Sunday, 2 November 2014

Undang-Undang Negara Terus Diludah Pelampau Kristian

Perlembagaan Persekutuan pada Perkara 11 (4) telah menetapkan bahawa negeri-negeri boleh membuat undang-undang sekatan terhadap sebarang aktiviti mengembangkan iktikad agama lain ke atas penganut Islam. Tindakan yang melanggar ketetapan ini, ialah tindakan melampau. Pelaku tindakan melampau, digelarkan sebagai pelampau di dalam bahasa Melayu.

Islam adalah Agama Negara mengikut Perkara 3(1) di dalam Perlembagaan. Agama-agama lain dibenarkan diamalkan di dalam negara dengan syarat ianya diamalkan dengan bersikap aman dan damai terhadap Islam. Mahkamah Persekutuan, badan yang mempunyai hak untuk mentafsirkan perkara-perkara Perlembagaan telah bersetuju dengan Mahkamah Rayuan yang sebelum itu menyatakan dengan jelas bahawa keputusan tafsir Perkara 3(1) tersebut sebagai membawa maksud agama lain mestilah diamalkan dan bersikap aman dan damai terhadap Islam. Ianya diputuskan di dalam kes kalimah Allah melibatkan Roman Titular Archbishop of Kuala Lumpur.

Yang tidak mahu mengikut Perlembagaan dan apa yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan ialah golongan yang bersikap Pelampau.

Mahkamah yang sama di dalam kes yang sama juga telah menyebut dengan jelas bahawa nama Allah tidak wujud sebagai suatu yang asas di dalam kitab Kristian dan ajaran Kristian. Berterusan untuk terus berdegil mengatakan dengan palsu bahawa nama Allah wujud dan merupakan sebahagian dari agama Kristian di sini adalah tindakan yang bersikap melampau, menghina Mahkamah dan melanggar peruntukan Perlembagaan.

Tetapi, sebagaimana biasanya sifat puak-puak pelampau ini, jika tidak terus bersikap pelampau, tentu sahaja ia merupakan satu bentuk kejanggalan di dalam kehidupan mereka.

Pecah berita mengenai seorang pelampau agama yang melanggar undang-undang negara dengan membawa masuk penerbitan yang diharamkan di dalam negara. Kitab-kitab Kristian di dalam Bahasa Indonesia yang dikatakan mengandungi Kalimah-Kalimah yang dilarang penggunaannya oleh penerbitan Agama pihak bukan Islam cuba dibawa masuk.

Sudah terang lagi bersuluh, meskipun jelas mereka mengetahui bahawa penerbitan-penerbitan yang cuba dibawa masuk itu menyalahi undang-undang, dan terdapat kemungkinan yang ianya akan dirampas oleh pihak berkuasa, mereka tetap melakukannya untuk mencapai motif-motif yang tertentu.

Persoalannya, apakah motif yang mereka mahu capai apabila modus operandi membawa masuk dan ditangkap kemudian dirampas bahan seludup tersebut terlaksana?

Apakah ianya memang sengaja dilakukan untuk terus menerus menunjukkan bahawa Malaysia ini sebuah negara yang tidak bertoleransi terhadap agama lain, sedangkan apa yang dilakukan mereka merupakan tidakan yang melanggar undang-undang negara?

Atau apakah ianya dilakukan untuk motif mendapatkan perbatuan politik untuk pihak-pihak tertentu? Kemungkinan ini jelas apabila isu ini dengan pantas cuba dijuarai oleh segmen pelampau yang selama ini memang terkenal dengan sikap politik  melampau mereka. Nampak jelas semuanya seolah mengikut skrip dan setup tertentu.

Atau apakah ianya memang bermaksud untuk membawa penerbitan itu untuk dibaca dan diimani oleh segmen masyarakat yang benar-benar fasih berbahasa Melayu? Tidak ramai yang fasih berbahasa Melayu di negara ini. Yang fasih ialah golongan bumiputera Melayu Islam yang membentuk lebih 60 peratus jumlah penduduk tempatan dan sedikit daripada minoriti dikalangan bangsa lain. Bangsa lain hanya menggunakan Bahasa Melayu di dalam keadaan terpaksa.

Itupun, tahap Bahasa Melayu mereka berada pada tahap longkang. Lihat sahaja cek tulisan seorang yang mempunyai pangkal nama penganut Kristian berbangsa Cina di Sabah. Bunyinya sangat kotor.

Cek Vernakular
Apakah kitab-kitab itu disasarkan kepada mereka-mereka ini yang tidak pernah berminat untuk membaca di dalam Bahasa Melayu malah mungkin tidak faham pun bahasa Melayu dengan betul seperti penulis cek vernakular di atas ini? Sudah pastinya tidak sama sekali. Lima bulu tuju tuju tawun merdeka pun masih tidak tahu mengeja Bahasa Kebangsaan dengan betul (Tahniah Bapa Pendidikan Vernakular Negara Ah Jib Gor).

Tahniah kepada pihak berkuasa yang berterusan berani menegakkan undang-undang meskipun tindakan tersebut akan dijadikan modal politik oleh pihak-pihak yang sengaja menjalankan agenda ini secara terancang.

Justeru itu, kes ini terpulang kepada pihak berkuasa untuk memutuskan untuk tujuan apa sebenarnya kitab-kitab ini dibawa masuk. Tidak masuk akal jika dikatakan ia untuk kegunaan sendiri. Mana mungkin seseorang itu terlalu hilang kewarasan untuk membawa lebih 400 kitab yang sama sebagai kegunaannya sendiri. Siasat sehingga ke lubang cacing.

Dan satu perkara lagi yang perlu diingatkan ialah, Solusi 10 Perkara bukan sebuah undang-undang yang wajib diikuti secara sah oleh mana-mana negeri dan negara ini.

Malah kedudukan Solusi 10 Perkara tidak boleh duduk lebih tinggi dari Perlembagaan Persekutuan.

Jika masih kecanduan dengan Solusi 10 Perkara ini dan mengambil sebarang keputusan yang membelakangi Perlembagaan, maka pihak yang bertegas dengan pendirian sedemikian rupa perlu dikenakan tindakan yang sepatutnya oleh undang-undang negara.



UPDATE  (2 Nov 2014 : 11:45 am): Baca juga tulisan Another Brick In The Wall pada pautan berikut. Isu ini sentiasa tidak lari dari unsur provokasi bersifat politik sebagai persediaan permainan sentimen untuk menghadapi PRN Sarawak tidak lama lagi. Pemerintah jangan terlalu naif. Bertindak tegas supaya permainan provokasi seperti ini dapat dihentikan sama sekali 

http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2014/11/kalimah-allah-set-up-at-klia-2.html 


19 comments:

  1. Ben, yg. asyik di kutuk/ditangkap "pelampau Islam" - pelampau Kristian/Hindu/Buddha/Yahudi dsbnya tak 'wujud' nampaknya kat Malaysia ni! Kerana hanya umat Islam kena toleran; bangsa lain seolah boleh buat apa mereka suka nampaknya akibat PENGKHIANATAN si pemimpin Islam/Melayu-LIBERAL-PENAKUT!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelampau lain2 agama hanya menjalankan hak mereka untuk bersikap pelampau dan militan mengikut kamus pemimpin Islam yang bacul Makcik.

      Delete
  2. Salam Ben. Puak2 ni sngja dok provoke umt islam spya bngkit brgduh spya bntuan luar akn mngmbil ksmptn mroskan m'sia sbuah ngara yg msih kuat orng mlayu brpgang dgn islam. Tngok apa dh jd dgn iraq, afghanistn, msir, syria, lbanon, pakistn, indon, libya, yaman, jodan dgn pckaran ssama rakyat msing2 hnga kini. Grakrja yahudi laknatullah stiap sa'at usaha nk porak-prnda m'sia dgn mnguna barua2 dlm ngra kita brtjuan mnguasi sprti apa yg sdng brlku sprti yg saya mjlum d atas. Pokoknya ben, klaulah pmimpin kita brjwa dn roh islam, just say to them STOP it dn ambil tndkan keats brua2 ni tp mrk takut. Takut apa ben ? Tkut krusi ampok mrk hlng walaupn islam d cmar bgitu rupa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju Tuan Hamba Allah.

      Tindakan tegas dan konsisten dengan tegasan perlu terus diambil. mrk berani kerana pemerintah ditafsirkan mereka sebagai penakut dan terlalu bergantung dan mudah goyah kepada tekanan demi tekanan mereka.

      Kita perlukan kepimpinan Islam dengan Ruh Islam yang tegas dan kuat. Selagi itu tidak ada, jangan harap semua tekanan dan tindakan provokasi ini akan berkurangan dan terhapus.

      Delete
  3. You're right ben. Tp usha mncri pimpin yng brjwa bsar dgn roh islam prlu kta truskn. Sya pasti ada d antra kta umat islm yg brtokoh pmimpin bleh ke hdpan mmimpin ummah. Kta sma2 brdoa agr Allah swt mkbul doa kita insyaAllah aamin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin.. In Sya Allah Tuan..

      Perubahan bermula dr kita sendiri. SEgalanya belum terlambat.

      Delete
  4. Assalam mr ben. Hamba nak tahu satu perkara sahaja. Adakah kritikan, bantahan dan curahan rasa tak puas hati melayu, Islam dan bumiputera kepada najib pm kita sampai kepada sasarannya. Atau hanya berlegar di luar putrajaya, tak masukpun opis pm. Itu sahaja persoalan dari hamba...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikummusalam wbt Tuan Hamba Allah.

      Saya berani katakan sampai.

      Mgkin tuan Hamba Allah boleh merujuk kepada usaha kami dan NGI untuk menyampaikan rasa hati umat Islam kepada PM dan mrk2 yg memegang amanah kuasa.

      Tuan boleh rujuk bukti usaha ini di sini.

      Bukan hanya melalui penulisan dan peringatan, malah pertemuan atau engagement telah dibuat beberapa kali.

      Kami sayangkan pemerintahan Melayu Islam di sini. Kami tegur, adakalanya lembut dan adakalanya dengan tegas kerana kami merasakan sistem pemerintahan ini sedang deras menuju ke pengakhiran hayatnya jika tiada perubahan berlaku.

      Sila rujuk pautan di bawah utk engagement yg telah dibuat dengan pelbagai peringkat pemegang amanah kuasa.

      http://www.bangkit.info/2014/08/pertemuan-ngo-ngo-islam-dengan-perdana.html

      Harap jelas bahawa kami bukan dari jenis yang baling batu sembunyi tangan.

      kami berpegang dengan prinsip Akidah Islam dan menghormati Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negara.

      Kami kami mahu negara kami ini diperintah dengan prinsip hormat yang sama.

      Harap dapat memuaskan pertanyaan tuan Hamba Allah.

      Delete
    2. Tahniah En Ben & NGI. Satu soklan lain pulak. Lepas engagement dan nasihat dibuat, Najib ambik action atau faham ke tidak dgn apa yg semua NGI buat?

      Nampak mcm x faham2 je

      Delete
    3. Nanti bila dah rebah baru dia faham kut?? But then again pulau Cayman kan ada!

      Delete
    4. Dengan keupayaan yg terhad, tanggungjawab utk menyampaikan ttp dijalankan.

      Utk dia faham atau membuat apa2 perubahan, itu keputusan ynag boleh diambilnya sendiri dan juga sgt bergantunbg kepada taufik dan hidayah dr Allah.

      Tetapi, kita masik boleh memaksa "kefahaman" ini masukblke dalam pemikiran ahli2 politik ini melalui kuasa desakan.

      Ahli politik hanya faham bahasa nombor sokongan. Apabila kita faham ttg ini,kita boleh menggunakannya untuk memahamkan dan memaksakan perubahan itu berlaku.

      Kita perlu bersatu dan kuatkan suara kita lagi.

      Delete
    5. Setuju dgn Tuan Hamba Allah 15:14.

      Kerana itu dia tidak peduli jika kuasa Melayu Islam ini rebah tersungkur. Mrk punyai segala2nya utk mulakan hidup ditempat yg baru.

      Delete
    6. 'Datuk Seri Najib Razak certainly owes us an explanation as to why this sovereign, independent nation’s Prime Minister still requires a British Advisor by his side…. 57 years after Merdeka. I thought we are no longer a British colony.'

      http://www.apanama.my/british-advisor-for-the-malaysian-prime-minister/

      Delete
    7. Now that article at least explains why Najib seemed clueless and detached from his own grass root all the time. Unless Najib proves otherwise.

      He owes us an explanation.

      Delete
  5. thanks mr ben. hamba anon 12:41 ingin mengucapkan terima kasih atas pencerahan yang diberi. ironinya, bolehlah kita yang searus dengan NGI untuk terus menjadi penasihat dan juga penukul kepada pemimpin-pemimpin negara yang tebal selimutnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih dan In Sya Allah atas peranan penggerak atau "penukul" itu Tuan Hamba Allah.

      Delete
  6. Nampak gaya macam nasi dah jadi bubur!

    Penyeludupan bahan-bahan bersifat subversif yang melanggar undang-undang negara dan Perlembagaan Persekutuan telah dihalalkan dengan kenyataan Kurup dan KDN.

    Gerakan Pelampau Kristian telah berjaya. Next stop-ungkit kes cd Jil Ireland dan buku-buku Bible Society sampai dipulangkan.

    NGI sekali lagi terlambat, musuh Islam bijak mengatur langkah, apa ada dengan NGI kita?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita hairan, Joseph Kurup kah Perdana Menteri Malaysia? Mana pergi suara Najib utk pertahankan agama Islam di Malaysia?

      Ini bukan lagi transformasi negara yg diinginkan rakyat.

      Ini ialah transvestite-nasi yg mmbaculkasn pemerintah melayu utk mempertahankan maruah agama dan bangsanya.

      NGI tidak terlambat, krn isu ini diperjuangkan sejak sekian lama.

      Cuma masalahnya, apa yg disampaikan NGI disampaikan ke telinga pihak yg tiada ruh Islam yg kuat dan pihak tersebut pula sentiasa mendapat nasihat yang x betul dr punahsihat mrk.

      Dan satu lg, apa yg disampaikan NGI, tidak ditafsirkan oleh sang pemerintah sebagai sebagai sesuatu yg serius dan mengancam kedudukan mereka.

      Kita perlu kuatkan barisan NGI kita dengan sokongan semua pihak. Kita pastikan guruh dilangit yg kita bunyikan akan disertai oleh taufan yg mampu membinasakan.

      Sehingga itu berlaku, baharulah kepimpinan ini akan faham betapa seriusnya kita mahu dia mendengar dan membuat perubahan.

      Kita fahamkan dia bahawa Tsunami Melayu akan berlaku tidak lama lagi.

      Delete
  7. Salam ben, wlau trlwat komen dlm prkra ni tp sya sntiasa brdoa agr tsunami mlayu brlku dmi pthankn Islam, insyaAllah. Ia TETAP akn brlaku.

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.