Wednesday, 5 November 2014

Khutbah Pagi Anas Zubedy : Ikut Bila Betul, Betulkan Bila Salah

Anas Zubedy dipetik sebagai berkhutbah pagi ini. Tidak pasti sama ada The Star melaporkannya dengan betul, atau pun mungkin kenyataan saudara Anas Zubedy diambil dari luar konteks yang sebenar. Nama Saidina Abu Bakar as Siddiq r.a. digunakan pada pagi ini untuk mencuci sondolan Wong Chun Wai yang mengkritik Peguam Negara dalam kes Ibrahim Ali. Modus Operandi biasa bagi golongan liberal sejak sekian lama.

Anwar Ibrahim, sentiasa menggunakan fotonya bersama Nik Aziz untuk menyucikan dosanya di hadapan pengikut PAS bawahan. Untuk golongan terpelajar muslim pula, nama Yusuf al Qardawi dan fotonya bersama Yusuf al Qardawi dijaja ke seluruh negara. Lim Guan eng disamakan dengan Khalifah Umar bin Abdul Aziz oleh liberal di dalam PAS. Najib Tun Razak bergambar dengan ribuan jemaah Tabligh pada tahun-tahun awal pentadbirannya. Azmin Ali masuk ke longkang dan bergambar untuk menunjukkan betapa dia berjiwa rakyat. Pak Lah naik LRT hanya pada minggu-minggu awal pentadbirannya. Jokowi bergambar memimpin solat jemaah sebelum PEMILU Presiden Indonesia. Zaid Ibrahim memakai Ihram bergambar di dalam bas untuk ke destinasi yang tidak diketahui semasa bertanding pilihanraya kecil tidak lama dulu. Kita sudah biasa dengan Modus Operandi basi seperti ini. Setiap kali melihat gambar pemimpin politik, kami memerlukan baldi merah yang besar untuk menahan muntah yang sudah membuak-buak di dalam perut. Kami sudah berasa jelak dan jijik ke atas pelacuran agama oleh totok-totok binatang politik Nusantara.

Alhamdulillah. Harap Bas Sampai Ke Mekah.
Wong Chun Wai dikritik ramai pihak kerana mengkritik tanpa hak kenyataan yang dibuat Peguam Negara sebelum ini. Peguam Negara telah menyatakan dengan jelas bahawa cadangan membakar mana-mana Bible yang jelas melanggar undang-undang negara itu bukan satu kesalahan yang boleh disabitkan di bawah Akta Hasutan 1948.

Tidak selesa rakan seperjuangannya dikritik, Anas Zubedy tampil mencuci dosa Wong Chun Wai dengan memberikannya cop halal. Cop halal ini diberikan dengan mula memetik titipan pesan Saidina Abu Bakar as Siddiq r.a.

Kenayatan Anas Zubedy mengenai pesan Saidina Abu Bakar as Siddiq r.a. sebagaimana yang dipetik oleh the Star berbunyi seperti berikut :

He said that when he is right, follow him, but when he is wrong, correct him.“ 1

Saidina Abu Bakar as Siddiq r.a., seorang sahabat agung yang dijanjikan Allah dengan syurga. Saidina Abu bakar as Siddiq r.a. juga merupakan tokoh yang paling lantang menentang agenda serta seruan murtad melalui gerakan Riddah yang dijalankan pada tahun-tahun pentadbirannya sebagai Khalifah.

The Star, sebuah akhbar dengan agenda tersendiri dan kerap kalinya menjadikan sistem Syariah Islam sebagai sasaran negatif laporan berat sebelahnya dan mempunyai kumpulan-kumpulan penulis Muslim Liberal di dalamnya, sentiasa bertindak lebih sudu dari kuah.

Mungkin Anas Zubedy tidak memahami maksud sebenar apa yang dikatakan Saidina Abu Bakar as Siddiq r.a. sebagaimana yang dipetiknya untuk kritikan ke atas wong Chun Wai. Saidina Abu Bakar as Siddiq r.a. menyatakan betulkan beliau sekiranya beliau salah.

Dalam kes Wong Chun Wai, Bible-Bible yang melanggar undang-undang negara tidak mempunyai hak yang sah untuk berada dan berlegar-legar di dalam mana-mana negeri yang menegakkan Enakmen Kawalan Agama Bukan Islam. Perkara salah tetap salah di dalam pentadbiran Saidina Abu Bakar as Siddiq r.a.

Apa yang dilakukan secara melampau oleh Wong Chun Wai adalah terbalik kepada titipan pesan Saidina Abu Bakar As Siddiq r.a.

Wong Chun Wai menyalahkan yang betul dan mencadangkan betul kepada perkara yang salah dari segi undang-undang.

Sayugia diingatkan kepada Wong Chun Wai dan Anas Zubedy dan golongan yang senada dengan mereka bahawa Artikel 145 (3) Perlembagaan Persekutuan menyatakan dengan jelas perkara berikut :

Peguam Negara hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan, selain prosiding di hadapan mahkamah syariah, mahkamah anak negeri atau mahkamah tentera.

Oleh kerana apa yang dilakukan Peguam Negara tersebut selari dengan peruntukan undang-undang negara, maka ikutlah dia apabila dia melakukan perkara yang betul.

Bukanlah kami menyokong Peguam Negara secara membuta tuli. Prinsip kami mudah. Sokong bila betul dan betulkan bila salah. Sama seperti apa yang dipesankan Saidina Abu Bakar as Siddiq r.a. pada pengertian yang sebenar.

Wong Chun wai harus berhenti daripada melakukan perbuatan melampaui batas tetapi dalam masa yang sama tanpa rasa malu, bermuka tebal mengakui dirinya sebagai seorang moderate.



  1. “I have the right to comment on Ibrahim issue”, The Star (Rabu 5 November 2014), m/s 16.

11 comments:

  1. Salam. Mmng btui saidina Abu Bkr kta bgitu. Klau slah btulkn. Ni AG ikut pkr 145(3) tng mna salahnya? AG IKUT PRUNTUKN DLM PRLMBGAAN. Tk btul ka? Ikut hng dn wong bru btul. Anas klau jhil dlm agma toksah dok sabitkn sahabt dlm isu hmpa cba nk rosak islam ni. Motif hmpa nk pchblahkn islam sprti apa yg brlaku d ngara2 arab. Sini lain cma orng mlayu mcm hng sja yg akan ikut tlunjuk masters hmpa dr barat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikummusalam wbt Tuan Hamba Allah.

      Benar. Itu yg mereka cuba usahakan.

      INi merupakan tindakkan memanipulasi nama Sahabat r.a. utk agenda kotor mereka masing2.

      Motifnya sama. Semuanya mahu mencairkan Islam dr pegangan asal mereka

      Delete
  2. Wong Cun Wai ni DAP at heart yg cari makan kt paper MCA. Elok2 tu. Sama ja dua cauvinis cina ni. DAP=MCA=DAP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. DAP=MCA=DAP

      hahaha!

      Delete
    2. Sudah terang lagikan bersuluh Tuan Hamba Allah. Ingat pesan Allah di dalam surah al Anfal ayat 73:

      Dan orang-orang yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi setengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar. (al Anfal ayat 73)

      Sama2 kita perkuatkan saf untuk memperjuangkan perjuangan ini sehingga kita berfungsi sebagaimana Allah mahu kita berfungsi di bumi milikNya ini.

      Delete
  3. WCW memang kurang ajar. Tapi apo nak dikato, dia bff AJG!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah masalahnya bila gol ini berkeliling pada pemimpin kita.

      Delete
  4. Makin lama, makin ramai tikus keluar lubang tonjolkn belang liberal. Mudah la skit kerja NGI nnti. Betol tak En Ben?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya begitulah nampaknya Tuan Hamba Allah. Satu persatu sudah keluar lubang persembunyian.

      Delete
  5. Anas Zibedi tu kawin pon blom.... umo da lanjut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ajal, maut, jodoh dan pertemuan milik Allah utk tentukan.

      Bg yg berkahwin, eloklah kerana ia mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

      Bg yg tidak berkahwin kerana jodoh yg masih belum sampai, usahakanlah dan perkuatkan dengan doa supaya yg terbaik itu menjadi kesudahan dalam pencarian.

      Kami tiada masalah dgn org yg belum berkahwin meskipun sudah lanjut usia.

      Dalam alQuran, Mariam a.s. dimuliakan mengatasi semua wanita meski pun beliau tidak berkahwin. Beliau dimuliakan bukan kerana beliau tidak berkahwin, tetapi kerana tahap keimanan dan kecintaannya kepada Allah yg sangat tinggi membuatkan Allah merujuknya sebagai wanita yg dimuliakan.

      Kahwin atau tidak, itu bukanlah faktor utama yg menentukan tingkat kemuliaan seseorang.

      Yang membuat seseorang itu mulia ialah kedudukannya di sisi Allah dalam keimanan mereka yang tidak pernah berbelah bahagi.

      Kami menolak hujahan Anas Zabedy kerana kefahamannya yang terbalik kepada apa yang disampaikan Saidina Abu Bakar as Siddiq r.a. lalu cuba disabitkan tindakan Saidina Abu Bakar yang mulia itu dengan kecelaruan Wong Chun Wai.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.