Friday, 28 November 2014

Kenyataan Media Pengerusi PEMBELA : Masa untuk Najib Mengotakan Janji, Bubar MKPN



Kami menyambut baik ucapan Timbalan Perdana Menteri, Ketua Wanita UMNO dan disusuli dengan perakuan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa Akta Hasutan 1948 akan dikekalkan dan dibuat penambahbaikan.

Walaupun sedikit lewat dan telah menimbulkan resah yang mendalam dan membekas ke atas masyarakat Islam di negara ini, Perdana Menteri akhirnya membuat keputusan untuk bersama hasrat masyarakat majoriti yang lebih mencintai keamanan.

Akta Hasutan 1948 dikekalkan dan dibuat penambahbaikan merupakan isu yang pihak kami dari Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) tekankan sejak dari awal isu ini ditimbulkan.

Sebagaimana sebuah janji yang baik dan menuju jalan kebaikan, ia harus segera dikotakan.

Antara perkara yang terawal yang mudah untuk dilaksanakan pentadbiran Najib Tun Razak di bawah nafas baharu perjuangan ini ialah dengan mengusahakan pembubaran Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN/NUCC).

MKPN ini sejak dari awal penubuhannya tidak membawa apa-apa kebaikan melainkan peranan yang cuba dimainkan mereka telah menyebabkan berlakunya kegelisahan dan keresahan besar dalam masyarakat.

Persepsi masyarakat Islam kepada pemerintah hampir sahaja hancur dengan kewujudan Majlis ini. Tindakan demi tindakan mereka yang dilihat sentiasa menjadikan Islam sebagai karung tinju untuk mencapai matlamat-matlamat tertentu dari golongan tertentu.

Semua pihak tidak lupa bagaimana MKPN membenarkan Majlis Peguam yang diresapi elemen sekular menodai kepercayaan Perdana Menteri dengan membolehkan Deraf Rang Undang-Undang Harmoni dihantar ke kabinet atas nama MKPN melalui pintu belakang. Ini adalah perbuatan yang jelas menodai kepercayaan yang telah diberikan kepada mereka untuk memikul tugas mencari penyelesaian kepada isu perpaduan negara.

Oleh kerana Perdana Menteri sendiri telah menyatakan di dalam Perhimpunan Agong UMNO bahawa Akta Hasutan 1948 akan dikekalkan dan dibuat penambahbaikan, maka dengan pengumuman itu, keperluan kepada wujudnya MKPN dianggap seperti sudah tidak wujud sama sekali lagi.

Ini masa yang terbaik untuk membersihkan pentadbiran Najib Tun Razak daripada sebarang tanggungan liabiliti yang memusnahkan reputasi Kerajaan sebagai pemerintah yang melindungi dan bernaung di bawah Perlembagaan.

Seluruh masyarakat Islam sedang mendekati isu janji terbaru Najib Tun Abd Razak dengan pendekatan berhati-hati.

Yakinkan mereka dengan mula mengotakan janji yang telah dibuat. MKPN harus antara yang pertama dibubarkan kerana relevansi kewujudannya sudah tidak lagi wujud.

Kami akan bersama setiap pihak yang serius serta mahu menjalankan usaha untuk Mendaulatkan Islam Sebagai Agama Negara.




Bersama Mendaulatkan Islam sebagai Agama Negara

Ustaz Mohamed Hafiz Bin Mohamed Nordin,
Pengerusi,
PERTUBUHAN-PERTUBUHAN PEMBELA ISLAM (PEMBELA)

18 comments:

  1. Setuju dgn cdgn. BERNAS Ustaz Mohamed Hafiz ni Ben!

    SYUKUR ALHAMDULILLAH dgn. KEBERANIAN YAB PM DS Mohd. Najib Tun Abd. Razak kita ni! Ini membuatkan Makcik merasa terharu, terkenang balik JASA Bapa Kemerdekaan TERCINTA kita, Almarhum Ayahanda beliau, YAB Tun Abdul Razak Hussein - yg. telah meminda Akta Hasutan ini utk. antaranya, MEMPERTAHANkan kuasa Raja-Raja Melayu kita, kedudukan istimewa orang Melayu/Bumiputera dan Bahasa Kebangsaan kita!
    Dan Makcik SETUJU dgn. pandangan BERNAS Sungai Rapat Online, yg. kedudukan Tanah Rizab Melayu dan Rejimen Askar Melayu Diraja yang merupakan sebahagian daripada wasiat Raja-Raja Melayu, juga perlu diPERTAHANkan dlm. Akta Hasutan ni; lihat di - http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2014/11/ayam-sabung-anwar-akan-lawan-habis.html ,Ayam Sabung Anwar Akan Lawan Habis-Habisan Untuk Paksa PM hapuskan Akta Hasutan , November 27, 2014

    Bahkan Majlis Raja-Raja perlu mengambil alih tugas MEMPERTAHANkan/MENGENDALI Tanah Rizab Melayu kita, Bahasa Jawi dan Rejimen Askar Melayu diRaja kita ni serta Kesultanan Islam/Melayu dikembalikan KUASA EKSEKUTIF untuk memberikan KERAKYATAN. Kerana, kenapa sbg. NEGARA ISLAM, kita ni punyalah TAKUT nak beri KERAKYATAN pd. pelarian Islam Rohingya, Palestin, Syria, Iraq dsbnya?! Lagipun, bayangkanlah kalau si DAPBANGKAI dpt. kuasa kat Putrajaya (Na’uzubillah) – mungkin diberi kerakyatan pd. BERJUTA Pendatang Kapir ; maka HANCOQlah NEGARA ISLAM kita ni!

    Tengok sajalah ISrael dan S'pura yg. kononnya mengamalkan "demokrasi/hak asasi"-si Barat/Zionis tu - di mana kaum PENDATANG KAPIR; dibawa masuk BERJUTA, utk. MENGURANGkan jumlah BUMIPUTERA Islam; maka si PENDATANG/PENJAJAH KAPIRDAJAL terus MENANG dan selamanya dpt. MENGUASAI bumi BUMIPUTERA Islam tersebut!

    Lihat bagaimana undg-undg terbaru yg. menjadikan ISreal sbg. negara Yahudi dgn. MENGHAPUSkan hak BUMIPUTERA Palestin/Arab termasuk Bahasa Arab walaupun sbg. bahasa kedua; dan mana-mana Yahudi dari seluruh dunia boleh menjadi rakyat ISrael - di akhbar (pro-Zionis) http://www.theguardian.com/world/2014/nov/23/israeli-cabinet-approves-bill-defining-nation-state-jewish-people , Israeli cabinet approves legislation defining nation-state of Jewish people, Peter Beaumont in Jerusalem The Guardian, 23 November 2014!

    Dan lihat artikel yg. sungguh BERNAS ini juga membuktikan begitu jelasnya PENGIKTIRAFAN pelansongan kuasa EKSEKUTIF Raja/Sultan Melayu (Executive Monarchy - walau tidak mutlak) dari semasa PENJAJAHAN British-ZIONIS pun; hingga semasa Perlembagaan Persekutuan digubal, bukan sekadar “Hiasan/Simbol Adat“ (Ceremonial Monarchy), terutamanya dlm. MEMPERTAHANkan ISLAM/umatnya – lihat artikel BERNAS dari Yang Berbahagia Dato’ Haji Mahmad Naser Disa dari Yayasan Murni Aqidah – di https://akarimomar.wordpress.com/tag/perlembagaan-persekutuan/ , Hijrah Minda: Agenda Transformasi Islam , Haji Mahamad Naser bin Disa[1], 7 April, 2012!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu cadangan2 yg harus diketengahkan dan diperjuangkan dgn segera Makcik.

      Pemimpin harus buang rasa takut utk menggunakan hak dan mmpertahankan hak. Jika tidak, apalah gunanya kuasa jika tak tahu menggunakannya.

      Delete
  2. Tahniah Ustaz Hafiz ....Teruskan perjungan.

    ReplyDelete
  3. Sy juga ingin mengucap tahniah kpd PM Najib yg nampaknya telah kembali ke "Pangkal Jalan" & ucapan membina TPM TS Muhiyuddin utk masa depan agama, bangsa n negara mengikut landasan n semangat Perlembagaan n Wasiat keramat Raja2 Melayu. Syabas kpd Umno kerana menerima rintihah n luahan hati rakyat Melayu-Islam-Peribumi negara (walaupun dikatakan pihak lawan beliau "flip-flip". Utk menambaik Akta Hasutan seperti dijajaji PM Najib, selain dua perkara yg disebutkan - mengukuhkan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan tanpa menggugat agama2 lain n mecegah mrk yg menghasut menari keluar Sabah-Sarawak dpd Malaysia- sy setuju kalau penambahbaikan tersebut diasaskan kpd saranan2 yg di kemukakan oleh Dtk Zulkifli Noordi baru2 ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengumuman tersebut agak melegakan.. Tetapi masih terlalu awal untuk mengharapkan sesuatu perubahan drastik kepada sistem pemikiran pemerintah.. Tindakan ini ttp dibuat krn ia merasakan itu tindakan popular dan bukan hadir dari hatinya yg insaf akan kepentingan Islam dan Melayu yg harus diutamakan.. Jika beliau mendapati yg popular itu sebaliknya,,tentu sahaja beliau akan mengikut jalan trsebut.. Kita mesti terus memerhatikan setiap tindak tanduknya..,

      Delete
  4. Salam. Apa yg di sarankn oleh pngerusi pmbela spaya pm bubarkn mkpn adalh yg mesti dn brtndak dgn sgra oleh bliau. Mpkn ni adalh mnjdi pintu ghaib bg puak2 kafirin mmasuki pjbt pm untuk mmukau bliau hnga stu ktika dia mnjdi cina-mlayu. So wjarlah dsakn pmbela dlm prkra ini dn kita prlu mmbri skongn padu dlm prkara ni. Pm prtama tunku dlm thun 1956 tlh mmbri amran kpd bukn mlayu dgn brkata " I must ask non-malays to be fair n to be considerate n not make unreasonable demands. No natives of any country in the world have given away so much as the malays have been." La ni mrek mlmpau dgn brbgai2 tntutn. So klau melayu give way we will lose our own country kpd kaum pndtang yg cba nk pdam mrk bkn kaum pndtang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikummussalam wbt Tuan. Setuju. Kita tidak perlu berganjak lagi. Kita sudah cukup banyak berganjak sebelum ini. Semua ini perlu dihentikan saat ini juga dan kita mestu kembali menuntut hak2 kita seperrtimana yg termaktub dlm perlembagaan.

      Delete
  5. Mungkin kena tunggu pau akan datang kot baru Nak bubarkan mkpn....kepada orang melayu sekalian jangan terlampau seronok dengan pengekalan akta hasutan oleh najib,tak perlu nak anggap najib sebagai hero sedangkan dia yang Nak hapuskan akta ITU....yang heronya adalah ngo2/blogger yang bukan macai najib....thumb up untuk mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami semua sedar ttg itu Tuan. Tp x mengapa.yg pnting matlamat akhir yg diusahakan sejak awal berjaya tidak kira siapa yang hijack atau menyudahkannya. Yg pnting matlamat akhir trcapai.
      Kredit hanya buruan manusia2 yg diperhambakan dunia.

      Delete
  6. Nampak gayanya kita semua harus mendesak supaya PM letak jawatan dan diganti dengan TS Muhyidin Yassin. Najib had done enough damaged already. Pastu kita boleh suruh PM baru bubar MKPN dan segala CONsultants yang Ah Jib Gor bayar berjuta dollars!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga pemimpin yang mana Islam dan Melayu selamat dan maju jaya di bawah pentadbirannya, diberikan Allah amanah kuasa untuk memimpin kita. Tidak kira siapa pun mereka tuan.
      Kita tidak menyokong individu tetapi melihat hasil perbuatan setiap undividu itu semasa memegang amanah kuasa.

      Delete
  7. Ltk jwtan ni pau yg sdng bsidng adalh yg dpt mnkan pm ltak jwtan. Kta pn boleh tp it won't work fast. Dpa umno ktiga2 saypnya boleh cptkn process ni. Prsoalnnya boleh ka mrek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malang sekiranya akar umbi yg diberikan amanah utk memilih juga mempunyai fikrah pemikiran yang sama dgn yang mahu digantikan. Jika ini berlaku, tiada guna seorang pemimpin disingkirkan krn ia akan digantikan mrk yg sama dgn fikrah pihak yg tersingkir itu tadi. Byk prkara prlu diperbaiki utk masa ini. Kita lakukannya satu persatu In Sya Allah.

      Delete
  8. Sila pecat juga Saipudin Abdullah yang menyokong GHAH dan mengeluarkan kenyataan supaya Akta Hasutan dihapuskan.

    ReplyDelete
  9. Najib turun

    sokong 1000%

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika baik bg umat Islam beliau turun, maka semoga dia turun. Jika tidak baik bagyi umat Islam beliau turun, maka semoga Allah kekalkan dia dengan keinsafan dan semangat perjuangan baru tuan.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.