Monday, 10 November 2014

Orang Gila Dan Hak Perlembagaan Orang Gila?

Apabila dihujahkan di dalam sebuah Mahkamah di sini, sekumpulan lelaki berpakaian wanita mempunyai hak tuntutan asas dari segi perlembagaan kerana merasakan diri mereka menghadapi masalah penyakit berkaitan psikologi, seluruh dunia bingung dengan keputusan seumpama ini.

Kita mula sangsi dan cuba memikirkan bagaimana tuntutan yang serupa bakal dibawa pula ke mahkamah oleh pihak-pihak dalam situasi berikut.

Gambar Hiasan
Bagaimana jika seorang yang mempunyai masalah psikologi dan menganggap dirinya dilahirkan sebagai seorang Polis, berjalan ke hulu dan ke hilir dengan pakaian seragam Polis dan menahan orang awam? 

Mana satu perkara yang orang seperti ini perlukan? Hak Perlembagaan atau Hak Untuk Ditahan dan Mendapatkan Rawatan?

Gambar Hiasan
Bagaimana pula jika seorang yang mempunyai masalah psikologi, merasakan dirinya sebagai hakim yang lebih layak menjatuhkan hukuman keadilan, berpakaian seperti seorang hakim diluar mahkamah dan menjatuhkan hukuman sendiri mengikut undang-undangnya sendiri di mahkamah? Apakah dia juga mempunyai hak perlembagaan untuk berbuat demikian? 

Mana satu perkara yang orang seperti ini perlukan? Hak Perlembagaan atau Hak Untuk Ditahan dan Mendapatkan Rawatan?

Berita Hiasan
Bayangkan situasi ini pula, seorang lelaki mempunyai masalah psikiatri, yang secara psikologinya menghidap penyakit yang merasakan dirinya seorang doktor, memakai pakaian seorang doktor, memasuki wad sakit puan dan memeriksa semua pesakit wanita di situ. Apakah beliau juga mempunyai hak Perlembagaan untuk berbuat demikian atas masalah tersebut? 

Mana satu perkara yang orang seperti ini perlukan? Hak Perlembagaan atau Hak Untuk Ditahan dan Mendapatkan Rawatan?

Berita Hiasan
Bayangkan situasi ini pula, seorang lelaki mempunyai masalah psikiatri, yang secara psikologinya menghidap penyakit yang merasakan dirinya Tuhan, memerintahkan semua pengikutnya untuk membunuh sesiapa sahaja yang tidak mengikut ajaran mereka. Apakah beliau juga mempunyai hak Perlembagaan untuk berbuat demikian atas masalah tersebut? 

Mana satu perkara yang orang seperti ini perlukan? Hak Perlembagaan atau Hak Untuk Ditahan dan Mendapatkan Rawatan?

Apa akan jadi pada Malaysia jika semua ini dibenarkan hanya kerana mahkamah mendapati ke semua mereka mempunyai hak dari segi perlembagaan untuk menjadi sesiapa sahaja yang mereka mahukan?

Baca juga penulisan Tuan A Karim Omar tentang kategori penyakit mental menurut International Classification of Diseases versi ke 10 (ICD-10) pada pautan berikut:


8 comments:

  1. Boleh gila Malaysia jadinya En Ben.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Keadaan Sekarang pun dah cukup gila. Bagaimana nanti sekiranya semua yang gila diberikan hak untuk terus tercandu dengan kegilaan mereka?

      Delete
  2. Semua nk hak masing2.mrk lupa Semua itu hak ALLAH. contoh mudah kalau kita nk suap makanan ke mulut kita pun kena ada peraturan . Mcmana bila tgn nak suap mulut tak buka?.hidup ini kena ada peraturan bukan boleh BEBAS ikut kepala otak kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Contoh yg baik dan sesuai Tuan Hamba Allah.. hiduo mesti ada peraturan.. bila nafsu dijadikan panduan, maka jadilah masalah spt ini.

      Delete
  3. Ya. Malaysia makin gila.

    ReplyDelete
  4. Inilah yang berlaku bila nafsu mengatasi aka!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu masalahnya bila undang2 ditafsirkan secara rigid dan perkara nafsu tidak termasuk dalam topik perundangan Tuan.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.