Saturday, 15 November 2014

Solusi 10 Perkara Undang-Undang Tertinggi Negara & Selamat Kembali IFC

Sekali lagi orang-orang Muslim di Malaysia terpaksa beralah! Setelah kita dikejutkan dengan kes golongan transgender degil yang sanggup melihat agama Islam dipersendakan atas nama nafsu, kita dikejutkan pula dengan berita ‘gembira’ yang disampaikan oleh Azmin Ali bahawa Bible berbahasa Melayu telah dipulangkan kepada Bible Society of Malaysia.

Nampaknya, bukan saja gerakan Kristian extremis anti perlembagaan ini tidak ditangkap atau didakwa walaupun sering menghasut, malah atas jasa baik Menteri Besar Selangor yang baru, mereka dijemput ke Istana untuk sesi penyerahan barang bukti kes salah laku yang jelas telah melanggar enakmen negeri Selangor yang dikeluarkan pada tahun 1988 yang melarang penggunaan perkataan ‘Allah’ dikalangan kaum bukan Islam.



Adakah ini bermakna pihak JAIS telah melakukan kesilapan apabila menahan dan merampas bible-bible tersebut seperti yang telah diputuskan oleh Peguam Negara beberapa bulan lepas?

Sememangnya kita dimaklumkan bahawa pelepasan dan pemulangan tersebut bersyarat supaya ianya tidak diedarkan di Selangor dan hanya digunakan di Sarawak, namun sejauh manakah MAIS dapat memastikan arahan ini kelak dipatuhi?

Persoalannya juga adakah ini bermakna baki 34 perkataan bahasa arab, seperti ‘Nabi’, ‘Insya’Allah’ dan ‘Injil’ yang dilarang dulu, kini boleh digunakan kelak, semata-mata kerana ianya dicetak untuk kegunaan di Sabah dan Sarawak?

Adakah amalan yang dibuat oleh MAIS ini kelak akan dijadikan sebagai teladan kepada majlis-majlis agama Islam negeri yang lain?

Hakikatnya, Perjanjian 10 Perkara, jika ianya masih boleh diguna-pakai setelah keputusan kes ‘Allah’ oleh Mahkamah Persekutuan yang melarang pengunaan perkataan ‘Allah’ oleh majalah Herald keluaran Gereja Katolik dalam versi berbahasa Melayu, tidak boleh membelakangkan undang-undang tubuh negeri, seperti yang pernah ditegaskan oleh Perdana Menteri sendiri.

Pada awal tahun ini Najib Tun Razak telah menegaskan bahawa pengunaan nama ‘Allah’ oleh kaum bukan Islam haruslah selari dengan undang-undang Negara dan Negeri.

‘Untuk negeri-negeri yang mempunyai enakmen negeri, maka undang-undang ini harus diguna pakai. Namun bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai enakmen tersebut seperti Sabah dan Sarawak, amalan sedia ada boleh diguna pakai’, kata Perdana Menteri lagi seperti yang dipetik sebuah akhbar harian.

Hal yang sama juga dipersetujui oleh Menteri Belia dan Sukan bahawa Perjanjian 10 Perkara terikat dengan enakmen negeri sedia ada.

Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi juga pernah mengatakan bahawa larangan terhadap pengunaan perkataan ‘Allah’ juga terguna pakai di Sabah dan Sarawak apabila Makhamah Persekutuan memutuskan untuk melarang pengunaan perkataan tersebut oleh majalah mingguan Herald. Malah keputusan tersebut juga dikatakan ramai pengamal undang-undang telah memberikan lebih taring kepada majlis agama Islam negeri-negeri.

Lalu kenapakah Joseph Kurup yang berlagak persis Menteri Agama Malaysia (jelmaan IFC?) berkali-kali cuba memperdayakan rakyat Malaysia, apabila mendakwa bahawa kes rampasan beratus-ratus bible berbahasa Indonesia dan CD Kristian keluaran Indonesia yang diseludup haram Maklin Masiau daripada Medan, dan dirampas di Selangor, dipulangkan seperti yang disarankan oleh Perjanjian 10 Perkara?

Dan atas perjanjian berapa perkara pula Azmin Ali menyarankan supaya bible yang dirampas JAIS yang jelas melanggar enakmen negeri Selangor itu dipulangkan semula kepada Bible Society of Malaysia?

Apa guna kes-kes dirujuk ke mahkamah, waima Mahkamah Persekutuan sekalipun, sekiranya rakyat dan penguasa acapkali memilih untuk membakul-sampahkan saja keputusan yang ada tersedia?


Atau mungkinkah, setelah sekian lama terkubur, IFC kini kembali bernyawa, berdiri supreme mengatasi Perlembagaan Persekutuan, YDP Agong dan Raja-Raja Melayu sebagai ketua agama Islam melalui pintu belakang?!

9 comments:

  1. Lepas ini apa pula? Baru semalam mereka sudah berlagak bagi betis nak peha apabila mahu bible-bible yang boleh digunakan untuk Sabah & Sarawak mengikut Perjanjian 10 Perkara dibenarkan di seluruh negeri-negeri yang mempunyai enakmen larangan, kononnnya atas nama perjanjian Malaysia.

    Hari ini TMI cakap pasal JAIS yang tidak minta maaf kerana merampas bible. Pemulangan bersyarat tersebut yang melarang bible-bible tersebut daripada beredar di Selangor, dilihat sebagai pengakuan kepada perlakuan salah JAIS dan MAIS. Lalu didambakan permohonan maaf seperti yang dimahukan (Jahabar Saadiq?) TMI.

    Apa lagi mereka mahu nanti? Saman MAIS, JAIS dan JAKIM?

    ReplyDelete
    Replies
    1. al Quran jelas mengatakan puak ini tak akan berhenti.

      Bodohlah kita jika kita fikir tindakan ini akan mendiamkan mereka.

      Setuju dgn pendapat tuan.

      Delete
  2. I am counting ur failure azmin

    1 and still counting

    ReplyDelete
    Replies
    1. People can't expect much from a leader they picked from other people's (UMNO's) dustbin.

      Delete
  3. Salam ben. Azmin dpt mnguasai mais dn sultan. Dn skrng dia dpt politicl milge dn msa dpn dia nk kkal jwtn mb amt crah. Skrng bila ktua agma dh dia twan fatwa2 tk ada nilai lg. So sy nmpk islam smakin d pingir oleh orng islam sndiri. Kta ckp bnyk atau dsak tk ada gna lg bla ktua agma dlm krungan azmi dn remotenya d tngn ketum. Kta tngu dn liht slps ni apa you kta satu cntoh yg brlaku d slngor akn turti oleh ngri2 lain trutma ppinang yg d kuasai puak kristian dlm krjan ngri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikummusalam wbt Tuan.

      Political mileage sentiasa ada dlm rukun iman mrk.

      KIta akan terus desak.. kita berusaha dan bertawakkal..

      Kita perlu mengubah game plan..

      byk lagi kita perlu lakukan sebelum semuanya benar2 terlambat.

      Delete
  4. SIAPA YANG LEBIH BERKUASA???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yg menjadi persoalannya.

      Masalahnya diorang beriman dengan kepercayaan bahawa pengundi itulah yang menentu jatuh bangun mereka.

      Sedangkan Allah, menyatakan dengan jelas dalam al Quran bahawa Dia-lah yang menaikkan dan menjatuhkan seseorang manusia sebagaimana Dia memasukkan siang kepada malam dan malam kepada siang.

      Hari malam Raja-Raja Melayu dan kepimpinan Melayu akan sampai jika mereka menjauhkan diri dari membela dan memperjuangkan Islam.

      Delete
  5. Takyahlah pecaya dgn pak2mnteri ni. Klau ulaq tu jelir lidahnya, 2 cabang ja. Klau pak mntri jelir lidah, rsanya puluh cabang, memang tak blh caya. Ikutan depa adalh kapir2 laknat yg nak hncurkn islam.

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.