Saturday, 15 November 2014

Malay Mail Mempromosikan Homoseksualiti Sebagai Bukan Jenayah? Apa Kata Menteri KDN?

Homoseksualiti dan perlakuan seks luar tabii dengan pasangan sama jenis ialah dua perkara yang tidak berbeza.

Kesalahan perlakuan seks diluar tabii adalah merupakan perbuatan jenayah di bawah Kanun Keseksaan.


Ia juga bertentangan Artikel 11 (5) Perlembagaan Persekutuan mengenai had kebebasan yang tidak membenarkan perlakuan yang buruk dari segi moral dari dilakukan dengan bebas di dalam Malaysia.

Sesiapa sahaja yang menerbitkan penerbitan yang menyatakan sesuatu perlakuan jenayah itu bukan satu jenayah di Malaysia, bukankah mereka termasuk di dalam pihak yang menggalakkan perlakuan jenayah untuk terus berlaku di Malaysia?

Artikel Malay Mail bertajuk "Friday Sermon Invokes Sodom And Gomorrah As JAKIM Aims At LGBT Movement" melakukan dua perkara yang sangat jelas berunsur provokasi dan cuba melakukan campurtangan ke dalam urusan umat Islam di Malaysia. 

Artikel tersebut juga seolah cuba untuk memecahkan definisi homoseksualiti dengan mencadangkan homoseksualiti bukan satu jenayah di Malaysia, tetapi yang dianggap jenayah ialah perlakuan seks liwat dan seks oral. Ini seolah satu percubaan untuk mencadangkan pendefinisian baru yang cuba secara khayalnya menyatakan golongan homoseksual tidak terlibat dengan jenayah seks luar tabii.

Menteri Dalam Negeri
Oleh kerana permit penerbitan sesebuah Tabloid atau mana-mana akhbar terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri, maka elok benarlah kita semua bertanyakan kepada Menteri Dalam Negeri, apakah tindakan mempromosikan sesuatu jenayah itu bukan sebagai suatu jenayah ada dibenarkan di dalam syarat permit penerbitan?

Jika tidak, boleh tak KDN berikan sebab kenapa The Malay Mail tidak perlu dipanggil memberikan penjelasan kepada tindakan mereka yang seolah-olah mengelirukan rakyat dengan menyatakan homoseksualiti bukan satu jenayah di Malaysia?

Jika ia (promosi jenayah) dibenarkan, maka bolehlah kita meminta penjelasan daripada Menteri KDN, yang juga Naib Presiden UMNO Malaysia, sebuah parti yang bakal mengubah perlembagaannya supaya memasukkan Akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah sebagai Akidah pegangan parti tersebut, supaya memberi pencerahan kepada rakyat Malaysia, tentang di mana dalam syarat-syarat permit penerbitan yang membenarkan sesuatu jenayah itu dipromosikan secara terang-terangan.?

Apa kata Menteri KDN?

Baca juga penulisan Tuan A. Karim Omar di bawah apabila konteks khutbah Jumaat yang asal digembar-gemburkan Malay Mail dengan cara seoalah mereka berniat sesuatu. 

https://akarimomar.wordpress.com/2014/11/14/isu-teks-khutbah-jakim-jahat-sungguh-penglaporan-the-malay-mail/

5 comments:

  1. Betulkah gambaq yg. sungguh MENDUKACITAkan dan amat MENGEJUTkan ni Ben – atau ini gambaq palsu?! Apahallah pemimipin UMNO asyik GATAI nak peluk si gong-ENG-ANJING DAPBANGKAI, sedgkan Islam makin diHINA dan umat Islam/Melayu miskin/sederhana makin MENDERITA kat Tanah Melayu ni terutamnya di Pulau Pinang yg. dah jadi KOLONI S‘pura- GERAMnya aku!

    Sepatutnya pertubuhan baru, Peguam utk. Islam, tolong lawan HABIS-HABISAN the 'Malay' Mail ini - kerana memang makin BUAS MENGHINA Islam/umatnya. Juga utk. tukaq nama 'Malay' dari akhbar ini sebab MENIPU dgn. mempergunakan nama umat Islam/Melayu utk. JENAYAH penghinaan ke atas Islam/umatnya terutamanya dari kaum BUMIPUTERA Melayu!

    Begitu juga sekrg. nak PROMOSI pula JENAYAH menghalalkan LGBT dgn. MENIPU/MEMFITNAH atas nama 'Malay' (Mail) ini - yg. mana jenayah SODOM adalah juga melanggaq undg-undg Perlembagaan Per 3(1) yg. MENDAULATkan Islam sbg. AGAMA NEGARA, dan juga melanggaq undg-undg SYARIAH.

    Patutnya ada NGO-NGO Islam/Melayu SAMAN the ‘Malay’ Mail ini BERJUTA sebab PENIPUAN/FITNAH mempergunakan sewenangnya nama bangsaMELAYU kita yg, tidak boleh dipisahkan dari agama ISLAM [Melayu adalah Islam mengikut undg-undg Perlembagaan 160 (2)] kat Tanah Melayu pusaka nenek moyang kita ni!

    Aku tak boleh bayangkan akhbar Cina/India yg. berani MENGHINA agama depa terutamanya agama HINDU kat akhbar Tamil?! Tapi pemimipin bangsa MELAYU kita boleh pula terima terusan diPIJAK oleh akhbar ‘Malay’ Mail ini yg. sewenangnya MEMPERGUNAkan nama bangsa-agama kita utk. MENGHINA/MENGGERTAK Islam/umatnya termasuk bangsa Melayu sendiri!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makcik, ini bukanlah kali pertama pemimpin Melayu peluk guan eng dan bapanya.

      Googlekan sj, maka terjumpalah gambar ramai pemimpin UMNO dan PAS begitu ghairah memeluk anak beranak ni melalui jalan depan dan belakang. Gambar di atas, sebelum keduanya menyelam bersama kapal selam Malaysia.

      Seharusnya, daripada menggunakan dana untuk apa-apa perkara yg tidak produktif, seboleh NGI mengumpulkan serba sedikit dana yg ada dari semua mereka untuk memulakan tindakan undang2 ke atas semua perkara yang mencabar kedaulatan Islam sebagai agama negara dan Perlembagaan Persekutuan.

      Jika kita tidak mampu bangun untuk melawan dengan cara ini, bagaimana mungkin negara ini dapat dipertahankan dari serangan bertubi2 puak2 gerakan dajjal ini.

      Delete
  2. Mohon Menteri (mana2 lah) jagalah kepentingan graduan Melayu lulusan ijazah undang-undang IPTA yg tidak diiktiraf oleh Majlis Peguam.

    Pemegang ijazah undang-undang sepatutnya menjadi peguam dan berkhidmat dimahkamah. Oleh itu sepatutnya pihak mahkamahlah yang membuat pengiktirafan ijazah undang-undang IPTA/S.

    ReplyDelete
  3. Mkcik smbal. Mmng gmbr tu boti. Mntri ni mmng slalu bplok dajjal babidap bla ke ppinang. Mntri ni klau dkt psdang umno woi mcm hng jbat la. Lpas tu bla brdpn dgn babi2 mngecut mcm duri kman. Ni la lkonan2 pmpinan umno dlm mnghdpi pmilihan smada plihan pati atau praya. Rakyat la yg mlangut slps depa mnang. Nasib oh nasib. Kta smua mnang dlm wasp aja!

    ReplyDelete
  4. Salam

    Terasa gatal tangan nak print n share artikel dalam ni utk edaran masjid sekitar kawasan hamba.

    Apa kata tuan hamba?

    Penerbit2 yg dpt lesen halal penerbitan boleh menerbitkan artikel yg tak halal, tak boleh kah hamba menerbitkan artikel halal tanpa lesen KDN?

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.