Sunday, 9 November 2014

Kenyataan Media Pembela : Kerajaan Negeri Sembilan & Semua Ahli Parlimen Islam Perlu Bertindak Segera



Pihak kami, Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) ingin menyatakan kerisauan pihak kami dengan trend perkembangan terkini di dalam negara.

Prinsip-Prinsip Keluhuran Perlembagaan kini sering diserang dari segenap arah oleh pihak-pihak tertentu dengan kepentingan tertentu melalui jalan pendanaan tertentu.

Semuanya dilihat bertujuan untuk mengubah demografi Agama Negara ini daripada Islam kepada sistem sekular sepenuhnya.

Kerap kali kami telah melihat, bagaimana Artikel-Artikel penting di dalam Perlembagaan cuba dipadamkan atau dihapuskan tanpa mendapat sokongan majoriti di Dewan Parlimen. Melalui beberapa jalan semakan kehakiman, beberapa peruntukan Perlembagaan telah dinyahfungsi serta dimatikan tanpa melalui proses demokrasi yang tepat dan betul.

Terbaharu, beberapa peruntukan di dalam Perlembagaan telah dianggap seolah-olah tidak pernah wujud dan tidak mempunyai apa-apa fungsi sama sekali di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Artikel 3 (1) Perlembagaan Persekutuan
Artikel 3 (1) Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa Islam adalah Agama Negara. Justeru itu, setiap aspek kewujudan apa sahaja perkara di dalam negara ini, haruslah berada di dalam kerangka yang tidak terkeluar dari kerangka Islam untuk negara ini.

Apa sahaja perkara, perlakuan  atau perbuatan yang boleh mencemarkan imej serta status negara ini sebagai sebuah negara yang Islam haruslah dilarang serta disekat sebagai menghormati prinsip Keluhuran Perlembagaan.

Kompromi  sumpah Yang Di-Pertuan Agong Dalam Artikel 37 (1)
Kepala Pemerintah Utama Negara ialah Yang Di-Pertuan Agong. Setiap Raja atau Sultan yang dilantik sebagai Kepala Pemerintah Utama negara diwajibkan bersumpah dengan sumpah berikut :
Wallahi: Wabillahi: Watallahi:
maka dengan lafaz ini berikrarlah Kami dengan sesungguhnya dan dengan sebenarnya mengaku akan taat setia pada menjalankan dengan adilnya pemerintahan bagi Malaysia dengan mengikut sebagaimana undang-undang dan Perlembagaan yang telah disahkan dan dimasyurkan dan akan disah dan dimasyurkan di masa hadapan ini. Dan lagi Kami berikrar mengaku dengan sesungguh dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam dan berdiri tetap di atas pemerintahan yang adil dan aman di dalam Negeri.
Yang Di-Pertuan Agong telah diwajibkan oleh Perlembagaan ini untuk bersumpah bahawa baginda perlu memelihara Agama Islam pada setiap masa. Apa sahaja tindak tanduk mana-mana majlis eksekutif atau legislatif yang membuatkan kedudukan Islam dipandang hina, dirosakkan serta diancam, maka perbuatan tersebut dilihat dengan sengaja mahu mencetuskan masalah dengan membuat kompromi kepada sumpah YDP Agong.

Hak Asasi Beragama Mestilah Tidak Bercanggah Dengan Prinsip Moral
Artikel 11 (5) menyatakan dengan jelas bahawa hak kebebasan beragama yang dijamin oleh Perkara 11 Perlembagaan adalah tidak termasuk kebebasan untuk melanggar prinsip-prinsip moral. Artikel 11 (5) seperti di bawah :

(5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang am yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau prinsip moral.

Artikel 121 1(A)

Artikel 121 1(A) hanya menyekat Mahkamah Tinggi sivil dan Mahkamah yang lebih rendah daripadanya daripada mencampuri urusan keadilan di dalam Mahkamah Syariah. 

Kes Lelaki Transgender
Kelmarin  Mahkamah Rayuan mengisytiharkan peruntukan enakmen agama Islam Negeri Sembilan yang menghalang lelaki Islam yang berpakaian dan berkelakuan seperti wanita adalah bercanggah dengan Perlembagaan.

Pihak PEMBELA ingin merakamkan perasaan dukacita berikutan perkembangan ini dan sekaligus ingin mendesak Kerajaan Negeri Sembilan serta Majlis Agama Islam Negeri Sembilan untuk bertindak segera memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan kelmarin yang membenarkan rayuan tiga orang lelaki Islam transgender untuk bebas berpakaian seperti wanita.

Jika ini tidak dilakukan dalam tempoh segera, keputusan ini akan menjadi satu precedent (keputusan yang mengikat) terhadap mana-mana kes serupa yang mungkin timbul pada masa akan datang.

Malah pihak PEMBELA juga ingin mendesak ahli-ahli Parlimen Islam untuk kembali melihat kepada keperluan memperkasakan Artikel 121 1 (A) dengan mendesak semua pihak untuk menghormati peruntukan perlembagaan tersebut.

Sistem Kehakiman Syariah Bakal Pupus Jika Tiada Tindakan Segera Diambil
Pihak kami gusar bahawa trend menggunakan Mahkamah Rayuan untuk mencabar setiap aspek perundangan syariah akan dilakukan sehingga sistem Kehakiman Syariah itu akan terhapus dengan sendirinya melalui semakan demi semakan kehakiman yang dilakukan.

Pihak kami kesal kerana hal ehwal mengenai pentadbiran serta sistem kehakiman Islam dalam perundangan Islam kini sudah mula ditentukan oleh pihak-pihak yang bukan Islam, tidak memahami Islam, malah tidak mempunyai kelayakan yang sepatutnya untuk memahami serta membuat keputusan dalam perundangan Islam.

Pihak kami ingin merafak sembah memohon kepada Yang Di-Pertuan Agong serta Majlis Raja-Raja untuk mempertimbangkan campurtangan di dalam hal ini supaya sumpah perjawatan YDP Agong untuk memelihara Agama Islam pada setiap masa tidak terkompromi.

Pihak Kerajaan Negeri Sembilan harus segera mengambil tindakan memfailkan rayuan tanpa bertangguh lagi.




Bersama Mendaulatkan Islam Sebagai Agama Negara

Ustaz Mohamed Hafiz Bin Mohamed Nordin
Pengerusi,
Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) 

11 comments:

  1. Malangnya kerajaan tidak ada 2/3 majoriti untuk meminda perlembagaan.Hakim membuat keputusan berasaskan perlembagaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengan peruntukan sedia ada di dalam Perlembagaan, ia lebih dr cukup untuk memastikan penghakiman kes seperti ini memihak kepada Agama Negara.

      Tetapi, apalah guna mempunyai "parang undang-undang" jika tidak tahu menggunakannya.

      Delete
  2. Si Islam/Melayu-LIBERAL makin MEMPERBODOHkan dan MENGUASAI TANAH MELAYU, NEGARA ISLAM pusaka nenek moyang kita ini - akibat NAFSU BUAS si LIBERAL ini, yg. mahu MENGHALALkan yg. diHARAMkan terutamanya hak puak LGBT ! Bahkan aku syak ini perancangan mat halus utk. HAPUSkan undg-undg/Mahkamah SYARIAH, oleh puak DAPBANGKAI/PKRSODOM serta tuan Barat-Zionisnya!

    Bayangkanlah salah seorg. hakim ialah si KAPIR, boleh pula dibenarkan mengadili undg-undg Syariah berkaitan HUKUM ISLAM dan Hakim/Hakim Islam pula yg. BUKAN pakar dlm ilmu Islam - berkaitan puak Mak Nyah yg. sebenarnya adalah puak HOMO! Maka sekrg, puak HOMO kat NEGARA ISLAM kita ni makin boleh liaq BERSODOM dgn. terbuka pula tu, hanya dgn. berlagak spt. Mak Nyah (kononnya SODOM jenis ini ‘semulajadi‘) - akan dibela undg-undg PENIPU-BINATANG BUAS si KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS!

    Tengoklah Prof-jenis-apa ni dari Univ Islam pula tu -yg. mempertahankan isu ini sbg. perkara kecil kerana kononnya adalah hak kebebasan puak SODOM Mak Nyah ni dlm. "demokrasi" dan "itu hak mereka buat apa mereka suka" (esok puak SODOM nak MEROGOL binatang pun mungkin diHALALkan juga) - patutlah makin ramai anak muda termasuk MAHASEWEL; dah jadi KELIRU psl. hukum BERSODOM! Lihat di - http://www.anwaraidc.com/?p=51228:

    ISMA : Kemenangan Golongan Transgender Jadi Ancaman Islam Di Malaysia

    Nov 08,2014 - by AIDC

    SHAH ALAM: Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) berpendapat kemenangan golongan mak nyah dalam menghapuskan peruntukan Seksyen 66 Enakmen Syariah Negeri Sembilan satu lagi cubaan mencabar kesucian agama Islam.

    Naib Presiden (II) ISMA, Fauzi Asmuni berkata golongan liberal seperti itu akan menggunakan pertembungan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil sebagai rujukan kepada tuntutan mereka pada masa akan datang.

    “Apabila berlaku pertembungan antara enakmen mahkamah syariah dan keputusan mahkamah rayuan, jadi yang terpakai adalah keputusan Mahkamah Rayuan manakala keputusan Mahkamah Syariah akan terpinggir.

    “Jika tidak dikawal dari awal, ia akan membawa kepada banyak penghapusan enakmen-enakmen khusus di dalam Mahkamah Syariah,” katanya ketika dihubungi Antarapos.

    Fauzi diminta mengulas keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang mengisytiharkan peruntukan undang-undang syariah Negeri Sembilan yang melarang golongan mak nyah berpakaian wanita sebagai tidak sah.

    Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Hishamuddin Mohd Yunus berkata Enakmen Syariah tahun 1992 itu tidak sejajar dengan peruntukan perlembagaan yang menjamin kebebasan dan kesamarataan manusia.

    Beliau berkata peruntukan Seksyen 66 Enakmen Syariah Negeri Sembilan itu gagal mengiktiraf bahawa ada golongan lelaki yang mengalami ‘gender identity disorder’ yang dikaitkan dengan golongan transesksual ataupun lelaki yang mempunyai perwatakan wanita.

    Keputusan itu lantas disambut aktivis dan pertubuhan bukan kerajaan (NG0) sebagai kemenangan dalam perjuangan golongan mak nyah yang mencari kesamarataan dan penerimaan pihak berkuasa Islam.

    “Ia satu ancaman yang patutnya masyarakat perlu lebih sensitif dengan perkembangan ini. Mereka perlu berhati-hati dengan mengambil tindakan sewajarnya agar bidang kuasa Mahkamah Syariah kekal dan tidak mudah diperkotak-katik,” ulas Fauzi lagi.

    Sementara itu Dekan Kuliah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Datuk Dr Paduka Mahmud Zuhdi Abdul Majid menganggap keputusan Mahkamah Rayuan itu bukan suatu isu yang besar sama ada dari segi agama atau perundangan.
    Tegasnya ia adalah selaras dengan amalan demokrasi di negara ini.

    “Bertentangan atau tidak, itu pilihan sendiri. Jika maknyah merasakan apa yang dibuat itu tidak bertentangan, maka itu pilihan mereka. Jika mereka tidak mahu ikut para ulama dan cerdik pandai di dalam agama dan mahu buat apa yang mereka nak, tiada masalah.

    “Golongan ulama hanya nak membantu mereka untuk lepas dari dosa, ia tidak menjejaskan kepentingan para ulama dan pengamal undang-undang Islam. Mereka hanya nak tolong,” katanya kepada portal ini.

    (Teruskan membaca....)

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya sebahagian daripada tuntutan IFC untuk meletakkan Islam di bawah skrutini hakim berlainan agama sudah menjadi kenyataan.

      Setuju dengan Makcik.

      Kita semua perlu bangkit dengan segera!!

      Delete
  3. Untuk kali pertama ini, aku bersetuju dengan tagline penyokong DSAI ' Rakyat Hakim Negara'. Walaupun mungkin kena double.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau hakim yang waras, tidak mengapa tuan.

      Kalau yg tidak waras seperti di luar mahkamah tempoh hari, minta2 dijauhkan.

      Delete
    2. rakyaat yg perdana menteri bengong layak jadi hakim negara bengong # cuma yg gila akan lantik manusia gila dan berjawatan hakim negara.

      Delete
  4. Islam semakin lama semakin diserang daripada segenap sudut! Namun apakan daya orang-orang Islam sendiri masih suka berpuak-puak dan bersekutu dengan musuh-musuh Islam!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu realitinya Tuan. Perpecahan kita yang menjadi baja kepada keberanian luar biasa ini.

      Delete
  5. Yang memburukkan lagi keadaan ialah Orang2 Islam itu sendiri yang bermusuhan sesama sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Tuan. Ini perlu kita selesaikan dengan segera. Perlu cari titik temu yg sesuai suoaya kita semua kembali duduk dan bersaudara atas satu akidah yang sama.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.