Wednesday, 31 December 2014

Bantuan Allah Semakin Dekat, Teruskan Perjuangan Di Tahun-Tahun Mendatang

Tahun ini, ternampak seolah golongan yang memusuhi Islam sedang melakukan pesta serangan besar-besaran ke atas Islam. Ia bertambah rancak setelah Tokong Demokrasi Amerika mendarat di bumi Malaysia dan memgiktiraf kewujudan pertubuhan dan tokoh-tokoh bobrok dengan mengadakan perjumpaan dengan mereka. Selepas pertemuan itu, seolah-olah mereka semua mendapat satu semangat baru untuk secara bersama menentang kedaulatan Islam di negara ini.

Sangka mereka, dengan berbuat demikian secara beramai-ramai, tersusun, penuh strategi, dilakukan secara bertubi-tubi, malah dengan bantuan dana daripada pelbagai pihak di luar dan dari dalam negara, umat Islam serta kedudukan Islam di Malaysia ini akan menjadi lemah. Itu hanya sangkaan dan dugaan mereka belaka yang telah edan dengan rancu pemikiran-pemikiran sesat. Mereka hanya boleh bersorak melolong dengan perasaan syok sendiri pada tika dan waktu ini.

Percayalah kepada cakap kami. Kemenangan umat Islam sudah hampir dekat dan pasti. Ia satu perkara yang mereka langsung tidak pernah sedar dan tidak pernah percaya untuk beriman dengannya. Hari kemenangan umat Islam di seluruh dunia sebenarnya semakin hampir. Memang, secara fizikalnya, mereka sedang merasakan bahawa mereka sedang melihat sebuah Fata Morgana bahawa kemenangan itu bakal berpihak kepada pihak mereka. Itu hanyalah khayal golongan SEPILIS.

Kenapa kami menyatakan demikian? Ia mudah. Bukankah kita semua merupakan golongan yang sentiasa menyatakan bahawa kita merupakan golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah? Jika demikian keadaannya, tentu sahaja kita beriman dengan iman yang tidak berbelah bahagi dengan dua sumber terpenting wahyu dan panduan untuk kita pegang selama-lamanya.

Bantuan Allah sebenarnya semakin dekat. 

Ya, bantuan Allah memang semakin dekat. Bagaimana kami berani menyatakannya sebagai demikian?

Negara kita diuji dengan pelbagai bentuk tragedi sepanjang tahun ini setelah kita saling bermusuhan sesama Islam. Kita faham dan tahu bahawa di dalam setiap tragedi ini, Allah mahukan kita mendekati sesama kita dengan perasaan kasih sayang dan itulah yang sedang berlaku.

Tetapi, dalam kita sedang mendekati sesama kita untuk kembali mentautkan kasih sayang, terdapat pihak-pihak yang terus tidak senang dengan menyebarkan pelbagai bentuk fitnah supaya setiap kita kembali dengan semangat assobiyyah dan berpuak-puak memusuhi satu sama lain kembali kerana tertipu dengan fitnah-fitnah ini.

Allah sedang menyatukan kita semua melalui ujian-ujian ini. Imuniti serta kekebalan umat Islam sepertimana yang telah Allah janjikan di dalam hadis Amr' bin Saad r.a. dan Tsauban r.a. bahawa umat Islam tidak akan dapat dimusnahkan oleh musuh-musuh mereka sehinggalah mereka bermusuhan sesama sendiri, akan kembali diberikan kepada kita jika kita menggunakan kesempatan ini untuk kembali bersatu dalam satu jemaah.

Kita bukan hanya diuji dengan pelbagai bentuk trajedi, malah serangan ke atas kedaulatan Islam dan kedudukan agama Islam yang secara bertubi-tubi menjadikan sebahagian besar daripada kita mula bertanyakan satu soalan yang sama. Bilakah bantuan Allah akan datang?

Maka apabila persoalan itu mula dilontarkan setelah lama kita bersabar dan meniti ujian-ujian tersebut tanpa berputus asa, maka ketahuilah apa yang telah pernah Allah wahyukan kepada kita 1,400 tahun yang lalu di dalam surah al Baqarah ayat 214.

“Apakah kamu mengira akan masuk syurga padahal belum datang kepadamu (ujian) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kami. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan, digoncang (dengan berbagai cobaan). Sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, bilakah akan datang pertolongan Allah? Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.” Surah Al-Baqarah ayat 214.
Ya. Sesungguhnya dengan ujian dan serangan bertubi-tubi ini dan kita yang tidak pernah berputus asa bangkit menentang kebatilan ini, In Sya Allah, apa yang telah Allah janjikan kepada kita pasti akan ditunaikan dalam tempoh yang tidak jauh dari sekarang.

Begitu juga dengan beranjaknya satu tahun kepada tahun yang baru yang bakal menjelma nanti, ia semakin hari semakin mendekatkan kita dengan hari kemenangan umat Islam ke atas semua bentuk kejahatan dan fitnah dari Dajjal dan gerakannya. Ya. Semakin hari kita semakin dekat dengan detik kemenangan itu.

Berjuang dan terus berjuang. Akan ada hari-hari yang susah dan menghimpitkan. Akan ada hari-hari di mana kita jatuh berkali-kali. Tetapi, umat Islam akan sentiasa bangkit kembali berjuang sehingga hari akhir nafas mereka.

Yang pasti, umat Islam tidak pernah berundur dari perjuangan sejak dari zaman Nuh a.s. menentang kesyirikan dan bentuk permusuhan terhadap Allah. Sudah puluhan ribu tahun umat Islam berjuang dengan api perjuangan yang tidak pernah padam.

Tidak pernah hatta untuk hanya satu saat sekalipun, tidak ada seorang pun umat Islam yang tidak berani bangkit untuk menentang kebatilan dan memperjuangkan kebenaran. Itu satu kenyataan yang pasti.

Bangkit dan kembali bersatu! Jika ada yang mahukan kita terus berpecah dan bermusuhan, ludah sahaja sikap mereka itu dengan mempersetankan saranan bersifat jahat tersebut.

Untuk yang memusuhi kita kerana jalan agama kita, maka mulakanlah dari sekarang countdown hari kebinasaan anda.

2015, jadikan tahun umat Islam bangkit keluar dari permusuhan sesama sendiri.

Dan sesungguhnya mereka telah menjalankan rancangan jahat mereka (untuk menentang Islam), sedang di sisi Allah ada balasan bagi rancangan jahat mereka, walau rancangan jahat mereka itu, dapat melenyapkan gunung ganang sekalipun. 
(Ibrahim ayat 46)

Kita akan bangkit dan bersatu!

Mulakan dengan penyatuan Muslim di Nusantara.



12 comments:

  1. Macam mana nak bersatu kalau ada umat yang mudah sangat percaya fitnah. Tengok fitnah hari-hari banjir cukuplah. Macam-macam. Ada pulak tu yang tolong sebarkan walaupun berita palsu. Ulama pun ada. Mana sikap husnuzhon mereka? Benci sangat mereka dengan yang sebelah sana. Mungkin cermin kepada sikap busuk perut yang sentiasa ada dalam diri2 merwka. Sedih Tuan Ben. Sedih tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Golongan ni sejak zaman dahulu sentiasa ada. Kita terus saja bergerak Tuan. Tak perlu bersedih sgt. Kitavterus sj jalan. Biarkan mrk. Kita akan uruskan mrk sepanjang jalan ke depan nanti.

      Delete
  2. Salam. Kdua2 ayat bakhroh d atas adalh yg kita wajib briman dgnnya. Jnji Allah pasti dtng mkanya kita hndklh solat, brdoa dn sabr. Tngu sja msa yg IA tlh ttapkn. Bg mrk yg sdng mmnjngkn ftnah tu, kita yg tlh d bri ptunjuk, hndklah brdoa agr Allah swt mmbri hidayh agr mrk brsma kta dlm mmprthnkn AgamaNya, insyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikummussalam wbt Tuan.
      Ya kita beriman, yakin dan percaya. Kita sedang merapati saat itu. Ia tidak lagi lama. countdown kebinasaan musuh2 kita berdetik ke arqah pengakhiran bermula malam ini. In sya Allah.

      Delete
  3. Uncle Ben.
    Maafla. Explain skit hadis Tsauban dgn Amr tu. Sorry, aku tak ngaku aku x tau. Elok kot kalo leh share sini.

    Liberal pun baca bangkit uncle ben. Kalo aku tak tau, derang lg la.

    Pls pls pls

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa benda pun Penggalikubur, ada dua benda aku nak bg tau.

      1. Kau boleh panggil aku dan team aku pakcik kalau umur kau bawah 13 tahun dan belum jemput Hannah Yeoh dan semua papa dapster ke mana2 majlis Bar Mitzvah kau. Kalau lepas 13 tahun, abang lebih sesuai kot. Heheh..

      2. Kau mesti tanam dalam pemikiran, golongan liberal ni cukup marah kalau kau refer diorang sebagai tak faham agama. Bg diorang, dalam dunia ni, hanya diorang sj yg faham agama walaupun nak tafsir al Fatihah pun tergagap2 macam yg dibuat Farouk Musa masa program IRF.

      Ok utk hadis tu, kami salin balik di bawah ni. Rasanya mudah faham kan?


      Dari ‘Amir bin Sa’ad, dari bapanya r.a. katanya, “Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. datang dari daerah perbukitan. Ketika beliau sampai di Masjid Bani Mu’awiyah beliau masuk ke masjid lalu solat dua rakaat. Kami pun solat bersama-sama dengan beliau. Beliau mendoa kepada Tuhan panjang sekali. Setelah mendoa beliau berpaling kepada kami lalu bersabda, “Aku memohon kepada Tuhanku tiga perkara. Dia memperkenankan dua perkara dan menolak satu perkara. Aku memohon kepada Tuhanku supaya jangan membinasakan umatku dengan musim susah yang panjang, maka diperkenankan. Aku memohon supaya jangan dimusnahkan umatku dengan bencana tenggelam, permohonanku itu juga diperkenankanNya juga. Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan kerana pertentangan sesama mereka. Permohonan ini tidak diperkenankan.” (Hadis Riwayat Muslim)

      Begitu juga dengan hadis di bawah ini.

      Dari Tsauban r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya Allah Ta’ala memperlihatkan kepadaku bumi secara keseluruhan, sehingga aku dapat melihat bumi sebelah Timur dan Barat. Dan sesungguhnya kekuasaan umatku akan sampai keseluruh tempat yang Allah Ta’ala tunjukkan kepadaku. Kepadaku diberikan dua macam perbendaharaan, yaitu merah dan putih. Aku memohon kepada Tuhan untuk membantu umatku agar mereka tidak dibinasakan oleh kekuatan asing selain oleh diri mereka sendiri, sehingga kekuasaan mereka menjadi hancur luluh. Tuhanku berfirman, “Ya, Muhammad! Apabila aku sudah memutuskan suatu putusan, maka putusan-Ku tidak dapat diubah lagi. Aku memperkenankan doamu untuk umatmu, bahawa mereka tidak akan binasa dengan musim susah yang panjang. Dan bahawa Aku tidak akan menjajahkan kepada mereka suatu kekuatan musuh selain selain diri mereka sendiri sehingga kekuatan mereka hancur luluh, sekalipun musuh-musuh mereka bersatu mengelilingi, kecuali bila sebahagian mereka membinasakan sebahagian (yang lain) dan mereka saling tawan menawan.” (Hadis Riwayat Muslim)

      Delete
  4. Aku tak faham pasal peta tu...bahasa apa tu? Maklumlah baca kt hp ni..xbrapa jelas gambar tu???

    Harap diperjelaskn Tuan Ben, terimakasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ia peta yg mudah. Peta negara2 Islam dunia. Bersaudara dgn kita atas dua kalimah syahadah. Itu sj.

      Delete
  5. Ya, Kita perlu berdoa:-

    agar umat Islam semua dibukakan pintu hati dan minda mereka agar kembali ke ajaran Islam yang sebenar.

    agar umat bukan Islam yang mencari kebenaran diberikan hidayah dan dapat melihat kebenaranNya

    agar semua umat Islam dihapuskan dosa dosa mereka

    agar ALLAH s.w.t memberikan kejayaan kepada ugamaNya

    Saya secara peribadi merasakan semua ini baru permulaan, bantuan ALLAH s.w.t hanya akan datang apabila keseluruhan negara Islam dan umatnya betul betul ditindas dan terdapat kesedaran sebenar agar perlunya umat Islam bersatu dan kembali kepada ajaranNya.

    Buat masa ini, bersedialah kita menghadapi kemungkaranNya diatas segala kelemahan yang telah kita pertanggungjawabkan kepada pemimpin pemimpin yang mudah dibeli oleh musuh musuh kita.

    Golongan golongan yang membenci tuhan amat lantang sekarang ini dan menggunakan senario dunia semasa untuk memberikan tekanan yang berterusan kepada kita semua.

    Kepada golongan yang makan gaji dengan Cina Cina penghasut dan MNC semua, hayatilah kemana duit keuntungan yang mereka perolehi dari hasil kerja kamu semua disalurkan. Janganlah butakan mata hati kamu semua hanya kerana kesenangan yang diberikan kepada segelintir kamu, sedangkan perbuatan kamu menyusahkan ribuan umat Islam yang lain dengan menidakkan peluang kepada mereka.

    Bangkitlah, dan bukalah mata hati anda, InsyaAllah, anda akan faham apa yang saya maksudkan.

    PAS=UMNO=PKR=Penjilat Tegar Kapir Kapir Tuan Tuan CIna DAP/MCA/GERAKAN

    PEMIMPIN BANGSAT
    MELAYU MEREMPAT
    ISLAM TERJERAT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita dalam fasa saringan tuan. Musuh dalam selimut sedang ditapis keluar. Saban hari, mmg kita semakin dekat dgn bantuan Allah.
      Tetapi, proses saringan, ujian dan pembersihan itu akan kita lalui terlebih dahulu. Benar ia menyakitkan. Tetapi ia adalah perlu dan kita mesti sanggup bersabar untuk melaluinya.

      Kita akan berjaya. In sya Allah. Jika dahulu genggam bara api biar sampai jadi arang.. Tetapi kini, kita akan hancurkan arang itu sehingga ia menjadi debu-debu yang ditiup angin.

      Delete
  6. Salam. Hrp pngalikubur fhm kdua2 hadis brknan. Hrp jngn dok kcoh lg dlm pncrhan hadis ni takut2 bnasa aqidah. Goodwork Ben ! Kta jlas yg bnr dn Allah swt sdng mmrhati grakrja kita. Kta thu Ben puak2 lberal ni yg d ssat oleh yahudi laknatullah tk bleh trima pncrahn hadis krna mrk dh TRIMA sgokan yg sy siftkn sbgai rasuah. Hbak apa pun barua2 ni tk bleh trima ! Leave them in their own world of KESESATAN sprti firaun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikummussalam wbt Tuan. Tak pa Tuan. Dia mungkin tak pernah dengar hadis tu.KIta jelaskan dan terpulang pada Allah untuk kefahaman lanjut untuk diberikan pada sesiapa saja.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.