Wednesday, 5 November 2014

KENYATAAN MEDIA PEMBELA : Solidariti PEMBELA Untuk MAIS Dalam Mempertahankan Fatwa Liberal Sesat



Pihak PEMBELA (Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam) memandang serius kenyataan media yang dibuat oleh beberapa pihak dengan motif untuk mencabar Majlis Fatwa Negeri Selangor dan Majlis Agama Islam Negeri Selangor berikutan pewartaan Fatwa Mengharamkan Pertubuhan berkait Islam Liberal di negeri Selangor.

Sebagai sebuah badan berotoriti dan diberi kuasa untuk menjalankan tugasan mereka di bawah undang-undang negeri dan negara, kuasa untuk mewartakan serta menguatkuasakan fatwa adalah selari dengan undang-undang sedia ada.

Kemunculan pihak-pihak yang kebanyakannya bersuara bagi menjalankan agenda asing untuk negara ini sejak sekian lama telah cuba mengganggu gugat sistem sedia ada untuk motif jangka panjang pihak-pihak tertentu.

Agenda mencairkan pegangan Islam di kalangan penduduk Malaysia yang taat dan setia kepada akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) cuba dijalankan secara terancangan melalui bantuan luar.

Nama-nama agensi luar negara seperti RAND Corporation, National Endowment for Democracy (NED),National Democratic Institute (NDI), Council of Foreign Relation (CFR), Konrad Adeneur Foundation (KAF) dan pelbagai agensi asing yang sentiasa cuba masuk campur di dalam urusan negara ini.

Satu per satu pihak-pihak yang cenderung dengan agenda memperkasakan agenda SEPILIS (Sekularisme, Pluralisme dan Liberalisme) di dalam negara muncul mendedahkan warna perwatakan mereka melalui sokongan yang diberikan SIS Forum Sdn. Bhd.

Satu rahmat bagi Malaysia apabila perwatakan yang selama ini disembunyikan, kini didedahkan mereka melalui sokongan tidak berbelah bahagi kepada tindakan SIS Forum Sdn. Bhd., syarikat swasta yang ingin membuat semakan kehakiman ke atas fatwa yang dikeluarkan MAIS.

PEMBELA ingin menyatakan bantahan keras terhadap tindakan SIS Forum Sdn. Bhd. dan penyokong-penyokong mereka seperti Anwar Ibrahim, Mujahid Yusof Rawa, Khalid Samad, Hanipa Maidin, Zaid Ibrahim dan lain-lain lagi yang menyokong tindakan perundangan diambil bagi mencabar fatwa berkenaan fahaman sesat Islam Liberal tersebut.

PEMBELA yang mewakili lebih 70 NGI menyatakan solidariti kukuh dibelakang MAIS dan Majlis Fatwa Negeri Selangor di dalam mendepani cabaran kebiadaban golongan pendukung SEPILIS.

Pihak PEMBELA juga ingin memberi amaran keras kepada pihak-pihak ini supaya jangan cuba membudayakan sikap biadab dengan menentang badan otoriti yang menjalankan kuasanya sepertimana yang dibenarkan melalui undang-undang negara.

Dengan ini, PEMBELA akan menggerakkan seluruh sokongan akar umbi rakyat Malaysia yang cintakan jalan akidah yang lurus untuk bersama-sama berjuang menentang golongan pendukung SEPILIS serta mengecam kebiadaban boneka-boneka asing yang cuba mengubah dan merosakkan jati diri identiti Agama Negara ini iaitu agama Islam.


Bersama Kami Mendaulatkan Islam sebagai Agama Negara.

Ustaz Mohamed Hafiz Mohamed Nordin,
Pengerusi,
Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)

6 comments:

  1. Saya setuju bersama Pembela sokong Mais.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita sokong dgn terus sebarkan pengetahuan dan membantu gerakan Islam mengikut segala keupayaan yang ada.

      Delete
  2. Salam. Puak2 yg sokong sis sdn bhd yg bkn satu grakn nk mrtabatkn islam dgn ilmu islam mrk bnyak tahi kuku, mrek adlah golongn libral mnafik. Mrek dlm pati mrek sndiri yg pjuangkn islam pn mrek ptikai pmpinan ulmk, skong kristian guna nma Allah dlm bible, msuk kluak greja konon dakwah. Dakwah apa? Ilmu islam pn skdr tahi kuku yg lainya gna akal brpndukn syaitn nk pndai2 kluak fatwa. Podah! Tk malu. Tungu la d Mahsyar nnti. Cbala kluak fatwa d sana. Sya skong pmbela dlm prkra ni. Go to hell sis n your baruas smda dlm atau luar ngara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikummussalam wbt. Itulah masalahnya Tuan Hamba Allah.

      Ia sesuai digambarkan dengan hadis nabi mengenai sekumpulan manusia di akhir zaman yang menunjuk lagak pandai agama tetapi, al Quran itu tidak melepasi tenggorok mereka sendiri.

      Delete
  3. SIS dan penyokong-penyokongnya, telah menghina DYMM Sultan Selangor yang telah memperkenankan fatwa tersebut!

    Mereka wajar didakwa menghasut kerana mempersoalkan hak mutlak DYMM Sultan Selangor iaitu hal ehwal Islam.

    PEMBELA dan lain-lain NGO yang berkaitan wajar buat laporan polis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesiapa sahaja yang mengambil berat tentang agama ini harus memulakan membuat laporan polis atau pengaduan kepada pihak berkuasa tanpa perlu menunggu pihak lain melakukannya untuk mereka.

      Kita bersama-sama aktif dan buang budaya outsourcekan tanggungjawab kepada pihak lain sedangkan kita juga mampu melakukannya.

      Tidak kira NGO atau org perseorangan, kita semua mesti aktif bertindak.

      In Sya Allah, jika komuniti Muslim sudah menjadi seperti itu, baharulah musuh2 Islam takut untuk berbuat sesuatu yang bercanggah dengan Islam di sini.

      Hala tuju perlakuan mereka memang mensasarkan dipenghujungnya melakukan tindakan provokasi mencabar Sultan dan Raja-Raja Melayu.

      Kami bersetuju dengan pendapat tuan dan sama2 kita perjuangkan isu ini.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.