Tuesday, 4 November 2014

Anwar Liberal Demokrat Mempertahankan Sister Liberal

Anwar Ibrahim, seorang tokoh yang sentiasa mendapat redha dari kalangan Yahudi dan Nasrani, sering diangkat kedua kelompok ini sebagai tokoh Liberal Demokrat Islam 1.

Yahudi dan Nasrani menggemblengkan segala tenaga dan apa sahaja yang mereka ada untuk menyatakan keredhaan mereka terhadap perjuangan Anwar Ibrahim di bumi bertuah Malaysia. Berbeza dengan sikap Yahudi dan Nasrani yang digambarkan oleh Allah di dalam al Qur’an terhadap mana-mana pejuang Islam. Yahudi dan Nasrani, menurut Allah TIDAK AKAN SESEKALI redha dengan mana-mana perjuangan Islam yang ikhlas menurut jalan lurus yang telah ditetapkan oleh Allah.

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya pertunjuk Allah (Ugama Islam) itulah pertunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahi yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. (al Baqarah ayat 120)

Haji Mohammad Ariffin bin Ismail, menulis di dalam mukaddimah sebuah penulisan bertajuk “Cabaran Akidah : Pemikiran Islam Liberal” terbitan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Perdana Menteri perkara berikut.

Dalam rekomendasi Rand Corporation kepada kerajaan Amerika sebagaimana tertulis dalam buku “Civil Democratic Islam : Partners, Resources and Strategies” (Cheryl Benard, 2003, m.s. 61-64) dinyatakan bahawa untuk menghadapi umat Islam maka mereka perlu memecahbelahkan umat Islam dengan memberi sokongan kepada golongan Islam fundamentalis yang bakal melahirkan Islam radikal, akibatnya timbul pertentangan dengan golongan Islam tradisional. Di bahagian yang lain kerajaan Amerika memberikan sokongan kepada kelompok Islam Liberal. Dengan pembahagian umat Islam kepada kepada golongan “Islam Fundamentalis” dan “Islam Liberal”, di samping menghidupkan semula tarekat-tarekat sufi yang menyimpang, maka gambaran majority umat Islam sebenar yang mengikut manhaj ahli sunnah wal jamaah dan menjadi umat pertengahan (tidak ekstreem-fundamentalis dan tidak ektreem-liberal) tidak dapat dilihat dengan jelas. 2

Apabila Washington Post bertungkus lumus menulis satu penulisan menggesa tokong demokrasi Amerika untuk menjadikan Malaysia sebagai mangsa demokrasi terbaharu Amerika, penulis tersebut menyebut perkara berikut :

The campaign is particularly destructive because Malaysia, unlike many other majority Muslim countries, does not currently face an internal terrorist challenge, though some Malaysians are known to have traveled to Syria to join the Islamic State. By eliminating peaceful means of opposition, Mr. Najib risks making extremist options more attractive.3

Peaceful Means Of Opposition? 

Peaceful Means Of Opposition? 

Peaceful Means Of Opposition? 
Dari gaya bahasanya, ianya seperti ditulis oleh penulis yang terpaut dengan agenda RAND Corporation sepertimana yang dinyatakan oleh Haji Mohammad Ariffin Ismail. Demokrasi Amerika telah menghancurkan serta membunuh jutaan nyawa Muslim di pelbagai negara Islam. Iraq lebih aman, damai dan selamat di bawah Saddam Hussein berbanding selepas Amerika mengirimkan demokrasi bersama pesawat-pesawat pengebom B-2.

Malaysia perlu diajar tentang demokrasi sebagaimana yang dinyatakan penulis tersebut. Tetapi, berbanding Timur Tengah yang kini disemakkan dengan puak-puak fundamentalis dengan semangat mudah meruap dan mudah dipengaruhi oleh penipuan gerakan dajjal, untuk menguruskan Malaysia, cara keganasan melalui tajaan agen-agen Amerika berkemungkinan tidak akan membuahkan hasil.


Maka masuklah Malaysia dalam kategori kedua Modus Operandi kuliah demokrasi oleh pemilik pusat tahanan Guantanamao di Cuba.  Di Malaysia, cara terbaik untuk Amerika ialah dengan membantu, mendanai serta memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada golongan penganut SEPILIS (Sekularisme, Pluralisme dan Liberalisme) di kalangan mereka-mereka yang dinyatakan Islam pada kad pengenalan mereka. Ia dilakukan sebagaimana yang disebutkan Haji Muhammad Ariffin di dalam mukaddimahnya.

Lalu, mereka mendapati bahawa agenda menggunakan golongan Liberal untuk menguasai Malaysia dalam kepentingan strategik Amerika di Asia Pasifik berhadapan satu bentuk masalah. Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa pada 2006 yang meletakkan fahaman liberal Islam sebagai satu bentuk fahaman yang sesat. Tidak cukup dengan itu, Majlis Fatwa Negeri Selangor turut menamakan Sister in Islam sebagai salah satu daripada kumpulan liberal yang sesat. Fatwa yang dikeluarkan pada 17 Julai 2014 adalah seperti di bawah :



Mereka mula terasa kehangatan bagai dibakar api nuraka dari jarak jauh dengan fatwa ini apabila sahabat mereka dari Indonesia, Ulil Abshar Abdalla disekat daripada memasuki Malaysia untuk sebuah forum tajaan IRF sebelum ini.

Forum yang dimulakan dengan penyebaran poster yang berisi pembohongan dengan menamakan Global Movement of Moderates (GMM) di bawah Saifuddin Abdullah sebagai penaja bersama. Pembohongan yang kemudiannya dinafikan dengan penuh manja tanpa sebarang kenyataan keras mahu pun laporan polis oleh Saifuddin Abdullah. Yang ada, hanyalah rakaman twitter penafian penglibatan GMM dengan diskusi tersebut oleh Saifuddin Abdullah.





Mereka telah membuat pelaburan yang banyak untuk mengupah secara tidak langsung golongan berpakaian agama dengan pelbagai bentuk kemudahan termasuk biasiswa pelajaran untuk melanjutkan pelajaran sehingga ke menara gading dengan reputasi yang gah di Eropah. Tugas mereka ialah untuk menanamkan kebencian serta menyemai budaya ketidakpercayaan umat Islam dengan  Majlis Fatwa negara. Fatwa dari badan berotoriti ini kerap kali disanggah oleh boneka-boneka berpakaian agama seperti ini. Tetapi, pelaburan ini belum boleh dikategorikan sebagai pelaburan pulang modal.

Lalu sesuatu yang lebih drastik perlu dibuat. SiS Forum Sdn. Bhd, sebuah syarikat swasta telah mengambil jalan untuk memikul tugasan ini untuk mencabar keputusan Majlis Fatwa tersebut supaya kekangan pergerakan golongan Liberal dapat dikendurkan.

SiS Forum Sdn. Bhd, yang diasaskan secara bersama dengan Amina Wadud 4 menggunakan alasan kebebasan bersuara sebagai antara alasan mereka mahu mencabar Fatwa Liberal terbabit. Dalam penjelasan mereka dan media-media yang menyokong mereka,  terlihat wujud percubaan untuk menggambarkan pihak berkuasa berkenaan Fatwa untuk umat Islam ini seolah-olah takut untuk berhadapan dengan kehebatan mereka.

Pengasas SiS Forum Sdn. Bhd. Sedang Solat Mengimamkan Jemaah Lelaki. Bila Anwar Ibrahim Mahu Solat Bersama Wadud Sebagai Makmum?
Apa yang mereka-mereka ini tidak faham ialah, terlalu banyak perkara lain di dalam dunia yang memerlukan perhatian masa dan tenaga produktif Majlis Fatwa daripada duduk semeja menyelongkar semula semua perkara-perkara yang telah diputuskan sejak sekian lama. Bukanlah tidak mahu, tetapi lihat sahajalah perkara-perkara yang cuba dicabar mereka-mereka ini sejak sekian lama. Ia perkara yang jelas dan sudah diputuskan sejak ribuan tahun yang lama.

Jika, SiS Forum Sdn. Bhd. tidak mampu mengekang kecenderungan untuk mengorek dan mempertikaikan segala-galanya yang telah diketahui jelas sejak sekian lama, maka ada baiknya juga SiS Forum Sdn. Bhd. membuka cabang arkeologi dan membantu pasukan arkeologi negara menjejak ke mana perginya seluruh struktur tulang Spinosaurus Aegyptiacus di hutan Pahang. Ahli Arkeologi cuma menjumpai sebatang gigi Spinosaurus Aegyptyacus tersebut. Kepakaran SiS Forum Sdn. Bhd. untuk mengorek perkara-perkara lama amat diperlukan untuk membantu menjejak keseluruhan struktur tulang dinosaur ini. Ini adalah perniagaan yang lebih tepat dan produktif untuk syarikat swasta terbabit.


Sepertimana Modus Operandi biasa yang basi, maka berbondong-bondonglah ‘tokoh-tokoh’ menokok tambah sokongan mereka kepada tindakan syarikat swasta ini.

Antara yang menyokong ialah Anwar Ibrahim yang sentiasa diangkat oleh media-media dan rakan-rakan mereka di barat sebagai tokoh Islam liberal dan Liberal Demokrat harapan. Beliau sentiasa cuba mempamerkan dirinya sebagai seorang tokoh pejuang Islam di dalam negara, dipercayai penyokongnya sebagai tokoh pejuang Islam, malah ada yang fanatik sehingga mengangkatnya sebagai Imam Mahdi 5, diangkat barat sebagai tokoh Islam mengikut selera mereka, malah kesnya yang sedang dibicarakan sekarang ini juga tidak lepas daripada menyebut beliau tidak gagal untuk berpesan supaya jangan meninggalkan solat selepas meluangkan sedikit masa dengan pembantu peribadinya.

Apa? Anwar Ibrahim Imam Mahdi? Na'uzubillahimin Dzaalik.

Anwar Ibrahim Imam Mahdi Yang Bakal Membebaskan al Aqsa? Bukankah Dia Yang Menyebut I support all efforts to protect the security of the state of Israel,”?” Jika Membebaskan Bakat Terpendam, Itu Boleh Kami Percaya.


Perlu kita ingatkan kembali kepada Anwar Ibrahim bahawa jika beliau merasakan sokongan yang diberikannya kepada usaha syarikat swasta terbabit akan membuatkan umat Islam merasakan ianya sebagai sebuah usaha yang kosher dan bakal membuatkan umat Islam tertipu sebagaimana mudahnya PAS tertipu dengan wataknya yang pelbagai,beliau harus sedar bahawa beliau kini perlu berhadapan dengan generasi Muslim Bangkit! 

Apa Sahaja Yang Dilakukan Anak Muda, Ingat Pesan Anwar Ibrahim, Jangan Lupa Solat.
No Komen.


Ini generasi yang tidak mudah memaafkan, tidak mudah melupakan malah bertegas dengan pendirian menggigit pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah dengan gigi geraham.

Beliau boleh sahaja melakukan apa sahaja tarian politik untuk mencairkan umat ini dari pegangan asal mereka, tetapi harus beliau ingat, ini bukan generasi Muslim Gullible yang boleh dimanipulasi olehnya untuk duduk, bergolek, memanjat, melompat dan menyondol mengikut kehendak organ nafsunya.

Setiap Jumaat, Ingat Pesan Rasulullah s.a.w. Supaya Membaca Surah al Kahfi.
Kami akan bersama sesiapa sahaja pihak yang berjuang di atas jalan kebenaran iaitu jalan yang tidak bercanggah dengan pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah di dalam negara. Dalam kes ini, kami menyatakan solidariti untuk bersama dengan Majlis Fatwa dan Majlis Agama Islam dalam mempertahankan kebenaran yang semakin sukar ditegakkan di dalam negara.

Mereka mungkin ada Uncle Sam dan CFR dengan limpahan dana yang melimpah ruah serta kebaculan pemerintah Islam untuk bertembung ideologi dengan mereka, tetapi kami punya Allah, tempat kami bergantung segala harapan.


حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
 "Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)". ( Ali Imraan 3:173 )


Rujukan :



11 comments:

  1. Pak Non berahim dah tak relevan. Ptg ni dia bakal bertukar alamat. InshaAllah. Cepat2 skit masuk dlm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amen Ya Rabb

      Delete
    2. Jika kemasukannya ke dalam lebih banyak membawa kebaikan kepada umat Islam di Malaysia, semoga Allah memasukkannya ke dalam.

      Sekiranya dengan tidak memenjarakannya, Umat Islam akan terselamat daripada bala dan kejahatan yang lebih besar, semoga Allah menentukan tempat terbaik untuk beliau berada. Amin.

      Delete
  2. Anon pun sama SEPILIS tu yang sokong SIS membuta'tuli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. mereka dari perguruan SEPILIS yang sama Tuan Hamba Allah.

      Delete
  3. Aljuburi tkr alamt ptg ni umt islam slmt dn ftnah2 dajjal tk brtrusan, lnsyaAllah. Sya yakin umt islam akn kmbli brsatu lps pnctus kamamnan ni d rhatkn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa jua keputusannya, Semoga Allah menyatukan umat Islam dan menyedarkan umat Islam dari tindak tanduknya selama ini yang banyak merosakkan perpaduan Islam dan kekuatan Islam dalam negara.

      Delete
  4. Aaminn..Ya ALLAH kepada engkau sahaja kami menadah tangan untuk mendapatkan kebenaran dan keadilan. Manusia yang bertopeng telah melakukan perbuatan terkutuk gara-gara liberalisme..Dah terserlah dimahkamah oleh peguamnya sendiri bahawa telah berlaku perbuatan meliwat tetapi masih tidak mengaku. Selamatkan umat melayu dan ISLAM agar menghindari dari perbuatan terkutuk ini.

    ReplyDelete
  5. Amiin. 40 tahun negara huru hara pasal dia x reti nak kawal nafsu. It's about time.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar Tuan Hamba Allah. 40 tahun kita di dalam keadaan huru hara kerana dia tidak dapat mengawal sempadan nafsunya.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.