Thursday, 6 November 2014

Adiwira SEPILIS : Mujahid Yusuf Rawa, Khalid Samad dan Hanipa Maidin Jangan Jadi Seperti Katak Di Bawah Tempurung

Apabila SIS Forum Sdn. Bhd, sebuah syarikat swasta yang menjadi harapan kepada agenda asing untuk Malaysia menyatakan hasrat untuk membuat semakan kehakiman ke atas Fatwa Majlis Agama Islam Selangor yang meletakkan mereka sebagai pertubuhan sesat, muncul tiga sekawan ahli PASMA datang cuba menyelamatkan para Sisters yang difatwakan sesat ini dengan kenyataan media yang dikira kurang bijak.

Antara alasan yang dikemukakan oleh Tiga Sekawan Adiwira SEPILIS ini ialah, Majlis Fatwa gagal memberi definisi Liberal dan Plural yang dikategorikan sebagai sesat. Agak menghairankan apabila negara telah memasuki tahun 2014, masih ada pihak yang tidak tahu tentang kewujudan Internet dan Google.

Googlekan sahaja keyword berikut, “Majlis Fatwa Aliran Pemikiran Liberal Sesat”, maka akan terpampanglah pada kedudukan pertama pautan Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Bersama definisi Liberal yang dikategorikan sebagai sesat.



Perbincangan dan Fatwa tersebut dikeluarkan sejak tahun 2006 lagi. Pautan tersebut memberi definisi lengkap mengenai bentuk fahaman Liberal yang dikategorikan sebagai menyesatkan. Google-lah sendiri. Jika tidak tahu, klik laman berikut :


Kami sendiri di Bangkit! pada Oktober 2014 lepas menyalin perkara yang sama untuk dimuatkan di sini supaya semua pengunjung kami dapat memahami defnisi Liberal yang dikategorikan sebagai sesat.


Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama Khalid Samad mempertahankan Sisters yang disesatkan oleh Fatwa Majlis Agama Islam Selangor. Pada 2009, ketika Muktamar PAS Tahunan Kali ke 55 diadakan setahun selepas tahun kemenangan Pakatan Rakyat di Selangor, satu resolusi daripada PAS Shah Alam diluluskan supaya SIS Forum Sdn. Bhd. dikecam dan dicadangkan supaya diharamkan oleh kerajaan yang sedang memerintah.

Apabila berita ini tersebar dan para Sisters naik angin dengan tindakan cabang di bawah Khalid Samad, beliau kemudiannya membuat kenyataan akhbar yang menyatakan resolusi itu adalah satu kesilapan yang tidak disengajakan.

Screenshot Berita Bagaimana Khalid Samad Meminta Maaf Kepada Sisters Kerana PAS Cabangnya Meluluskan Resolusi Mengharamkan SIS Forum Sdn. Bhd. (1)

Tetapi, nada tuntutan itu tidak lama apabila Khalid Samad muncul menjadi perwira menyelamatkan para Sisters bersama pengasas mereka yang pernah mengaku diri mereka anak-anak Tuhan ini dengan memohon maaf atas keterlanjuran PAS menyentuh pegangan SIS Forum Sdn. Bhd.

Sejak Bila Tuhan Beranak Pinak?
Hubungan antara Khalid Samad dengan mereka-mereka ini yang telah difatwakan sesat berlaku sejak sekian lama.

Agak menghairankan juga, apabila fatwa tahun 2006 ini tidak diketahui kewujudannya oleh mereka-mereka ini yang sentiasa mendabik dada sebagai pihak-pihak yang lebih savvy secara teknikal dan pemikiran berbanding pihak lain.

Malanglah bagi mereka yang percaya dan bertungkus lumus beriman kepada kenyataan pening tiga sekawan ini.

Kasihan PAS apabila suara tiga sekawan lebih kuat dari suara Jemaah yang dikhabarkan ratusan ribu jumlah mereka. Mana perginya ke semua mereka? Takut "besi"?



Rujukan :

1) http://www.thesundaily.my/node/154620

8 comments:

  1. PAS partai ish-selam! Semakin terserlah kebobrokan partai tersebut! JIL tentu bangga dengan PAS!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada parasit di dalam mereka. Tp nampaknya mereka tenang dengan parasit2 ni.

      Delete
  2. Salam Ben. Tga ekor ktak pasma ni wlaupun dduk bwah tmpurung mrk thu d luar sna adalh lbih baik dr bwh tmpurng tp krna mnjdi barua uphan, mrk sngup buat apa sklipun untk musnh islam krna mrk brkiblatkn kpd agama liberal yng sesat. Mrek lwn maj fatwa, prlmbgan islam dn raja2 yg mgawl agama islam. Mrek smakn agma2 lain dgn islam sdngkn tdak ada yg lbih tngi atau sma dgn agama Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'salaikummussalam wbt Tuan.

      Melayu tidak kurang pepatah utk gambarkn gol yg mengkhianat.

      Gunting dalam lipatan, Api dalam sekam, musuh dalam selimut dsb. Seolah2, org2 tua kita mahu kita tahu dan sedar akan bahaya pengkhianatan spt ini.

      Delete
  3. Brengsek lo.. 3 stooges bila mahu masuk PKR?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika masuk, maka siapa nak berperanan utk PKR dr dalam PAS.. parasit mesti terus wujud utk agenda jangka panjang.

      Delete
  4. Makin lama Ben, makin kita nampak true colours watak2 chameleon ni..

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.