Wednesday, 1 October 2014

Tahniah Najib Tun Razak. Masa Untuk “Walk The Talk”.

Kami mengikuti ucapan Perdana Menteri Najib Tun Razak di PBB. Beliau menyampaikan satu bentuk ucapan mengenai cara mengatasi gelombang ekstremisme di dunia melalui cara yang tersendiri. Ia satu ucapan yang sangat baik dan amat wajar dipraktikkan segera di dalam Malaysia.

Cuma satu perkara yang perlu ditambah mengenai ucapan Najib Tun Abd Razak. Ekstremisme tidak hanya berlaku di dalam agama-agama dunia. Ia turut berlaku di dalam pelbagai bentuk fahaman, ideologi, kecenderungan manusia, kumpulan-kumpulan yang ditubuhkan dengan motif sama dan pelbagai lagi. Punca Ekstremisme ialah hawa nafsu yang tidak terbendung.

Justeru itu, kami sebagai rakyat Malaysia yang menghormati Perlembagaan Persekutuan, mematuhi undang-undang, memegang kukuh Prinsip-Prinsip Asas Rukun Negara dan menghormati hak-hak di dalam bahagian Kontrak Sosial yang diberikan kepada golongan bukan bumiputera di dalam negara, ingin membantu pentadbiran Najib Tun Abd Razak untuk menyemarakkan usaha menentang budaya ekstremisme di dalam negara.

Dengan itu, kami ingin membantu menyenaraikan golongan-golongan ekstremis atau pelampau yang selama ini meletakkan hubungan antara agama dan kaum di dalam negara bagai telur dihujung tanduk.

1.      Pelampau Evangelis Kristian Tempatan
a.      Golongan ini menggunakan sentimen agama yang salah untuk mengajak rakyat beragama Kristian yang selama ini hidup rukun damai dengan rakyat pelbagai agama dan bangsa lain untuk membenci pemerintah melalui penipuan mereka mengenai agama mereka, mengenai perkara yang tidak pernah wujud di dalam agama asal lalu diagamakan untuk kepentingan politik dan mendapatkan pengikut di kalangan umat Islam.

b.      Kenapa mereka dikatakan pelampau?

                                                                          i.      Mereka faham bahawa Artikel 3 (1) Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan dengan jelas, agama-agama lain di dalam Malaysia boleh diamalkan dengan syarat ianya diamalkan dengan cara aman dan damai terhadap Islam.

                                                                        ii.      Mereka memahami bahawa Mahkamah Rayuan pada Oktober 2013 di dalam kes Menteri Dalam Negeri v Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur, Mahkamah menyatakan kalimah Allah bukanlah sebahagian daripada ajaran asas agama Kristian dan perkataan ‘peace and harmony’ di dalam Artikel 3 (1) Perlembagaan Persekutuan adalah bermaksud melindungi agama Islam daripada sebarang bentuk ancaman.

                                                                      iii.      Mereka tutut memahami bahawa Mahkamah Rayuan di dalam kes penghakiman kes Herald menyatakan dengan jelas perkara berikut :
Dalam penghakiman yang dibuat oleh YA Dato Seri Haji Mohamed Apandi B Hj Ali di dalam Mahkamah Rayuan pada Oktober 2013 menyatakan perkara berikut :
[51] For completeness, I note that from a quick research on the history of the language of the Bible, it is clear that the word “Allah” does not appear even once as the name of God or even of a man in the Hebrew Scriptures. The name “Allah” does not appear, even once in either the Old or New Testaments. There is no such word at all in the Greek New Testament. In the Bible world, God has always been known as Yahweh, or by the contraction Yah. That being the historical fact it can be concluded that the word or name “Allah” is not an integral part of the faith and practice of Christianity, in particular that of the Roman Catholic Church.

[52] I do not intend to make this judgment to be a study of comparative religions. The appeal today is not the proper forum. However, I must state that to refuse to acknowledge the essential differences between religions will be an affront to the uniqueness of world religions. To begin with, due recognition must be given to the names given to their respective Gods in their respective Holy books; such as “Yahweh” the God of the Holy Bible; “Allah” the God of the Holy Quran and “Vishnu” the God of the Holy Vedas. 


[53] With the above historical and religious fact, I could not find any plausible reason as to why the respondent is adamant on using the word “Allah” in its weekly newsletter, particularly in its Malay version. Since “Allah” is never an integral part of the faith of the respondent, it is reasonable to conclude that the intended usage will cause unnecessary confusion within the Islamic community and is surely not conducive to the peaceful and harmonious tempo of life in the country. This conclusion is fortified by the fact that the majoritypopulation in this country is Malay and whose religion is Islam. A40 fortiori, under Article 160 of the Federal Constitution, a “Malay” is defined as “a person who professes the religion of Islam, habitually speaks the Malay language, …
”. 1

                                                                      iv.      Mereka memahami bahawa Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Artikel 11 (4) bagi membolehkan negeri-negeri membuat undang-undang bagi menghalang sebarang aktiviti menyebarkan lain-lain agama kepada Islam, tetapi masih berkeras mahu melanggar peruntukan Enakmen Kawalan Agama Bukan Islam di negeri Selangor di dalam Kes Bible menggunakan kalimah Allah di Selangor.

                                                                        v.      Mereka berpakat dengan organisasi politik pendukung gerakan evangelis untuk melanggar serta menimbulkan kemurkaaan DYMM Seri paduka Baginda Sultan Selangor di dalam kes Bible terbabit.


                                                                      vi.      Malah kumpulan ini, menerusi lisan boneka-boneka mereka di kalangan Ahli Parlimen di Selangor untuk mencadangkan konfrontasi dengan Istana Selangor melalui cadangan pengehadan kuasa Sultan ke atas MAIS berikutan isu rampasan Bible di sana. 2

                                                                    vii.      Jika semua alasan ini tidak cukup untuk menunjukkan mereka ini sebagai kumpulan pelampau, apakah perlu sehingga berlaku tindakan ganas baharu terma pelampau dapat disabitkan dengan mereka?

2.      Ekstremis Hawa Nafsu (Pondan, Homoseksual dan LGBT)
a.      Aktiviti homoseksual dan transgender yang melakukan hubungan seks diluar tabiie merupakan satu bentuk kesalahan yang dianggap sebagai jenayah di bawah Kanun Keseksaan negara.

b.      Aktiviti homoseksual ialah satu bentuk aktiviti anti kepada kemanusiaan itu sendiri. Hak asasi paling utama bagi kemanusiaan ialah hak untuk terus berkembang biak dari satu generasi ke satu generasi pelapis. Tanpa kelahiran baru, masa depan kemanusiaan itu sendiri akan terjejas.

c.       Tetapi golongan ini kini mendapat sokongan NUCC, majlis tiada beban batu digalas Perdana Menteri melalui deraf Rang Undang-Undang Harmoni yang dideraf olah Syahredzan Johan, peguam dari Majlis Peguam yang merupakan anak kepada Tan Sri Johan Jaafar, Pengerusi Media Prima organisasi media Pro Pemerintah.

d.      Golongan ini juga mendapat sokongan dari Christopher Leong, Pengerusi Majlis Peguam yang menyatakan bahawa pengamal LGBT dan amalan mereka merupakan sebahagian daripada hak asasi manusia.

e.       Golongan ini turut mendapat sokongan supaya tidak didiskriminasikan oleh Mujahid Yusuf Rawa, salah seolah ahli NUCC.

f.        Golongan ini, meskipun tahu dengan jelas bahawa aktiviti mereka merupakan kesalahan yang dirujuk sebagai jenayah di bawah Kanun Keseksaan, kini bergerak setapak lagi dengan menjemput campurtangan antarabangsa melalui COMANGO dan pihak-pihak luar untuk mempertikaikan ketegasan negara terhadap sebarang aktiviti kemanusiaan songsang di dalam negara.



g.      Golongan transgender perlu ditolong untuk kembali ke pangkal jalan dan bukan dengan menolong mereka terus terlibat dengan jenayah kemanusiaan dengan melanggar hak asasi manusia paling utama iaitu Survival Bangsa Manusia.

h.      Jika tindakan kumpulan-kumpulan ini terus memepertikaikan kedaulatan Malaysia di dalam mentafsirkan apa itu hak asasi manusia sebenar dalam konteks Malaysia tidak dianggap sebagai pelampau, apakah perlu sehingga berlakunya rusuhan golongan homoseksual dan pondan diketuai peguam-peguam tertentu baharulah pemerintah mahu sedar tentang budaya ekstremis mereka ini?

3.      Peguam Ekstremis
a.      Terdapat segelintir kecil pengamal undang-undang (peguam) di negara ini mengambil jalan konfrontasi dengan undang-undang sedia ada untuk menjalankan agenda-agenda yang dikehendaki oleh pemain boneka mereka. Dijumlahkan hanya sekadar 6% dari jumlah keseluruhan ahli profession yang berdaftar, kumpulan pelampau ini sedang menjadikan badan guaman negara sebagai sebuah badan yang sedang dipandu untuk menjalankan kerja-kerja meruntuhkan asas-asas yang telah menjamin keamanan serta keharmonian negara selama ini.

b.      Kini kumpulan ini sedang digerakkan untuk menghapuskan Akta Hasutan 1948 yang merupakan satu-satunya akta perundangan yang efisien serta berhasil melindungi elemen-elemen tiang seri di dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk Majlis Raja-Raja.

c.       Golongan kurang 6% ini, sedang bergerak dan cuba menghasut rakyat supaya membenci undang-undang yang selama ini berjaya meletakkan negara di dalam keadaan aman, damai dan selamat.

4.      Ekstremis Media
a.      Muncul pelbagai media dan portal yang membawakan agenda tangan-tangan luar yang mahukan Malaysia dibentuk mengikut hawa nafsu mereka-mereka yang berada di luar negara.

b.      Media-media ini sentiasa memaparkan laopran yang bersifat menghasut, memfitnah, mencipta kontroversi serta mengadakan perkara-perkara yang boleh menghasut rakyat membenci negara ini.

c.       Media-media ini turut diberikan dana dalam jumlah yang banyak oleh negara-negara luar atas nama agensi-agensi atau pertubuhan-pertubuhan tertentu di luar negara. Pengaliran masuk wang ke dalam media-media ini untuk menjalankan aktiviti ekstremisme pemberitaan juga harus dikekang.

5.      Ekstremis Politik
a.      Perlukah kami menghuraikan tentang ekstremis politik ini? Rasa-rasanya sesiapa sahaja dengan minda yang waras dapat kenal dan tahu apa yang telah,sedang dan bakal diperbuat golongan ekstremis politik ini. Tak perlu kami huraikan.

6.      Ekstremis Liberal
a.      Ekstremis ini mudah dikenal. Mereka secara tanpa malu memperkenalkan diri mereka di hadapan khalayak sebagai golongan moderate (golongan sederhana). Tetapi hakikatnya pandangan-pandangan yang dilontarkan mereka ialah bagi tujuan menjauhkan umat Islam dari amalan Islam yang sebenar.

b.      Mereka-mereka ini terdiri daripada kalangan ahli syarikat swasta yang memakai nama pertubuhan, wartawan-wartawan, menteri-menteri tertentu di dalam kabinet Najib Tun Razak, kalangan-kalangan tokoh tertentu di dalam pembangkang, ahli akademik, peguam-peguam dan ramai lagi.

c.       Mereka ini mahukan agenda mereka untuk meliberalkan segala-galanya mengikut kehendak hawa nafsu mereka supaya tercapai di dalam negara.

d.      Mereka biasa berhujah bahawa murtad itu satu hak, poligami itu satu penindasan, hukum Islam itu ketinggalan zaman, selalu memperjuangkan isu sekular, mahukan negara segera berubah menjadi sebuah republik melalui tindakan-tindakan mereka.

e.       Golongan ini juga harus dikekang kemaraannya oleh pihak pemerintah.

7.      Ekstremis Islamufobia.
a.      Ini juga tidak perlu kami jelaskan dengan lebih lanjut kerana subjek ini sudah menjadi perkara yang saban hari kami sentuh di dalam laman Bangkit.info ini.

b.      Mereka ini mempunyai sifat anti Islam dan Melayu yang menebal.

c.       Mereka membenci Mahkamah Syariah.

d.      Mereka membenci perundangan syariah.

e.       Mereka menolak kewujudan Artikel 121 (A) Perlembagaan Persekutuan.

f.        Mereka menolak kedudukan Islam sebagai Agama Negara di dalam Artikel 3(1) Perlembagaan Persekutuan dengan terus berdegil menyatakan negara ini merupakan negara sekular.

g.      Mereka menghasut rakyat bahawa titah Yang DiPertuan Agong dan mana-mana Sultan Negeri hanya terguna pakai untuk rakyat yang beragama Islam tetapi tidak mereka.

Semua golongan ini sedang mengancam keselamatan dan keamanan yang sedang dikecapi di dalam negara. Justeru itu, apa yang diucapkan oleh Perdana Menteri di dalam ucapannya di PBB tentang usaha menentang serta mengekang golongan ekstremis harus dimulakan segera di rumah kita sendiri iaitu bumi Malaysia.

Harapan kami agar Najib Tun Razak diberikan kekuatan, ilham dan kesedaran untuk melihat golongan-golongan yang disebutkan di atas sebagai golongan ekstremis yang mengancam keselamatan dan keamanan negara.

Harus juga diingat bahawa gerakan ekstremis ini sedang menerobos masuk ke dalam pusat-pusat pengajian tinggi negara atas pelbagai nama dan rupa bentuk. Tindakan segera harus diambil untuk mengekang perkara ini supaya generasi anak-anak kita yang merupakan aset masa depan negara tidak terpengaruh dan terlibat dengan anasir-anasir yang bakal menjejaskan masa depan mereka dan negara.

Survival pemerintah banyak bergantung kepada golongan ini pada masa hadapan nanti. Jika mereka telah dicorakkan dengan pandangan ekstremis, maka survival pemerintah satu masa nanti akan runtuh dengan sendirinya. Sila beri perhatian yang sewajarnya tentang perkembangan negatif ini.


Rujukan :
1)  http://www.kehakiman.gov.my/directory/judgment/file/W-01-1-2010_YA_DATO_SRI_HAJI_MOHAMED_APANDI_BIN_HAJI_ALI.pdf
2)  http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140715/dn_33/Sultan-Selangor-murka-Khalid-Samad
3)  http://www.astroawani.com/news/show/majlis-peguam-gesa-kerajaan-tarik-balik-pengharaman-keatas-comango-28102

4 comments:

  1. Its time work and stop talking!!!!

    Dont only walk the talk but Walk and work and catch all those BASTARD who created all this chaotic political situation.


    One more thing. Najib stop trying to be a nice guy anfd being stupid!!


    Those BASTARDS out there only takes your kindness as weakness!!

    GOT IT???!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. He should starts listening beyond the barrier his con-sultans put up around him.

      He should know by now that people started referring Pak Lah as Einstein just by comparing the way Najib listens to his grass root compares to his predecessor.

      A taxi driver once told me, u can never sooth a raging bull by offering it a bouquet of flowers.

      So, stop pleasing these extremists Mr PM.. the more u r playing nice by not taking appropriate action, the more naik hantu they will be.. they would only stopped once they could refer u as Mantan Perdana Menteri.

      Delete
  2. Kita amat berharap PM bangun daripada mimpi yang panjang dan berhenti berlagak comel dan face the music head on.

    Ah Jib Gor harus sedar bahawa ini bukan masanya untuknya berselfie. Banyak lagi kerja yang perlu dibuat untuk memajukan rakyat selaras dengan Wawasan 2020 yang tinggal kurang lima tahun saja lagi.

    PM harus berhenti syok sendiri 'enough berselfie already' dan mengambil iktibar daripada titah DyMM Sultan Perak semalam!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kita merindui zaman dan era kita mempunyai kumpulan pemimpin-pemimpin yang tegas dan berani kerana benar.

      Sudah hampir sepuluh tahun atau lebih kita menghadapi krisis kepimpinan di mana yang memimpin kita kelihatan terlalu mudah dibuli dan tunduk mengalah.

      Kita akan bersama sesiapa sahaja yang mahu menegakkan keadilan seperti mana yang ditegaskan Allah di dalam al Quran dan As Sunnah. Syaratnya, mestilah mereka berani bertegas dan tidak mudah tunduk dengan tekanan manusia.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.