Wednesday, 12 November 2014

Seluruh Sistem Perundangan Syariah Malaysia Bakal Dihapuskan?

Apabila Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 diputuskan sebagai melanggar Perlembagaan oleh Mahkamah Rayuan, pelbagai pihak tampil memberikan pandangan dan pendapat masing-masing.

Dari Timbalan Perdana Menteri, Mufti, Menteri Kabinet, Parti-Parti Politik Melayu dan Islam, NGI-NGI (Pertubuhan Bukan Kerajaan Islam) semuanya menyatakan perasaan tidak senang dengan keputusan yang dilihat membelakangkan status Islam sebagai Agama Negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

Beberapa perkara pokok mengenai Agama, Hak Kebebasan, Nilai Moral dan Sistem Perundangan yang selama ini termaktub di dalam Perlembagaan dilihat seperti diketepikan daripada menjadi sandaran untuk menentukan hala tuju kes ini.


"Anak-Anak tuhan"
Apa yang kami khuatirkan di sini ialah, niat yang pernah dinyatakan dengan jelas oleh SiS Forum Sdn. Bhd. untuk memastikan sistem perundangan syariah berkubur di dalam negara ini sedang dijalankan secara terancang.


"Crusade Anak Tuhan"
Pada 25 Ogos 2009, SiS Forum Sdn. Bhd. bersama beberapa pertubuhan hak wanita yang lain menulis sepucuk surat terbuka yang antara lain menuntut serta mahukan sistem perundangan syariah terhapus secara sepenuhnya di dalam negara.

Antara yang disebut di dalam surat terbuka tersebut adalah seperti berikut :

...In the long term, we urge the Government to conduct a comprehensive review of the Syariah Criminal Offences laws of this country, with a view to repeal such laws, thus enabling all Malaysians to be governed by a single Penal Code under federal administration (1).

Pihak kami pernah menulis tentang isikandungan surat tersebut pada pautan ini.

Maka, apabila satu persatu semakan kehakiman dan rayuan mengenai keputusan yang diambil oleh Majlis Agama Islam dan perundangan syariah Islam dicabar di Mahkamah Sivil dan menghasilkan keputusan seperti ini, tidak dapat tidak, kita melihatkan hasrat seperti yang pernah diinginkan oleh surat terbuka tadi, sedang dijalankan penuh terancang.

Maka, apakah kita ingin menjadi penonton sahaja ketika satu persatu undang-undang syariah sedang dirobek oleh serigala-serigala ini?

Jika ini pun kita tidak dapat pertahankan, maka jangan haraplah undang-undang Hudud yang bakal diperkenalkan nanti dapat bertahan kerana sikap kita sendiri?

Ayuh bangkit! Pertahankan yang hak sepertimana yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan.



Rujukan :
1) http://sistersinislam.org.my/news.php?item.320.57


22 comments:

  1. Maaf cakap, NGI kita biasanya 'sudah terhantuk baru terngadah'!

    Banyak sangat knee jerk reactions!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan sebahagian pendapat Tuan Hamba Allah.

      Ini bukan masalah yg boleh dihempukkan ke atas kepala NGI sahaja. Begitu juga dengan Muslim yg lain pada amnya. Outsourcekan perjuangan pada org lain, ketika kita sendiri yang awalnya sedar bahawa tindakan serangan sedang dibuat. Kita menunggu org lain berbuat sesuatu ketika kita mahu fokus serta sibuk dengan rancangan kehidupan.

      "Itu tugas mereka untuk pertahankan" bisik kata hati kita ketika melihat serangan demi serangan tanpa berbuat apa2 atas kemampuan kita secara individu utk berbuat sesuatu.

      Individu muslim juga boleh proaktif bertindak, dengan menulis surat bantahan, membuat laporan polis, mendesak ADUn dan MP untuk menyuarakan bantahan mereka dan sebagainya.

      Zaman sahabat Rasulullah s.a.w., sahabat tidak menunggu tentera Islam untuk bertindak mencegah kemungkaran. Perang Bani Qaynuqa terjadi kerana individu Muslim tidak tunggu dan outsourcekan tanggungjawab utk berperanan mempertahankan maruah wanita Islam ketika diganggu Yahudi.

      Setiap org punya peranan masing2.

      Yang tidak ada pada zaman kegemilangan Islam dulu ialah pihak2 yang meng'outsource'kan tanggungjawab utk dijalankan pihak lain.

      Benar kita punya kelemahan. Dan kelemahan ini mempunyai banyak puncanya.

      Semua sedang diperbaiki dari masa ke semasa. Kita semua perlu bermuhasabah supaya keadaan terlalu defensif dan 'knee jerk reaction' ini dapat diperbaiki dari masa ke semasa.

      Satu pihak tidak boleh melakukan semua kerja yang diharapkan 15 juta orang Islam. Tetapi 15 juta orang Islam boleh lakukan sesuatu jika semuanya tahu tentang peranan dan tanggungjawab masing2 dalam hal ini.

      Delete
  2. GERAMnya Makcik, Ben! Tengok si Islam/Melayu-LIBERAL nak PUTAR-BELIT sewenangnya undg-undg Perlembagaan dgn. MENGENEPIkan kedudukan TERTINGGI, agama ISLAM sbg. AGAMA PERSEKUTUAN/NEGARA, mengikut undg-undg Perlembagaan per 3 (1) - lihat di http://thekl-chronicle.blogspot.com/2014/11/ns-kalah-kes-transgender-kerana-gagal.html , NS kalah kes transgender kerana gagal ketepi GID, buktikan perayu ‘gila’, kata mahkamah!

    Tapi lihat artikel yg. sungguh BERNAS ini (sebab itu kita perlukan Mahkamah Syariah PERSEKUTUAN dan AG Syariah) di - https://akarimomar.wordpress.com/tag/perlembagaan-persekutuan/ :

    Hijrah Minda: Agenda Transformasi Islam

    Haji Mahamad Naser bin Disa[1]

    7 April, 2012

    Islam Agama Negara: Undang-undang Tertinggi Negara

    Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi di Negara ini memartabatkan Islam sebagai Agama Negara – Fasal 1 Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan – “Islam adalah agama bagi Persekutuan;” atau dalam teks asalnya “Islam is the religion of the Federation;”[2] Jika diterjemahkan ke bahasa Arab ia bermaksud – “Al Islam deen alDawlah”. Bersandar kepada ketinggian kedudukan Islam sebagai Agama Negara ini, Fasal 1 Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan mewajibkan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong untuk membuat satu komitmen atas nama suci Allah dengan melafazkan sumpah – wallahi; wabillahi; watallahi untuk memelihara agama Islam pada semua masa. Lafaz sumpah ini dilakarkan secara khusus di dalam Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan.

    Atas sifat dan kedudukan Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara (The Supreme Head of Federation), semua pihak yang ada hubung kait dengan pemerintahan Negara ini juga terikat untuk melaksanakan sumpah berkenaan kerana segala urusan pemerintahan dalam Negara ini bersumberkan kepada kuasa eksekutif Baginda sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan. Justeru, berpaksikan kepada kedudukan Islam sebagai Agama Negara dan komitmen Ketua Utama Negara, segala agenda Negara sama ada dalam bentuk dasar mahupun perundangan semestinya berpaksikan kepada prinsip Islam dan tidak boleh sama sekali menyanggahi atau menjejaskan ketinggian dan kedaulatan Agama Negara…..

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu masalahnya Makcik. Peruntukan2 penting perlembagaan seolah2 cuba dianggap tidak wujud dalam mentafsirkan undang2 negara.

      Inidilihat seolah2 satu gerakan terancang untuk benar2 menjadikan negara ini sebagai sebuah negara sekular sepertimana yang sedang dijaja oleh seklompok golongan ekstrim.


      Delete
  3. ASSALAMUALAIKUM W.B.T

    Pandangan saya:

    1. Jika terjadi 'pertempuran' di Malaysia nanti, ianya bukan disebabkan pertempuran bangsa tetapi merupakan pertempuran agama.

    2. Walaubagaimanapun, disebabkan agama islam itu termaktub sebagai agama rasmi bangsa melayu, maka dengan sendirinya boleh dikatakan juga pertempuran antara bangsa melayu dengan bangsa bukan islam.

    3. Dipercayai, pertempuran itu melibatkan antara agama ISLAM dan agama KRISTIAN.

    4. Dengan siapnya gereja terbesar di ASIA TENGGARA (di bukit jalil kalau x silap saya) itu menandakan penganut extrimis kristian sudah bersiap sedia menanti ISA AL MASIH (dalam lingkungan kepercayaan mereka) yang kununnya akan menyelamatkan agama krsitian di malaysia dan seluruh dunia dan membantu mereka menghapuskan SINAR ISLAM di tanah melayu dan rantau nusantara. (MEREKA MENOLAK KEPERCAYAAN KITA TENTANG KEBANGKITAN IMAM MAHDI ATAU MEREKA MUNGKIN CUBA MENCANTAS KEBANGKITAN PENGIKUT IMAM MAHDI DARI RANTAU INI)

    5. RASANYA SAUDARA SEMUA TELAH FAHAM KAN SKRG - KENAPA PERCATURAN DAN PERTEMPURAN AGAMA INI 'TELAH' DICENTERLIZE KAN DI MALAYSIA & mengapa ALLAH PILIH BANGSA MELAYU SEBAGAI BANSGA TERAKHIR HENDAK DISEMBILIH OLEH MEREKA SELEPAS KITA MELIHAT KEMUSNAHAN BANGSA DAN NEGARA ARAB DALAM BEBERAPA TAHUN MENDATANG INI.

    6. Bibit-bibit & percikan ini telah bermula seawal 2008 sehingga sekarang di mana penganut kristian mula menunjukkan sikap tidak hormat & dengan berani mula provokasi kepada penganut islam (MELAYU).

    7. Penganut islam (MELAYU) yang tinggi toleransinya dan hemah pekertinya tidak pernah mencampuri urusan agama atau kepercayaan bangsa lain.

    8. Dijangkakan penganut agama Budhha (sami-sami dan pengikutnya) akan menjauhkan diri dpd pertempuran ini kerana mereka mempunyai firasat tersendiri dan tidak mahu terjebak & mencampuri dalam bahaya pertempuran ini.

    9. Penganut extrimis kristian ini akan dibantu oleh tangan-tangan ghaib & juga mendapat pertolongan daripada kuasa besar dunia dan negara yang anti islam (seluruh dunia).

    10. Orang melayu (dengan sendirinya dan rasa kental pada agamanya) akan berjuang habis-habisan menentang kedajalan ini.

    11. Dengan kehendak ALLAH sw.t, di bumi tanah melayu ini berhimpun segala macam bangsa (kebanyakan islam - terutama bangladesh/indonesia/kampuchea dll) dijangka akan menjadi tentera pilihan ALLAH di tanah melayu (Mohon sangat kepada tuan puan supaya melayan mereka dengan penuh hikmah atas semangat sesama saudara islam sebab jika terjadi sesuatu nanti, mereka dengan penuh semangat KEISLAMAN akan menjadi tulang belakang kepada perjuangan kita)

    12. DIPERCAYAI INILAH PEPERANGAN AGAMA YANG PALING HEBAT DALAM LINGKUNGAN NUSANTARA TANAH MELAYU. MAKA KEROSAKAN DAN ANGKA KEMATIAN ADALAH SANGAT MENAKUTKAN.

    13. (ISLAM) TANAH MELAYU AKAN TURUT DIBANTU PULA OLEH MELAYU ISLAM DARI NEGARA LAIN (RASANYA SAUDARA SEMUA DAPAT MENGAGAK SIAPA YANG AKAN TURUT SERTA DALAM PEPERANGAN AGAMA INI).

    14. Sinar islam dan daulah islamiyah akan tertegak selepas pertempuran ini. TIADA LAGI KERAJAAN DEMOKRASI KEPARTIAN SPT YANG ADA SEKARANG.

    15. Dijangkakan, akan ada sejumlah penghijrahan keluar 'suatu bangsa' meninggalkan Malaysia pada saat sangat krtikal kerana mereka semakin takut dengan situasi KEBANGKITAN ISLAM YANG MEMBUAK BUAK PADA MASA ITU.

    ReplyDelete
  4. sambungan... 2/2

    16. Dan mungkin juga, extrimis krisitian (yang tertipu) dengan permainan agama yang dibawa oleh bangsa mereka akan kembali ke pangkal jalan (meganut kepercayaan nenek moyang mereka iaitu BUDDHA semula).

    17. Sementara penganut buddha dan bangsa-bangsa bukan islam yang tidak menyokong extrimis kristian ini akan duduk diam dalam Malaysia dengan rasa aman (kerana mereka tidak diapa-apakan). Mereka kekal dengan menjadi kafir zimmi yang menghormati pemerintah daulah islamiyah.

    18. Dan saya percaya, selepas habis pertempuran itu nanti, akan ramai kafirun di tanah melayu mula memeluk islam.

    19. Tanah tumpah singapura dijangka akan kembali dalam pemerintahan JOHOR (dengan asbab musabab yang tersendiri - cerita negeri Johor & pemerintahannya ini 'agak menarik juga)

    20. PERCAYALAH, KRISIS DEMI KRISIS INI SEDANG MENGUJI MENTAL DAN FIZIKAL & MEMBINA JATIDIRI ORANG MELAYU (ISLAM) SUPAYA LEBIH KENTAL UNTUK KUAT BERHADAPAN DENGAN PERTEMPURAN MAHA HEBAT INI (PERTEMPURAN MALAYSIA + NEGERI2 ISLAM DALAM RANTAU NUSANTARA MELAYU VS. KUASA BESAR YANG SECARA BERANI DAN TERANG AKAN MENGISYTIHAR PERANG AGAMA DENGAN MALAYSIA - Mereka jangka akan menang mudah dan bagi pukulan K.O kat melayu)

    21. Negeri2x islam di bawah jajahan negara kafir dalam rantau ini akan merdeka dengan sepenuhnya dan menjadi pendokong kepada pemerintahan teras iaitu tanah melayu. Dijangkakan juga ada beberapa negeri/daerah yang sekarang bukan dalam wilayah tanah melayu akan ingin turut serta menjadi dalam kawalan wilayah tanah melayu.

    22. Olehitu, JANGANLAH KITA MENCACI CERCA ANAK CUCU KITA YANG SEDANG SENGET PERANGAI MEREKA PADA MASA INI. BANYAKKAN BERDOA TANPA JEMU AGAR ALLAH MEMBERI MEREKA JALAN DAN HIDAYAH SUPAYA BILA TIBA SAAT DAN WAKTUNYA NANTI MEREKA PULA MENJADI BENTENG KEPADA KESELAMATAN IBU-AYAH, KELUARGA DAN AGAMA NENEK NOYANG MEREKA.

    23. InsyaAllah, sejahat-jahat budak melayu, bila suatu keadan terdesak, mereka boleh menjadi manusia yang gagah berani kerana AGAMA. Janganlah kita berburuk sangka dengan perangai mereka saat ini & jangan kita suka-suka menghukum hakam mereka KERANA ALLAH LEBIH MENGETAHUI RAHSIA DALAM RAHSIA ORANG MELAYU DAN BUMI TANAH MELAYU.

    24. Manusia secara fitrahnya, berazam ingin menjadi lebih baik bila umur semakin meningkat dan meningkat. Oleh itu, kita orang2x tua pula hendaklah bijak menarik tangan mereka perlahan-lahan (mengikut kepandaian kita masing2x) supaya mereka 'SAMA JALAN SAMA DERAP' dengan kita suatu hari nanti.

    25. Saya akhiri pendapat saya ini dengan berterusan memanjatkan doa agar ALLAH memberi kemenangan kepada AGAMA dan BANGSA kita (walaupun mungkin saya tidak sempat melihat zaman kegemilangan itu).

    AMIN YA RABBAL ALAMIN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dan sesungguhnya mereka telah menjalankan rancangan jahat mereka (untuk menentang Islam), sedang di sisi Allah ada balasan bagi rancangan jahat mereka, walau rancangan jahat mereka itu, dapat melenyapkan gunung-ganang sekalipun.

      (Ibrahim ayat 46)

      Delete
  5. Fatwas must be based on reality, says Dr M (amek dr yahoo news)

    https://my.news.yahoo.com/fatwas-must-based-reality-says-dr-m-055253288.html

    ada betui nya jugak apa che det cakap, org2 agama kena ready bg jawapan yg konkrit based on sains n Quran. puak2 liberal mmg selamanya tak nak trima apa yg ada dlm Quran. Bg depa ni dlm konteks sains

    satuhala.blogspot.com pernah mengemukakan fakta sains mudah ini utk isu LGBT ini

    Tamat ketamadunan manusia..

    laki kawin laki sapa nak branak..
    pompuan kawin pompuan cemana nak branak

    tammat zuriat manusia
    padam selamanyaaaaa



    kreng krong, yes we r ready, tp brapa kerat yg betul2 ready
    Semayang pon susah budak2 ni, org tua pon liat gak semayang ni..toksah kata benda lain

    buleh ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada ALLAH S.W.T, kacang jer kalau DIA nak membolak balikkan bumi, jadik per tah lagi kalau setakat hati-hati manusia.

      Yang baik yang berserban, yang byk tonggang tonggek sembahyangnya sekarang, boleh jadik jahat pulok esok hari.

      Yang jahat hari ini dan semalam, boleh jadik, ALLAH baikkan hati dan akhlaknya pada esok hari, lusa, tulat & langkat.

      KITA JANGAN SUKA BERSANGKA-SANGKA, AMALAN KITALAH YANG PALING MULIA DI SISI ALLAH BERBANDING YANG LAIN ATAS SEBAB KITA YANG PALING BANYAK TONGGANG TONGGEK SEMBAHYANG.

      ALLAH MAHA TELITI PERHITUNGANNYA & MAHA KAYA RAHMATNYA.

      Jadik, banyakkan merendah diri walaupun dengan seorang ibu bergelar pelacur (contohnya) kerana nasib dia mungkin lebih baik semasa hujung hayatnya berbanding kita.

      Delete
    2. "Janganlah kita berburuk sangka dengan perangai mereka saat ini & jangan kita suka-suka menghukum hakam mereka."

      &

      JANGANLAH KITA MENCACI CERCA ANAK CUCU KITA YANG SEDANG SENGET PERANGAI MEREKA PADA MASA INI. BANYAKKAN BERDOA TANPA JEMU AGAR ALLAH MEMBERI MEREKA JALAN DAN HIDAYAH SUPAYA BILA TIBA SAAT DAN WAKTUNYA NANTI MEREKA PULA MENJADI BENTENG KEPADA KESELAMATAN IBU-AYAH, KELUARGA DAN AGAMA NENEK MOYANG MEREKA.

      Saya nak tambah: MUNGKIN DI ANTARA MEREKA ITU PULA (yang kita anggap jahat - gerenti masuk neraka lah kata kita) AKAN MENJADI SINGA SINGA ALLAH DI MEDAN PERANG sementara orang-orang yang mendakwa mereka telah bersedia di jalan ALLAH dengan berkobar kobar (di masa aman hidupnya skrg) akan menjadi kecut perut mereka lalu lari meninggalkan medan perang.

      Hihihi.....

      Delete
    3. Tuan hamba Allah, 12 November 2014 13:26.

      Terima kasih atas perkongsian.

      Delete
    4. Tuan Hamba Allah 12 November 2014 14:51.

      Sudah menjadi sebahagian dr pegangan umat Islam untuk tidak mencerca pelaku dosa. Malah ASWJ tidak akan mencerca pelaku dosa tetapi hanya mencerca dosa yg dilakukan.

      Kita sentiasa doakan supaya mrk semua kembali ke pangkal jalan.

      Tetapi ia tidak bermakna kita harus menutup sebelah masa perlakuan mrk semasa mrk sedang bergelumang dgn dosa hanya kerana kita meletakkan harapan bahawa ada kemungkinan mrk bakal berubah suatu hari nanti.

      Kita belajar dr sejarah. Ada pihak spt Abu Lahab, dia terus melakukan dosa sehingga hari terakhir kehidupannya.

      Ada juga seperti Wahsy bin Harb, yang melakukan dosa pada satu peringkat kehidupannya, kemudiannya menjadi pejuang dijalan Allah setelah mendapat hidayah.

      Pada ketika mereka melakukan dosa, pendekatan kita ialah memberitahu, memberi amaran, memarahi, menangkap dan menghukum mereka atas apa yang dilakukan.

      Ketika mereka kembali ke pangkal jalan, kita terima mereka sebagai org2 yang kembali diberikan hidayah oleh Allah.

      Utk tidak berbuat apa2 ketika melihat dosa sedang galak dilakukan, bukanlah sifat sebenar seorang Islam.

      Delete
    5. OrgJohor,

      Boleh menegur, tapi jgn sampai mempersenda ibadah solat dengan perkataan tonggang tonggek.

      Seorang mukmin tak akan tergamak merujuk perbuatan atau ibadah seseorang yang sedang menghadap Allah sebagai satu perbuatan tonggang tonggek.

      Jaga bahasa kerana bahasa cerminan apa yang ada disembunyikan di dalam hati.

      Delete
    6. Saya cuba jawab untuk kreng kreng, bab yang tak sembahyang...

      Yang sembahyang boleh tolong doa pada yang tak sembahyang-supaya semua jadi sembahyang!

      Ameen. InsyaAllah

      Delete
    7. Betul tu... X usah kita ukur & sukat sembahayang tak sembahyang orang lain...
      Memadai, kalau kita ni ikhlas, doakan jer semoga ALLAH selamatkan sedara sebangsa kita dunia akhirat... CEPAT @ LAMBAT DOA KITA DIPERKENAN, ITU URUSAN ALLAH. Jangan suka berburuk sangka dengan orang yang tak sembahyang di depan mata kita. Mungkin ada perbuatannya walau sebesar zarah sekalipun tapi ALLAh pandang mulia, mungkin hidupnya selamat di akhir hayat pula.
      Saya setuju dengan nasihat kreng krong: Kita yang kununnya maha hebat solatnya, gunakan kebijaksanaan masing2x untuk menarik sedara seagama kita untuk sama2 solat jemaah ngan kita, bukan menggunakan kata2x kejian yang menjauhkan mereka daripada kita.

      Delete
    8. Ben Yaacob,
      Saya tak fikir pun orgJohor tu menghina orang solat. Saya faham bahasa pasar dia & kepada sapa dia tujukan sindiran itu.
      Tak semestinya orang yang kasar bahasa, garang dan bengis, x islamik, xdak kasih syg dijiwanya.
      Cthnya ada di zaman rasullah sendiri, sahabat2xnya yang bengis dan garang.
      Jatuh x islam ker sahabat2x Nabi mcm tuh? Adakah sahabat nabi x lebih islamik dari org ngaku islamik ke?
      Yang penting: NAWAITU kita.

      Delete
  6. http://satuhala.blogspot.com/2011/11/survival-bangsa-manusia-hak-asasi.html

    ni dia link satuhala

    ReplyDelete
  7. sy komen by letak artikel imran haaz pd artikel che det

    ReplyDelete
  8. Smua apa yg d jlaskn adalh 100 prcnt btul. Cma skrng apa formulanya yg prlu kita fikrkn. Bgaimna nk dpt prtolngnNYA klau kta tk tolong AgamaNya ! So fokus kta skrng ialah TINDAKAN yg mmrlu kpd satu mekanisma untk bprng puak2 kfirin dn barua2 islam liberal yg mkin krng ajr dgn islam msa kini. Nk hrp pmpinan politik tobat mrk takda msa untk slmt islam. Kdr brcrmh, bforum, sminar dn lain2 yg brunsur retorik ada. Lps tu fokus mrk mcmna nk pthan krusi dn kuasa. So sy brhrp sngt2 tndkn d ambil segra untk mnyalmtkn agama Allah ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya percaya tindakan sedang diusahakan Tuan Hamba Allah 12 November 2014 16:42,

      Kita sama2 berusaha.

      Usaha untuk mengubah cara perjuangan ini sedang. Kita akan bertukar padang permainan. Kita juga akan bertukar cara game ini dimainkan.

      Sama2 kita berusaha mengikut kemampuan masing-masing.

      Menyelamatkan Agama Allah bermakna menyelamatkan diri kita sendiri utk terus terpilih sebagai hamba2 Allah yang beriman.

      Jika kita meninggalkan tugas tersebut, bukanlah satu masalah untuk Allah menggantikan kita semua dengan kaum yang lain memperjuangkan agama Dia.

      Delete
    2. NGI juga harus bersatu-padu-ramai dan pelbagai bagus-sama dgn fitrah manusia-tapi klu boleh patut lebih seragam dalam pendekatan dan perjuangan supaya boleh bersinergi!

      Jangan bergerak macam ahli dan parti politik pulak, berpuak-puak sibuk dengan pangkat dan harta!

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.