Saturday, 18 October 2014

Vernakular Melayu Telah Dikorbankan, Bagaimana Pula Dengan Vernakular Lain???

Isu keabsahan sekolah vernakular mula dibangkitkan oleh Timbalan Ketua Bahagian UMNO Petaling Jaya, Mohamad Azli Mohemed Saad yang mencadangkan supaya perkara tersebut dibincangkan di Perhimpunan Agong UMNO yang bakal diadakan kelak.

Isu tersebut mendapat tentangan hebat daripada golongan cauvanis Cina merentas parti politik, pro kerajaan dan pembangkang. Kebanyakkan mereka memberikan amaran supaya Mohamad Azli tidak meneruskan niatnya itu sehinggakan beberapa laporan polis dibuat kerana dituduh menghasut.

Walaupun kita sudah tahu bahawa sekolah-sekolah vernakular tidak dilindungi langsung dalam Perlembagaan Persekutuan seperti yang diperjelaskan oleh artikel yang ditulis oleh pengamal undang-undang, saudara Faidhur Rahman Abdul Hadi salah seorang daripada penggerak CLJ, Concerned Lawyers for Justice, apa yang jelas puak-puak cauvanis Cina sepakat dalam mengetengahkan isu yang dekat dengan jiwa mereka.

Di atas kesepakatan itulah agaknya sekolah-sekolah vernakular berterusan mendapat dana bantuan daripada kerajaan Malaysia sebanyak puluhan juta ringgit setahun, walaupun isu tersebut jelas membelakangi Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Namun kenapakah agaknya, kita yang sedari dulu diajarkan konsep ‘bulat air kerana pembetung’, kesepakatan yang berjaya menggagalkan gagasan haram Malayan Union, memilih untuk berpecah belah dalam isu yang jelas tidak menghormati undang-undang tertinggi negara?

Kita ini yang sering berlapang dada untuk melakukan semuanya atas prinsip cintakan negara yang kuat telah lebih awal sepakat untuk ‘memansuhkan’ sekolah-sekolah vernakular Melayu apabila dengan rela hati telah menjadikan (walaupun tidak serentak) sekolah-sekolah yang dimulakan oleh ibubapa Melayu secara persendirian ini, sekolah-sekolah Umum hanya untuk membolehkan anak-anak bangsa bukan Melayu bersekolah sama.

Sekolah-sekolah Umum inilah seterusnya berkembang pula menjadi sekolah-sekolah kebangsaan seperti yang dapat kita lihat kini pasca Penyata Razak 1956.

Untuk memahami betapa rasis dan cauvanisnya puak-puak anti perlembagaan pendukung sekolah-sekolah vernakular, eloklah kita menjengah kembali secara ringkas tentang sejarah penubuhan sekolah-sekolah Melayu.



Sekolah-sekolah vernakular Melayu dimulakan oleh ibubapa Melayu dan pemimpin Melayu tempatan telah diadakan seawal tahun 1800an untuk membasmi permasalahan buta huruf dikalangan anak-anak Melayu pada ketika itu.

Ianya digerakkan dan dibiaya oleh ibubapa dan pelajar-pelajar Melayu sendiri dengan wang poket mereka sendiri yang rata-rata bekerja sebagai nelayan, petani, pekedai, penoreh getah dan ada juga yang melakukan kerja-kerja kampung. Adakalanya ianya didirikan di atas tanah wakaf atau tajaan orang-orang kaya tempatan yang bermuafakat mahu memajukan anak bangsa. Ada juga yang didirikan di atas tanah persendirian yang disewakan.

Di peringkat permulaan sekolah-sekolah Melayu diadakan untuk mengajar anak-anak Melayu dengan konsep 3R, iaitu membaca, menulis dan mengira termasuk ilmu asas, karangan, tawarih, kesihatan dan senaman.

Diterapkan juga pengetahun kesopanan dan tatatertib supaya anak-anak Melayu menjadi lebih rajin, taat setia dan menepati masa.

Adalah penting untuk kita ingat dan faham bahawa pendidikan sekolah-sekolah Melayu di sesetengah negeri Melayu adalah termaktub dibawah undang-undang negeri. Seperti di  Selangor dan Negeri Sembilan, undang-undang negeri mewajibkan kanak-kanak lelaki Melayu yang berumur diantara tujuh sehingga empat belas tahun yang tinggal dalam lingkungan dua batu daripada sekolah Melayu untuk menghadirkan diri mereka ke sekolah tersebut.

Ini menunjukkan bahawa masyarakat Melayu sedar akan kepentingan untuk mendapat pendidikan dan sedaya upaya cuba untuk menyusun masyarakatnya supaya menjadi celik ilmu akhirat dan duniawi.

Namun negeri-negeri lain yang tidak mempunyai undang-undang negeri mempunyai mekanisme yang tersendiri untuk menggalakkan pendidikan dikalangan anak-anak Melayu seperti ketua kampung atau penghulu yang banyak memberi galakan supaya anak-anak Melayu masuk belajar di sekolah-sekolah vernakular Melayu.

Adalah penting juga untuk ditekankan bahawa sekolah-sekolah pondok, sekolah-sekolah agama dan sekolah-sekolah vernakular Melayu adalah berbeza sama sekali walaupun ada terdapat sekolah-sekolah vernakular Melayu yang ada mengajarkan subjek agama Islam.

Setelah beberapa ketika sekolah-sekolah Melayu yang pada mulanya dibiayai sendiri oleh pelajar dan ibubapa Melayu ditukarkan menjadi sekolah-sekolah Umum untuk membenarkan kaum-kaum bukan Melayu seperti kaum Cina dan kaum India, masuk belajar di sekolah-sekolah tersebut.

Keadaan ini tidaklah berlaku secara serentak di seluruh negara tetapi bergantung kepada keperluan sesetengah lokaliti itu tersendiri.

Sekolah Melayu Sungai Karang, di Kuantan, Pahang, contohnya, telah dimansuhkan dan ditukarkan kepada sekolah Umum Sungai Karang seawal tahun 1935 lagi. Sekolah yang terletak di Kampung Melayu Sungai Karang itu ditukarkan daripada medium vernakular Melayu kepada sekolah Umum semata-mata untuk membolehkan kaum bukan Melayu seperti kaum Cina dan India belajar di sekolah tersebut.

1935, pengorbanan ini dilakukan untuk memastikan mereka-mereka yang bukan rakyat kepada negeri-negeri Melayu ini, tetap mendapatkan pendidikan untuk anak-anak mereka. Melayu yang merupakan rakyat kepada Sultan negeri masing-masing, mengorbankan identiti sekolah vernakular Melayu semata-mata untuk bersikap akomodatif terhadap mereka yang bukan rakyat tetapi diterima sebagai sebahagian dari nasyarakat yang berkeliling menumpang mencari kehidupan di bumi Melayu.

Dengan ini dapat kita lihat, seawal sebelum merdeka lagi, kaum-kaum Melayu sudah menunjukkan semangat cintakan negara yang tinggi dengan merelakan sesuatu yang mereka sendiri mulakan, secara persendirian, sekolah-sekolah vernakular Melayu ditukarkan menjadi sekolah-sekolah Umum, supaya keharmonian dan kesejahteraan dalam bernegara dapat dicapai.

Pada tahun 1956, sempena dengan dasar-dasar Penyata Razak yang dikeluarkan pada tahun tersebut yang diantaranya menyarankan supaya semua sekolah-sekolah ditukarkan nama sekolah-sekolah dengan meletakkan perkataan ‘Kebangsaan’.

Maka sekolah Umum Sungai Karang, contohnya, yang pada mulanya merupakan sekolah Melayu Sungai Karang, ditukarkan menjadi  sekolah Kebangsaan Sungai Karang seperti yang dapat kita lihat sekarang ini.


Hal yang sama juga berlaku dengan sebuah sekolah vernakular di Sabah seperti di Pekan Ranau. Sekolah Kebangsaan Pekan Ranau sebenarnya bermula sebagai sebuah sekolah vernakular pada awal penubuhannya pada tahun 1936 dan kemudiaannya telah ditukarkan sepenuhnya menjadi Sekolah Kebangsaan Pekan Ranau.

Di Sarawak pula, sejarah juga membuktikan bahawa seawal zaman pemerintahan keluarga Brookes lagi, sekolah-sekolah vernakular Melayu diadakan setelah beberapa sistem sekolah yang diamalkan terlebih awal seperti sekolah mubaligh kristian (anglikan) atau sistem pelbagai aliran seperti apa yang dikenali sebagai GLS atau Government Lay School kurang mendapat tempat dihati orang-orang Melayu. Maka sekolah-sekolah vernakular Melayu diadakan di Sarawak dengan dimasukkan juga kelas-kelas agama Islam untuk menarik minat orang-orang Melayu yang selama ini sangat mencurigakan GLS kerana pengaruh barat dan kristian yang kuat.

Banyak lagi contoh sekolah-sekolah kebangsaan yang bermula sebagai sekolah vernakular Melayu yang kemudiaannya berakhir dan diserapkan menjadi sekolah-sekolah Umum, preteks kepada sekolah-sekolah kebangsaan selepas Penyata Razak 1956.

Sekadar menyebut beberapa contoh sekolah-sekolah seperti Sekolah Melayu Bujang (ditubuhkan pada tahun 1914), Sekolah Melayu Sijangkang (1911), Sekolah Melayu Ayer Panas (1924), Sekolah Melayu Jelutong (1874), Sekolah Melayu Genting (1886), Sekolah Melayu Lubok Merbau (1890) dan banyak lagi sekolah-sekolah vernakular Melayu yang dimansuhkan dan berkembang menjadi sekolah kebangsaan yang terbuka kepada semua rakyat Malaysia tidak kira warna kulit dan latar belakang untuk mendapatkan pendidikan.

Dan dapat kita lihat juga sekolah-sekolah vernakular Melayu juga berusia beratus tahun namun memilih untuk mengikut saranan dan aspirasi kerajaan supaya menjadi sekolah kebangsaan untuk semua.

Persoalannya ialah, adakah sesuatu yang keterlaluan jika kita semua, orang-orang Melayu, masyarakat pribumi Sabah dan Sarawak, serta lain-lain kaum yang menyokong dasar satu sekolah untuk semua, mula mendambakan hal yang sama berlaku kepada saki-baki sekolah-sekolah vernakular yang sedia ada seperti yang pernah diperlakukan kepada sekolah-sekolah vernakular Melayu?

Adakah seseorang itu patut didakwa menghasut jika sesetengah daripada mereka menyarankan supaya sekolah-sekolah vernakular sedia ada diserapkan menjadi sekolah beraliran bahasa kebangsaan seperti yang menjadi gagasan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan?

Atau adakah perlu kerajaan menukarkan semula sekolah-sekolah kebangsaan kepada sekolah-sekolah vernakular Melayu terutama apabila sekolah-sekolah kebangsaan dikatakan kurang majmuk berbanding dengan sekolah-sekolah vernakular Cina?

Mungkin saudara Mohamad Azli Mohemed Saad patut juga mengusulkan supaya Presiden UMNO nanti untuk mengadakan semula sekolah-sekolah vernakular Melayu, kerana orang Melayu juga berhak belajar dan budaya Melayu dalam bahasa ibunda mereka tanpa perlu mendapat sekatan dan kekangan daripada puak-puak cauvanis yang sering membangkitkan bantahan tentang isu-isu pembacaan doa, ibadah korban dan sebagainya yang merupakan budaya tradisi turun temurun orang-orang Melayu?

Mungkin dengan adanya sekolah-sekolah vernakular Melayu masalah ketidakselesaan kaum bukan Melayu dapat diselesaikan untuk kesekian kalinya?!

26 comments:

  1. VERNACULAR CHINA MINTA ITU, MINTA INI SEMUA FAPAT.

    TIBA MASANYS VERNACULAR MELAYU DAN MAAHAD PULA MINTA ITU DAN INI.... AGAK AGAK BOLIH DAPAT TAK ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita perlu hidupkan kembali sekolah vernakular Melayu.

      Orang2 Melayu perlu tekankan hak untuk belajar budaya Melayu/Islam di dalam bahasa ibunda masing-masing, di dalam tulisan jawi dan sekolah yang menitik beratkan budaya kebangsaan melayu, memberi penekanan kepada sejarah bangsa Melayu, mengkaji dan membincangkan manuskrip-manukrip Melayu, mengajar sains dan matematik di dalam bahasa Melayu, menerapkan budaya melayu dalam semua aktiviti persekolahan dan sebagainya.

      Sebagai mengiktiraf hak untuk mengajar dan belajar bahasa ibunda sebagaimana yang telah ditekankan oleh PM kita baru-baru ini, peruntukan RM 50 juta setahun adalah tidak mencukupi sebagai permulaan.

      Kita kekalkan sekolah kebangsaan untuk membolehkan pihak2 yg mahu belajar kurikulum pendidikan kebangsaan dalam bahasa kebangsaan, tetapi dalam masa yang sama kita wujudkan kembali sekolah vernakular melayu atas alasan untuk budaya tradisi bersandarkan lisan ibunda org Melayu.

      Setiap hari jumaat di sekolah vernakular melayu kita wajibkan semua anak2 Melayu ini untuk memakai pakaian tradisional Melayu.

      Kita akan ajarkan anak2 Melayu ini utk menjadi Melayu Islam semelayu-melayunya sama seperti sekolah vernakular cina yang mengajar anak2 cina utk menjadi secina-cinanya.

      Delete
    2. Najib dan pemimpin-pemimpin Melayu dalam BN dan Pakatan masing-masing tengah berebut undi kaum Cina, apa mereka minta ,dapat, apa yang mereka cakap mereka dengar dengan teliti, jangan bagi Cina marah atau merajuk nanti kuasa tak dapat. pemimpin-pemimpin macam ni yang menjahanamkan Melayu.

      Delete
    3. 'Najib dan pemimpin-pemimpin Melayu dalam BN dan Pakatan masing-masing tengah berebut undi kaum Cina'

      Umpama anjing dengan bayang-bayang!

      Delete
  2. Replies
    1. Tuan hamba Allah dijemput untuk menjadi murid sekolah vernakular Melayu yang pertama nanti supaya boleh faham tentang apa yang cuba disampaikan oleh kami di atas.

      Delete
  3. Saya, pakdin tanjung sokong "do away" dgn sek kbg. Kmbali blek dgn sekolah mlayu. Fsal apa depa punya kta kkl tp kta punya kita sndiri hapus. Prwkilan umno dlm prsidngn nov msti tuntut kmblikn sek mlayu. Jngn dok tolak ansur dgn puak racis ni. Klau takut nk bawa msa dpn anak cucu kita akan jd mcm red indian amerka dn abrigini d australia. Mau mcm tu ka umno ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Pak Din..

      Kita kekalkan sekolah kebangsaan dengan segala peruntukan yang ada dan kita buka semula sekolah vernakular Melayu dengan meminta peruntukan RM 50 Juta (mana cukup, RM 50 juta???) Setiap tahun dari kerajaan.

      Anak2 Melayu mempunyai hak untuk belajar budaya dan bahasa ibunda Mereka sebagaimana dikatakan oleh perdana menteri kita, Ah Jib Gor. Sayang majoriti org umno masih bermimpi tentang projek tetapi tak pernah bermimpi tentang masa depan anak bangsa.

      Delete
  4. Kami orang-orang Sabah juga mahukan sekolah dalam bahasa ibunda kami. Kenapa kerajaan tidak mengadakan sekolah vernakular kadazan di sini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan Tuan Hamba Allah dari Sabah.

      Menurut tafsiran perdana menteri kita, Ah Jib Gor, peruntukan 152 Perlembagaan Persekutuan membenarkan pendidikan bahasa ibunda dijalankan di Malaysia.

      Dengan itu, kami menyokong saranan tuan untuk menuntut diwujudkan sekolah vernakular Kadazan dengan peruntukan RM 50 juta (mana cukup RM 50 juta) setahun dari kerajaan pusat.

      Begitu juga dengan sekolah vernakular utk bumiputera lain di Sabah dan Sarawak dengan setiap satu etnik dengan bahasa tersendiri diberikan satu sistem vernakular masing-masing dengan peruntukan setiap satunya RM 50 juta (mana cukup???) Setahun.

      Ia adalah hak yang ditafsirkan dong jiao zhong sebagai hak yg diiktiraf oleh perlembagaan. Maka apabila ia hak yg diiktiraf, kenapa kuta tidak menuntut hak tersebut kepada yg berhak?

      Kami sokong tuan dan sistem vernakukar kadazan 100%.

      Delete
  5. Jangan lupa buka sekolah iban ataupun sekolah bidayuh sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan pandangan di atas. Malah kerajaan Malaysia juga patut buka sekolah vernakular bahasa suku kaum orang asli sekali. Baru adil dan 1Malaysia!

      Delete
    2. Setuju 100%. Semua ada mengikut tafsiran PM mengenai artikel 152.

      Setiap satu perlu diberikan bantuan RM 50 Juta. (Mana cukup RM 50 Juta???)

      Delete
    3. Sokong mulakan gerakan sekolah vernakular melayu, kadazan, iban, .... buat permulaan 3 sekolah vernakular melayu dh cukup utk thn dpn sbb bajet utk sekolah v.cina 50 juta, tamil 50 juta bukan atas perkapita tp lumpsum. Maka klu ada 3 sekolh v.melayu patut 50 juta jge...mcm2 bleh buat bnding sekolh kebgsaan skrg

      Delete
    4. Setuju Tuan Hamba Allah. RM 50 secara lump sump (tetap x cukup) dan bukjan per kapita.

      Delete
  6. Kerajaan perlu ujudkan semula sekolah vernakular Melayu dan juga semua kaum pribumi yang mengundi BN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju Tuan. Peruntukan RM 50 juta setiap sekolah (mana cukup??) Perlu diberikan mengikut tafsir artikel 152 Najib Tun Razak,

      Delete
  7. Ha jgn lupa sekolah vernakular Siam,punjabi,hindustani,portugis,senoii,semai
    Biar semua pakat2 buat sekolah vernakular baru betul lindungi perlembagaan tafsiran dong Zhong ,mca,gerakan dap n pm paling bijaksana donia, lagi bijaksana buat vernakular,hakka,cantonese,teochew,jawa,bugis,rawa,minang,mandeleng Malayalam,sinhalese n tah apa 2 lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap satu perlu diberikan RM 50 juta. Mana cukupkan kalau ikut kalkulator kiasu

      Delete
  8. Bodoh Najib.
    kalau nk kekalkan sekolah vernakular.. bagi kat semua kaum sekali. Suku2 kaum di Sabah Sarawak dan juga Penduduk Asli.. kenapa kaum pendatang dilayang macam raja?

    Najib memang celaka dan bodoh.
    Buat masalah lebih banyak bukan nak selesaikan masalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat setuju dengan pandangan anda! Memang sedih melihat nasib pribumi yang dilayan macam pengemis dalam negara sendiri!

      Delete
  9. Sekolah vernakular di buka pada matlamat asalnya sebagai sekolah di negara asal untuk bagi pendidikan kepada anak2 pendatang, macam kita bekerja di Jepun contoh nya mungkin kita buka kelas mengaji kepada anak2 kita di perantauan.... sampai masanya kita balik .... so kepada diorang yang belajar di sekolah vernakular ini... apa lagi sampai masanya lu orang balik China atau India lah !!!!!!...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg pelik bila ditanya tentang mother land, jari ditunjukkan ke Malaysia. Tapi bila ditanyakan tentang mother tongue, jari ditunjukkan ke negara luar dari Malaysia. Itu pun kerajaan masih mahu layan dengan terus beri peruntukan kepada sesuatu yg bertentangan dengan perlembagaan.

      Delete
  10. Kita kena,kita kena..kita boleh buat apa?keputusan pemimpin buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita boleh buat. Kita boleh tolak sampai rebah pemimpin-pemimpin yang tak mahu ubah!

      Delete
  11. mati nya harimau meninggalkan belang, matinya manusia meninggalkan jasa dan budi, tak salah perupamaan itu,...tapi kalau manusia berbudi tapi membuat kesalahan sedikit tetap diingati walau banyakmana jasa yang dicurahkan. Ingat.

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.