Sunday, 30 November 2014

Tamat Perhimpunan Agong : Masa Untuk Memeluk Guan Eng?

Alhamdulillah, dengan berakhirnya PAU UMNO pada hari ini, maka lengkaplah putaran tahunan Quadmester SOMUH. Apa itu Quadmester SOMUH? Ia merupakan musim perubahan hormon sementara pemimpin-pemimpin Melayu Islam di dalam negara.

Setiap tahun, akan berlaku dalam tempoh tiga bulan di mana Perhimpunan Agung Parti-Parti Politik Melayu Islam akan berlangsung. Dalam tempoh menuju kemuncak perhimpunan agong tersebut, kita akan melihat tokoh-tokoh politik Melayu Islam yang selama ini menyotong, tiba-tiba muncul secara janggalnya dengan semangat harimau. Kami telah menyentuh mengenai Quadmester SOMUH ini dalam penulisan sebelum ini.

Sepertimana biasanya saban tahun sejak berdekad-dekad lama, tamat sahaja pusingan Quadmester SOMUH ini, maka kita akan melihat pengulangan episod satu persatu politikus-politikus Melayu Islam yang sebentar tadi menyuntik hormon-hormon testosterone harimau, akan segera membuka internet bagi tujuan menempah tiket penerbangan ke Pulau Pinang.

Tengok Yang Ramai-Ramai Di Bawah tu papa, kejap lagi sampai la tu..
Jangan tersilap. Mereka ke sana bukan untuk memakan cendol atau nasi kandar Pulau Pinang. Mereka ke sana juga bukan untuk berlibur atau membeli belah. Mereka ke sana untuk kembali kepada sikap dan sifat mereka yang asal.

Faham dengan pengulangan skrip yang saban tahun berlaku ini, kami ingin menasihatkan kepada Lim Guan Eng supaya cuba melonggarkan sedikit jadualnya yang padat untuk memberi ruang supaya dirinya dapat diakses kepada pemimpin-pemimpin Melayu yang ingin merembeskan keluar hormon-hormon harimau palsu mereka.

Lim Guan Eng harus bersedia untuk dipeluk dari semua arah, tidak kira dari depan, tepi atau belakang. Selagi perbuatan itu tidak meninggalkan sebarang kesan DNA lelaki N, Y dan Z, selagi itu atas dasar keterbukaan dan atonement dosa menjadi ultra Melayu semasa PAU mereka, maka pelukan Lim Guan Eng akan menyucikan dosa serta imej-imej mereka ini dikalangan taikun-taikun Cina selepas menjadi ultra dan fundamentalis Melayu untuk seminggu dalam setiap tahun. Sesuci seorang bayi yang baru dilahirkan setiap kali gambar mereka berpelukan dengan Lim anak beranak tersebar  ke dalam media.

Baju Cina, Nama Pun Sudah Cina, Apa Lagi Cina Mahu?


Harap Tak Tinggalkan Sebarang DNA




Apakah kita mahu melihat sekali lagi episod seperti ini berlaku dan tersebar?

Apakah salah mereka-mereka di atas memeluk Lim anak beranak?

Soalan itu jawablah sendiri. Bukankah kita sebagai orang-orang Islam telah berjanji untuk menyintai Allah dan RasulNya melebihi kasih dan cinta kita kepada ibu bapa kita sendiri? Jadi, masihkah tergamak untuk kita berpeluk mesra dengan pihak yang menghina nama suci Allah dengan membenarkannya digunakan kepada figura tuhan yang beranak pinak?

Cukup-cukuplah. Kami sudah bosan dengan segala janji dan cakap-cakap kosong. Sudah lebih 60 tahun kedua-dua parti terbesar Islam bercakap berdegar-degar di dalam setiap perhimpunan agung, apakah kedudukan Islam dan umat Islam semakin kuat atau terus lemah bila tahun berganti tahun?

Bukankah ini jelas menunjukkan bahawa semua yang diucapkan dalam perhimpunan agong kedua-dua parti Islam terbesar negara itu hanyalah cakap-cakap kosong belaka.
Kami mahu semua itu diubah mulai tahun ini.

Perlu kami ingatkan kepada semua politikus Melayu bahawa Muslim pada generasi Muslim Bangkit! Tidak terpesona dengan kain batik, duit dalam angpow, mini tar 5 tahun sekali dan gambar mengacau bubur lambuk setiap kali Ramadhan!!!

Muslim pada generasi Muslim Bangkit mahu melihat hak-hak mereka di dalam Perlembagaan dikembalikan!!

Muslim pada generasi Muslim Bangkit mahu pemimpin Melayu Muslim memimpin ke arah Islam yang berdaulat di dalam negara.

Kami sudah bosan melihat retorik. Kami sudah bosan melihat perpecahan. Kami sudah bosan melihat drama-drama perjuangan di dalam setiap Quadmester SOMUH saban tahun,
Kami mahu tindakan berjalan segera. Segera itu bermaksud SEGERA!!!!

Selagi tiada tindakan, selagi itulah isu serius mahu memperjuangkan kepentingan Islam dan Melayu di tanahair akan kami santuni dengan pandangan skeptikal.

Maaf, bukan kami tidak mahu percaya, tetapi kami mahu melihat terlebih dahulu semua yang diucapkan itu dilaksanakan terlebih dahulu.

Orang Melayu Islam, apabila membuat tuntutan politik dan tuntutan mereka dipenuhi, mereka pasti akan membalas dengan balasan undi yang dimahukan pemerintah.

Orang-orang Cina Bukan Islam, apabila membuat sesuatu tuntutan politik dan setiap tuntutan mereka dipenuhi, belum tentu mereka akan mengundi pemerintah.

Matematiknya sangat mudah. Jadi pilihlah untuk memenuhi tuntutan siapa. Tepuk dada tanya iman dan jangan sesekali tanya Idris Jala.

20 comments:

  1. Kau ni ben, tak kasi chance langsung for Ah Jib to enjoy his awkward pendekar Melayu moment.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan x bagi, dh terlebih bg chance.

      Delete
  2. Panas hati aku tgk gambar depa dok berpeluk sakan dgn cauvinis ni. Mcm tu la tiap2 tahun kita kena game dgn depa ni. Cakap berapi2. Kena gertak skit dh cari apek berpeluk mintak ampun utk cuci dosa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lumrah tuan. Apa boleh buat. Cuma harap tahun ini mrk insaf dan berubah ok.

      Delete
  3. Salam ben. Brplok2 ni tnda ksih syang. Syang dgn brplok2 ni mnghsilkn cinta ssaorng kpd yg d ploknya. Bgitu jga la dh pkai bju mcm orng yg di cintai dgn nma pun dh mrupai kkashnya mka mna bleh nk grang mcm rimau lg jd mnyotong la dia. Mmng tpt ben bla dtng musim2 pmilihn dlm rmah tngga atau ngara mrek sotng2 mla brtukr wajah dn mnjdi garng dn kras mcm rimau sarkas yg boleh d plok2 krna ckup2 jnak. We are fed with all these drma saban kali d pntaskn d musim2 trtntu. Ckuplah ! Tunaikn amanh yg Allah prknankn untk jga agamaNya. Toksah dok brblit2 dgn ucpn2 dn jnji yg hanya retorik. Allah Maha Mlihat Maha Mengethui glagat kamu smua wahai plakun2 pmntasan retorik. Tak tkutkah dgn azabNya !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya tuan, kita semua sudah muak dgn retorik persembahan saban tahun. Kita mahu tindakan segera dibuattanpa berlengah.

      Delete
  4. Kita tengok sapa yg jadi yg pertama peluk lim anak branak lepas PAU ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju! Mari kita lihat siapa yang kena?!

      Delete
  5. Askm tuan ben, ahjibgor kata blogger umno bangang tu dia tuju kat blogs mcm bangkit dan yang sewaktu dengannya ke? Marah betul ahjibgor smlm?!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia tujukan kepada blig pro BN.. Kami tidak pro BN atau PR.. Kami pro ASWJdan Perlembagaan. Terpulang pada najib utk gelarkan sesiapa saja bangang dan mengaku dirinya Einstein.. Terpulanglah pada dirinya... cuma agak kelakar bila melihat org yg merasakan dirinya genius menguoah org utk memujinya setinggi langit tetapi akhirnya dikutuk oleh pihak yg diupahnya sendiri.

      Delete
  6. Orang UMNO peluk Guan Eng, peluk Kit Siang.
    Orang mereka pijak dan 'berak' atas gambar PM.
    Dalam PAU cakap berapi-api.

    ReplyDelete
  7. Kalau nak ambik gambar peluk2 tu upahlah papparazi yg berpengalaman le, mana tau masa tengah peluk2 tu ada yg ramas2 k#£e sekali ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waduh.. Jgn smpai tahap macam tu sudahla..

      Delete
  8. Maaf tuan ben apa yang saya nak nyatakan disini adalah pemimpin umno semua sampah...cuba bagi tahu saya kemana orang melayu nak berteduh kalau sama je kesan kehancuran kepada orang melayu bezanya lambat atau cepat!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mrk perlu diajak dan diberi peluang berubah.. Kita tak banyak pilihan melainkan perubahan bersama ini.

      Delete
  9. Salam. Glagat manusia mcm ini klau tk jga btul2 bleh jtuh golongn orang2 mnafik na'uzubillah. Golongn manusia bgini mrk tk tkut kpd Allh. Apa yg ada dlm kpla mrk adlh kmewhn dunia smata2. Mrk ni adalh orng brpnyakit dn mngubti mrk mkn msa tp kta kna usaha mngubti golongn ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa,alaikummussalam wbt Tuan., inilah zombi2 wahan . berpnyakit hati krn kiblat hati sudah berubah kepada kemewahan dunia.

      Delete
  10. T'KASEH di atas artikel BERNAS ini Ben - biaq PEDAS telinga mana-mana si pemimpin UMNO-LIBERAL/PENYAMAQ/PENIPU/-BANGANG!

    Awatlah YAB PM kita ni boleh menggelar blogger pro-UMNO ‘BANGANG‘ - aku syak beliau diHASUT PUNAHsihat-LIBERAL-BANGANG yg. tengah BERDENDAM membara, akibat dikutuk dan didedahkan si para blogger pro-UMNO yg. JUJUR, BERANI, TEGAS dan TIDAK TAMAK KUASA/PUJIAN (BUKAN PEMBODEK-mcm-KULI)!

    Aku tak setuju MO ‘attack‘ hanya pd. PEMBANGKANGTERKANGKANG, tapi juga perlu pd. mana-mana si MUSUH ISLAM/umatnya dari dlm. UMNO/BN sendiri serta pemimpin UMNO-LIBERAL/TAMAK KUASA-PENGKHIANAT-BANGANG, kerana yg. diperjuangkan utamanya oleh PENCINTA-UMNO-TULEN, adalah ISLAM/umatnya, sbg. “TIANG TUA“ UMNO, supaya “RUMAH ADAT“ UMNO TIDAK diROBOHkan puak PENGKHIANAT ni (lihat makna "Tiang Tua" dlm. adat Melayu berzaman kita ni di - http://kesenianrahmat.blogspot.com/ , Rumah Adat Melayu, 11 Desember 2011)!

    Tapi kalau pemimpin UMNO ANGKUH yg. TAK nak MENGHARGAI jasa dan penat-lelah blogger-blogger pro-UMNO yg. JUJUR/IKHLAS/BERANI, tapi asyik nak TUNDUK pd. HASUTAN DALANG-DUA-MUKA-Islam/Melayu LIBERAL serta kaum Pendatang KAPIRDAJAL RASIS termasuk dlm. BN sendiri – percayalah, akan hilang terus KEPERCAYAAN pd. UMNO sedangkan UMNO bukan kepunyaan depa dan KETURUNAN depa saja, tetapi adalah kepunyaan SELURUH umat Islam/Melayu, untuk MEMPERTAHANkan ISLAM serta hak mereka dari mana-mana PENGKHIANAT agama/bangsa/negara!!

    Dan mulai sekarang, JANGAN lagi dok PERTAHANKAN lagi pemimpin UMNO yg. asyik diKEJI puak PENGGANAS Siber DAPBANGKAI/PKRSODOM kecuali pemimipin Islam/Melayu-UMNO TULEN– biaq pemimipin UMNO-BANGANG, pi terus layan-mcm-“anak emas“ si puak MUDA-LIBERAL yg. KONONnya “generasi-proaktif-X/Y-DIGITAL“ dan mendabik dada-dgn-angkuh “I-moden/moderat/cergas/progresif- jenis liberal-tau you“, namun asyik terus TIDOQ/BERZUMBA/BERGLAMER-termasuk-bersosial-ala-omputih-di ‘CAFE‘ mcm. biasa, bila ejen-ejen si PENDATANG KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM dan TUAN Barat-Zionisnya, terus MENYERANG bertubi-tubi ISLAM/umatnya yg. termasuk Kesultanan Melayu kita, serta hak Bumiputera, kat sosial media!

    Nenek TUA Sambal Petai.

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.