Tuesday, 4 November 2014

Azmin Hakim Negara : Bible Dirampas Bukan Milik Kristian, Ia Ekshibit Rampasan Undang-Undang

Azmin Ali, sepertimana mentor sesumpahnya, mempamerkan keupayaannya serta persediaannya bagi menggantikan Anwar Ibrahim yang akan bertukar alamat tidak lama lagi. Untuk mendapatkan endorsement pelampau Kristian negara yang menguasai jaringan politik dan baja sokongan politik pembangkang, seolah-olah beliau kini harus menunjukkan kesanggupannya melawan establishment.



Kami akan sentiasa bersetuju dengan Azmin sekiranya setiap tindak tanduknya mengikut jalan akidah yang betul dan tidak bercanggah dengan Perlembagaan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Sekiranya berlaku sebaliknya, adalah menjadi tanggungjawab kami sebagai warganegara yang cintakan negara ini yang menghormati Perlembagaan dan Prinsip-Prinsip Rukunegara, untuk membuat teguran, menyanggah dan bertembung idea dengan yang bercanggah.

Perlu diingatkan kembali Islam merupakan Agama Negara serta kedudukan ini diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan pada Perkara 3 (1).

Perkara 3 (1) yang sama juga meletakkan syarat yang jelas sekiranya agama lain mahu diamalkan secara bebas di dalam Malaysia. Syaratnya, amalan agama itu mestilah bersikap aman dan damai terhadap Islam.

Dalam penghakiman Mahkamah Rayuan kes Roman Titular Archbishop of Kuala Lumpur v Menteri Dalam Negeri, Hakim telah mentafsirkan perkataan aman dan damai di dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan tersebut ialah bersikap aman dan damai terhadap Islam.

Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan memberikan kuasa kepada negeri-negeri untuk membuat undang-undang bagi menghalang sebarang pengembangan iktikad lain agama terhadap agama Islam.

Menggunakan kuasa yang diberikan Perlembagaan ini, negeri Selangor menegakkan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 yang mana, menerusi enakmen ini, Bible-Bible yang mengandungi kalimah yang dilarang penggunaannya oleh bukan Islam bagi tujuan agama mereka, dirampas oleh pihak yang berkuasa menurut undang-undang.

Sesuatu barang rampasan yang dirampas kerana melanggar undang-undang adalah tertakluk kepada Bab XLI Pelupusan Ekshibit Dan Harta Yang Berhubung Dengan Kesalahan di dalam Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593), terutamanya pada Perkara 407A.

Sebagai contoh yang mudah, bolehkah kita menyuruh mahkamah mengembalikan bom tangan milik pengedar dadah yang dirampas dengan berhujah mengatakan bom tersebut adalah milik pengedar dadah terbabit? Kurang bijakkan?

Begitu juga pelan membuat bom yang dirampas polis bagi mengebom mana-mana premis. Bolehkah seorang jurucakap kurang akal memberikan hujah bahawa pelan tersebut perlu dikembalikan dengan alasan ia milik pengganas terbabit.

Termasuk juga penerbitan-penerbitan subversif dengan niat memporak perandakan negara. Semua yang dirampas adalah tertakluk kepada Kanun Prosedur Jenayah bagi kesudahan akhir perkara-perkara yang dirampas.

Dalam kes rampasan Bible ini, tolong buktikan yang saudara lebih cerdik dari mentor sesumpah saudara. Kita tidak perlukan klon Anwar Ibrahim satu lagi di dalam dunia ini. Satu sudah cukup menyiksakan umat ini selama lebih 4 dekad.

Jangan Lebih Sudu Dari Kuah
Dan yang paling akhir yang perlu diingatkan kembali Azmin Ali ialah, jawatan Menteri Besar Selangor itu sebenarnya ialah sebuah amanah untuk menjalankan kuasa pentadbiran bagi pihak Sultan Selangor. Ia milik Sultan Selangor untuk diamanahkan kepada sesiapa sahaja yang menurut undang-undang tubuh negeri Selangor layak untuk memimpin negeri bagi pihak baginda.

Harap Azmin tidak lebih sudu dari kuah. Mentadbir bagi pihak Sultan bukan bermaksud boleh beraja di mata dan bersultan di hati. Mentadbir bagi pihak Sultan tetap mentadbir bagi pihak Sultan. Ia bukan jawatan yang lebih tinggi dan atas dari Sultan negeri.  Sedar tentang hakikat ini dan bersihkan diri dari kecanduan KETUM.

Usah biar diri anda diselebungi imej KETUM.


*********************************************************************************
Baca juga ramalan kami sebelum ini tentang perilaku yang bakal dilakukan Azmin sebaik menjawat jawatan Menteri Besar Selangor pada pautan di bawah:

http://www.bangkit.info/2014/09/apakah-azmin-ali-mencari-endorsemen.html


13 comments:

  1. nak dpt endorsemen gereja, mestila kena tunjuk berani lawan Islam, melayu dan sultan2. Barula lulus proses initiation masuk geng depa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang kami ramalkan sebelum ini..


      http://www.bangkit.info/2014/09/apakah-azmin-ali-mencari-endorsemen.html

      cuma kenyataannya hari ini, menjelaskan lagi motif kiblat kuasa Azmin.

      Delete
  2. Mestilah sama dgn Anwar. Sebelum mana2 SEPILIS melingkup, depa dah ada pengganti yg dilatih.

    Ceritanya nak fight dengan depa ni, mesti sanggup fight perjuangan yang panjang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju.. ini adalah perjuangan yang panjang..

      Tetapi hari kemenangan yang ditunggu2 itu akan hadir tidak berapa lama lagi.. In Sya Allah

      Delete
  3. PKR memang bodoh!!!

    Tengok ni Tian Chua punya statement bangang dan kurang ajar!

    "If they dare find Anwar guilty, we will gather in large numbers on Saturday and Sunday at Dataran Merdeka." - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/tian-chua-warns-of-mammoth-rally-if-anwars-conviction-is-upheld#sthash.gPrbjUYZ.dpuf

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try laaa...i challenge u Tian Chua. Yes am a svcman whom protect our country. He better think deeply b4 do something stupid. Enough is enough..

      Delete
    2. Penggigit polis juga sedang menghitung hayat politik diri sendiri. Tanpa Anwar, tiada siapa mahukan sahabat yang boleh menggigit orang lain.

      Delete
  4. Depan orang chritian depa tunjuk depa hero , depan orang melayu pun sama ,chemelion juga hampa ini. Sama macam mentor hang. Negara ini takan aman lagi walaupun aljub dipenjara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu antara senario yg telah dibincangkan.. mereka akan terus melakukan kekacauan sehingga negara ini tunduk kepada political master mereka..

      Kita akan terus berjuang..

      Delete
  5. This is the most stupid statement being made by the new Selangor MB after being appointed as the YAB. The reason is very simple.... voters and their way of voting.... PAS especially its President... should muhasabah himself for his action suggesting this person particular name to the DYMM Sultan Selangor....

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS, overwhelmed by their own cowardice and 'takut besi', has their own fair share by nominating this ludicrous figure as the MB.

      While DAP and the evangelista are now all out itching for fight against the Islamic establishment of this country, PAS succumbs to their own fantasy of Islamic Utopia merely fueled by Islamic rhetoric.

      Words by PAS leadership are quicksilver. Their meaning changes with every age, every perspective and every time the PKR goons intimidate them with their own 'besi'.

      By acting this way, PAS has lost the opportunity to promote itself as a better alternative to UMNO.

      Frankly Mr Unkown, our confident in PAS have been completely eroded.

      We felt betrayed and the wound of the betrayal is so deep that it needed time to fully healed.

      "Betrayed" is our favorite malapropism. It's apt when "beguiled" doesn't quite capture the quality of being fooled several times by the PAS Majlis Tertinggi with their Negara Berkebajikan agenda.

      So now, it is up to us, on our own feet, to continue to head on with this perjuangan.

      Delete
  6. Hadi seolah2 tk knal sapa azmin. Apa yg dia trhutng budi dgn azmin hnga sokong kt sultn lntik puak ketum jd mb. Orng mcm ni jd ktua mmg rosk ngri. Skrng nk sruh plng blik bible stlah d rmpas krna lnggar undng2 yg dia brsmpah mnjganya. Nk ambik hati orng kafir hnga sngup blkngkan islam.Apa punya baghal mknusia ni.

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.