Tuesday, 11 November 2014

Angela Merkel, Sister In Islam & Seorang Wanita Barat di New York!

Megat Rizal MH



Selamat menyambut ulang tahun ke-25 kejatuhan Tembok Berlin. Dalam kita semua meraikan kemenangan demokrasi ke atas sosialis; satu bentuk kapitalis barat yang wajib ‘dianuti’ semua. Kita mungkin terlepas pandang cakap-cakap mereka yang ditimur, atau asal Jerman Timur yang sehingga ke hari ini, masih lagi mendakwa dianak-tirikan oleh the Wessis yang pernah melamar mereka, suatu ketika dulu, untuk menyertai mereka.

Pada tahun 2005 Spiegel Online, versi atas talian Der Spiegel yang sangat berpengaruh di Jerman melaporkan bahawa Jerman Timur masih belum boleh berdiri diatas kuasa ekonomi sendiri. ‘Jerman Timur’ diberitakan masih perlu bergantung kepada dana kerajaan yang berjumlah 70-80 billion euro setahun. Sistem ekonomi mereka masih belum mampu berdaya saing setelah sepuluh tahun bergabung, walaupun Jerman dikenali sebagai salah satu kuasa ekonomi gergasi di Kesatuan Eropah.

Cakap-cakap sedemikian masih lagi kedengaran seperti yang telah dilaporkan NBCNews hari ini berkenaan dengan jurang ekonomi yang masih ketara di antara Timur dan Barat, Jerman. Ini hanya membuktikan lagi bahawa kemodenan yang dibawa barat bukanlah sesempurna seperti yang didakwa Ulil Absar, contohnya. Lihat saja tembok-tembok besar yang dibina di Palestin secara haram oleh rejim Zionis dengan wang pampasan yang dibayar oleh Jerman setiap tahun? Kenapakah Konrad Adenauer Stiftung (KAS) yang kononnya membawa Misi; Demokrasi, tidak berkata apa-apa atau tidak berbuat sesuatu seaktif pembabitan mereka di Malaysia atau di Mesir, contohnya?

Kenapakah pula badan yang berkaitan dengan CDU (Christian Democratic Union) sebuah parti politik yang berpengaruh di Jerman, yang mempunyai telinga Chancellor Angela Merkel salah seorang wanita dunia yang paling berpengaruh, gagal menzahirkan sifat keibuan wanita tersebut supaya mereka mengecam keras pembunuhan bayi, kanak-kanak dan wanita di Gaza oleh rejim Zionis yang mereka taja? Ya Angela Merkel, ‘Yearning for freedom brought down Berlin Wall’, tapi mampukah hanya dengan itu rakyat Palestin akan berjaya menjatuhkan tembok yang dibina haram oleh Israel yang ditaja kerajaan anda?

Bila pula kerajaan anda akan menghentikan pembayaran wang yang berjumlah sehingga 800 juta euro seperti yang telah dijanjikan kepada Israel, negara haram yang menjajah dan menjarah tanah dan bangsa Palestin? Angela Merkel sebagai bekas warga Jerman Timur, sepatutnya malu dengan diri sendiri, kerana menutup sebelah mata dan kedua-dua telinga di atas kebobrokan yang diamalkan oleh negara haram Israel!

Atas kecacatan sistem inilah juga kita bersetuju dengan pandangan Kishore Mahbubani yang tanpa jemu mahu mengajar barat tentang nilai-nilai baik yang diamalkan oleh orang timur. Kishore Mahbubani banyak menulis tentang hal ini berdasarkan pengalaman beliau sebagai bekas diplomat Singapura dan beliau juga sering dijemput barat untuk berkongsi  buah fikiran bernas beliau tentang kesederhanaan yang telah diamalkan oleh masyarakat timur sekian lama, tunggak kepada ‘the Asian Century’.

Itu juga yang sering dibuat oleh Tun Mahathir semasa mentadbir Malaysia sehingga menjadi salah sebuah negara yang sangat berdaya saing di dunia. Tun Mahathir tidak mendengar pandangan barat secara membuta-tuli. Apa yang tidak baik atau tidak sesuai atau tidak bermanfaat kepada Malaysia, tidak akan beliau ikut. Semasa ekonomi Malaysia (dan Asia Tenggara) dilanggar penyagak matawang, Tun Mahathir, yang tahu dan sedar akan ‘kejahatan’ IMF (International Monetary Fund), memilih untuk melawan manipulasi matawang antarabangsa seperti George Soros, dengan cara Malaysia.

Tun Mahathir sebenarnya mengajar rakyat Malaysia supaya yakin dengan kebolehan sendiri dan tidak merasa rendah diri. Sehingga kini Malaysia dipuji kerana telah melakukan yang betul dan tepat, sesuai kepada keperluannya sendiri, apabila memilih untuk mengenepikan cadangan yang dibuat IMF. Sehingga kini Malaysia dipuji kerana pendekatan berani dan tuntas yang telah diambil Tun Mahathir.

Atas kesedaran itu juga sebagai umat Muslim yang diajarkan cara bernegara se-awal Piagam Madinah memilih untuk menolak pemikiran liberal dan pluralis barat seperti yang dibawakan oleh SIS Forum (Malaysia) dan rakan-rakan liberalis yang sewaktu dengan mereka. Ketika barat masih terkial-kial dengan sistem yang mereka sendiri ciptakan. Masih lagi ‘berpolitik’ dengan sistem rekaan manusia, yang banyak pula cacat celanya apabila mahu dipraktikan, umat Muslim sudah jelas dan selesa dengan satu cara Islam yang diperturunkan Allah SWT kepada hambanya.

Sehingga kini ketidak-adilan masih berleluasa di Barat. Dalam pada barat menekankan kepada kita supaya menerima pemakaian ala wanita lelaki-lelaki transgender sebagai satu bentuk kebebasan bersuara dan berekpresi seperti yang termaktub dalam perlembagaan, mereka masih mahu menekan, wanita-wanita untuk berhijab, contohnya, seperti yang dapat kita lihat di Perancis, walaupun mereka kononnya menjunjung, liberte, egalite dan fraternite dan meletakkan kebebasan bersuara sehingga memperlekehkan Tuhan dan utusan-utusan-Nya.

Kegagalan sistem rekaan manusia yang dicerna dengan ahli-ahli falsafah rendah moral dan tidak percaya Tuhan ini sememangnya berlawanan dengan kesyumulan Islam yang telah kita amalkan sejak lama. Ya masyarakat Melayu Islam sudah biasa dengan amalan bersederhana dalam konteks yang tidak melanggar dengan syariah Islam. Selak satu atau dua muka surat Undang-Undang Negeri Kedah, kita akan dapat kita lihat perihal Hudud yang sememangnya diamalkan.

Persoalannya, dalam tradisi beragama sedemikian rupa, apa mungkin kita perlu badan seperti SIS Forum (Malaysia) untuk meletakkan akidah kita kepada tempat yang sepatutnya?

Perlukah badan seperti mereka yang masih terkial-kial dengan konsep Islam yang mahu diterima-pakai mereka dibenarkan untuk mengajar buah pemikiran yang telah difatwakan sesat?

Bukankah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) contohnya yang lebih berotoriti terutamanya apabila diperkenan oleh DYMM Sultan Selangor sendiri, sebagai Ketua Agama Islam mengikut peruntukan udang-undang negeri tersebut? 

Jadi atas dasar apa pula, SIS berlagak seperti lebih berotoriti daripada MAIS?

SIS dan pertubuhan liberalis yang sewaktu dengan mereka lebih diperlukan di barat sebenarnya. Lenggok bahasa dan nuansa pertubuhan yang sering mereka bawakan lebih sesuai di barat. Mungkin juga, Eropah yang semakin takutkan dengan kepelbagaian, seperti multiculturalism, contohnya, perlu disedarkan oleh SIS akan pluralisme yang mahu diekspot mereka ke Malaysia!

Mungkin SIS pernah mendengar kisah seorang wanita yang menerima pelbagai bentuk ‘harassment’ termasuklah yang berbaur seks apabila berjalan berseorangan di bandar New York?

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (An Nur ayat 30)

Video akan perihal tersebut sudah diulang lihat hampir 35 juta ‘views’. Wanita yang memilih untuk memakai seluar jeans dan berkemeja- T itu dipanggil dengan pelbagai jenis perlakuan yang kurang sopan dan kurang menyenangkan wanita tersbut. Video berdurasi dua minit yang merakam perjalanan sepuluh jam wanita tersebut merekodkan lebih daripada seratus jenis kata-kata yang berbaur seks dan mereka menegaskan juga bahawa, ini tidak termasuk dengan siulan nakal dan kenyitan mata lelaki pelbagai latar-belakang.

Video tersebut dibuat atas inisiatif untuk menghentikan ‘street harassment’ yang digerakkan oleh sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Hollaback!, yang mahu mengumpulkan dana untuk ‘berdakwah’ tentang perlakuan pelecehan jalanan yang sangat berleluasa di barat. Video viral itu juga menjadi bukti kepada kebobrokan pelecehan berbaur seks yang diterima wanita-wanita barat dalam urusan seharian.

Kesedaran ini juga diharap dapat menjadi titik tolak kepada perlakuan pelecehan jalanan yang menggusarkan.

Namun kita yang telah disyariatkan penutupan aurat seseorang wanita, sedar bahawa isu ini bukan isu pelecehan dan kerendahan moral lelaki semata-mata. Isu ini sangat bersifat ‘it takes two to tango’, dan Islam yang sedar akan perkara itu, cuba untuk mencegahnya.

Jadi tidak hairanlah apabila perkara yang sama tidak berlaku ke atas seorang wanita yang berhijab. Eksperimen yang dibuat oleh kolektif yang menggelarkan diri mereka sebagai arewefamousknow, menyimpulkan satu pengalaman yang berbeza. Wanita tersebut bebas bergerak tanpa diperlecehkan oleh mana-mana lelaki, walaupun sebelum itu, wanita yang sama itu telah menerima nasib yang seperti wanita di atas apabila memilih untuk berjalan tanpa berjubah dan berhijab.

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (An Nur ayat 31)

Maha Suci Allah, sesungguhnya apa yang telah disyariatkan kepada kita adalah sebaik-baik sistem kehidupan yang perlu diamalkan oleh manusia. Mungkin kakak-kakak kita di SIS seperti Zainah Anwar dan Marina Mahathir mempunyai pandangan yang berbeza?


Atau apakah mereka perlu bertanyakan dulu kepada KAS dan CDU untuk ‘the next course of action’?

4 comments:

  1. Artikel yg. PEDAS dan BERNAS dari Megat Rizal!

    Itulah apahal NGO-NGO KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS dibenarkan masuk campur hal ehwal Islam kat TANAH MELAYU, NEGARA ISLAM kita ni, termasuk Konrad Adeneur dr. Jerman tu sedgkan di Jerman (yg. merupakan pusat ZIONIS/ISrael-KEPARAT di EU dan mewakili rakyat ISrael secara tersembunyi, di Kedutaannya di Dunia Islam), wanita Islam bertudung tak dibenarkan bekerja dgn. JPA Jerman dan menjadi guru, serta umat Islam tidak dibenarkan buat pasar Ramadhan, walau hanya di Berlin, tetapi kaum Kristian ditaja rejim Jerman buat pasar Krismas sampai sebulan di seluruh cerok bandar/kpg dan di EU, serta cuti panjang Krismas yg. rasmi (umat Islam boleh cuti Hari Raya rasmi hanya di satu bandar), kerana agama rasmi Jerman/Barat, agama Kristian! Bahkan umat Islam terpaksa membeli gereja kosong utk. menukarkan kepd. Masjid kerana asyik dihalang bina Masjid/Surau! Jadi mana hak asasi 'KEBEBASAN-KESAMARATAAN' utk. umat Islam di Jerman/EU?!

    Anak-anak muda Islam juga makin dirosakkan moral dan akidah mereka dgn. sistem pendidikan Jerman, pelacuran (terutamanya sbg. GRO dgn. gaji lumayan) dan media massa terutamanya hiburan yg. memuja pornografi, seks bebas, alkohol, dadah, pelacuran dan budaya SODOM, terutamanya melalui TV (termasuk di stesyen biasa - terutamanya pornografi - selepas tengah malam) dan anak-anak muda makin 'malu' dan merasa rendah diri dgn. budaya Islam kerana takut dituduh dan dihina sbg. 'Ekstremis', takut digagalkan guru di sekolah/univ. dan akan sukar mendpt. kerja.

    Tengok juga bagaimana si FEMINIS KAPIR hampir TELANJANG mcm si BINATANG-BUAS Barat-ZIONIS menyerang dan menghina umat Islam di Jerman/Barat sewaktu “Berlin's Islamic Week“ - di akhbar-ANTI-ISLAM, di http://www.dailymail.co.uk/news/article-2586403/Troupe-topless-Femen-protesters-dragged-kicking-screaming-Berlins-Islamic-Week-meeting-covering-anti-Islam-messages.html! Maka, tak pula si HIPOKRIT Barat-Zionis ni, termasuk si SISFeminis-LONGKANG tu, yg. asyik TERLALAK psl. hak asasi "Kesamarataan-Kebebasan" dan 'Pluralisme agama' kat Dunia Islam - nak hormat Islam!

    Tapi malangnya Ben, sedgkan Tanah Rizab Melayu terus diROMPAK tanpa sebrg. BANTAHAN, si pemimpin Islam/Melayu-LIBERAL-PENGKHIANAT masih nak 'sign' Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) dgn. rejim Kolonial S'pura dan negara-negara Barat lain yg. juga amat anti-Islam dan pro-ISrael/Zionis spt. Australia, Canada dan US dan Mexico - lihat di http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tpp-12-ketua-kerajaan-puas-hati-1.23356, TPP: 12 ketua kerajaan puas hati, 11 November 2014!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini masalahnya makcik jika berpemimpinkan pemimpin tanpa jati diri Islam yg jitu.

      Warga asing dibiarkan masuk ikut suka hati. Negara asing dibiarkan menentukan apa yg terbaik utk negara kita.

      Kenapa tidak ada yang bangkit untuk pertahankan kehendak kita org org2 kita sendiri?

      Melihat protest Femen di sana, jelas mrk tidak sedar betapa hinanya mrk merelakan diri diperlakukan seperti haiwan utk menjadi mangsa manipulasi pihak lain utk mendapatkan hak. Sedangkan hak itu bukan selayaknya diperjuangkan dengan cara berbogel ala binatang.

      Spt mana yg ditulis di artikel di atas, SiS lebih elok berpindah dan memperjuangkan hak2 wanita di barat yang lebih memerlukannya.

      Delete
  2. Wake up SIS

    pls wake up n see d truth

    ReplyDelete
    Replies
    1. They don't need to wake up. They need to repent!

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.