Wednesday, 19 November 2014

Pelampau Kristian Akan Terus Melampau

Pelampau Kristian akan terus melampau. Tidak bijaklah bagi mana-mana pihak mencari langkah rekonsiliasi dengan pihak-pihak ini. Tidak kiralah apa jawatan yang disandang di dunia ini, dari peringkat tertinggi hingga ke bawahan.

Mereka tidak mahukan sebarang pilihan. Mereka hanya mahukan apa yang telah mereka pilih dituruti dan dipenuhi.

Agak kurang cerdik pada sisi kurang cerdik yang melampau untuk mana-mana pemimpin Islam, tidak kira sama ada yang dilantik untuk memimpin umat Islam melalui jalan pilihanraya atau keturunan untuk berharap bahawa serangan demi serangan puak-puak pelampau Kristian ini akan diam sebaik kita berbaik dengan tuntutan mereka.

Allah telah nyatakan dengan jelas dengan kenyataan bahawa mereka “Tidak sekali-kali akan berhenti” sehingga kita menurut kemahuan mereka.
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya pertunjuk Allah (Ugama Islam) itulah pertunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahi yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. 

(al Baqarah ayat 120)
Inilah ayat yang dibenci oleh bapa segala pelampau di Malaysia sehinggakan pada suatu ketika beliau sanggup mendengar khutbah Jumaat semata-mata untuk mengesan ayat ini dibacakan.

Jika redha pelampu ini yang didambakan, tunggulah saat kemusnahan umat ini dan sistem kerajaan yang disokong mereka.

Setujukah Kita Bila Nama Allah Diberikan Kepada Berhala? Diambil dari pautan (1)

Setujukah Kita Bila Nama Allah Diberikan Kepada Berhala? Diambil Dari Pautan (1)
Sekalipun isu-isu yang ditimbulkan mereka telah diputuskan oleh Mahkamah Tertinggi negara, mereka akan terus membuat isu sehingga semua kehendak mereka dipenuhi. Inilah warga yang bertuhankan hawa nafsu. Tidak tahu menghormati Perlembagaan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.

Jika apa yang diusahakan mereka di dalam negara tidak berjaya, mereka akan melolong-lolong diperingkat antarabangsa. Percayalah. Mereka tidak akan berhenti selagi mereka mentafsirkan kita sebagai pihak yang mudah dikalahkan dan tidak kuat untuk menentang kemahuan mereka.

Sayang sekali, umat Islam di sini sangat kuat bersuara untuk menentang kebejatan rancangan golongan ini, tetapi malangnya pemimpin-pemimpin mereka lebih layak untuk dihantar ke lorong-lorong belakang di Negeri Sembilan untuk menyotong di situ tanpa perlu takut akan risiko ditangkap Jabatan Agama Islam.



Rujukan :

8 comments:

  1. Tp malang la AH JIb Gor selalu lihat sikap pelampau diorg sebagai deposit undi yg x boleh diabaikan.

    Apa boleh buat. Dia memerintah pun Allah yg bagi. Mungkin dia lupa fakta tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. inilah masalahnya dengan demokrasi bila orang nak jadi pemimpin terpaksa bertuhankan rakyat. sedangkan kekuasaan itu milik Allah dan hanya Allah yang berkuasa memberinya. kita dah mewujudkan banyak tuhan2 bilamana semua rasa mereka ada kuasa dan cuba menukar Negara ini ke arah liberal dan sibuk dengan hak asasi manusia sampai tergelincir dari landasan syariah. konsep ini jauh lebih berbahaya dari konsep raja-Tuhan yang diamalkan oleh Firaun, Namrud dan yang seangkatan dengannya dalam quran dan hadis sahih. nampaknya kita perlu fikirkan cara supaya kembali kepada system kekuasaan pemimpin tunggal yang dipandu segolongan ulama dan ilmuan. tak semestinya khalifah, guna gelaran agong atau sultan pun ok janji system pilihanraya dajal ni kita hapuskan.

      jentayu

      Delete
    2. Demokrasi ini sememangnya sistem yang bernanah. Ia di sini bagi tujuan memecah belahkan. Membuka ruang kepada budaya adu domba, fitnah memfitnah dan sebagainya.

      Selagi Perlembagaan membenarkan ianya diamalkan, selagi itulah kita terpaksa mengikut kecuali kita mengubah Perlembagaan dengan cara yang sah.

      Setuju dengan Jentayu dan Tuan Hamba Allah di atas. Demokrasi telah menjadikan pemimpin Melayu bertuhankan Rakyat.

      Ini perlu diubah segera.

      Delete
  2. Salam. Slgi mna pmimpin tak brjwa islam mmrintah inilh hsilnya. Tk pyah kta apa ati dia dh trtup dgn pngkt dn kuasa mna dia nk fkir kuasa yg ada pd dia adalh anugrah Allah. Jnis mnusia mcm ni yg mrosk agma.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikummussalam wbt Tuan.
      Inilah anai2 yang merosakkan agama ketika mana dia di sana memerintah kerana agama yang dianutinya membenarkan kedudukannya di situ.

      Mrk ini perlu disedarkan.

      Delete
  3. Peti Undi, Berhala Milleneum Yang Disembah Ramai Pemimpin Melayu Kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Na'uzubillahimin Dzaalik.

      Harap semua cepat sedar.

      Delete
  4. Kembalilah kepada Allah dan RasulNya, ia akan menyembuhkan segala penyakit yg ada. Quran dan hadis adalah ubat bgi umat ini dan sekalian manusia

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.