Sunday, 9 November 2014

Kes lelaki transgender – Kerajaan Negeri Sembilan digesa fail rayuan ke Mahkamah Persekutuan

Mohd Luttfi Abd Khalid, Pengerusi iPeguam ISMA
BANGI, 7 Nov – Kerajaan Negeri Sembilan dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) digesa segera memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang membenarkan rayuan tiga orang lelaki Islam transgender.
Pengerusi Gabungan Peguam-peguam ISMA (iPeguam) Tuan Muhammad Luttfi Abdul Khalid berkata, rayuan ini penting kerana ia melibatkan isu Perlembagaan dan kewibawaan institusi agama Islam Negeri Sembilan yang menjadi pemelihara kepada kepentingan umat Islam.
Ujarnya, jika tiada rayuan dibuat, keputusan ini akan menjadi satu precedent (keputusan yang mengikat) terhadap mana-mana isu serupa yang mungkin timbul pada masa akan datang.
Selain Kerajaan Negeri Sembilan dan JHEAINS, pihak yang turut menjadi responden ialah Pengarah Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, Ketua Pegawai Penguatkuasa, Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dan Ketua Pendakwa Syari’e Negeri Sembilan.
“Keputusan ini juga akan menjadi rujukan bagi negeri-negeri lain dan juga di dalam Wilayah Persekutuan sendiri sekiranya kes yang serupa berulang. Ini kerana pihak berkuasa agama Islam negeri tidak ada pilihan melainkan terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan ini,” kata Luttfi kepada ISMAweb.
Tambahnya, rayuan ini juga penting bagi menjunjung ketegasan pihak berkuasa ugama Islam negeri untuk membendung aktiviti yang cenderung kepada amalan LGBT di kalangan masyarakat Islam.
“Oleh kerana kes ini melibatkan isu Perlembagaan, rayuan ini sangat penting sebagai satu ikhtiar tertinggi dan pemutus terhadap bidang penguatkuasaan enakmen agama Islam negeri, sebagaimana yang telah diperuntukkan di dalam Seksyen 97 Akta Mahkamah Kehakiman 1964,” katanya lagi.
Beliau seterusnya menegaskan bahawa sudah sewajarnya umat Islam di negara ini melahirkan kebimbangan dan keprihatinan mereka terhadap sebarang usaha untuk mempertikaikan kewibawaan institusi agama Islam negeri.
Hari ini Mahkamah Rayuan mengisytiharkan peruntukan enakmen agama Islam Negeri Sembilan yang menghalang lelaki Islam yang berpakaian dan berkelakuan seperti wanita adalah bercanggah dengan Perlembagaan.
Kesan daripada keputusan Mahkamah Rayuan ini, ketiga-tiga pemohon iaitu Muhammad Juzaili Mohd Khamis, Shukor Jani dan Wan Kay Yusof dibenarkan berpakaian transgender.



Pautan Asal :
http://www.ismaweb.net/2014/11/kes-lelaki-transgender-kerajaan-negeri-sembilan-digesa-fail-rayuan-ke-mahkamah-persekutuan/

4 comments:

  1. SETUJU Ben!

    Si Islam/Melayu-LIBERAL makin MEMPERBODOHkan dan MENGUASAI TANAH MELAYU, NEGARA ISLAM pusaka nenek moyang kita ini - akibat NAFSU BUAS si LIBERAL ini, yg. mahu MENGHALALkan yg. diHARAMkan terutamanya hak puak LGBT ! Bayangkanlah salah seorg. hakim ialah si KAPIR, boleh pula dibenarkan mengadili undg-undg Syariah berkaitan HUKUM ISLAM -berkaitan puak Mak Nyah yg. sebenarnya adalah puak HOMO! Maka sekrg, puak HOMO kat NEGARA ISLAM kita ni makin boleh liaq BERSODOM dgn. terbuka pula tu, hanya dgn. berlagak spt. Mak Nyah (kononnya SODOM jenis ini ‘semulajadi‘) - akan dibela undg-undg PENIPU-BINATANG BUAS si KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS!

    Tengoklah Prof-jenis-apa ni dari Univ Islam pula tu -yg. mempertahankan isu ini sbg. perkara kecil kerana kononnya adalah hak kebebasan puak SODOM Mak Nyah ni dlm. "demokrasi" dan "itu hak mereka buat apa mereka suka" (esok puak SODOM nak MEROGOL binatang pun mungkin diHALALkan juga) - patutlah makin ramai anak muda termasuk MAHASEWEL; dah jadi KELIRU psl. hukum BERSODOM! Lihat di - http://www.anwaraidc.com/?p=51228:

    ISMA : Kemenangan Golongan Transgender Jadi Ancaman Islam Di Malaysia

    Nov 08,2014 - by AIDC

    SHAH ALAM: Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) berpendapat kemenangan golongan mak nyah dalam menghapuskan peruntukan Seksyen 66 Enakmen Syariah Negeri Sembilan satu lagi cubaan mencabar kesucian agama Islam.

    Naib Presiden (II) ISMA, Fauzi Asmuni berkata golongan liberal seperti itu akan menggunakan pertembungan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil sebagai rujukan kepada tuntutan mereka pada masa akan datang.

    “Apabila berlaku pertembungan antara enakmen mahkamah syariah dan keputusan mahkamah rayuan, jadi yang terpakai adalah keputusan Mahkamah Rayuan manakala keputusan Mahkamah Syariah akan terpinggir.

    “Jika tidak dikawal dari awal, ia akan membawa kepada banyak penghapusan enakmen-enakmen khusus di dalam Mahkamah Syariah,” katanya ketika dihubungi Antarapos.

    Fauzi diminta mengulas keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang mengisytiharkan peruntukan undang-undang syariah Negeri Sembilan yang melarang golongan mak nyah berpakaian wanita sebagai tidak sah.

    Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Hishamuddin Mohd Yunus berkata Enakmen Syariah tahun 1992 itu tidak sejajar dengan peruntukan perlembagaan yang menjamin kebebasan dan kesamarataan manusia.

    Beliau berkata peruntukan Seksyen 66 Enakmen Syariah Negeri Sembilan itu gagal mengiktiraf bahawa ada golongan lelaki yang mengalami ‘gender identity disorder’ yang dikaitkan dengan golongan transesksual ataupun lelaki yang mempunyai perwatakan wanita.

    Keputusan itu lantas disambut aktivis dan pertubuhan bukan kerajaan (NG0) sebagai kemenangan dalam perjuangan golongan mak nyah yang mencari kesamarataan dan penerimaan pihak berkuasa Islam.

    “Ia satu ancaman yang patutnya masyarakat perlu lebih sensitif dengan perkembangan ini. Mereka perlu berhati-hati dengan mengambil tindakan sewajarnya agar bidang kuasa Mahkamah Syariah kekal dan tidak mudah diperkotak-katik,” ulas Fauzi lagi.

    Sementara itu Dekan Kuliah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Datuk Dr Paduka Mahmud Zuhdi Abdul Majid menganggap keputusan Mahkamah Rayuan itu bukan suatu isu yang besar sama ada dari segi agama atau perundangan.
    Tegasnya ia adalah selaras dengan amalan demokrasi di negara ini.

    “Bertentangan atau tidak, itu pilihan sendiri. Jika maknyah merasakan apa yang dibuat itu tidak bertentangan, maka itu pilihan mereka. Jika mereka tidak mahu ikut para ulama dan cerdik pandai di dalam agama dan mahu buat apa yang mereka nak, tiada masalah.

    “Golongan ulama hanya nak membantu mereka untuk lepas dari dosa, ia tidak menjejaskan kepentingan para ulama dan pengamal undang-undang Islam. Mereka hanya nak tolong,” katanya kepada portal ini.

    Meskipun perkara itu boleh dibawa kepada proses perundangan yang selanjutnya, Mahmud bagaimanapun menggesa masyarakat negara ini tidak mudah melenting dengan perkara berkenaan.

    (Teruskan membaca....)

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. INilah kegilaan yang cuba dipaksakan barat untuk dunia mengikut acuan mereka supaya Dajjal boleh senang masuk ke sini bila umat telah disediakan utk kedatangannya.

      Malang sekali, kita punyai peruntukan perlembagaan yang jelas tetapi tidak dipedulikan dalam membicarakan perihal perkara yang bertentangan dengan perlembagaan Mak Cik.

      Sepatutnya sudah dari berdekad lalu kita merapatkan saf dan tidak berpecah belah. Inilah jadinya dengan negara kita bila umat Islam sangat lemah.

      Delete
  2. Mungkin juga ada hikmahnya kes ini dibawa ke Makhamah Persekutuan, kalau golongan trangender 'tidak menang' mungkin juga semua orang masih terlena seperti ketika kes 'Allah' dulu. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui dan Perancang Numero Uno, Kun Fa Ya Kun!

    Sekarang UMNO pun dah bising. PAS pun bising. NGI pun bising. PPMM pun bising. Mufti pun bising.

    InsyaAllah diharapkan kes ini dapat memberikan kebaikan kepada umat Muslim Malaysia. Ameen.

    Apa ada dengan pertubuhan-pertubuhan Islam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Byk perkara yang sedang diusahakan Tuan Hamba Allah. Semua sedang memainkan peranan masing-masing dalam isu ini.

      Kita sama2 berusaha bagi memperkukuhkan kekuatan kita kembali supaya kita tidak tidak lagi dihinakan seperti kes Kalimah Allah dan transgender spt ini.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.