Thursday, 13 November 2014

KENYATAAN MEDIA CENTHRA 12 NOVEMBER 2014: PENDIRIAN BERHUBUNG KEPUTUSAN PENGHAKIMAN ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN (SEKSYEN 66)


Hujah-hujah penghakiman ringkas yang dikemukakan oleh Hakim Mahkamah Rayuan, Dato’ Mohd Hishamudin Yunus pada 7 November lalu pada memutuskan bahawa Seksyen 66, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 sebagai tidak keperlembagaan (unconstitutional) telah memeranjatkan banyak pihak sama ada di kalangan ahli-ahli agama, para pengamal undang-undang termasuk juga pemimpin masyarakat Islam tanahair. 

Keseluruhan hujah-hujah penghakiman Dato’ Mohd Hishamudin Yunus telah disandarkan pada tafsiran terpilih dan terhad beliau terhadap Bahagian Kedua Perlembagaan Persekutuan – Kebebasan Asasi – meliputi Perkara 5 (Kebebasan Diri), Perkara 8 (Kesamarataan), Perkara 9 (Kebebasan Bergerak) dan Perkara 10 (Kebebasan Bercakap).

Adalah menjadi sesuatu yang menggusarkan apabila penghakiman tersebut tidak mengambil kira sekurang-kurang tiga hal utama yang jelas termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dalam merumuskan hujah-hujah penghakiman, sehingga dibimbangi akan menjadi titik-tolak pada penerimaan amalan-amalan hak asasi liberal Barat yang tidak sesuai dengan budaya masyarakat negara kita dan bertentangan pula dengan ajaran-ajaran agama Islam. Pertama, rujukan langsung tidak dibuat kepada Bahagian Pertama Fasal 3, Perlembagaan Persekutuan yang dengan jelas memperincikan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan yang menjadi rujukan utama dalam penghakiman yang melibatkan hal-hal mengenai Islam dan orang Islam.

Kedua, penghakiman tersebut juga tidak mempertimbangkan kuasa yang dimiliki oleh Negeri-Negeri Persekutuan pada Jadual Kesembilan Senarai II Perlembagaan Persekutuan dalam membuat undang-undang, lebih-lebih lagi undang-undang yang berhubungan dengan pentadbiran dan perlaksanaan Agama Islam di Negeri-Negeri tersebut.

Ketiga, penghakiman tersebut juga tidak mempertimbangkan kedudukan dan kebebasan Mahkamah Syariah seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan dalam melaksanakan penghakiman terhadap kesalahan-kesalahan Syariah yang terletak di bawah kuasa Negeri-Negeri. Adalah tidak wajar perkara-perkara besar ini, yang menjadi asas pembinaan dan amalan undang-undang di Malaysia, untuk diabaikan dalam hujah-hujah penghakiman tersebut.

Dalam konteks dunia pascamoden hari ini, hujah-hujah penghakiman yang berdasarkan faham hak-hak asasi manusia liberal Barat khususnya dalam penyebarluasan ekspresi gender songsang yang sememangnya menjadi sebahagian penting dalam norma-norma masyarakat Barat ketika ini dalam konteks sosio-budaya masyarakat Malaysia sangatlah dikesalkan. 


Sebagai sebuah negara yang menjunjung tinggi peranan agama dalam kehidupan khususnya Agama Islam yang menjadi Agama Persekutuan bagi Negara Malaysia, sebarang bentuk kebenaran atau penggalakkan fenomena ekspresi gender songsang hanya akan mengundang gejala akhlak yang lebih buruk kepada masyarakat. Hak asasi manusia seperti yang dilaungkan di Barat bukanlah semesti hak asasi yang patut diikuti di negara-negara yang masih mengamalkan agama seperti Malaysia ini.

Penelitian terhadap alasan penghakiman Mahkamah Rayuan menunjukkan bahawa duluan-duluan yang diputuskan oleh mahkamah-mahkamah asing, antaranya Mahkamah Agung India dalam National Legal Services Authority v Union of India and Others dan Mahkamah Agung Amerika Syarikat dalam Tinker v Des Moines Independent Community School District, telah diambil dan diguna pakai, hampir secara in-toto, bagi memutuskan bahawa seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 sebagai bercanggah dengan perlembagaan dan hak asasi. Sedangkan negara-negara seperti India dan Amerika tidaklah mempunyai Agama Persekutuan seperti di Malaysia. Hal ini jelas bertentangan dengan peringatan keras yang pernah diungkapkan oleh Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Shah (ketika itu Raja Azlan Shah) dalam penghakimannya di Mahkamah Persekutuan pada tahun 1975. Dalam Looh Kooi Choon v Kerajaan Malaysia, baginda telah memutuskan seperti berikut:

"Sungguhpun banyak yang boleh diperkatakan berkenaan Perlembagaan-Perlembagaan dari negara lain, tetapi hakikatnya Perlembagaan negara kita hendaklah berdiri pada kakinya sendiri, di mana ungkapan-ungkapan yang terkandung di dalamnya mesti ditafsirkan tanpa membenarkan unsur-unsur luar dari Perlembagaan negara lain mengatasi peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan kita sendiri.” (terjemahan dari teks asal berbahasa Inggeris)

Justeru para hakim juga tidak terkecuali dari amanah dan tanggungjawab untuk memastikan gejala-gejala buruk ini menular ke dalam negara ini melalui keputusan penghakiman yang bukan sahaja tidak menepati norma-norma masyarakat setempat malah mengabaikan ruh dan semangat yang terkandung dalam Perkara-Perkara penting Perlembagaan Persekutuan sepertimana yang dinyatakan sebelum ini.

Kita menghormati badan kehakiman sebagai institusi yang berautoriti bagi memutuskan sesuatu pertikaian undang-undang dan Perlembagaan. Maka dengan itu kita berharap dan menggesa agar keputusan Mahkamah Rayuan ini akan segara dirayu ke Mahkamah Persekutuan, supaya dapat dipertimbangkan dan dinilai semula akan segala percanggahan-percanggahan dan kekhilafan-kekhilafan yang mungkin terkandung dalam Penghakiman Mahkamah Rayuan tersebut.

AZRIL MOHD AMIN Pengarah Eksekutif, Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA)

Sumber: Kenyataan Media CENTHRA 12 November 2014 http://t.co/n5KePSnzRS

6 comments:

  1. Harapnya-semasa kes ini dirujuk Mahkamah Persekutuan nanti-pembetulan yang selari dengan pandangan CENTHRA dapat digunapakai!

    Apa perlu Perlembagaan Persekutuan tunduk dengan konvension negara lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju Tuan.

      Tidak habis dengan mentaliti terjajah. Tidak mampu berdiri atas pendirian dan kedaulatan sendiri.

      Delete
  2. Salam. Kslahn syariah ini mngpa d hdpkn rayuan ke mhkmah civil yg tdk boleh mncmpuk aduk dlm kes2 yg brkaitn dgn syariah ? Bg sy ben awl2 lg hkim bleh tolk kes ni ke mhkmh syariah yg brotoriti dlm kes2 syariah bkn sbleknya. Ni nmpk satu yg tak kna! Apa pncrhan dr centhra ? Apaka tndkn susuln dri centhra ? Mmng puak2 kafirin dn barua2 mmrek sdng busaha nk hpuskn prundngn islam dn mlnyapkn mahkmah syariah. Sbb tu la mrek sdng clarukn pmkiran umt islam dgn mnimbulkn sgla mcm fitnah trhdp agma islam dn akhirnya umat islm hlang kprcayan trhdp agama mrek. Ini motif para dajjal dlm dn luar ngara !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju Tuan Hamba Allah.

      Sepatutnya dr awal kes ini ditolak Mahkamah Sivil. Ada sesuatu yg tidak kena sebenarnya.

      Delete
  3. Artikel yg. BERNAS - cuma CENTHRA. kalau tambah Advokasi Hak asasi Islam, lagi BAGUS!

    Maka, peguam-peguam HEBAT kita, cepat lawan habis-habisan! Tapi Makcik heranlah Ben, kenapalah MAINS terlalu LEMAH; sedgkan lihat artikel yg. sungguh BERNAS ini yg.membuktikan tentang Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) di bawah kuasa DYMM YDPA/Kesultanan Melayu sbg. Ketua/Penjaga Agama Islam, lebih berkuasa dari K'jaan negeri/K’jaan Persekutuan mengikut Perlembagaan Persekutuan pun! Dan artikel yg. sungguh BERNAS ini juga membuktikan begitu jelasnya PENGIKTIRAFAN pelansongan kuasa EKSEKUTIF Raja/Sultan Melayu (Executive Monarchy - walau tidak mutlak) dari semasa PENJAJAHAN British-ZIONIS pun; hingga semasa Perlembagaan Persekutuan digubal, bukan sekadar “Hiasan/Simbol Adat“ (Ceremonial Monarchy), terutamanya dlm. MEMPERTAHANkan ISLAM/umatnya – sepatutnya PENASIHAT-PENASIHAT mcm Haji Mahamad Naser bin Disa, Peguam Kanan Persekutuan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Dewan Amal Islami (DAMAI) - di lantik sbg. PENASIHAT TULEN dlm MT UMNO, Utusan Melayu dan JPM (ketiganya yg. disyaki sudah dikuasai si LIBERAL-plg-merbahaya) – lihat di https://akarimomar.wordpress.com/tag/perlembagaan-persekutuan/ , Hijrah Minda: Agenda Transformasi Islam , Haji Mahamad Naser bin Disa[1], 7 April, 2012!

    Bahkan KUASA EKSEKUTIF Kesultanan ISLAM/Melayu, yg. mendaulatkan PELANSUNGAN turun temurun, PEMERINTAHAN ISLAM di Tanah Melayu ISLAM ini, juga adalah ASAS undg-undg Perlembagaan, tak kira siapa pun menjadi K’jaan Persekutuan mahupun K‘jaan negeri; di - http://www.khazanahbendaharaserimaharaja.com/melayu-islam-beraja-mib.html , 7 WASIAT RAJA-RAJA MELAYU!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami sendiri pun tidak pasti apa yang tidak kena dgn cara MAINS yg seolah membuka ruang kepada kelemahan utk dimanipulasi pihak lain.

      Semoga ada pihak lain dari Jabatan AgamaLain dan NGO berkepentingan Islam mencelah semasa kes dibawa ke Mahkamah Persekutuan Makcik.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.