Friday, 21 November 2014

Loyar Burok Syahredzan Johan Jaafar-'You Cannot Legislate Harmony'! Begitulah Yang Diucapkan Oleh Penderaf National Harmony Act

Susuk bernama Syahredzan Johan, anak kepada Pengerusi Media Prima Berhad, sebuah konglomerat badan penyiaran terbesar Malaysia sememangnya terkenal sebagai salah seorang peguam muda yang semakin menyinar di negara kita.

Selain mempunyai kolum sendiri di sebuah akhbar tempatan, artikel-artikel nukilan beliau juga sering muncul dalam beberapa portal berita tempatan yang lain, sama ada dalam bahasa Melayu ataupun yang berbahasa Inggeris.  Malah ianya tidak terhenti di situ, acapkali pandangan-pandangannya tentang hal-hal yang berkaitan dengan perundangan, perlembagaan dan adakalanya isu-isu semasa sosio-politik negara sering juga dipetik pelbagai media dan portal berita tempatan.

Pengamal undang-undang ini yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Peguam Muda Kebangsaan, Majlis Peguam, juga sering terlibat dalam aktiviti-aktiviti penting lain badan tersebut seperti EGM untuk membantah Akta Hasutan 1948 (Pindaan 1970) yang berlangsung pada bulan September lepas dan yang terbaru, sesi ‘Jalan! Jalan! Jalan!’ Majlis Peguam, Hasil daripada resolusi kurang lebih, 6% ahli Badan Peguam Malaysia tersebut yang menyaksikan penyertaan hambar para peguam berarak.

6% Ialah Majoriti Alaf Baru. Baca : http://www.bangkit.info/2014/09/hanya-6-ahli-setuju-badan-peguam.html


Majlis Peguam itu jugalah yang baru-baru ini telah mendapat kecaman hebat oleh rakan-rakan pengamal undang-undang sendiri kerana sifat partisan dan berat sebelah yang sering dipraktikkan oleh majlis tersebut.

Kritikan terhadap Majlis Peguam oleh pengamal-pengamal perundangan tempatan bukanlah satu perkara baru. Perilaku subversif badan tersebut sudah dilihat berlaku sejak sekian lama. Cuma kebelakangan ini, lebih ramai pula ahli-ahli badan tersebut yang tampil mengkritik sebuah badan yang merupakan ‘payung’ kepada peguam-peguam tempatan.

Terbaru sebuah parti politik tempatan telah menubuhkan sebuah kumpulan yang terdiri daripada pengamal undang-undang yang dikatakan akan bertindak untuk mengimbangi pandangan dan suara berat sebelah majlis tersebut yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Itu satu, Majlis Peguam memang tiada kredibiliti, namun pernyataan berani mati oleh pendukung tegar badan tersebut, wajar diberikan perhatian yang sepatutnya. Apa yang menarik, baru-baru ini Syahredzan Johan Jaafar dalam satu forum meja bulat yang diadakan di Universiti Malaya telah dipetik sebuah portal tempatan sebagai berkata “You cannot legislate harmony”. Apa?! Betulkah apa yang dipetik portal tersebut?

Harmoni Yang Cuba Diperundang-undangkan Oleh Syahredzan Johan Jaafar Melalui Deraf Rang Undang-Undang Harmoni. Ilusi, halusinasi atau delusi sebenarnya? Baca Penulisan Kami Di sini : http://www.bangkit.info/2014/07/bongkar-ruu-harmoni-memang-di-deraf.html & Baca Juga Jawapan Balas Syahredzan Johan Pada Ruangan Komen Penulisan Tersebut dan Dalam Akhbar Sinar Harian : http://www.sinarharian.com.my/mobile/kolumnis/syahredzan-johan/merangka-undang-undang-baharu-1.299286
Atau mungkinkah peguam muda tersebut telah difitnah oleh portal berita tempatan yang terkenal dengan perlakuan ‘permohonan maaf ‘back to back’ sebanyak empat kali dalam seminggu’ pada bulan Oktober tahun lepas?

Kata-kata Syahredzan Johan Jaafar itu merupakan jawapan pendirian tidak bersetuju beliau kepada mereka-mereka, seperti Tan Sri Zaman Khan yang turut dijemput pada majlis tersebut, yang mahu mempertahankan keberadaan Akta Hasutan 1948 (Pindaan 1970).

Tan Sri Zaman Khan yang berkomentar bahawa Akta Hasutan 1948 (Pindaan 1970) penting untuk mengekalkan keharmonian antara kaum sedia ada yang dinikmati kita kini. Bekas penjawat awam tersebut menegaskan bahawa akta tersebut yang selama ini terbukti berkesan patut dikekalkan. Dan beliau tidak sanggup tinggal dalam negara yang akan berlaku kekalutan pergaduhan sesama kaum kelak pasca pemansuhan akta tersebut!

Syahredzan Johan Jaafar pula bagaimana pun tidak bersetuju dengan pandangan tersebut. Pada beliau yang didambakan sebagai pakar perlembagaan oleh sesetengah portal berita tempatan.

"You cannot legislate harmony. It is done through tolerance and acceptance. For far too long we think laws are magic wands that we need to wave, then everything will be good. But laws should be the last resort."

Mari kita teliti apa yang telah diperkatakan ‘pakar’ tersebut yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perundangan Perlembagaan, Majlis Peguam. Pertamanya beliau menegaskan bahawa kita tidak boleh ‘legislate harmony’. Dan yang keduanya beliau menegaskan pula bahawa ‘laws should be the last resort’.

Gani Patail Pun Murka Dengan Syahredzan Johan. 
Sekilas pandang tentunya seperti tidak ada masalah kepada apa yang diperkatakan beliau. Tetapi kata-kata itulah yang membuatkan kita yang sering mengikuti lontaran buah fikiran beliau sedikit hairan kerana tidak percaya bahawa beliau, pemain yang terlibat secara terus untuk ‘legislate’ National Harmony Act (Rang Undang-Undang Harmoni atau RUU Harmoni), ada hati, mahu mengajar kita bahawa ‘laws should be the last resort’!

Dan kita sebenarnya, ‘cannot legislate harmony’!

Kalau benar itu yang selama ini yang ‘being subscribed’ oleh ‘pakar perlembagaan’ tersebut, maka senanglah kerja kita yang mahu Akta Hasutan 1948 (Pindaan 1970) dikekalkan dan dibuat penambah-baikkan supaya ianya lebih berkesan dan tidak mudah disalah-gunakan seperti yang disuarakan oleh Tun Abdul Hamid Mohammed seperti yang telah disiarkan sebelum ini.

Jika itulah pendirian rasmi beliau maka kita mahu beliau supaya mengusulkan hal tersebut kepada Perdana Menteri, Jabatan Perdana Menteri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri-Puan Nancy Shukri dan kepada mereka-mereka di Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional (MKPN) bahawa National Harmony Act (RUU Harmoni) bukanlah sebuah jalan yang terbaik yang mampu menjamin keharmonian sesama kaum di Malaysia dan kerajaan sepatutnya melupakan saja ‘percubaan’ tersebut kerana hakikatnya kita semua tidak boleh dan tidak patut untuk cuba ‘legislate harmony’!

"You cannot legislate harmony." Maka Jadilah NUCC Gajah Putih Gergasi Datuk Seri Ah Jib Gor. Baca : http://www.bangkit.info/2014/09/nucc-projek-gajah-putih-gergasi-najib.html
Kita juga mahu beliau menarik balik secara rasmi deraf pintu belakang National Harmony Act (RUU Harmoni) oleh beliau dan Majlis Peguam, yang khabarnya ‘banyak membantu’ apa yang dinamakan sebagai National Harmony Act (RUU Harmoni) seperti yang telah didedahkan oleh pihak kami sebelum ini.

Tentunya kita, masyarakat ramai akan meragui deraf perundangan yang dideraf oleh seseorang yang tidak mempercayainya, ‘first and foremost’!

Tentunya juga sebuah deraf yang dibuat dengan semberono suka hati dan sentimen berat sebelah segelintir pihak tertentu tanpa mengambil pandangan ramai, patut dibakul-sampahkan saja, apatah lagi apabila kita telah tahu kini, bahawa ‘the man who did the honours’, sebenarnya tidak pernah bersetuju dengan apa yang diderafnya sendiri!

Tentunya Syahredzan Johan Jaafar juga yang berpendapat bahawa ‘laws should be the last resort’ kerana kita, katanya, ‘cannot legislate harmony’, tidak mempunyai sebarang halangan kepada pandangan ini.

Tentunya juga susuk seperti Syahredzan Johan Jaafar boleh memberikan input kepada Peguam Negara bahawa kita sememangnya tidak mahukan undang-undang batil seperti National Harmony Act (RUU Harmoni), tidak kiralah sama ada undang-undang itu kelak dijamin akan memelihara kemas hak-hak Melayu termasuk pribumi Sabah dan Sarawak, kekuasaan Raja-Raja Melayu ataupun kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, kerana seperti kata peguam bijak tersebut, kita sememangnya ‘cannot legislate harmony’!

Diharap pencerahan ini akan dapat meletakkan noktah kepada cakap-cakap ‘harmoni’ daripada Syahredzan Johan Jaafar dan yang sewaktu dengan beliau, yang konon lebih baik daripada Akta Hasutan 1948 (Pindaan 1970) yang telah terbukti berkesan untuk mencegah perbuatan menghasut yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Persoalannya apakah kita kini lebih baik tanpa ISA dengan keberadaan akta baru SOSMA yang digubal untuk menggantikan ISA?

Kenapakah pula kini, terdapat cakap-cakap dikalangan menteri sendiri bahawa SOSMA perlu dibuat penambah-baikkan, atau akta baru perlu diwujudkan, kerana kurang taring dan terbukti gagal mencegah, elemen-elemen militan, contohnya, seperti yang pernah disuarakan juga oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman SAC Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay baru-baru ini? 

Tentunya kita tidak mahu pisang berbuah dua kali, kan Datuk Seri?

We Love Ah Jib Gor But We Voted Sivaji

Sampai Terbanglah Dikipas Pembodek

7 comments:

  1. 'We Love Ah Jib Gor But We Vote Sivaji'

    Hahaha. Like 10K

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guna Alter Ego Cina nampak gayanya tak menjadi bagi Najib.

      Mungkin patut dia tiru cara yang digunakan Anwar Ibrahim.

      Najib patut mula membina imejnya sebagai Padayappa dan patut kerap meronda Brickfields untuk kempen PRU 14.

      Mana tahu.. mungkin Anwar Ibrahim sudah tidak boleh cari makan dengan menari ala MGR bila ada saingan baru nanti..

      http://www.hindustantimes.com/Images/2010/9/a7e33775-7e43-4880-b7ad-f57565ca72b9HiRes.JPG

      Delete
  2. Ben, inilah jenis si LIBERAL Islam/Melayu-KURANG AJAQ yg. dilahirkan dgn- "sudu emas" - tak tahu KENANG lansung penat-lelah dan titik peluh pemimpin Islam/Melayu dulu dan majoriti ORG: KAMPUNG Islam/Melayu yg. miskin termasuk yg. jadi polis/tentera), yg. MEMERDEKAkan NEGARA ISLAM/Melayu, PUSAKA nenek moyang BERZAMAN kami ini, dari PENJAJAH British/ZIONIS-KEPARAT dan KOMUNIS Cina!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia tidak biasa hidup dengan struggle kais pagi makan pagi rasanya.

      Tanpa kuasa politik Melayu, mana mungkin ayahnya dpt jadi sptmana dia pd hari ini.

      Semakin ramai gol mcm ni nampaknya Makcik.

      Delete
  3. Anak Emas Bar Council jelas x ada kredibiliti.

    Sama juga dgn Bar dalam kes Gopal Sri Ram.

    One law for them, another law for us!

    ReplyDelete
    Replies
    1. 'One law for them, another law for us!'

      Exactly. Their utter hate for UMNO had blinded them!

      ABU, Johan Jaafar?

      Delete
  4. Syahreezan JJ ini specis sama mcm Saifudin Abdulla, Dr Real Maza, Hanifa Maidin, Khalid Samad menjadi barua rakyat untuk disanjung Musuh..mereka menggadai apa yg ada untuk kelihatan UNIK dan dpt kredit.

    Hasilnya kafir dapat untung, satu isu kacau..agaknya mungkin bagi Saipudin & Kj bila kerajaan lain menang mereka ada peluang jadi Menteri lagi.

    Analysis saja.

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.