Tuesday, 16 December 2014

Apakah BFM, Mahu Jadi Saluran Radio Anti Perlembagaan Negara?

Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengumumkan hari ini, bahawa Business FM, sebuah stesen radio yang sentiasa mencari publisiti dengan menerbitkan temubual kontroversi tanpa mengenal sempadan, telah didenda sebanyak RM 10,000.00 oleh SKMM.

Sebuah portal melaporkan bahawa tindakan denda ini berikutan tindakan mereka yang menyiarkan rancangan bual bicara Reza Aslan, seorang figura yang diangkat oleh golongan liberal sebagai sebagai seorang tokoh Islam.

Topik yang disentuh dilihat ramai pihak sebagai menghina keputusan Mahkamah Persekutuan berkenaan isu kalimah Allah. BFM seolah-olah dilihat cuba menjemput campurtangan orang luar untuk membicarakan isu-isu sensitif terutamanya mengenai Islam secara terbuka.



Reza Aslan, seorang tokoh yang penuh kontroversi dan dilaporkan pernah murtad dalam satu ketika di dalam kehidupannya sebelum kembali memeluk sejenis kepercayaan agama yang beliau anggap sebagai Islam dalam versi yang diimaninya sekarang ini. Sebelum kembali kepada agama dalam bentuk Islam yang diimaninya sekarang, Reza Aslan sebelum ini merupakan seorang Kristian Evangelis dan pernah belajar dan mendapat pendidikan daripada golongan Jesuit dari Universiti Santa Clara. (1)

BFM dikatakan dikenakan tindakan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana melanggar Syarat Khas Lesen Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kandungan Individu (CASP-I). Tiada penjelasan lanjut dan lengkap diberikan.

Lewat ini, terdapat banyak aduan daripada pihak awam yang sering bersungut dengan tindakan demi tindakan kontroversi BFM yang boleh mengundang ancaman kepada keharmonian agama dan kaum di Malaysia.

Kita tidak mahu satu lagi kes seperti di Ferguson, Amerika Syarikat berlaku di tanahair kerana sikap-sikap memanaskan isu-isu sensitif secara terbuka yang sedang diamalkan oleh pihak-pihak tertentu seperti BFM.

Pihak pengurusan BFM harus sentiasa diperingatkan tentang kedudukan Agama Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan. Jika BFM tidak tahu menghormati kedudukan Islam sebagai Agama Negara, maka jelaslah BFM memilih jalan untuk menjadi menjadi sebuah stesen radio yang tidak menghormati prisip Keluhuran Perlembagaan di dalam Rukun Negara.

Apakah BFM mahu dikenali sebagai sebuah stesen bersifat Anti Perlembagaan di dalam negara?



Rujukan :
1) http://www.theamericanconservative.com/dreher/another-jesuit-success-story/



3 comments:

  1. 'Terry Gross mentioned that he (Aslan) had been born into Islam, but his parents fled with him from Iranian Revolution. In America, his father became atheist, but Aslan became an Evangelical Christian. His mother followed him into Christianity. But then, studying at the Jesuit-run Santa Clara University, Aslan encountered Jesuit priests'

    Patutlah bukan main semangat lagi kutuk orang Muslims kat Malaysia. Geng Evangelis rupanya. Anak didik Jesuits. Bodoh punya Ezra Z! Geng murtad pun hampa nak kutip, dah terdesak sangat ka?

    La ni satu Malaysia dah gelak kat hampa, sapa yang kena?!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la pasal.. Kutip habis anak didik Jesuit, pengagum Amina Wadud dsb.. nampak sgt siapa diorang ni..

      Malang sekali, tiada tindakan undang-undang yang tegas dikenakan utk hentikan semua ni..

      Delete
  2. aku dah tak percaya pada kerajaan

    aku dah tak percaya pada pemimpin Islam yang ada sekarang

    Aku dah tak percaya langsung

    Takda apa pun tindakan

    semakin menggila puak2 liberalis & anti Islam

    dalam intenet
    dalam surat kabar
    dalam radio
    tak takut pun geng2 anti islam n liberalis ni
    takde tindakan yg mengancam pun aku tengok
    setakat saman/denda 10K apo la sangat, 100K pon dorang boleh bayar

    tarik lesen penyiaran, biar padam habis

    tak gerun pon dorang

    takdak apa pon yg berlaku kat dorang

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.