Monday, 27 October 2014

Tahniah Ah Jib Gor : Ke Arah Melahirkan Malaysia Moden Dengan Warganegara Tidak Tahu Berbahasa Kebangsaan

Apabila akhbar memuatkan statistik yang dikemukakan Professor Teo Kok Seong, bahawa 604 daripada pelajar Cina dan India yang menyertai program PLKN tidak tahu dan tidak faham Bahasa Kebangsaan, Malaysia sekali lagi bakal diangkat sebagai satu-satunya negara di dalam dunia yang mempunyai keunikannya yang tersendiri.



Pujian harus diberikan Ah Jib Gor, Bapa Pelindung Pendidikan Vernakular Malaysia. Sesuatu yang tidak wujud di dalam perlembagaan sekali pun dikatakan wujud untuk melindungi kepentingan pendidikan vernakular di dalam negara.

Oh.. Tidak Faham Rupanya. Banner Mengatakan Mereka Sokong Ah Jib Gor, Tetapi Bila Mnegundi Hanya 5% Sahaja Yang Mengundi Ah Jib Gor.
Malaysia, mungkin satu-satunya negara di dalam dunia yang mempunyai peratusan besar warganegara yang tidak faham, tidak tahu malah terlalu biadab untuk tidak tahu dan faham berbahasa kebangsaan.

Negara maju seperti Jerman, UK dan Australia sendiri tidak senang dengan kewujudan warga-warga yang tidak dapat berasimilasi dengan baik dengan adat dan budaya tempatan. Tetapi di Malaysia ini, golongan yang tidak tahu berbahasa kebangsaan inilah golongan yang paling banyak mengaut keuntungan dalam negara. Mereka menguasai ekonomi dengan pendekatan perkauman mereka.

Mereka melakukan pemulauan budaya kebangsaan secara berstrategik. Memisahkan anak-anak mereka dari berasimilasi dengan lain-lain kaum semenjak kecil sehingga ke peringkat dewasa. Maka, inilah jadinya apabila polarisasi kaum menjadi bertambah parah dengan setiap satu segmen masyarakat tidak memahami sensitiviti masyarakat yang lainnya.

Jelas, sudah tiba masanya sistem sekolah satu aliran diberi penekanan serius untuk diwujudkan segera.

Hanya Najib menjanjikan sistem pendidikan vernakular ini dilindungi Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan tidak. Mereka-mereka yang memahami Perlembagaan tidak. Mereka-mereka yang mahukan sebuah Malaysia yang bersatu padu, saling hormat menghormati dan saling faham memahami tidak. 


Tindakan segera harus diambil sebelum segala-galanya terlambat. Semua ini dilakukan demi masa depan Malaysia yang lebih aman dengan rakyat yang bertolak ansur dan saling faham memahami. Jika tidak faham Bahasa Kebangsaan, bagaimana semua ini dapat dicapai?

Menggunakan magis אברא כדברא (abracadabra - aku cipta apa yang aku sebut)? 

Ah Jib Gor harus berhenti membohongi diri sendiri dan masa depan Malaysia. Keadaan ini adalah sangat kronik.

100% mereka-mereka yang mengaku sebagai warganegara harus diwajibkan sekurang-kurangnya faham dan mampu bertutur di dalam Bahasa Kebangsaan.

Jika tidak mampu juga, jangan terlalu banyak meminta.

Produk Vernakular Ini Menterbalikkan Bendera Malaysia. Untuk Kembalikan Maruah Bendera Yang Dihina, Mereka-Mereka Yang Menterbalikkan Bendera Tersebut, Diterbalikkan Oleh Blogger Satuhala (1)


Kredit Gambar :
(1) http://satuhala.blogspot.com/2013/05/terbalikkan-bendera-apa-hak-legitimasi.html

18 comments:

  1. Dan yang best sekali ialah, kerajaan najib bg peruntukan tahunan untuk membentukj warganegara yg x tau berbahasa kebangsaan. hampeh taik kudo!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wlupun x diiktiraf Perlembagaan dan Najib berdegil juga mahu berikan RM 50 Juta setahun.. Mrk masih kata peruntukan itu tidak cukup.

      Enough is enough Najib. Cukup.. Jgn dilayan lg sebarang bentuk permintaan yg bertentangan dengan Perlembagaan.

      Delete
  2. Boleh sesape check peruntukan tahunan yg putrajaya bg pada sek vernakular ni, dibenarkn olih constitution?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patut MP yg kita lantik persoalkan isu ni masa debat belanjawan di Parliemen. Entah kenapa semua mcm dlm keadaan sawai di sana bila perkara2 yg nampak bertentangan dgn prlembagaan dibentangkan.

      Delete
  3. Prwakilan umno klau dok biar kt najib kau orng adalah pnderhka kpd agama, bngsa, raja dn ngara. So dlm prsdangan bln dpan asak dia btul2 dgn trek rekod dia trutma skali 4 prkara d atas. Klau tengku dh bka pntu kpd pndtng dgn bgitu luas skali smata2 nk jd pm. Tngok apa anak2 cucu pndtang sdng tntut. Takan dok nmpk projek dn hbuan sja dn bla brdpn dgn pmimpin jd pokok duri kman bla d tmpoh kecut. Biar ngara jd milik pndatng krana nk isi tmolok aja. Nk jd mcm amrika dn australia trbukti kdua2 ngara hilang idetiti asal mreka hinga kaum pndtng sdng mmrintah. Bangkit la orang umno jgn smpai anak cucu kncing atas kbur slepas padam. Kuasa pmrintah dlm tngn kau orang. Ubah la !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. 'Prwakilan umno klau dok biar kt najib kau orng adalah pnderhka kpd agama, bngsa, raja dn ngara.'

      Orang UMNO kalau tak mau ubah nanti pasti rebah!

      Delete
    2. Mgkin harta yg dh terkumpul cukup utk tujuh keturunan, maka diorg dh tak berapa kisah utk kehilanagn kuasa nanti. Yg penting terus dapatkn projek selagi hayat politik masih ada.

      Delete
  4. Cukuplah dgn kesilapan lalu. Apa lagi yg mampu kita tinggalkn pd anak cucu kita nanti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi sesetengah org, kesilapan itu satu kecanduan yang amat mengasyikkan utk terus dilakukan.

      Delete
  5. Ben, MUSTAHIL sama sekali mereka boleh lulus SPM - kalau tak boleh cakap sepatah B. Melayu! Makcik syak pelajar lain yg. ambil periksa utk. depa!

    Makcik syak si puak PENDATANG ni mungkin ada IC palsu - sebab kalau belajar BM dari kecil tentu dapat bercakap B. Melayu. KDN mesti masuk campur dan MENYIASAT ni - sebab ini amat MEMBAHAYAkanKESELAMATAN/KEDAULATAN negara serta rakyatnya, sampai PLKN mereka boleh TEMBUS, dgn. jumlah yg. besaq setiap tahun! Yg. Makcik heran tu, awatlah PLKN tu terus tak buat lapuran kat Kem. Pndidikan dan KDN masa tu?!

    Makcik Sambal Belacan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg pelik makcik..i ni dah isu keselamatan negara. Takkan yang bertanggungjawab hanya tersengih baca laporan ni. Sila siasat budak2 ni. Mcm mana diorg boleh lulus,siapa ibu bapa diorg dan di sekolah mana dioorg belajar.

      Kemungkinan yang makcik katakan tu boleh jadi ada. Pihak berwajib kena bertindak secepat mungkin.

      Delete
  6. Alangkah bagusnya kalau semua orang Cina berfikiran dan berkelakuan seperti Prof Dato Dr Teo Kok Seong.
    Al Ghazali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau semua seperti dia, tak akan timbul isu pendatang dsb. Tengok saja bgmana Baba dan Nyonya diserap sebagai bumiputra selepas berasimilasi dgn baik.

      Delete
  7. Kalau orang india tak tahu cakap atau paham bahasa melayu susah nak percaya tapi kalau cina tak tahu/tak nak berbahasa melayu memang aku percaya 110 peratus...mereka ada sifat kiasu tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang rasis sebenarnya. Orang India boleh cakap bahasa kebangsaan ok saja. Orang Cina bila nak jadi orang Malaysia?

      Delete
    2. Adalah tidak adil utk sesiapa sahaja utk tidak bersetuju dengan kenyataan tuan2 di atas.

      Delete
  8. Salam. Klau tk bleh ckp melayu lngsong tp lulus dgn credit bmelayu, ini ckup plek. Bleh trima mngkin orng lain duduk dlm ppreksan spm dn mreka ni msuk scara hram dn guna sjil lhir palsu untk dpt kkenalan. Stuju kdn slidik tngok d mna puncanya jd bgitu. Ini tak bole diam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yg sepatutnya dibuat. Setuju dgn cadangan yang sama dgn apa yang dicadangkan oleh makcik sambal belacan sebelum ni.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.