Tuesday, 25 November 2014

Pindaan Akta Hasutan 1948 Pada 1970 : Penjelasan dan Soal Jawab Bersama Tan Sri Abd Aziz Abd Rahman Bhg 1

Pihak kami diberikan kesempatan untuk bertanyakan beberapa soalan mengenai Akta Hasutan 1948 kepada Tan Sri Abd Aziz Abd Rahman dan Tan Sri Zaman Khan dalam sebuah sessi penerangan mengenai Akta Hasutan 1948.

Majlis berlangsung di salah sebuah Hotel di ibu negara. Sessi yang dilangsungkan dengan penglibatan ramai tokoh yang berjuang untuk memastikan pihak pemerintah mendengar rayuan dan desakan ramai pihak yang cintakan negara supaya ia boleh terus kekal aman.

Serba sedikit maklumat mengenai Tan Sri Abd Aziz Abd Rahman. Beliau merupakan seorang peguam yang kini masih lagi mengamalkan profession guamannya meskipun sudah mencapai usia 81 tahun. Sejarah membuktikan pencapaian beliau dalam memastikan semua tugasan yang diberikan kepada beliau dijalankan dengan penuh amanah dan cemerlang.


Selain daripada khidmat beliau sebagai Peguambela dan Peguamcara, beliau pernah dipanggil dan dilantik untuk mencurahkan khidmatnya sebagai Setiausaha dan Pengarah Ehwal Undang-Undang MAS pada 1971. Khidmatnya selama 20 tahun di syarikat tersebut menyaksikan beliau kemudiannya  menerajui syarikat Penerbangan Malaysia sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif pada 1991.

Tanpa perlu menjual dan melelong bangunan dan asset-aset MAS untuk mencatatkan nilai untung di atas kertas, beliau memimpin Syarikat Penerbangan Malaysia dalam tempoh paling cemerlang perkhidmatan transportasi udara tersebut. Semasa meninggalkan MAS, syarikat tersebut mempunyai lebih RM 5 Billion nilai tunai simpanan dan asset-aset yang tegak berdiri teguh seteguh syarikat penerbangan tersebut.


Pernah berkhidmat sebagai  Majistret, Presiden Mahkamah Sesyen, Penasihat Persekutuan dan Pembantu Penderaf Undang-Undang di Parlimen, khidmat yang dicurahkan beliau semasa tempoh beliau menjadi Penasihat Persekutuan dan Pegawai Undang-Undang  Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) semasa tempoh darurat 1969, menjadikan beliau satu-satunya tokoh yang paling berkredibiliti untuk membicarakan tentang pindaan yang pernah dibuat pada Akta Hasutan 1948.

Sesi penjelasan dan soal jawab yang diberikan kesempatan kepada pihak kami ini, kami catatkan secara ringkas dalam penulisan yang dibahagikan kepada dua bahagian. Ia sebagai rekod catatan untuk rujukan generasi sekarang dan akan datang.


Bagaimana Tan Sri Abd Aziz boleh terlibat sebagai Pegawai Undang-Undang MAGERAN?
Sebelum 13 Mei 1969, Tan Sri Abd Aziz berkhidmat sebagai Peguam di Jabatan Peguam Negara. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan peristiwa yang menimbulkan satu bentuk kesedaran. Selepas kekacauan 1969, beliau ditukarkan ke Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) sebagai Pegawai Undang-Undang.

Tujuan Tugasan DI MAGERAN?
Untuk memastikan kemusnahan yang berlaku pada 1969 tidak lagi berulang pada masa depan. Fungsi dan peranan yang dimainkan semua pihak di dalam MAGERAN ialah untuk membantu kerajaan untuk menjalankan tindakan-tindakan yang perlu untuk elak pergaduhan kaum ini berulang.

Apa perkara yang dimahukan rakyat Malaysia pada ketika itu?
Pada ketika itu, terdapat banyak permintaan daripada pelbagai bangsa supaya pindaan Perlembagaan dibuat. Maka, beberapa kajian dan usaha dijalankan bagi memastikan orang-orang awam boleh disekat daripada melakukan tindakan demi tindakan yang boleh mencetuskan permusuhan antara bangsa.

Sepanjang 1970-1971, menurut Tan Sri Abd Aziz, topik utama yang dibincangkan oleh pemimpin-pemimpin utama ialah ‘cara bagaimana untuk menyelesaikan masalah permusuhan sesama kaum’.

 Apa yang dikenalpasti sebagai punca yang boleh menyebabkan tersetusnya satu lagi peristiwa seperti  13 Mei 1969?

Melalui kajian dan perbincangan yang dibuat, telah dirumuskan bahawa terdapat 4 perkara yang jelas sekiranya disentuh dan dibincangkan dengan cara yang tidak sensitive, ia boleh merumitkan serta mencetuskan ketegangan kaum di Malaysia. Empat perkara tersebut menurut Tan Sri Abd Aziz Abd Rahman adalah seperti berikut:

1.       Mempersoalkan Hak Keistimewaan Orang Melayu (Perkara 153)
2.       Mempersoalkan Soal Kedudukan Bahasa Kebangsaan (Perkara 152)
3.       Mempertikaikan Kewarganegaraan (Bahagian III)
4.       Kedudukan Raja-Raja Melayu (Perkara 181)

Apa yang dilakukan dengan hasil kajian tersebut?
Parlimen dipulihkan kembali pada 1971. Beberapa cadangan dan usul untuk meminda Perlembagaan bagi menyekat perkara ini daripada berulang lagi dalam negara diusulkan ke dalam Parlimen.

Apa Perkara-Perkara yang diusulkan untuk dimasukkan ke dalam Perlembagaan pada ketika itu?

Memasukkan Perkara 10 Fasal 4 Perlembagaan
Menurut Tan Sri Abd Aziz, kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan dalam Perkara 10 Perlembagaan bukanlah bermaksud kebebasan mutlak tanpa boleh dikenakan sekatan. Orang ramai yang tersalah faham menyangka bahawa Perkara 10 ini seolah memberikan mereka kebebasan mutlak, tetapi hakikatnya tidak. Pada ketika itu, terdapat Perkara 10 (2) yang membenarkan undang-undang sekatan dibuat. Tetapi menurut Tan Sri Abd Aziz, Perkara 10 (2) ini masih tidak cukup untuk mengelakkan 4 perkara sensitif tadi dari[ada terus disentuh dan dipertikaikan.

Perkara 10 (4) kemudiannya diusulkan serta diterima secara sebulat suara di Parlimen untuk memastikan ke semua 4 perkara sensitif tersebut disebutkan dengan jelas sebagai perkara-perkara yang mana Parlimen boleh membuat undang-undang melarang perbuatan mempersoalkan Bahagian III, Perkara 152, Perkara 153 dan Perkara 181 dalam negara.

Meminda Perkara 63 Dengan Memasukkan Fasal 4
Sebelum ini, Ahli-Ahli Parlimen mempunyai kekebalan yang dilindungi oleh Perlembagaan menerusi Perkara 63 Perlembagaan Persekutuan untuk bercakap, mempersoalkan hampir apa sahaja tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang jika perbuatan tersebut diucapkan di dalam sidang parlimen.

Usul untuk memasukkan Fasal 4 ke dalam Perkara 63 dibawa dan diluluskan secara sebulat suara di Parlimen. Fasal 4 yang diperkenalkan menanggalkan kekebalan seseorang  ahli parlimen jika mereka dipertuduhkan di bawah undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen di bawah Perkara 10(4) Perlembagaan atau atas suatu kesalahan di bawah Akta Asutan 1948 mengikut sebagaimana dipinda oleh Ordinan No. 45 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970.

Dengan kemasukan fasal 4 ini, maka ahli-ahli parlimen boleh didakwa sekiranya 4 perkara sensitif sepertimana yang dinyatakan sebelum ini dipersoalkan.

Pindaan Perkara 159 Perlembagaan Dengan Memasukkan Fasal 5
Fasal 5 kepada Perkara 159 dicadangkan serta diluluskan di dalam Parlimen. Perkara 5 ini diperkenalkan bertujuan supaya semua Perkara-Perkara sensitif di dalam Perlembagaan tidak boleh dipinda tanpa mendapat sokongan majoriti 2/3 daripada keseluruhan ahli-ahli Parlimen dan tidak boleh diluluskan tanpa mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja.

Semua usul ini dibuat secara muafakat melibatkan penglibatan pemimpin-pemimpin politik berlainan bangsa dan agama untuk memastikan peristiwa seumpama peristiwa 13 Mei 1969 tidak lagi berulang.


Bersambung…

12 comments:

  1. Adakah ini bermakna dengan terhapusnya Akta Hasutan, Najib telah secara sedar membenarkan supaya semua perkara-perkara sensitif seperti yang telah dilindungi sebelum ini oleh Perkara 10(4) dan Perkara 63(4) akan menjadi terbatal dengan sendirinya?

    Jika ya, maka kita semua patut ucapkan SYABAS kepada Najib!

    Pandainyer anak Tun Razak ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pindaan kepada perlembagaan seperti yg tersebut di atas Tuan,dibuat untuk melindungi Akta Hasutan daripada mudah disentuh dan dilanyak2 oleh org yang mahu menggunakan isu perkauman sebagai mileage politik.

      Tan Sri Aziz berkata, bahawa pindaan itu perlu dimasukkan ke dalam Perlembagaan supaya Akta Hasutan yg dipinda itu, tidak mudah disentuh, dipersoal atau diubah oleh sesiapa sahaja.

      Semua itu telah difikirkan dengan bijak oleh pemimpin2 terdahulu.

      Malang sekali, semua usaha itu dirosakkan hanya kerana seorang populis tamak mahukan namanya sentiasa dipuji oleh semua org dgn tindakan2 tidak masuk akalnya.

      Delete
    2. Apolinario Mabini, Perdana Menteri pertama Filipina kritik pedas Emilio Aguinaldo

      'The Revolution failed because it was badly directed, because its leader won his post not with praiseworthy but with blameworthy acts, because instead of employing the most useful men of the nation he jealously discarded them. Believing that the advance of the people was no more than his own personal advance, he did not rate men according to their ability, character and patriotism but according to the degree of friendship or kinship binding him to them; and wanting to have favorites willing to sacrifice themselves for him, he showed himself lenient to their faults. Because he disdained the people, he could not but fall like an idol of wax melting in the heat of adversity. May we never forget such a terrible lesson learned at the cost of unspeakable sufferings!'

      Tapi bila baca terasa macam inilah yang sedang berlaku ke atas bangsa Melayu sekarang dengan PM yang suka nak jadi Cina 1st than everything else!

      Delete
    3. Muhyidin kata pemimpin UMNO yang sudah jadi liabiliti patut berundur. Do or be dead!

      Najib tak faham-faham lagi ke??!

      Delete
  2. Apa kata semua blogger Pro UMNO meng'grayscale' kan blog masing-masing sepanjang PAU ini sebagai tanda protes!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Idea yang sangat baik Solitairehunter. Patut blackoutkan sj blog utk tempoh minggu ini.

      Oleh krn kami di Bangkit hanya Pro kepada Al Quran, Sunnah, maka kami akan terus beroperasi seperti biasa.

      Blog pro UMNO harus berbuat sesuatu sebelum ia benar2 terlambat.

      Delete
  3. najib sila turun

    ReplyDelete
    Replies
    1. najib sila turun

      cukup2 lah merosakkan bangsa dan agama

      cukup lah najib

      pencen saja lah

      berada di atas lebih merosakkan

      najib sila turun

      Delete
  4. turunlah najib sebelum kamu diturunkan

    ReplyDelete
  5. Mmng najib pro cina/hndu kafir kna immediately brundur spaya islam dn mlayu slmat. Klau tdk orng mlyu akn jd kaum pndtg d ngara sndiri. Ltak jwatn aja jln trhurmat najib.

    ReplyDelete
  6. Mungkin telah banyak termakan budi, juga terdeah kpd fahaman "kebebasan" ala-Britain yg dialaminya dari segi pendodikan n bermastautin lama di sana, yg menjadikan minda n jiwanya terbelenggu dgn cara hidup negara "angkatnya" itu. Dia lupa/tak sedar/tahu yg Britain telah melalui pegolakan hebat yg memakan jiwa rakyatnya dlm revolusi budaya mrk sebelum itu utk menegakkan negara bebas bersuara yg dinikmatinya hari ini. Ia berlaku dlm sebuah negara yg berakyatkan homogeneous ketika itu. Apa akan berlaku kalau ia berlaku dlm negara Malaysia multi-national ini tak boleh dibayangkan. Sebab itulah Singapura masih kekal ISA n Akta Hasutannya. Cuma org yg tidak berpandangan jauh atau agak sikit cetrk fikiran n terus nak jadi pemimpin utama negata saja yg sanggup melakukan sesuatu yg boleh memprak perandakan n mengancam keselamatan negara yg sanggup melakukanmnya. Wallahualam.

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.