Wednesday, 26 November 2014

Bahagian II Pindaan Akta Hasutan 1948: Penerangan Dan Sesi Soal Jawab Bersama Tan Sri Abd Aziz Abd Rahman & Tan Sri Zaman Khan


Bagaimana Dengan Kelulusan Parlimen Pada 1971?
Ketika Parlimen dipulihkan pada 1971, pemerintah tidak mempunyai majoriti 2/3. Walaubagaimanapun, pindaan kepada perlindungan undang-undang Akta Hasutan 1948 dalam Perlembagaan, mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen termasuk ahli-ahli Parlimen dari DAP.

Mereka telah difahamkan melalui kejadian rusuhan yang berlaku bahawa perkara-perkara sensitif seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, bukanlah perkara yang boleh dibiarkan disentuh, dikritik dan dipersoalkan sesuka hati.

AH48 dipinda melalui MAGERAN dan kemudian di Parlimen.

Benarkah Undang-Undang Dibuat Bukan Di Parlimen Sebelum Hari Merdeka Tidak Sah Menurut PerlembagaanSebagaimana Yang Dikatakan Sesetengah Pihak?

Undang-undang yang diperkenalkan sebelum Merdeka dirujuk sebagai Ordinan. Kesemua undang-undang ini diterima sebagai undang-undang yang sah dan diiktiraf oleh Perlembagaan melalui Perkara 162 Perlembagaan Persekutuan.

Selagi mana tiada apa-apa pemansuhan maka mana-mana undang-undang yang dibuat sebelum Hari Merdeka akan terus berkuatkuasa secara sah di dalam negara.

Bagaimana Pula Dengan Tekanan Antarabangsa Mengenai Akta Hasutan 1948?
Tan Sri Abd Aziz menyatakan memang benar Malaysia ada menandatangani beberapa treaty diperingkat antarabangsa, tetapi harus dingatkan bahawa undang-undang antarabangsa membenarkan mana-mana negara di dalam dunia untuk menentukan apa yang terbaik untuk negara mereka tanpa campurtangan pihak lain.

Negara-negara di dalam dunia mempunyai kedaulatan masing-masing yang diiktiraf malah dihormati oleh undang-undang antarabangsa. Percubaan sesetengah pihak membawa tekanan antarabangsa hanya sekadar untuk membawa permainan persepsi untuk menekan pemerintah untuk memansuh AH48.

Apa Sebenarnya Yang Perlu Dilakukan Pemerintah Dengan AH48?
Menurut Tan Sri Abd Aziz, Tan Sri Zaman Khan dan beberapa orang panelis jemputan lain, AH48 sebenarnya cukup untuk memastikan negara ini tidak tercampak ke dalam satu lagi kancah pergaduhan kaum dan pertembungan agama. Yang penting ialah penguatkuasaan perlu dilakukan secara konsisten bagi menunjukkan pemerintah yang ada pada ketika ini ialah pemerintah yang berdaulat.

Walaubagaimanapun, jika perlu untuk dilihat semula keberkesanan AH48 ini, terdapat cadangan penambahbaikan diusulkan oleh panelis supaya Akta Hasutan 1948 ini lebih kuat dan lebih berkesan untuk mengekang budaya ekstremisme yang boleh mencetuskan kekacauan.

Antara yang dicadangkan ialah supaya bahagian kritikan ke atas pemerintah ditiadakan dan dihapuskan supaya persepsi bahawa AH48 ini digunakan sebagai alat untuk mengekang sebarang kritikan ke atas cara pentadbiran kerajaan dapat dikendurkan.

Satu lagi penambahbaikan yang perlu dan mesti dilakukan ialah dengan memasukkan Fasal 1 (g) ke dalam Perkara 3 Akta Hasutan. Fasal 1(g) ini ialah bagi memasukkan sebarang perbuatan yang menghina, mencerca serta melakukan kritikan melampau terhadap Islam sebagai satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Akta Hasutan 1948.

(Cadangan Penuh Penambahbaikan Boleh Dibaca di sini.)

Kenapakah Semasa Pindaan Pada 1970, Elemen Kecenderungan Menghasut Dalam Mencerca Agama Islam Tidak Dimasukkan?
Tan Sri Abd Aziz ketika pihak kami mengajukan persoalan ini menyatakan bahawa perkara ini ada dibincangkan semasa jawatankuasa undang-undang di bawah MAGERAN. Ia tidakpernah terlepas pandang.

Tetapi, perbincangan yang diadakan pada masa itu merumuskan bahawa Islam sudah mempunyai perlindungan yang cukup melalui kewujudan Seksyen 295 – 298 Kanun Keseksaan. Jadi, sebarang penambahbaikan dengan memasukkan pindaan yang melindungi agama Islam pada waktu itu dianggap sebagai tidak perlu kerana sudah wujud peruntukan yang difikirkan memadai.


Walaubagaimanapun, perkembangan keputusan demi keputusan mahkamah lewat ini menyaksikan bahawa keperluan untuk melindungi Islam dengan peruntukan jelas dalam undang-undang dilihat semakin mendesak. DItambah pula dengan perbuatan menghina Islam yang sudah semakin tidak terkawal di dalam negara.

Berikutan itu, cadangan penambahbaikan dengan memasukkan Fasal 1(g) ini adalah sesuatu yang perlu dilakukan.

Bagaimana Pula Dengan Janji Perdana Menteri Untuk Memansuhkan Akta Hasutan 1948?
Tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja, sebarang bentuk cadangan untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948, walaupun telah diluluskan oleh Parlimen, tidak akan dianggap sah selagi Majlis Raja-Raja tidak bersetuju untuk meluluskannya. Ini adalah peruntukan di dalam Perlembagaan. Semua rakyat Malaysia yang menghormati Perlembagaan harus tahu dan menghormati fakta ini.

Cuma satu persoalan yang ditimbulkan Tan Sri Abd Aziz Abd Rahman dan panelis yang hadir, apakah Najib Tun Abd Razak telah menyembah maklum kepada Majlis Raja-Raja sebelum menyembah maklum hasrat populis beliau kepada Majlis Makan Malam Pejabat Peguam Negara? Jika tidak, kenapa beliau membelakangkan Majlis Raja-Raja di dalam isu ini.

Kesemua panelis yang hadir bersetuju bahawa tindakan memansuhkan Akta Hasutan 1948 merupakan langkah yang sangat tidak bijak, terkebelakang dan bakal memusnahkan keharmonian negara. Malah Tan Sri Zaman Khan berkongsi pengalaman beliau yang luas tentang perkara-perkara yang berlaku sepanjang tempoh beliau bersama perkhidmatan Polis.

Tanpa undang-undang pencegahan yang tegas, elemen-elemen subversif, ekstremis dan pengacau dalam masyarakat akan bebas menggadaikan negara dengan mencampakkan negara ini ke dalam satu lagi bentuk kekacauan bersifat perkauman dan agama.

Pemerintah harus mendengar gusaran hati mereka-mereka yang terlibat secara langsung dengan pembentukan pindaan terhadap Akta Hasutan 1948 ini. 

6 comments:

  1. Alhamdullilah TS Muhyidin Yassin dah gesa supaya Akta Hasutan 1948 tidak dimansuhkan malah ditambah baik- Ah Jib Gor, faham bahasa ke tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Ucapannya sedikit memberi ruang lega.

      Cuma kita gusar semua semangat tu akan akan dibungkus bila presiden bernama Cina UMNO pertama membuat ucapan penggulungan.

      Delete
  2. Ah Jib Gor sila turun

    Pengecut tak layak jadi pemimpin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Kalau dah jadi liabiliti, keliru, lembam semacam tak faham aspirasi Melayu akar umbi, PM cina kita boleh angkat kaki.

      Ubah sebelum rebah!

      Delete
    2. Entah apa yg beliau fikir dan takutkan.

      Sebagai warga yg berhemah, kita telah menuntut beliau berubah. Tanpa perubahan untuk menjaga Islam dan Melayu, maka tempoh peluang berubah yang diberikan semakin suntuk.

      Beliau harus ingat, inilah juga yang berlaku di zaman Pak Lah.

      Delete
  3. NAjib dan penyembah berhala berhala cina dalam UMNO sila berambos. Make your stand. Make up your mind.

    PEMIMPIN BANGSAT
    MELAYU MEREMPAT
    ISLAM TERJERAT

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.