Saturday, 29 November 2014

Ketuanan Melayu, Ketuanan Anglo Saxon & Ketuanan Yahudi

Oleh : Megat Rizal MH

Tindakan Majlis Perpaduan Nasional yang berlangsung pada 23 November baru-baru yang  menyarankan supaya bangsa Bumiputera digunakan sebagai asas kepada ‘bangsa teras’ negara bukanlah perkara baru. Saranan itu seperti yang disuarakan oleh Presiden Persatuan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali bahawa bangsa Melayu, yang beragama Islam dan bukan Islam, sebagai penduduk asal di Kepulauan Melayu sebagai konteks kepada perpaduan nasional bagi Malaysia, adalah sangat bertepatan dengan konsep kenegaraan yang diamalkan hampir semua negara di dunia.

Penting untuk ditekankan di sini, maksud Melayu yang dimaksudkan, seperti yang penulis faham tentulah menjangkau konsep Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan 1957, malah jauh lebih awal lagi sebenarnya, seawal sebelum terminologi ‘Austronesia’ dipilih lagi bagi menggantikan terminologi ‘Malays’ (kerana kekangan-kekangan tertentu) seperti yang telah dipersetujui oleh Sultan Johor, Maharaja Abu Bakar dengan Raja Hawaii, David Laʻamea Kamanakapuʻu Mahinulani Nalōiaʻehuokalani Lumialani Kalākaua. 

Terminologi ini juga seluas cita-cita pejuang nasionalisme Melayu, Perdana Menteri Pertama Filipina, Apolinario Mabini y Maranan yang mengimpikan ‘dream of a Malay confederacy’, kata Jeneral Arthur MacArthur, bekas Gabenor Tentera Filipina. 

Malangnya pemahaman kepada terma Melayu sudah disempitkan sesetengah golongan yang menuduh bahawa ianya hanya memberi fokus kepada orang-orang Melayu yang beragama Islam semata-mata, ‘Melayu’ seperti yang didefinisikan dalam Perlembagaan Persekutuan, sehingga terdapat penolakan kepada konsep tersebut oleh beberapa pribumi lain, seperti beberapa suku-kaum di Sabah dan Sarawak, sehinggalah kepada Orang Asli sendiri. 

Hakikatnya ‘Malays’ atau ‘Melayu’ sebenarnya lebih luas daripada itu. Empayar Melayu seperti Seri Bijaya (mengikut sebutan lidah orang Minang) sangat luas menjangkau seluruh Asia Tenggara, malah mungkin jauh lebih lagi melalui hubungan diplomatik melalui perkahwinan dan sebagainya.

Hakikatnya, UMNO sebuah parti Melayu, mempunyai ahli-ahli yang bukan sedikit jumlahnya, yang terdiri daripada mereka-mereka yang bukan beragama Islam, seperti keturunan pribumi anak-anak Sabah.

Hakikatnya, Perkasa juga merupakan sebuah pertubuhan yang bukannya memperjuangkan hak-hak kaum Melayu (dalam erti kata sempit semata-mata), malah keseluruhan kaum pribumi Malaysia, Islam atau bukan Islam, tanpa menidakkan hak-hak bukan pribumi.

Namun kebencian membuta tuli kepada bentuk dan rupa yang dibawa oleh UMNO dan Perkasa dalam mengetengahkan perjuangan dua pertubuhan tersebut, sedikit sebanyak telah menyebabkan penentangan keras kepada konsep Ketuanan Melayu. Malangnya juga kegagalan UMNO dan lain-lain cendiakawan Melayu untuk memperjelaskan secara berkesan konsep tersebut juga banyak menyumbang kepada penolakan tersebut. 

Sementara itu terdapat juga sesetengah daripada kita, rakyat Malaysia yang kurang fasih berbahasa Melayu melatah kerana masih terkial-kial untuk memahami konsep ‘Ketuanan Melayu’, kerana tidak pandai berbahasa kebangsaan dan sebagainya, selari dengan konsep yang pernah ditegaskan oleh Mukhriz Tun Mahathir suatu ketika dulu, bahawa ianya bukanlah bermaksud hubungan di antara seorang ‘tuan’ dengan seorang ‘hamba’, seperti yang difahami (disalah-fahami sebenarnya) mereka, malah lebih kepada konsep Melayu sebagai bangsa pribumi dominan, teras kepada budaya kebangsaan negara.

Lalu apa perlu Melayu, sebagai bangsa teras Bumiputera malu dengan konsep kenegaraan tersebut apabila undang-undang tertinggi negara sendiri dengan jelas memperincikan perkara tersebut?

Apatah pula semenjak kebelakangan ini banyak isu yang mengguris hati penduduk pribumi yang disuarakan kaum pendatang, yang sering mahu mempersoalkan hak-hak pribumi yang jelas termaktub kemas dalam Perlembagaan Persekutuan 1957?

Berbalik kepada seruan yang dibuat oleh seribu hadirin daripada ratusan ngo-ngo pribumi tersebut tidak lebih daripada untuk mengalakkan semua rakyat Malaysia tidak kira latar belakang kaum dan agama supaya sentiasa menghormati sensitiviti bangsa pribumi, sebagai tuan tanah yang telah bermurah hati bersetuju untuk berkongsi kemakmuran dan kewarganegaraan bersama-sama dengan kaum-kaum bukan pribumi yang lain.

Ketuanan Melayu harus diperkasakan lagi, bukan dengan retorik dan sepanduk semata dan bukan juga dengan membelakangkan perkara-perkara yang jelas terpelihara dalam Perlembagaan Persekutuan! Dan agenda tersebut harus disokong semua dengan kerjasama dan input yang membina.

Ini tidak bermakna Malaysia menolak multikulturalisme seperti beberapa negara Eropah kebelakangan ini. Britain, Jerman, Perancis, Sweden dan Switzerland, sekadar menyebut beberapa contoh, secara umumnya berpandangan bahawa konsep multikulturalisme itu sendiri telah gagal dan mana-mana pendatang ke negara-negara eropah patut tunduk kepada nilai-nilai yang selari dengan aspirasi bangsa natif eropah dan berasimilasi dengan jitu. 

Hal yang sama juga semakin kedengaran di Australia!
David Cameron pada satu perhimpunan di Munich, Jerman, pada tahun 2011, berkata “state multiculturalism has failed” dan beliau kemudiaannya menambah “under the doctrine of state multiculturalism, we have encouraged different cultures to live separate lives, apart from each other and the mainstream.”  
Nampak gayanya itulah juga yang telah kita buat di Malaysia, dengan sekolah vernakular dan sebagainya, dan setelah lebih lima puluh tahun Merdeka, polarasi kaum semakin menjadi-jadi pada kebelakangan ini. 

Persoalannya sehingga bilakah kerajaan Malaysia mahu ‘menaja’ sentimen perkauman yang semakin menebal yang terpupuk dikalangan kebanyakkan rakyat dengan pengasingan sistem pendidikan di peringkat awal persekolahan? 

Berapa puluh tahun lagi dan berapa banyak lagi tragedy ’13 Mei’ yang perlu Malaysia lalui sebelum satu tindakan berani dan tuntas akan diambil kerajaan kita untuk melaksanakan sekolah satu aliran untuk semua?

Jerman mengambil masa selama empat puluh tahun untuk sedar dan mengaku bahawa multikulturalisme yang cuba diamalkan negara tersebut sudah gagal dengan teruk sekali. Empat tahun lalu, Angela Merkel berkomentar bahawa “attempts to build multicultural society in Germany have ‘utterly failed’”. Beliau juga berpendapat bahawa pendatang “should be integrated into German society rather than ‘accommodated’”.

Tetapi kita di Malaysia banyak pula melakukan polisi yang sangat ‘accommodating’ kepada kaum bukan pribumi sehingga jurang perhubungan kaum menjadi semakin menebal. Kita sendiri membina ghetto-ghettos bangsa dengan ‘membolehkan’ apa saja yang diminta mereka, walaupun jelas bertentangan dengan kehendak dan aspirasi kebangsaan.

Apakah masih tidak cukup dengan kajian demi kajian yang dilakukan untuk menyakinkan pemimpin kita yang rakyat Malaysia sebenarnya semakin berpecah-belah?

Kalau untuk berbahasa kebangsaan juga tidak mampu, masakan rakyat Malaysia bisa berbahas dan bertukar-tukar pendapat dengan aman sejahtera dan penuh kefahaman? Bahasa jiwa bangsa dan kalau tidak bisa kenal masakan bisa jatuh cinta?

Sentimen yang sama juga dikongsi oleh bekas Presiden Perancis, Nicholas Sarkozy, yang dengan berani pada siaran televisyen Perancis telah berkata bahawa “My answer is clearly yes it (multiculturalism) is a failure”. Pandangan beliau juga dipersetujui oleh Jose Maria Aznar, bekas Perdana Menteri Sepanyol.

Di Sweden sebuah negara yang kononnya terkenal dengan kehebatan hak asasi manusia, kesamarataan dan keterbukaan dalam negara tersebut menerima pendatang, terutamanya suaka politik, cakap-cakap yang sama juga sudah kedengaran. 

Kent Ekeroth seorang Ahli Parlimen Sweden pada awal bulan ini mendakwa bahawa “mass immigration and multiculturalism destroy that which holds society together, social capital and social trust. Countries with high social trust usually have a stable democracy, a strong economy, good public health, low corruption, low crime and high level of equality. In the Nordic countries this social trust is very high. We have excelled at this compared to other countries”.

Beliau kemudiaannya memberi contoh kajian Professor Lars Tragardh yang merumuskan bahawa ‘social trust’ dikalangan rakyat Swedish wujud kerana masyarakatnya, homogenious. Kent Ekeroth kemudiaannya memetik sebuah kajian yang merumuskan bahawa lebih tinggi kepelbagaian  penduduk dalam sesebuah municipality itu, lebih rendah takat kepercayaan dikalangan komuniti tempatan tersebut.


Apakah disitu terdapat benang-benang merah kepada permasalahan sosial yang dialami oleh negara?

Pendek kata, Kent Ekeroth mendakwa untuk sesebuah negara itu berjaya, ianya perlu menjadi homogenious atau satu negara bangsa. Kent Ekeroth daripada sebuah parti Social Demokrat yang bertanding atas tiket anti immigarasi dan anti multikulturalisme, sebenarnya sedang memperjuangkan dengan tegas sekali Ketuanan Swedish. Beliau mahu keterbukaan yang dipraktikkan oleh negaranya dihentikan serta-merta untuk meningkatkan tarah hidup dan kesejahteraan penduduk Sweden sendiri.

Mungkinkah itu saja jalan untuk sesebuah negara dapat membangun dengan jitu, berterusan tanpa sebarang gangguan dan maju menjadi gergasi ekonomi, lihat saja Jepun dengan Ketuanan Jepun, Korea dengan Ketuanan Korea, China dengan Ketuanan China dan India dengan Ketuanan India.

Negara seperti Indonesia dan Brazil juga mampu menjadi kuasa BRICS dengan semangat negara bangsanya yang utuh, satu dan seragam.

Vietnam yang semakin pesat dan galak kegiatan ekonominya juga dikatakan tidak senang dengan keturunan bukan Viets? Budaya Vietnam didominasi Ketuanan Viets dan bukannya dikelirukan oleh budaya minoriti bangsa Melayu Champa! Dalam hal tersebut Vietnam jelas tidak perlu bernostalgik dengan legasi ribuan tahun bangsa minoriti.

Kenapakah pula kita di Malaysia yang sangat berjaya 
mempertahankan legasi ribuan tahun nenek-moyang kita, berbanding dengan saudara kita di Vietnam contohnya, memilih untuk bernostalgik dengan legasi peninggalan penjajah British, ‘pecah dan perintah’, dengan mengekalkan sekolah vernakular yang baru beberapa dekad lama?!

Malah jika ada yang diantara kita yang masih berpendapat bahawa Amerika Syarikat, ‘the land of the free’ dengan janji ‘American Dreams’ segala, sebagai sebuah negara yang tidak pernah mengamalkan Ketuanan Anglo Saxon, kita tentunya silap!

Amerika Syarikat sememangnya tidak pernah mahu malu dengan pelaksanaan Ketuanan Anglo Saxon yang diamalkan mereka. Lihat sahaja bagaimana mereka memperlakukan bangsa pribumi benua amerika seperti Red Indians. Jangan juga kita terpedaya dengan Barack Obama, anak kacukan Anglo Saxon yang jelas tidak pernah cuba untuk lari daripada naratif kebangsaan Anglo Saxon dalam menjalankan tugasannya sebagai Presiden Amerika Syarikat.

Lihat sahaja kritikan demi kritikan yang telah dilemparkan oleh penduduk berkulit hitam terhadap Barack Obama berkenaan dengan kes Michael Brown. Dan semestinya jika kita masih ingat, ketidakadilan di atas kematian Michael Brown bukanlah mangsa kepada Ketuanan Anglo Saxon yang pertama. 

Penulis, penyair dan aktivis social, Profesor Cornel West pernah memberitahu theguardian.com satu ketika dulu tentang keberadaan Ketuanan Anglo Saxon di Amerika Syarikat pasca Barack Obama, "We elected a black president and that means we are less racist now than we used to be. That's beautiful. But when you look at the prison industrial complex and the new Jim Crow: levels of massive unemployment and the decrepit unemployment system, indecent housing: white supremacy is still operating in the US, even with a brilliant black face in a high place called the White House.”

Untuk makluman semua, Jim Crow di sini merujuk kepada sebuah perundangan yang bersifat menindas golongan kulit hitam yang diadakan “after the Reconstruction period in Southern United States, at state and local levels, and which continued in force until 1965, which mandated de jure racial segregation in all public facilities in Southern states of the former Confederacy, with, starting in 1890, a "separate but equal" status for African Americans.”

Lalu timbul persoalan, kenapakah kita yang tidak pernah mempunyai perundangan tersebut masih lagi digelar menindas dan rasis oleh kaum pendatang?

Adakah ini berlaku kerana kita, sebagai bangsa yang penuh berbudi-bahasa dan bertata-susila dan tidak suka mendabik dada dengan kejayaan dan kebaikan yang telah kita hulurkan? Kenapakah kita tidak pandai meminta dividen yang telah kita semua semai?

Berbeza dengan Amerika Syarikat yang jelas pandai memberikan pakej kepada dasar-dasar Ketuanan Anglo Saxon yang mereka pilih walaupun ianya jelas menindas golongan bukan Anglo Saxon seperti golongan kulit hitam, Hispanics dan Asians.

Seorang aktivis Amerika Syarikat sendiri, Tim Wise banyak bercakap tentang Ketuanan Anglo Saxon di negara Uncle Sam tersebut. Terkini beliau telah bercakap di lebih daripada 600 kampus pengajian tinggi di seluruh Amerika Syarikat. 

Beliau juga ada menulis tentang isu tersebut dan di antara buku-bukunya ialah, Affirmative Action: Racial Preference in Black and White dan Between Barack and a Hard Place: Racism and White Denial in the Age of Obama. Selain daripada itu, video-video ceramah beliau di Youtube juga banyak menceritakan tentang diskriminasi yang telah diperlakukan ke atas kaum kulit hitam.

Awal tahun ini pula sebuah filem yang mengkritik Ketuanan Anglo Saxon bertajuk ‘Dear White People’ telah dihasilkan sebagai keluhan kepada pengalaman pelajar-pelajar kulit hitam di sebuah institusi pembelajaran yang didominasi oleh bangsa Anglo Saxon. Filem tersebut mendapat sambutan hangat di beberapa festival perfileman kerana keberaniannya bercakap tentang isu panas tersebut.

Di mana-mana saja kelihatan konsep negara bangsa yang satu dan seragam dilihat sebagai sebuah rencah kepada kejayaan kepada sesebuah negara. Amerika Syarikat sememangnya sedang mengalami masalah ekonomi, namun hakikat bahawa negara tersebut telah dibangun dengan jayanya dengan dasar Ketuanan Anglo Saxon yang jelas dan sangat terancang, masih merupakan salah satu kuasa besar ekonomi dunia dan fakta ini sememangnya tidak dapat disanggah!

Jadi tidak hairanlah apabila negara haram seperti Israel sekalipun cuba untuk menekankan akan hal yang sama menerusi pengubalan undang-undang untuk meneruskan kesinambungan kepada perjuangan negara yahudi tersebut di peta dunia. Jika kita masih ingat, pernah terdapat tindakan supaya mana-mana kaum pendatang perlu bersumpah dan bertaat setia hanya kepada negara Israel.

Hal ini mendapat tentangan daripada masyarakat Arab yang merupakan warga negara Israel. Ianya menjadi polemik hangat sehingga ada yang mengatakan perbuatan tersebut sebagai sebuah provokasi terdapat bangsa Arab yang telah lama menjadi warganegara Israel yang terbukti mempunyai kadar kelahiran yang lebih tinggi berbanding dengan warga Israel lain.

Perkara tersebut yang diperlakukan empat tahun lepas sebenarnya preteks kepada langkah yang telah dibuat oleh Israel kini seperti ‘legislation’ yang diluluskan oleh barisan Kabinet Israel sebagai sebuah negara bangsa Yahudi dan dikatakan telah menidakkan hak bangsa Arab Israel. Jika ianya berjaya diterima oleh Knesset kelak, maka bahasa Arab juga akan dimansuhkan daripada menjadi salah satu daripada bahasa rasmi negara.

Perbuatan tersebut hanya akan lebih mengukuhan lagi sifat ‘jewishness’ negara haram tersebut dan menidakkan terus kepulangan pelarian Palestin kerana Israel kini, mengikut perundangan tersebut, merupakan milik penuh bangsa Yahudi. 

Petikan daripada Haaretz pula menjelaskan bahawa ianya dibuat untuk menyelesaikan permasalahan dwi sifat negara tersebut yang sering berlawanan, yakni ‘Jewish’ dan ‘democratic character’ Israel dengan cara “by defining Jewishness as the default nature of the state in any instance, legal or legislative”. 

Pendek kata Ketuanan Yahudi luar dalam berkembang mekar sebagai teras kepada budaya teras penyatuan kebangsaan Israel!

Perdana Menteri Benjamin Netanyahu juga menegaskan bahawa pengiktirafan kepada konsep negara bangsa Yahudi itu penting untuk ‘peace process’. 

“And for that reason we will anchor in law the national rights of the Jewish people, alongside with assurances of the personal rights of each citizen. That combination is what is important, and what I will promote in the principles of this law. We will continue to do this to make clear the fact that Israel is a Jewish democratic state.”

Lalu timbul persoalan kenapakah kita perlu malu dan apologetik dengan konsep bangsa teras, Ketuanan Melayu sebagai asas kepada penyatuan kebangsaan?

Lalu timbul pertanyaan kenapakah kita yang mempunyai Akta Pendidikan 1961 dan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan masih mahu meneruskan sistem persekolahan rasis seperti sekolah vernakular?

Lalu timbul juga pertanyaan, kenapakah kita yang dengan jelas mempunyai Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan masih malu-malu dengan aspirasi yang telah dibulatkan oleh bapa-bapa kemerdekaan kita?

Dan kenapakah juga kita yang dengan jelas mempunyai Perkara 3 dan Perkara 181 Perlembagaan Persekutuan masih belum mampu meletakkan Islam pada kedudukan yang sepatutnya, ‘supreme’ dan megah dirgahayu tanah air sendiri?

Apa perlukah kita mengupah seorang Anglo Saxon dan seorang Yahudi dengan upah jutaan ringgit Malaysia, untuk mengajar kita sesuatu yang mereka ciplak daripada kita?!


9 comments:

  1. Ben, artikel yg. BERNAS - cuma Nenek tak setuju tentang psl. minoriti Melayu Champa - kerana merekalah sebenaqnya penduduk asal Kampuchea sebelum diJAJAH Pendatang dari China.

    Fahaman Ketuanan Melayu ini walaupun kita tak perlu apologetik dan terus KETENGAHkan, tapi yg. amat PENTINGnya, secraa praktik, dan dgn. SEGERA ialah supaya Majlis Raja-Raja mengambil alih tugas MEMPERTAHANkan/MENGENDALI Tanah Rizab Melayu kita, Bahasa Jawi dan Rejimen Askar Melayu diRaja kita ni, serta Kesultanan Islam/Melayu dikembalikan KUASA EKSEKUTIF memberikan KERAKYATAN. Kerana, kenapa sbg. NEGARA ISLAM, kita ni punyalah TAKUT nak beri KERAKYATAN pd. pelarian Islam Rohingya, Palestin, Syria, Iraq dsbnya?! Dan lihatlah nasib malang kes anak-anak pelarian Rohingya yang saudara se Islam kita tapi tidak di perlakukan dengan adil di negara Islam kita ini; contohnya untuk ke sekolah - lihat di http://202.190.126.82/utusan/Bicara_Agama/20140305/ba_03/Sinar-buat-kanak-kanak-Rohingya , Sinar buat kanak-kanak Rohingya, Oleh MOHD. SHAH CHE AHMAD, ARKIB : 05/03/2014!

    Lagipun, bayangkanlah kalau si DAPBANGKAI dpt. kuasa kat Putrajaya (Na’uzubillah) – mungkin akan memberi kerakyatan pd. BERJUTA Pendatang Kapir ; maka HANCOQlah NEGARA ISLAM kita ni! Tengok sajalah ISrael dan S'pura yg. kononnya mengamalkan "demokrasi/hak asasi"-si Barat/Zionis tu - di mana kaum PENDATANG KAPIR; dibawa masuk BERJUTA, utk. MENGURANGkan jumlah BUMIPUTERA Islam; maka si PENDATANG/PENJAJAH KAPIRDAJAL terus MENANG dan selamanya dpt. MENGUASAI bumi BUMIPUTERA Islam tersebut!

    Lihat bagaimana undg-undg terbaru yg. menjadikan ISreal sbg. negara Yahudi dgn. MENGHAPUSkan hak BUMIPUTERA Palestin/Arab termasuk Bahasa Arab walaupun sbg. bahasa kedua; dan mana-mana Yahudi dari seluruh dunia boleh menjadi rakyat ISrael - di akhbar (pro-Zionis) http://www.theguardian.com/world/2014/nov/23/israeli-cabinet-approves-bill-defining-nation-state-jewish-people , Israeli cabinet approves legislation defining nation-state of Jewish people, Peter Beaumont in Jerusalem The Guardian, 23 November 2014!

    Dan lihat artikel yg. sungguh BERNAS ini juga membuktikan begitu jelasnya PENGIKTIRAFAN pelansongan kuasa EKSEKUTIF Raja/Sultan Melayu (Executive Monarchy - walau tidak mutlak) dari semasa PENJAJAHAN British-ZIONIS pun; hingga semasa Perlembagaan Persekutuan digubal, bukan sekadar “Hiasan/Simbol Adat“ (Ceremonial Monarchy), terutamanya dlm. MEMPERTAHANkan ISLAM/umatnya – lihat artikel BERNAS dari Yang Berbahagia Dato’ Haji Mahmad Naser Disa dari Yayasan Murni Aqidah – di https://akarimomar.wordpress.com/tag/perlembagaan-persekutuan/ , Hijrah Minda: Agenda Transformasi Islam , Haji Mahamad Naser bin Disa[1], 7 April, 2012!

    Nenek TUA Sambal Petai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Nenek TUA, terima-kasih kerana sudi membaca penulisan saya dan memberikan teguran.

      Sebenarnya rumusan saya merujuk kepada perkembangan terkini di Vietnam. Melayu Champa merupakan minoriti di Vietnam kini. Dan Vietnam, kini, yang dikuasai oleh orang-orang Viets tidak pernah malu untuk menidakkan budaya Melayu Champa yang jika disingkap sejarah merupakan pribumi tanah tersebut dengan polisi Ketuanan Viets.

      'Dalam hal tersebut Vietnam jelas tidak perlu bernostalgik dengan legasi ribuan tahun bangsa minoriti.'

      Ayat di atas mengiktiraf fakta tentang Melayu Champa sebagai bangsa pribumi di tanah yang dikenali sebagai Vietnam kini.

      Harap Maklum.

      Megat Rizal MH

      Delete
    2. Tukar menu seiring peningkatan umur ke Makcik? Hahah..

      Ya., faktanya spt yg makcik@Nenek Tua sambal petai nyatakan. Melayu pada asalnya ialah pribumi di seluruh nusantara termasuk kampuchea, vietnam dan negara persekitarannya.

      Artikel cuma terlepas pandang dgn tidak menyentuh dr segi sejarah krn merasakan smua pihak faham ttg fakta tersebut. Tqvm atas peringatan.

      Utk tanah rizab melayu dan kepentingan2 melayu diletakkan di bawah kuasa eksekutif raja2 yg dikembalikan, kami sgt menyokong usaha tersebut.

      Delete
  2. Problem kita ialah org melayu ni trlalu apologetik. Stop! Masa dah toba utk tuntut balik hak2 kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. Tuntut apa yg dibenarkan dalam perlembagaan.

      Delete
  3. Melayu yang malu malu nih selalunya dah banyak mkn duit Cina. Samaada melalui perniagaan AliBaba dengan cina ataupon mkn duit rasuah Cina.

    Aku dah byk sgt dah jumpa Melayu Melayu mcm nih. Diorang ni la yang senantiasa menghancorkan perkembangan ekonomi Melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sgt setuju tuan..
      Mereka menjual maruah agama dan bangsa dgn hargga dunia yg sgt murah.. Gol ini perlu segera pupus.

      Delete
  4. Melayu adalah Islam dan Islam adalah Melayu. Ini adalah hakikat dalam konteks Malaysia yang menjadikan Melayu, Islam dan Raja adalah tiang seri negara. Runtuhnya tiang seri, maka runtuhlah sebuah negara yang berdaulat. Oleh kerana itulah teras utama negara ini perlu terus dipelihara supaya negara kekal aman dan stabil.

    Apa yang merunsingkan kita ialah sejak Ah Jib Gor menjadi PM, sarang tebuan milik melayu kerapkali dijolok. Tapi yang menghairankan kita, tebuan-tebuan liberal ni wat derk jer. Seolah-olah macam tiada apa-apa yang berlaku. Takkan nak tunggu bila sarang dibakar barulah terhegeh-hegeh nak mengamuk. Apabila milik kita dah hancur berkecai, mengamuk pun dah tak berguna pun. Pasal dah terlambat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Telinga, hati dan perasaan mrk ini telah bernanah disumbat penyakit cinta dunia. Klu kita mahu berjaya, kita semua perlu mengusahakan perubahan ini dengan kudrat kita sendiri.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.