Monday, 3 November 2014

Penasihat Residen British Di Putrajaya Selepas 57 Tahun Merdeka?

Jika benar apa yang blogger APANAMA nyatakan di dalam penulisan beliau pada pautan berikut, Najib Tun Razak, berhutang kepada nyawa dan darah pengorbanan orang-orang Islam satu penjelasan yang telus.

http://www.apanama.my/british-advisor-for-the-malaysian-prime-minister/

Setelah 57 tahun membebaskan diri dari penipuan demi penipuan British melalui pelbagai perjanjian berat sebelah dan setelah demografi negara ini diubah dengan paksaan British supaya menyerap masuk golongan bukan Islam sebagai warganegara pada Hari Merdeka, semalam kita dihidangkan dengan perkongsian maklumat bahawa pemerintah negara, masih gagal membebaskan diri mereka dari sifat inferiority complex sehinggakan menjemput penasihat-penasihat British ini untuk kembali mengajar kita cara bagaimana untuk menguruskan negara.

Pihak kami tidak mahu menambah atau mengurangkan apa yang telah diperkatakan di dalam penulisan tersebut, tetapi sebagai rakyat Malaysia yang sangat menghargai pengorbanan yang telah dilakukan generasi terdahulu, pihak kami turut ingin menuntut penjelasan daripada pihak pemerintah tentang kebenaran perkara yang diperkatakan ini.

Jika benar, maka jelaslah misteri kedegilan pemerintah untuk terus tunduk kepada desakan kumpulan pelampau LGBT, COMANGO, SEPILIS, puak pelampau Kristian, Cauvinis Cina dan lain-lain pelampau di dalam negara mungkin terjawab dengan kewujudan penasihat ini.

Apa perlu merdeka jika pemerintah masih kecanduan inferiority complex dengan menyerah maruah diri dan negara tunduk kepada percaturan idea asing untuk negara ini?


Union Jack. Diturunkan pada 30 Ogos 1957 di Padang Merdeka.
Dinaikkan Semula Di Putrajaya Pada 15 Julai 2009? 

Tidak cukupkah bakat-bakat pemikir di dalam negara?

Bukankah PEMANDU sudah menghabiskan berjuta-juta wang rakyat untuk membawa bakat-bakat Malaysia pulang memberi khidmat kepada negara? Mana perginya bakat-bakat tersebut? Setakat pulang untuk lari dari cukai, itu bukan pelaburan yang baik untuk negara. 

Persoalannya, kenapa pihak pemerintah tidak percaya kepada bakat-bakat tempatan? Kenapa warga asing ini juga yang dibawa pulang untuk menunjuk ajar kita cara menguruskan negara ini?

Jika demikian itu sistem pemikiran yang diamalkan, bukankah lebih baik jemput sahaja David Cameron untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia secara langsung.




Apa yang PEMANDU buat selama ini? Gagal atau tidak efisien langsung?

Semua persoalan ini tidak perlu ditanyakan jika pentadbiran negara menjawab spekulasi yang dibangkitkan. Jangan biar spekulasi membiak menjadi barah yang bisa meruntuhkan kepercayaan rakyat Malaysia kepada kerajaan yang memerintah untuk pihak Yang Di-Pertuan Agong Malaysia.

Sikap membisu tidak memberikan apa-apa kebaikan. 

7 comments:

  1. Jib kena jawab. Apa kes ni Jib?

    ReplyDelete
  2. Jib play safe to keep quiet so that he can stay longer as pm otherwise kaum pndtng tak akn undi dn umno mcm prya 13 yg lalu. Tu yg dia tkut tp dkt Allah swt nmpk tak apa2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukankah 95% dr mereka sudah pun tak mahu mengundi dia? Apa perlu dia tunggu jumlah tersebut menjadi 100% baru hendak sedar?

      Delete
  3. Hai macam-macam lah zaman Ah Jib Gor ni...nanti nak bagi gelaran Bapak apa pula, Tun M digelar bapa pemodenan, Ah Jib Gor !?.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bapak Masalah!

      Delete
    2. Seyum sorg2 tgk komen Hamba Allah 15:45

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.