Thursday, 6 November 2014

Kompeni Hindia Timur Mileneum: Kompeni Swasta Mahu Lawan Sultan?

Sebuah kompeni swasta yang telah difatwakan oleh Majlis Agama Islam Selangor sebagai membawa fahaman sesat menjadi tajuk berita baru-baru ini. SiS Forum Sdn. Bhd. telah membuat sidang akhbar untuk menyatakan hasrat mereka untuk membuat semakan kehakiman ke atas fatwa tersebut.

Berpusu-pusu adiwira SEPILIS (Sekularisme, Pluralisme dan Liberalisme) menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada niat kompeni tersebut. Antara nama-nama yang muncul menunjukkan warna pemahaman masing-masing ialah Khalid Samad, tokoh yang pernah dimurkai Sultan Selangor kerana  bersikap biadab dengan baginda 1 ,2, Mujahid Yusuf Rawa yang juga ahli jawatankuasa NUCC yang mencadangkan RUU Harmoni 3 , Hanipa Maidin, sahabat anak-anak Tuhan Marina Mahathir 4, Chandra Muzaffar, tokoh Muslim liberal dan liberal demokrat Anwar Ibrahim dan beberapa orang lagi.

Melihatkan tindakan kompeni ini, ramai pihak tampil membuat kenyataan media menyatakan solidariti mereka kepada pihak MAIS. Antara yang terawal membuat kenyataan ialah Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) 5, ACCIN 6  dan Pemuda PAS (Bukan PASma) 7.

Hari ini, Sultan Selangor tampil menitahkan kepada orang awam yang tidak ada kepakaran serta bukan ahli di dalam bidang ini supaya jangan mempertikaikan fatwa yang telah mendapat persetujuan dan perkenan Baginda.



Sultan Selangor menitahkan perkara berikut :
“Sesuatu fatwa bukan hanya boleh dibuat atau ditentukan oleh mufti sahaja, tetapi ia dibuat melalui Jawatan Kuasa Fatwa yang terdiri daripada alim ulama dan juga professional yang mahir dalam bidang masing-masing termasuk mereka yang berada dalam bidang perundangan,”
“Mereka akan berbincang dan menentukan sesuatu hukum, setelah mengambil kira hukum-hukum di dalam al-Quran, hadis dan kitab-kitab yang berkaitan.
“Sesuatu fatwa yang dibuat di negeri Selangor hanya akan menjadi sah setelah mendapat persetujuan dan perkenan beta,” titah baginda.. 8

Merujuk kepada prosedur bagaimana sesuatu fatwa diwartakan, tidak dapat tidak, sebarang usaha untuk mencabar atau membuat sebarang semakan kehakiman ke atas pasti akan melibatkan pertikaian serta pertembungan dengan pihak Istana Negeri Selangor.

Ini bukanlah kali pertama institusi Kesultanan Negeri Selangor berhadapan dengan tentangan dan percubaan untuk mempertikaikan kuasa-kuasa yang ada di bawah Baginda. Sebelum ini, keceluparan Khalid Samad telah mengundang murka baginda. Kemudian dari itu isu pemilihan Menteri Besar Selangor dan kini semakan kehakiman ke atas fatwa yang terletak di bawah kuasa baginda.

Apakah itu sebenarnya yang diniatkan serta menjadi matlamat halatuju akhir pertembungan demi pertembungan ini yang sedang diusahakan di Selangor?

Jika pertembungan ini berlaku, maka ia segera mengingatkan kita mengenai sejarah campurtangan Kompeni Hindia Timur Belanda dan Kompeni Hindia Timur Inggeris dengan pentadbiran Kesultanan Negeri-Negeri Melayu.

Apabila sebuah kompeni swasta dibenarkan mencabar kuasa-kuasa yang terletak di bawah Sultan-Sultan Negeri Melayu, apakah kita akan membenarkan ia menjadi duluan (precedent)  yang akan membuka floodgate kepada lebih banyak tuntutan serta semakan yang serupa untuk mempertikaikan segala-galanya di bawah kuasa Sultan dan Raja-Raja Melayu di bumi Malaysia ini?

Daulat Tuanku!

Selagi Kesultanan Melayu terus gigih dan tegas mempertahankan Islam, selagi itu solidariti sokongan daripada rakyat beragama Islam tidak akan berbelah bahagi kami tumpahkan kepada institusi ini.



Rujukan :

7 comments:

  1. Lepas sedekad timbulkn masalah, akhirnya Majlis Fatwa berani keluar fatwa sesatkn Sis. Tahniah utk semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju .. Seklaung tahniah kerana tindakan tersebut, meskipun lewat 10 tahun.

      Delete
  2. Semoga apa yang berlaku berjaya membuka mata kita semua di atas kecelaruan yang sedang diusahakan golongan SEPILIS seperti SiS dan IRF.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Semoga semakin ramai yg sedar

      Delete
  3. Salam. Hrp bginda sultan dn mais tdak 'u' turn dlm ftwa sy sis sdn bhd ssat. Mrek skrng dh brani mlwn kptusn sultn dn mais sbb brua2 uphn yhudi yg brada d blkng mrek yg kononnya brua2 ini pjuang islam brjwtn plak dlm pati mrek. Oleh krna gilakn jwtn dn nk gain populariti brua2 ni sngup buat apa skali pun dmi pngkt dn kuasa. Mrek lpa Allah swt sdng mngawasi mrek dn mrek,sy yakin akn trprangkp dgn prngkap yg mrek psng sndiri, insyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikummussalam wbt Tuan.
      Semoga apa yg dilakukan mrk ini, akan memakan diri mereka sendiri. Sementara itu berlaku, kita terus berjuang.

      Delete
  4. DAULAT TUANKU!

    Ben, SYUKUR ALHAMDULILLAH di atas KETEGASAN DYMM Sultan Selangor kita - sebab itu kita harap biar jenerasi muda Kesultanan Islam/Melayu kita akan mencari pasangan hidup yang benar-benar soleh dan bukan dari PENYAMAQ Islam, ejen-ejen yg. makin berlambak dari DAPBANGKAI/PKRSODOM dan tuan mereka dari Barat-ZIONIS; terutamanya mengunakan jejaka tampan atau wanita jelita temapatan dan asing, termasuk artis-artis yg. pro-budaya Barat. Tujuan utama MUSUH-MUSUH ISLAM ini adalah utk. menawan pemimpin-pemimpin/usahawan penting Islam/Melayu dgn. pelbagai cara - dan kemudian menyonsangkan mereka menjadi si Islam/Melayu-LIBERAL! Ini jugalah yg. dimahukan SISFEMINIS-LONGKANG/MAMATSODOM-BINATANG BUAS, ejen-ejen Barat-ZIONIS!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.