Monday, 8 December 2014

Biadab! Andrew Khoo Mahu Islam Ditafsirkan Semula Dan Direformasikan

Andrew Khoo, salah seorang Ahli Majlis Peguam dan juga figura utama dalam gerakan COMANGO, pertubuhan yang terkenal antara lain memperjuangkan isu homoseksual dan LGBT, telah dijemput untuk terlibat di dalam program diskusi Meja Bulat anjuran secara bersama oleh Islamic Reinassance Front (IRF), Nottingham University dan Penang Institute yang bertempat di Nottingham University, Chulan Tower, Kuala Lumpur.



Selain Andrew Khoo yang mendakwa dirinya tidak mewakili sesiapa kecuali dirinya sebagai seorang pengamal ajaran Kristian, forum diskusi Meja Bulat dengan tajuk kontroversi, "Is Islam A Religion Of Peace?" turut menyaksikan penglibatan Dr Ebrahim Mousa, Dr Farouk Musa  (IRF) dan Dr Anis Duderija.
Diskusi meja bulat tersebut diadakan pada 7 Disember 2014.

Andrew Khoo di dalam sesi pembentangannya menceritakan pengalaman beliau sebagai seorang Kristian yang mengkaji dan memahami sejarah pergolakan di dalam agama Kristian.

Menurutnya, apa yang berlaku kepada agama Kristian satu ketika dahulu dan apa yang sedang dialami oleh perpecahan umat Islam boleh dikatakan mempunyai persamaan yang selari.

Beliau menceritakan sejarah bagaimana agama Kristian yang bermula sebagai sebuah agama minoriti dan kemudiannya berevolusi menjadi agama negara. Beliau menceritakan bagaimana Kristian diberikan definisi tetutamanya pada awal kruun ketiga Masihi semasa  Sidang Nicea 325 M dan bagaimana dan kenapa Kristian mengalami proses Reformasi pada zaman pertengahan.

Perpecahan dan pergolakan yang dialami oleh pecahan-pecahan Kristian mula cuba  diselesaikan semasa era Reformasi. Hampir lebih 900 tahun lamanya masa diambil untuk perubahan itu berlaku di dalam sejarah agama Kristian. Dan inilah perkara yang diperlukan oleh Islam menurutnya. Beliau ingin melihat Islam menjalani proses Reformasi yang sama. Untuk itu, beliau menyatakan perkara berikut :

I hope it's not going to take that long for Islam to go through a reformation. Certainly, we would like , or I would like, as a neighbour, I would like to see reformation within Islam and I know it is happening here. There are people who are out there, scholars and thinkers, who are suggesting, you know, that it (Islam) should be reinterpreted.

Reformasi terhadap Islam yang dimahukan Andrew Khoo berlaku, termasuklah memisahkan Islam daripada menjadi agama negara. Beliau menyatakan perkara berikut :

How can Islam recover (as a) religion of peace? Well I think the reformation is very important, the split between Church and State, must, I think also occur between Mosque and state.

Interpretasi semula Islam menurutnya juga adalah termasuk memberi kebebasan kepada semua pihak untuk menafsirkan semula al Quran dan bukan hanya menjadi hak kepada mereka yang ahli sahaja. Ortodoksi seperti ini haruslah diketepikan menurutnya.

Persoalannya siapa Andrew untuk mengajar orang Islam cara menguruskan urusan agama mereka?

23 comments:

  1. Andrew Khoo patut didakwa menghasut dibawah Akta Hasutan 1948. Harap NGI buat laporan polis supaya tindakan boleh diambil dengan kadar segera.

    Menteri KDN tolong pantau gerakan subversif ANTI Perlembagaan Persekutuan sebegini.

    'How can Islam recover (as a) religion of peace? Well I think the reformation is very important, the split between Church and State, must, I think also occur between Mosque and state.'

    Kurang ajar memang nak cari nahas golongan kristian extremis macam seekor ni!

    ReplyDelete
  2. Nampak sgt menghasut menentang dan ajak rakyat benci Perlembagaan.

    ReplyDelete
  3. Kita marah

    Kita menjerit di sini

    Tapi that andrew 'kurang ajar' khoo sedikit pon tak rasa tergugat atau kecut dgn kenyataan n writings ini

    apa tindakan seterusnya bagi membawa mereka ini ke muka pengadilan

    atau

    sekurang-kurangnya bawak ke round table dan berdiskusi dengan pakar kita supaya dia paham tiada perlu reformasi dan tafsir semula islam

    bagi la hujah yang boleh menutup mulut orang2 yg biadap lg kurang ajar ini selama-lamanya

    biar selama-lamanya dia atau mereka tidak lagi menyalak dan menyentuh sensitiviti islam n umat islam

    apa tindakan kita

    apa yg boleh kita buat

    apa yg boleh ngi buat

    apa yg muslim boleh bertindak

    tolong advice

    Saya dan mungkin ramai lg d luar sana mmg geram dan meluat dgn diskusi, kenyataan, tindakan dan apa jua perbuatan mereka yg anti Islam ini

    bagaimana kami boleh bertindak

    Mohon bg pencerahan apa tindakan yang sewajarnya boleh dilakukan terhadap mereka ini,

    laporan polis?
    bagaimana mahu seret mereka melalui akta hasutan

    Saya tidak tahu cara

    mohon nasihat dr pakar
    tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Is it true that it has no impact? I was there yesterday.

      Even Siti Kassim, another Khoo's accomplices in Comango has urged the panelist to do sumthin about the amount or verbal attack on them.

      Everybody has to do their part rather than complaining and waiting for the guidance from above while God gave them brain to think.

      If u can wrote commentary here, then u are more than able to lodge a police report base on what is written here.

      Delete
    2. Setuju dengan anon 11.36, anon 9.58 kalau belum berbuat sesuatu tolong buat sesuatu, paling kurang masuk NGO Islam dan luang masa, tenaga, idea atau harta benda untuk pertubuhan.

      InsyaAllah keikhlasan kita akan diberkati jua Maha Pencipta.

      NGI sebenarnya sudah dan sedang berjuang menentang golongan seperti ini, tetapi orang-ramai juga harus lebih bijak untuk menjadi katalis perkongsian maklumat perjuangan supaya lebih ramai yang akan sedar.

      Delete
    3. Tiada hujah yg dapat mendiamkan mulut mrk selama2nya Tuan Hamba Allah. al Quran sudah pun menjelaskan yang mereka ini hanya akan diam bilamana kita semua tunduk kepada kehendak mereka.

      Sama spt tuan yang menghadiri forum tersebut di atas, kita semua perlu memainkan peranan masing2. Untuk mengharapkan semuanya disuap hingga ke mulut, mungkin sukar bagi kami di sini untuk menjalankan semua tugasan itu.

      Umat Islam harus keluar dari kepompong sentiasa mahu orang lain fikirkan apa yg terbaik utk mereka. Allah memberikan kita semua akal dan pengetahuan, maka kita punya keupayaan untuk mencari solusi sendiri dengan tidak perlu termenung menunggu arahan tanpa berbuat apa2.

      Delete
  4. Kita dah tak boleh nak harapkan pihak berkuasa

    mereka tidak pernah melakukan apa2 terhadap apa jua kenyataan dan tindakan puak pelampau anti Islam ini

    Kami dah mual dan geram

    kami mahu bertindak

    saban hari ada saja cerita sebegini

    berapa besar pengikut blog bangkit ni?

    berapa ramai ngi bersama bangkit.info ni?

    tidak boleh kah setiap kali sesuatu seumpama ini berlaku bangkit.info atau sesiapa di bekalang tabir memberi suatu solusi atau tindakan yg menggerunkan pihak ini>

    mohon bg nasihat , apa yg boleh kami yg tak pandai ni lakukan

    mohon nasihat

    kami mahu bertindak mengikut lunas undang2

    atau perlu kami lakukan tindakan sendiri?

    ReplyDelete
  5. Bangkit.info teruskan inisiatif memaklumkan pihak kami
    inisiatif blog ini sgt diperlukan

    Namun sekarang selain menyampai maklumat kami mahu juga cara bagaimana dapat mengurangkan suara2 sumbang pelampau anti islam ini

    Kami ingin tindakan dibuat ke atas golongan ini
    dan kami ingin tindakan yang segera

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami menjalankan peranan yang harus dijalankan kami. Lain2 pihak dengan keupayaan tertentu yg mrk ada harus juga memainkan peranan masing2.

      Buat laporan polis, aktif dalam pergerakan NGO Islan, beri sumbangan pada gerakan perjuangan, buat kumpulan desakan, sebarkan maklumat, persiapkan diri dan keluarga dengan persiapan yang cukup.yang penting jangan kita tidak berbuat apa2.

      Delete
  6. Nk mntak krjan brtndk ? Tobat mrek dlm prkra bgini mrek mnyotong. Mna ada pmpinan umno brani ! Mntri2 umno mnada mrek bngun tntng isu2 agama islam ! Mrk ambil jln mnyotong , mmbisu d mmkak. Puak2 umno ni yg mrk npk wang, wang dn wang aja. Ni la prjuangn mrk. Nmpk tokay2 cina seolah2 nmpk mlaikat turun bwa hbuan. Ni la prjuangn orng2 umno. So skrng kta la kna turun brtndk. Sy cdng satu inisiatif prlu d buat mmbncng akn prkra2 sprti ni dgn mngumpul pmpinan knan NGI sluruh m'sia untk susun satu mkanisma bg mnntang dn mmbrenti puak2 kafirin dr mncmar agama islam sprti apa yg sdng blaku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalahnya, PAS pun disebabkan bencinya membuta tuli kepada UMNO, ABU all around, sampai butakan mata, pekakkan telinga dan membisu tentang perkara jahanam yang dijalankan oleh IRF sebab ada kepimpinan mereka pernah terlibat secara langsung!

      PAS perlu memainkan peranan, macam UMNO berkenaan isu perlaksanaan Hudud di Kelantan. PAS bila nak jadi lebih bijak?

      Yang jadi mangsa ialah umat Islam, akar umbi yang adakalanya mengundi PAS dan adakalanya mengundi UMNO!

      Esok habis semua jadi kafir, baru hampa tau, kena jawab lah hampa pemimpin woi!

      Delete
    2. Setuju dgn kedua2 tuan 10:59 & 17:09..

      Kedua2 entiti politik melayu ni perlu kembali mentautkan persaudaraan dan brjuang bersama2 dlm isu ini.

      Delete
  7. 10:59.....sikit2 salah UMNO....awak tak fikir kenapa semuanya terjadi......ini semua angkara berbaiknya PAS,PKR dan DAP.

    ReplyDelete
  8. Harap Zahid aktifkan segera akta hasutan. Cina ini perlu di tarbiahkan dan beri kefahaman jitu.

    Harap Bangkit dan ISMA cari jalan nya. Jika kita leka, provokasi manusia- manusia jahil seperti ini sentiasa berterusan kerana Nur dari dakwah kita tidak bersinar dan menyakinkan mereka. Hidaya itu milik Allah SWT jua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat setuju Tuan Maae. Ketegasan dalam menjalankan undang2 amat perlu segerà ditunjukkan.

      Delete
  9. Mmng btul angkra pr. Sy tk nfi, tp bla dpa srng islam, ahli umno bnyk, bngkit la bsma dgn ngi brdpn dgn msuh islam ni. Mknisma umno ada sluruh kmpung dn dsa sluruh m'sia. Itu la mksud sy. Jgn la kta btlagah sma kta pla krana slah fham mksud sy. Maaf itu la realitnya skrng. Sdr lbih mklum ngi bkn la skuat umno yg ada smua kuasa, ahli dn pmimpin yg brwibawa. Hrp sdr fhm akn mksud sy - maaf skli lg.

    ReplyDelete
  10. Si PENDATANG Cina RASIS dan PUAKA LIBERAL Islam disyaki PENYAMAQ Islam ejen-ZIONIS, ni semua patut BERAMBOS dari NEGARA ISLAM pusaka nenek moyang kami ni! Cuba kalau org. Islam/Melayu HINA ugama Kristian mcm. ni - dasar si BINATANG BUAS puak KAPIR RASIS ni!

    Reformasi pala hotak -mcmlah mereka ni para ulama dan ilmuwan Islam, apa hak mereka utk. BIADAP sampai mcm. ni nak mengajaq umat Islam?!

    Sedgkan si PENGGANAS Kristian-Yahudi Barat-ISrael boleh asyik MENJAJAH/MEROMPAK Dunia Islam dan MEMBUNUH umatnya dlm. GENOSID yg. berterusan, termasuk di Palestin, Iraq, Syria, Afghanistan, Nigeria, Mali, Kenya, Somalia dsbnya! Dasar si HIPOKRIT-puak-syaitan termasuk UN/ICC-ICJ dsbnya yg. disyaki diKUASAI si Barat- ZIONIS!!

    Nenek TUA Sambal Petai.

    ReplyDelete
  11. Islam bukan agama yang boleh diubahsuai seperti 'revolusi' yang berlaku pada agama kristian yang banyak berpecah atas kepentingan peribadi.

    Islam agama yang lengkap dan syumul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Golongan 'moderat' ada penyakit inferiority complex. Mudah terkesima dengan apa yang dibawa barat!

      Barat pun belajar daripada Islam, kalau tak gelap-gelita la Eropah nun!

      Delete
  12. Salam Bro,asalkan ada masalah agama,UMNO lah yang dipersalahkan ! Kenapa kita tak tanya pada PAS ? PAS menyatakan mereka pejuangkan agama,kenapa PAS tidak mendahului itu semua ? Bagi aku jangan nak tuding kat sesiapa!Orang Islam mesti bersatu demi agama.Kita sedih oleh disebabkan nak kuasa,saudara Islam pun sanggup diketepikan dan akhirnya diri sendiri dihina oleh sahabat baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. Cuma yg dipertikaikan oleh ramai yg menghantar komen ialah, kuasa ada ditangan UMNO untuk jalankan tindakan, tp kenapa tidak guna kuasa yg diamanahkan?

      Pas juga merupakan punca utama. Setiap kali fatwa atau kecaman dibuat oleh org Islam ke atas kebiadaban bukan Islam terhadap Islam, maka keluarlah syaitan2 dalam Pas mengeluarkan pendapat yg bercanggah dan membela kebiadaban tersebut. Selagi PAS terus dirasuk syaitan,maka kita akan terus berhadapan dgn penentangan drpd dalam dgn menghalang umat Islam utk bangkit memperbetulkan keadaan.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.