercayai, dan sebenarnya mempercayai, bahawa orang yang kepadanya terbitan atau bahan publisiti yang berkenaan itu dihantar atau diserahkan bukan seorang Islam.

(5) Adalah tidak menjadi suatu pembelaan terhadap suatu pertuduhan di bawah seksyenkecil (1) bahawa orang yang kepadanya terbitan atau bahan publisiti yang berkenaan itu dihantar atau diserahkan telah membuat suatu permintaan bagi mendapatkannya jika permintaan itu telah didorong oleh tertuduh itu atau oleh mana-mana orang yang bertindak bagi pihak tertuduh tu.

(6) Seksyenkecil (1) tidak dipakai lagi-


(a) perbuatan yang boleh menjadi suatu kesalahan di bawah seksyen 8 (1); atau


(b) mana-mana pegawai atau perkhidmatan Jabatan Pos yang menghantar atau menyerahkan apa-apa terbitan atau bahan publisiti di dalam tugas rasminya.








Seksyen 8 Enakmen yang sama menjadikan satu kesalahan untuk perkara-perkara berikut :





ENAKMEN 12 TAHUN 1991

ENAKMEN KAWALAN DAN SEKATAN PENGEMBANGAN AGAMA-AGAMA BUKAN ISLAM 1991

BAHAGIAN II - KESALAHAN-KESALAHAN




Seksyen 8. Kesalahan membahagikan apa-apa terbitan atau bahan publisiti mengenai agama kepada orang Islam

(1) Seseorang melakukan kesalahan jika ia, dalam masa membahagikan apa-apa terbitan atau bahan publisiti mengenai suatu agama bukan Islam, menyerahkan satu salinan atau salinan-salinan terbitan atau bahan publisiti itu kepada seorang Islam.

(2) Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyenkecil (1) boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun atau kedua-dua denda dan penjara itu.

(3) Adalah menjadi suatu pembelaan terhadap suatu pertuduhan di bawah seksyenkecil (1)-


(a) bahawa tertuduh itu telah menjalankan usaha yang munasabah bagi mempastikan bahawa terbitan atau bahan publisiti itu tidak jatuh ke tangan seorang Islam; atau


(b) bahawa orang yang kepadanya tertuduh itu telah menyerahkan terbitan atau bahan publisiti itu telah meminta suatu salinan atau salinan-salinan terbitan atau bahan publisiti itu tanpa apa-apa dorongan dari pihak tertuduh itu.








Seksyen 9 Enakmen yang sama menjadikan satu kesalahan untuk perbuatan berikut :




  
ENAKMEN 12 TAHUN 1991

ENAKMEN KAWALAN DAN SEKATAN PENGEMBANGAN AGAMA-AGAMA BUKAN ISLAM 1991

BAHAGIAN II - KESALAHAN-KESALAHAN




Seksyen 9. Kesalahan berhubung dengan penggunaan perkataan-perkataan dan perbahasaan-perbahasaan tertentu yang berunsur Islam

(1) Seseorang melakukan kesalahan jika ia, dalam apa-apa tulisan yang diterbitkan, atau dalam apa-apa ucapan atau pernyataan awam, atau dalam apa-apa ucapan atau pernyataan yang ditujukan kepada suatu perhimpunan atau dalam apa-apa ucapan atau pernyataan itu yang diterbitkan atau disiarkan dan yang pada masa ucapan atau pernyataan itu dibuat ia tahu atau, pada munasabahnya, patut tahu akan diterbitkan atau disiarkan, menggunakan mana-mana perkataan yang berunsur Islam atau apa-apa terbitan atau variasinya, untuk menyatakan atau memperihalkan apa-apa fakta, kepercayaan, idea, konsep, perbuatan, aktiviti, perkara, atau hal yang mengenai atau berkaitan dengan mana-mana agama bukan Islam.

(2) Seseorang yang bukan seorang Islam melakukan suatu kesalahan jika ia, dalam keadaan yang dinyatakan dalam seksyenkecil (1), menggunakan mana-mana ungkapan yang berunsur Islam, kecuali sebagai petikan atau rujukan.

(3) Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyenkecil (1) atau (2) boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun atau kedua-dua denda dan penjara itu.






Semua ini sangat jelas akan dihormati oleh sesiapa sahaja rakyat Malaysia kecuali golongan yang gemar melakukan provokasi dan melakukan tindakan melampau untuk matlamat-matlamat tertentu.

Kami di Bangkit.Info yakin dan percaya, DYMM Sultan Johor adalah seorang Sultan yang amat bertegas dengan perihal Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan undang-undang negeri dan negara.

Dari Pelampau Kepada Pengugut Pihak Berkuasa
Dilaporkan juga di dalam portal yang sama bahawa Ekstremis Katolik yang telah ditahan di Johor tersebut, juga telah bertindak menggunakan khidmat seorang peguam untuk mengugut pihak berkuasa supaya tindakan tidak dikenakan ke atas mereka.

Kita melihat seolah-olah ada satu bentuk kesinambungan usaha provokasi yang melibatkan segolongan pelampau Katolik  dengan tindakan demi tindakan provokasi yang dicetuskan dari satu negeri ke satu negeri yang lain.

Telah dilaporkan bahawa penerbitan yang telah dirampas tersebut mengandungi Kalimah Allah yang telah diharamkan penggunaannya oleh undang-undang. Ekstremis Katolik tersebut menyatakan bahawa ia sekadar buku-buku doa yang bakal digunakan oleh penganut Kristian di Bekok. 

Sekadar Gambar Hiasan. Contoh Buku Doa Dari Kitab Psalms Yang Pernah Diedarkan Di Pulau Pinang Dengan Grafik Muka Depan Bersama Gambar Tangan Yang Memegang Salib Di Atas Semenanjung Tanah Melayu Dengan Tajuk "Crusade For Christ".
Selagi beliau tidak ditahan untuk siasatan dan proses keadilan yang sempurna, kita tidak pasti sama ada penerbitan tersebut benar-benar untuk digunakan oleh Katolik di Bekok atau di hutan Amazon di Brazil atau Hutan Tebal di Zimbabwe, Afrika. Semua ini perlu disiasat.

Dari Tangkak Menuju Bekok?

Pihak berkuasa harus tidak gentar dan takut dengan ugutan golongan pelampau. Sekiranya dibiarkan, ianya akan menjadikan undang-undang hanya sekadar balutan kertas roti canai yang boleh diguna dan dibuang sesuka hati.


Wahh.. Siap Ugut Mengugut Pihak Berkuasa Yang Sedang Menjalankan Tugas Lagi.. Tahniah Pihak Berkuasa Yang Menahan Penerbitan Yang Menyalahi Undang-Undang.

Kita faham bahawa provokasi demi provokasi dari golongan pelampau Katolik akan dilipatgandakan sehingga tarikh Pilihanraya Negeri Sarawak. Provokasi yang dijalankan di Johor menjelang sambutan Krismas juga didapati seolah-olah mempunyai niat tertentu yang mahu umat Islam dan umat Kristian saling bermusuhan di dalam negara yang selama ini aman dan damai.

Semua musuh kedamaian ini harus dikenakan tindakan undang-undang. Tidak perlu untuk mengalah. Belajarlah dari pengalaman Selangor yang memberikan mereka peluang tetapi dibalas dengan provokasi demi provokasi yang menunjukkan bahawa peringatan Allah kepada kita mengenai sikap mereka sentiasa benar.

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. (al Baqarah ayat 120)



Baca juga kes provokasi dengan "MO" yang hampir sama di Selangor sebelum ini. Klik sini :

7 comments:

  1. MO provoke dan terus provoke sampai letih. Polis dgn kerajaan jgn takut. Ada undang-undang guna.

    ReplyDelete
  2. Undang2 msti djlnkn dghn tgas. Tnmpa ktgasan mna mgkin org hormat dgn undang2. Puak2 ni akn teruw ambil ksmpatan dlm plksanaan undang2 yg tk tegas mcm ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita semua mahu ianya dilakukan dgan cara tersebut. Tegas.

      Tp malang sekali, terkadangnya apa yang kita harapkan tu tak menjadi kenyataan. lalu puak2 yg biadab ini pun mengambil kesempatan dengan keluarkan satu demi satu provokasi baru.

      Delete
  3. Apasal paderi tu bebas lagi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkembangan terbaru, pihak Polis menunggu arahan dari pihak AG samada pendakwaan akan dibuat atau pun tidak. terdapat bebrapa versi bercanggah dengan hal ini.

      Kita tunggu dan monitor perkembangannya.

      Delete
  4. AG tlg serius skit kali ni. Dakwa pelampau Kristian ni. Jgn lepas pulak.

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.