Thursday, 27 November 2014

AKTA HASUTAN KEKAL, Bukit Uhud Tidak Sesekali Kami Tinggalkan .

Alhamdulillah, setelah ramai pihak berpenat lelah berusaha menyampaikan kesedaran demi kesedaran kepada masyararakat dan barisan kepimpinan negara mengenai ancaman pemansuhan Akta Hasutan 1948, pagi tadi negara dikejutkan dengan kenyataan Presiden Parti Melayu Islam terbesar UMNO bahawa, pemerintah akan mengambil sikap untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948  dan melakukan penambahbaikan.

Terima Kasih Yang Perdana : Terima Kasih Tan Sri Muhyiddin Yassin
Pertama, kami, pasukan kerja di Bangkit.info ingin mengucapkan tahniah dan ucapan terima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di atas ucapan perasmian yang mendesak partinya supaya bermuhasabah dan kembali kepada perjuangan asal iaitu memartabatkan Islam dan Melayu di bumi amanah Allah kepada bangsa ini. Ini ucapan yang sangat lama dimimpikan orang-orang Melayu Islam di negara ini. Kami yakin ini adalah kenyataan tulin dari pemimpin yang gusar tentang nasib agama dan bangsanya.

Terima Kasih Yang Pertama : Terima Kasih Datuk Seri Shahrizat Jalil
Begitu juga dengan ucapan terima kasih kepada Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Jalil atas ketegasan Wanita UMNO yang menjadikan agenda untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948 sebagai antara agenda utama semasa persidangan Parti Melayu Islam terbesar ini. Kami yakin ini juga adalah kenyataan tulin dari pemimpin yang gusar tentang nasib agama dan bangsanya.

Terima Kasih Yang Utama : Terima Kasih Untuk Rakan-Rakan NGI dan NGO
Selama dua tahun selepas peritiwa di Majlis Makan Malam Pejabat Peguam Negara, apabila pemerintah yang dipinjamkan Allah amanah kuasa untuk diuji pemerintahannya di negara ini mengumumkan akan memansuhkan Akta Hasutan 1948, maka bergeraklah ke seluruh negara NGO dan NGI serta individu-individu Islam yang faham akan impak pemansuhan ini kepada kedudukan agama Islam dan bangsa Melayu di negara ini semata-mata untuk menyedarkan masyarakat yang masih terlena tentang ancaman terhadap mereka. Selama dua tahun itu, mereka-mereka ini mengorbankan keringat, masa senggang dengan keluarga, harta dan keseluruhan keupayaan pemikiran mereka menggerakkan usaha supaya janji yang dibuat tersebut tidak berubah menjadi kenyataan. Ini semua usaha yang dilakukan mereka-mereka ini, pihak kami, pasukan kerja di Bangkit meliputi penaung, penulis, pereka grafik dan pasukan perang saraf kami ingin mengucapkan ucapan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada segala bentuk bantuan, kerjasama, perkongsian maklumat, akses kepada maklumat, akses kepada figura-figura penting dan juga menumpang usaha yang telah dijalankan sejak bertahun-tahun dahulu dalam isu ini.

Terima Kasih Yang Tidak Lupa : Terima Kasih Dato’ Seri Najib Tun Abd Razak

Sedikit petikan ucapan beliau pada pagi ini :
"Sukacita saya umumkan, AKTA HASUTAN 1948, bukan setakat akan terus dipertahan, dikekal, malah diperkukuhkan lagi!"
"Pertamanya, kita akan masukkan peruntukan khas untuk MELINDUNGI KESUCIAN AGAMA ISLAM, bahkan agama-agama lain juga tidak boleh dihina."
"Keduanya, kita akan mengenakan tindakan keras ke atas sesiapa yang cuba MENGHASUT SUPAYA SABAH DAN SARAWAK KELUAR DARI MALAYSIA."
"Walau bagaimanapun, dalam mendakap realiti semasa, pemikiran demokrasi perlu lebih matang dan dihidupkan dalam masyarakat. Apa yang penting dan harus kita ingat, mengkritik dan menyuarakan pandangan konstruktif lagi membina, demi kebaikan adalah digalakkan."
"Namun, apa-apa jua PERKATAAN, PERBUATAN MAHUPUN UCAPAN YANG MENGHASUT SERTA MENGHINA ISLAM, MELAYU DAN RAJA-RAJA AKAN KITA TENTANG DAN HALANG HABIS-HABISAN!"

Walaupun dua tahun lewat, tetapi Better late than never Dato’ Seri Najib Tun Razak. Oleh kerana Dato’ Seri Najib telah memilih untuk menjadi Melayu Islam kembali setelah bertahun menjadi Cina tanpa sokongan orang Cina dengan Alter Ego Ah Jib Gor, maka mulai hari ini, kami secara peribadi akan berhenti merujuk Dato’ Seri dengan nama Ah Jib Gor, nama timangan yang dipilih Dato’ Seri sendiri sebelum ini. Selagi apa yang diucapkan pada pagi ini dikekalkan momentumnya, In Sya Allah, janji kami akan kami kekalkan juga.

Terima kasih atas keberanian ini. Terima kasih juga kerana bersedia untuk menghadapi tekanan golongan pelampau serta ekstremis Anti Perlembagaan dengan pengumuman ini. Dato’ Seri Najib Tun Razak tahu dan kami juga tahu bahawa tekanan ke atas pemerintahan negara ini akan dipertingkatkan oleh golongan ekstremis ini.

Selamat Datang Quadmester Ketiga (Quadmester SOMUH)

Dan kami juga sedar tentang sisi psikologi pemimpin-pemimpin Islam di negara ini setiap tahun apabila takwim memasuki quadmester ketiga saban tahun. Saat di mana semua pemimpin Melayu Islam mahu menjadi harimau Melayu Islam setelah menanggalkan pakaian Islam dan menyotong dari mempertahankan Islam dalam 3 lagi quadmester tahunan biasa.

Kami namakan Quadmester ini sebagai Quadmester SOMUH (Sotong Muslim Menjadi Harimau).

Ia suatu yang lumrah untuk semua pemimpin-pemimpin UMNO, PAS dan PKR untuk menjadi pejuang Islam dan Melayu jadian bila takwim menghampiri quadmester ketiga setiap kali Perhimpunan Agong parti politik masing-masing dilangsungkan. 

Dalam kalendar perang saraf kami di Bangkit.info, kami telah menggariskan siapa akan menjadi apa setiap kali quadmester ini menghampiri tarikh berlakunya ia. Dan ia benar-benar berlaku sepertimana yang telah kami telahkan.

Harapan Baharu Selepas Tamat Quadmester SOMUH : Terus Jadi Harimau Dan Jangan Menyotong Kembali!!!

Namun, pada kali ni, kami meletakkan harapan baharu bahawa pemimpin-pemimpin Muslim dalam mana-mana parti sekalipun akan terus membawa semangat pembaharuan ala harimau yang garang selepas tamat Quadmester SOMUH ini. Tinggalkan tabie menyotong selepas tamat musim menjadi harimau.

Generasi Muslim Bangkit! ialah generasi Muslim yang memerhati dengan akal fikiran.

Sesiapa sahaja yang berjuang untuk Islam, untuk Raja-Raja Melayu yang taat pada syariat, untuk Melayu, untuk keadilan yang dibenarkan Allah dan Perlembagaan di negara ini, In Sya Allah kami akan berikan sokongan.  Demi Allah Dato’ Seri Najib, setiap yang memusuhi jalan Ahlus Sunnah Wal Jamaah ialah musuh kami yang nyata. Membujur lalu melintang patah. Kami pasti tentang itu. In Sya Allah.

Bukit Uhud Tidak Akan Kami Tinggalkan
Kami, generasi Muslim Bangkit! pasti dan sangat faham benar bahawa setiap janji itu hanya sebuah janji selagi ianya belum dikotakan dengan pelaksanaan. Kami mengambil pengajaran dari peristiwa Bukit Uhud 1,400 tahun yang lalu untuk tidak meninggalkan posisi pertahanan dan serangan kami biarpun terlihat seolah perkara ini bakal selesai dengan janji yang dinyatakan sebentar tadi.

Kami juga yakin dan percaya bahawa gerakan yang memusuhi Akta Hasutan 1948 ini akan melipatgandakan usaha mereka dengan membawa pelbagai bentuk tekanan secara halus, kasar, ganas dan biadab disebabkan janji terbaharu Dato’ Seri Najib ini.

Sahabat-sahabat seperjuangan, usaha perlu dilipatgandakan dan bukan dihentikan dengan pengumuman ini. Ingat pesan Allah dalam surah al Insyirah. Setiap usaha yang berjaya perlu disusuli dengan lipatganda usaha dan bukan momentum yang menurun.

Kami akan teruskan dengan tugasan kami untuk terus menyedarkan masyarakat. Ia tidak akan berhenti dengan pengumuman ini.

Kami, dengan segala keupayaan yang terhad sentiasa percaya dengan janji Allah berikut di dalam surah Ibrahim ayat 46 :


Dan sesungguhnya mereka telah menjalankan rancangan jahat mereka (untuk menentang Islam), sedang di sisi Allah ada balasan bagi rancangan jahat mereka, walau rancangan jahat mereka itu, dapat melenyapkan gunung-ganang sekalipun.
(Ibrahim Ayat 46)


صدق الله العظيم

24 comments:

  1. Che Ben. Kita tunggu dan lihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perlu diperbetulkan. Bukan tunggu dan lihat. Kita terus sj bekerja krn kita tak harapkn harimau2 jadian ini berubah dalam sekelip mata.
      Kita sudah masak dgn retorik semasa quadmester SOMUH.
      Jadi kita terus berkerja.

      Delete
  2. Alhamdulillah. Allah swt tlh mmbuka blek mta hati pm yg tlah buta slma 2 thun yg lmpau. Dgn jnji2 bliau pg ni kta umt islam jgn dudk brdiam diri brsa syok sndri ttp kita kna lipt gndakan krjabuat kta pthankn islam. Pringtan hndklh slalu kta hdupkn kpd pm spya apa yg ucpkn itu bkn retorik ttp realti dgn mmbuahkn isi dlm ucpn bliau. Kita prhtikn skrng apa yg pm lkukn dmi mmrtbatkn islam sbgai agama ngara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Setuju dgn tuan. Kita terus peringatkan. Kita sudah masak dgn permainan perubahan hormon sotong semasa quadmester SOMUH.
      Kita akan terus berkerja dan berpesan2 dgn kebenaran dan kesabaran.

      Delete
  3. 'Terus Jadi Harimau Dan Jangan Menyotong Kembali!!!'

    Terkejut kawe tengok ramai pulok rimau dalam UMNO!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya dalam pemerhatian tahun2 sebelum ni, harimau tetap akan menyotong kembali. Cuma doa dan harapan tahun ni mrk sedar dan berubah.

      Delete
  4. Ben, jgn. haraplah "T'KASIH" kat NGO-NGO Islam/Melayu kita ni teramsuk di Bangkit, dari si Pemuda UMNO-LIBERAL termasuk si mamat-kari-LIBERAL-si LAWAK-pakai-stokin-PINK-dan-kaki-ZUMBA/BERDRAMA-kalah-BOLLYWOOD (yg. asyik diPUJA BARUA-BARUAnya termasuk si PENDATANG KAPIRDAJAL EvangeliSStar utk. menjadi bakal TPM, kemudian PM); serta si timbalanROMEO-PENGEPIT-BETINA-KIRI-KANANnya, baru nak berlagak menjadi HERO-kalah-BOLLYWOOD; kerana sebenaqnya nak menutup KEGAGALAN Pemuda UMNO-LIBERAL sendiri selama ni, serta mengalih perhatian kita dari pengaruh-makin-meningkat si LIBERAL-PENGKHIANAT ni dlm. UMNO!

    Sedgkan NGO-NGO Islam/Melayu yg. asyik dituduh si-PEMUDA/LIBERAL ni sbg. ‘radikal/ekstremis/berhaluan kanan’lah - yg. BERSUSAH-PAYAH ke hulu-ke hilir- termasuk-kat sosial media-dgn.-TANGKAS, termasuk pemimpin/individu pertengahan umur/TUA, yg. MEMPERTAHANkan dgn. amat BERANI dan LANTANG, ISLAM/umatnya serta hak BUMIPUTERA selama ni! Sedangkan si puak muda-LIBERAL yg. KONONnya “generasi-proaktif-X/Y-DIGITAL“ terus TIDOQ/BERZUMBA mcm. biasa bila si ejen-ejen si PENDATANG KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM dan TUAN Barat-Zionisnya, terus MENYERANG bertubi-tubi ISLAM/umatnya yg. termasuk Kesultanan Melayu kita serta hak Bumiputera, kat sosial media!

    Lihat KEBIADAPAN PENGEPIT-BETINA ni di -
    http://www.utusan.com.my/berita/politik/jangan-swastakan-perjuangan-melayu-1.29667 , Jangan swastakan perjuangan Melayu:Pemuda UMNO akan jadi pejuang sampai bila-bila, 27 November 2014:

    KUALA LUMPUR 26 Nov. - Ahli Pergerakan Pemuda UMNO diingatkan supaya tidak ‘menswastakan’ perjuangan untuk membela Melayu dan bumiputera kepada mana-mana pihak atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

    Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata, pergerakan tersebut perlu berada di barisan hadapan dan menjadi pejuang kepada Melayu serta bumiputera sampai bila-bila.

    Beliau bagaimanapun berkata, Pemuda UMNO akan sentiasa berada dalam nilai-nilai kesederhanaan dan menolak anasir radikal serta ekstremis yang boleh menggugat perpaduan rakyat.

    "Saya akan bercakap sampai bila-bila mengenai kesederhanaan kerana saya tidak mahu negara kita akhirnya dipimpin oleh golongan hipokrit yang mengelirukan bukan sahaja diri sendiri tetapi juga ahli UMNO dan orang Melayu, rakyat majoriti negara kita.

    "Kekeliruan ini menyebabkan persepsi yang disebut oleh Timbalan Perdana Menteri semalam apabila UMNO dilihat begitu lemah dan dipayungi oleh NGO radikal yang seolah-olah kita tidak ada langsung peranan dan tanggungjawab, bukankah selama ini kita mempertahankan kesucian agama Islam dan memperjuangkan untung nasib orang Melayu di negara kita.

    “Jangan sekali-kali menswastakan perjuangan untung nasib orang Melayu ini kepada mana-mana pihak melainkan hanya Pemuda UMNO, kita akan menjadi pejuang sampai bila-bila,” katanya ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
    Sementara itu, Khairul Azwan berkata, peremajaan parti harus bermula dengan perubahan pemikiran ahli-ahli UMNO dan tidak berada di takuk lama.

    Katanya, UMNO perlu bergerak seiring dengan gaya hidup digital yang diamalkan oleh generasi muda sejak hampir 10 tahun lalu.

    “Peremajaan parti mesti berlaku dalam konteks peremajaan minda, hal ini tak guna kalau kita mempunyai ramai pemimpin pemuda yang kita ketengahkan tetapi pemikiran kita di takuk lama, pemikiran kolot masih kita amalkan," katanya.

    Nenek TUA Sambal Belacan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terus jadi nenek Makcik? Hahah.

      Kami jelas dan setujunttg apa yg makcik perkatakan. Kami yakin NGI,NGO dan kebanyakan kami bekerja utk redha Allah dan bukan utk mendapatkan ucapan terima kasih dr spesis sotong.

      Kami dibangkit mempunyai senarai sotong2 ini, kategori kesotongan mereka, dan keadaan bagaimana mrk menyotong dan keadaan bagaimana utk memaksa sotong2 ini menginzalkan dakwat mrk.

      Team psywar kami lengkap dgn data itu. Kami tidak hairan dgn kenyataan sotong yang baru seminggu dua menyuntik diri dengan hormon testosterone selepas menyotong bertahun2 lamanya.

      Kami akan terus berkerja, tidak kira label apa yg cuba sotong2 ini berikan.

      Biar putih tulang dan jangan sesekali bertulang sotong.

      Delete
  5. tuan ben,saya tak dapat mengikuti ucapan najib tadi,cuma nak tanya sewaktu najib buat ucapan tadi mulut dia ada keluar api tak?adakah badan beliau berubah warna hijau?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan hamba Allah,
      Hahah.. Itu semua rasanya x berlaku. Tp apa yg pasti dia tanggalkan topeng alter ego cinanya sebelum masuk PWTC. Harap dia tak memakainya kembali supaya Kita juga tak perlu merujuk beliau dgn nama timangan cinanya sebelum ni.

      Delete
  6. Oi, Ah Jib Gor

    Cakap Berdegar-degar (Cina apek paham ke degar ?)
    Macam Aku Tak Pernah Dengar
    Berteriak Macam Pendekar
    Jangan Terkencing Dalam Seluar

    UMNO=PAS=PKR=Penjilat TUAN cina cina DAP/MCA/GERAKAN

    YB YB semua tak setuju ? BUKTIKAN !

    Beratus ratus ribu golongan cerdik pandai Melayu/Bumiputra kelaparan di diskriminasi Syarikat Swasta dan GLC.

    Beratus ratus ribu golongan cerdik pandai Melayu/Bumiputra dipinggirkan oleh syarikat syarikat YB YB semua.

    Kitorang bukan kaki rasuah, kitorang bukan kaki arak
    kitorang bukan kaki perempuan/karaoke

    Kitorang cuma mahu peluang yang adil dan saksama kepada semua Melayu/Bumiputra.

    BERIKAN KAMI PELUANG BERJUANG DAN BERSAING SECARA SIHAT DAN KOMPETITIF MENGIKUT PERLEMBAGAAN.

    PEMIMPIN BANGSAT
    MELAYU MEREMPAT
    ISLAM TERJERAT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan pandangan saudara! Apo nak dikato!

      Delete
    2. Setuju, mereka sendiri tidak bersikap adil dgn ortg Islam, jd bagaimana mungkin mrk menuntut supaya hak2 org Islam dirungkai supaya mrk boleh meratahnya sesuka hati.

      Delete
  7. Kita bukan kenal Ah Jib Gor seminggu dua. Malah dah bertahun-tahun lamanya. Kita tengoklah nanti sama ada Ah Jib Gor sama seperti pemimpin pembangkang atau tidak. Just tunggu dan lihat. Contoh yang paling jelas ialah pemimpin PAS. Depan penyokong-penyokong PAS dijanjikan Negara Islam. Depan DAP pulak dijanjikan Negara Berkebajikan. Seorang lain pemimpin pembangkang ialah Anwar Ibrahim. Pak Sheikh ni lagi dasyat, depan melayu cakap lain, depan cina cakap lain, depan india cakap lain, depan pemimpin Islam cakap lain, depan pemimpin barat pun cakap lain.

    Berbalik kepada Ah Jib Gor, aku tak percaya dengan beliau hanya kerana melihat beliau berpakaian ala pendekar, berpencak silat dan menghunus keris dalam tempoh beberapa hari jer. Nak tengok pendirian beliau yang sebenar kena tengok beliau dalam tempoh setahun dari sekarang. Ini kerana aku nampak ada ciri-ciri liberal dalam setiap tindak-tanduk beliau sebelum ini. Jangan salah faham yer. Bukan fahaman liberal, tapi liberal dalam konteks politik. Liberal dalam konteks politik ialah mempercayai bahawa setiap bangsa itu adalah sama dan patut dilayan samarata, samarasa. Tapi hakikatnya samarata yang dimaksudkan itu hanyalah teori semata-mata. Realitinya ialah memansuhkan dan menghapuskan hak melayu sedikit demi sedikit. Pada masa yang, tuntutan dan desakan kaum kiasu dilayan dan ditunaikan. Kaum kiasu dimanjai, dibelai dan dibodek habis-habisan. Contoh yang paling jelas ialah Sekolah Vernakular yang pada dasarnya adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

    Ah Jib Gor jugak dikelilingi oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang berjiwa liberal. Antara yang paling popular ialah Pudin New Politic. Secara kebetulan, Pudin pernah mengatakan bahawa Najib memang komited untuk memansuhkan Akta Hasutan seperti yang dijanjikan olehnya, namun orang di sekelilingnya tidak bersetuju dengan tindakan itu. Mungkin ada baiknya Ah Jib Gor menegur kenyataan sebegitu kerana telah menjatuhkan air muka Ah Jib Gor. Pudin sepatutnya dipecat serta-merta kerana sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan hasrat ahli UMNO dan sering menyongsang arus dengan mengeluarkan kenyataan yang pro kepada pembangkang.

    Sayugia juga saya nak ingatkan bahawa agensi-agensi yang diwujudkan oleh Ah Jib Gor sering menimbulkan masalah. Antaranya ialah 1MDB, MKPN, Pemandu, Talentcorp dan lain-lain agensi berkaitan. Secara ikhlasnya saya ingin merayu kepada Ah Jib Gor supaya menggugurkan slogan 1Malaysia serta-merta. Saya berpendapat, slogan 1Malaysia adalah pembunuh no.1 kepada hak istimewa orang melayu kerana sering disalah tafsir oleh bukan melayu sebagai slogan yang menjurus kepada layanan secara samarata dan samarasa asalkan seorang warganegara Malaysia. Syarat ini dikatakan boleh digunapakai, meskipun anda tak pandai berbahasa Melayu. Punca utama yang merosakkan keharmonian kaum tak lain tak bukan ialah slogan 1Malaysia. Kalau betul nak 1Malaysia, sepatutnya mestilah menyokong pelaksanaan 1Bahasa dan 1Sekolah. Barulah menepati ciri-ciri 1Malaysia.

    Pssst Ben....sebut pasal sotong...buat aku mengidam jer nak makan sotong celup tepung....hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoi! PM cina patut letak jawatan. Kami nak PM Melayu kami balik!

      Delete
    2. Tuan Hamba Allah 28 November 2014 18:49,
      Setuju benar dgn pendapat tuan. Perlakuan PM sentiasa didorong oleh motif populariti.
      Mulutnya pada hari ni menyebut ttg perjuangan Melayu, tetapi semua tindakannnya sebelum ini ibarat menyediakan tali gantung untuk bangsa Melayu.
      1MDB, MKPN, PEMANDU DAN TALENTCORP spt yg disebut tuan adalah antaranya.
      Masanya sudah sampai utk Najib berhenti beretorik dan mula mengotakan janjinya.
      Bubar MKPN dan kaji semula semua agensi yg selama ini hanya bertugas utk merampas setiap inci hak2 Melayu di bumi Malaysia ini.

      Delete
    3. Tuan Hamba Allah29 November 2014 08:11,
      Ya benar. Sehingga semalam,Umat Islam dinegara ini dipimpin oleh PM cina berwajah melayu. Jika benar dia ingin lakukan perubahan yg bukan bersifat populis, maka kita panjatkan segala syukur keoada Allah swt.
      Tetwpi jika bersifat populis, kita mahukan beliau digantikan pemimpin Melayu Islam yg berjiwa Islwm sehingga ke akar hatinya.

      Delete
  8. Najib turunlah

    muak dah kami pada kamu

    turunlah

    tak payah tunggu setahun
    lama tu setahun

    najib sila turun

    kami dah menyampah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan Hamba Allah 28 November 2014 20:24,

      Nasihat yang terbaik sentiasa nasihat dr al Quran..

      Sebahagian dari ayat Surah al-Baqarah ayat 216 berbunyi spt berikut : "....Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui".

      Dia di situ juga adalah ketetapan yang telah Allah putuskan ke atas kita. kita doakan supaya Allah sentiasa meletakkan kita di bawah naungan pemerintah yang mana Islam selamat, subur, aman dan maju jaya di bawah pemerintahan mereka, tidak kira siapa mereka.

      Manusia ttp mmbuat silap, cuma malang sekiranya kesilapan itu tidak diperbetulkan setelah diberitahukan beberapa kali.

      Delete
  9. Hapuskqn sekolah venakular. Ada pemimpin Melayu tak kira dari parti mana adakah mereka berani mendesak supaya dihapuskan. Semua menikus. Aku bosan dengan pemimpin Melayu taraf picisan. Melayu perlukan pemimpin seperti Gen Rabuka dari Fiji yang berani menentang arus demi kelangsungan hidup anak bangsa. Dimana Gen Rabuka versi Melayu!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat luaq PWTC!

      Delete
    2. Tuan Hamba Allah 28 November 2014 20:49,

      Ya kita mahukan pemimpin yg mmpunyai ruh Islam dan semangat Melayu yg kuat dan adil kepada semua. Tindakan General Rabuka memimpin revolusi (kudeta sebenarnya) utk merampas kembali hak bangsa Fiji sebenarnya tidak perlu berlaku di sini sekiranya amanah kuasa yg masih ada ini dijalankan dgn penuh amanah.
      Semangat General Rabuka harus ditapis. Bersama cita2nya, datang juga agenda menghapuskan sistem beraja Fiji dan beliau berjaya menghapuskannya.
      Jadi ini perlu dielakkan utk ada dlm pemimpin Islam kita.

      Delete
  10. Tak payah hingak segala...selalunya yang cakap berapi ni pembohong besar.selagi kuasa ada ni buat aja yg terbaik untuk org Melayu peduli apa pada cina ...dia orang tetap sokong dap.

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.