Friday, 7 November 2014

Kuasa Veto Joseph Kurup Dalam Perlembagaan?

Kami telah meneliti arahan yang diberikan oleh Joseph Kurup kepada Peguam Negara supaya membuka semula kertas siasatan ke atas Ibrahim Ali. Arahan seorang Menteri dari pejabat Eksekutif Negara ke atas ruang Legislatif Negara. Ini campur tangan yang jelas golongan Eksekutif ke atas ruang Legislatif negara.

Sebelum membuat apa-apa komen mengenai tindakan Joseph Kurup ini, kami menghubungi beberapa orang peguam dan pakar-pakar perlembagaan yang biasa bekerjasama dengan pihak kami.

Macam Mana Tan Sri, Sihat Ke?
Kami bertanyakan satu soalan yang sama kepada semua peguam tersebut. Soalannya seperti berikut:

Apakah nama Joseph Kurup ada disebut dalam mana-mana artikel Perlembagaan Persekutuan?

Semuanya menjawab dengan jawapan yang sama. Tidak ada. Kami semakin musykil kerana tindakan Joseph Kurup memberi arahan kepada Peguam Negara itu, seolah-olah, namanya dipahat sebagai orang yang mempunyai kuasa memberikan arahan kepada sesiapa sahaja di dalam Persekutuan ini.

Kemudian kami bertanyakan soalan selanjutnya. Apakah Perlembagaan Persekutuan ada menyebut Joseph Kurup boleh memberikan arahan kepada Peguam Negara dan Peguam Negara wajib menurut perintah Joseph Kurup tanpa membantah. Jika membantah, Peguam Negara boleh dihukum dengan hukuman memberontak. Dan sesiapa sahaja yang memberontak terhadap arahan Joseph Kurup dan boleh dibuang ke Pulau Seychelles.


Lalu pihak-pihak yang dirujuk menyatakan itu adalah suatu imaginasi liar dari pihak kami. Tetapi bukanlah imaginasi itu berlaku tanpa sebab. Penyebabnya berpunca dari racauan Joseph Kurup itu sendiri. Dia berbuat seolah-olah dia mempunyai kuasa unilateral ke atas Peguam Negara.

Soalan selanjutnya yang ditanyakan, apakah terdapat dalam mana-mana peruntukan Perlembagaan, bahawa mana-mana menteri boleh mengarahkan secara unilateral kepada Peguam Negara untuk bertindak mengikut kemahuan mereka?

Jawapan yang diberikan, tidak wujud sama sekali peruntukan seperti itu dalam Perlembagaan. Yang ada ialah, artikel 145 (2) yang menyebut seperti berikut :

(2)Menjadi kewajipan Peguam Negara menasihati Yang di-Pertuan Agong atau Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri mengenai apa-apa perkara undang-undang, dan melaksanakan apa-apa tugas lain yang bersifat undang-undang, yang dari semasa ke semasa dirujukkan atau ditugaskan kepadanya oleh Yang di-Pertuan Agong atau Jemaah Menteri, dan menunaikan fungsi yang diberikan kepadanya oleh atau di bawah Perlembagaan ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain.

Peguam Negara diwajibkan oleh Perlembagaan Persekutuan untuk melaksanakan apa-apa tugasan bersifat undang-undang yang ditugaskan kepadanya oleh Yang Di-Pertuan Agong atau Jemaah Menteri. Kurup bukan satu jemaah. Beliau merupakan lone wolf yang bertindak secara unilateral mengarahkan Peguam Negara untuk bertindak ke atas kes Ibrahim Ali.

Melainkan Kurup sudah dilantik menjadi Yang Di-Pertuan Agong Malaysia, maka sebarang tindakan unilateral Kurup sebagai Yang Di-Pertuan Agong, tidaklah kami pertikaikan. Jika Kurup bukan Yang Di-Pertuan Agong, tindakan unilateralnya itu pasti akan disangkal kecuali beliau boleh membuktikan bahawa Jemaah Menteri dan Najib Tun Razak menyokong penuh cadangannya tersebut.

Peguam Negara telah menjalankan tugasnya dengan memberi nasihat bahawa kes cadangan bakar mana-mana Bible yang melanggar undang-undang tersebut tidak termasuk di bawah Akta Hasutan 1948.

Beliau sudah menjalankan tugasnya seperti mana yang termaktub dalam  Perlembagaan. Sebagai Menteri Kabinet, Kurup mestilah mengambil sikap menghormati Perlembagaan dan undang-undang negara. Solusi 10 Perkara bukan sebahagian dari Perlembagaan atau undang-undang. Ia sebuah produk khayalan dari cita-cita rekonsiliasi nasional oleh Najib Tun Razak.

Solusi 10 Perkara tiada tempat berdiri dalam mana-mana perbincangan atau pertikaian undang-undang. Melainkan Joseph Kurup ingin menjadi seorang pelampau dengan menjuarai isu yang sedang dijuarai oleh kumpulan pelampau Kristian tempatan, maka apa yang dilakukannya ini sangat menghina Perlembagaan.

Bukan hanya Joseph Kurup dilihat sebagai menghina Perlembagaan, beliau juga dilihat meludah prinsip-prinsip Rukun Negara dan menggambarkan ketuanya iaitu Najib Tun Razak sebagai seorang ketua yang tidak mampu mengawal menteri-menteri di bawahnya.

Melihat semua ini, apakah Joseph Kurup ingin terus berdegil dengan sikap pelampau?


7 comments:

  1. Joseph Kurup, James Masing & Maklin Masiau memang melampau! Ekstremis yang patut ditangkap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah sampai masanya kerajaan membersihkan pentadbirannya dari ekstremis spt ini.

      Delete
  2. Ben, dia ni disyaki EKSTREMIS Kristian yang amat benci hak umat Islam/Melayu - patutnya PERKASA jgn. mendiamkan diri bila diANCAM si EKSTREMIS Kristian mcm. ni! Apa si puak EKSTREMIS Kristian ingat Sabah tu bapak depa punya sampai nak menghalang PERKASA di Sabah dari MEMPERTAHANkan denag LANTANG hak BUMIPUTERA Islam/Melayu Sabah dari kaum-kaum Melayu Sulu, Bajau, Iranun, Orang laut dsbnya?!

    Dia ni juga yg. nak SATU bangsa Malaysia dulu! Dia ni amat MERBAHAYA-si DALANG DUA MUKA, yg. patut diBERAMBUSkan dari JPM!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Kesultanan Islam-Melayu (yg. berjuang demi ISLAM/umatnya yg. miskin-tertindas), Bahasa Melayu, hak BANGSA BUMIPUTERA Islam/Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari PELBAGAI bangsa yang hormat ISLAM, serta bangsa dan hak Bumiputera [BUMIPUTERA juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation peoples/Tribal peoples – maka istilah “(SATU) BANGSA Malaysia“ sebenaqnya adalah PALSU dan adalah legasi PENJAJAH British-ZIONIS utk. melahirkan dasar SATU “bangsa Malayan bersatu”, pelansungan dari Malayan Union-JAHANAM].

    ReplyDelete
    Replies
    1. Istilah satu Malaysia itu ialah istilah yang direkasaya untuk mencairkan penguasaan umat Melayu Islam di negara ini dan meletakkan lain2 agama dan bangsa untuk diiktiraf setaraf dengan pemilik asal tanah bertuah ini.

      Ekstremis di JPM ini harus segera diusir supaya pentadbiran kerajaan tidak diterobos pintu belakangnya oleh puak2 pelampau agama spt figura2 ini.

      Delete
  3. kurup kurap korup

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampai bila pentadbiran Najib mahu menyimpan penghina2 kalimah Allah seperti ini?

      Delete
  4. Minta kuruuup ditahan dibawah akta hasutan...dan please....buang sj abg jeep lembik..

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.