Saturday, 4 October 2014

Sensitiviti Bukan Islam Dijaga, Sensitiviti Umat Islam Dibuang Ke Lubang Najis

Berita angin sedang bertiup kencang. Buka sahaja laman-laman sosial, berita ini menjadi berita yang sedang dikongsikan sempena Aidul Adha 1435 hijrah.

Kami tidak dapat memastikan kesahihannya selagi belum melihat dengan mata kepala sendiri sebarang pekeliling yang dikeluarkan pihak berwajib mengenai sebarang aktiviti di sekolah. Tetapi kami yakin perkara sensitive sebegini, tidak akan dikeluarkan sebarang pekeliling melainkan diberikan nasihat secara lisan melalui Pejabat Pendidikan Daerah kepada sekolah-sekolah yang mahu menjalankan ibadah korban.

Kita tidak lupa dengan peristiwa apabila Timbalan Menteri Pelajaran, P. Kamalanathan yang mendapat ihsan undi oleh majoriti orang-orang Islam di kawasan Parlimennya, mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan Menteri Pelajaran, Dato’ Idris Jusoh mengenai ibadah korban di kawasan sekolah tidak lama dahulu.

Inilah peliknya Malaysia. Menteri mempunyai kuasa yang lebih rendah dari Timbalan Menteri. Pengerusi PEMANDU, lebih berkuasa dari Perdana Menteri dalam menentukan apa belanjawan yang terbaik untuk PEMANDU berbanding rakyat Malaysia.

Dalam hal ibadah korban di sekolah ini, kami hanya mahu memberi pendapat  di dalam senario jika apa yang diperkatakan itu benar. Perkara yang dikongsikan ialah mengenai berita larangan perkarangan sekolah sudah tidak boleh digunakan untuk ibadah korban mulai tahun ini. Ia dilakukan demi menjaga sensitiviti masyarakat bukan Islam yang majoriti daripadanya tidak mahu menyekolahkan anak-anak mereka di sekolah Kebangsaan tetapi menuntut supaya Sekolah Kebangsaan menurut cita rasa mereka. Mereka mahukan institusi persekolahan menjadi sebuah institusi sekular. Bebas daripada sebarang persangkutan dengan mana-mana agama.

Sebagai sebuah negara di mana Islam dinyatakan jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan dan hanya agama Islam disebut namanya sebagai agama di dalam Perlembagaan Persekutuan, semua organisasi berkaitan kerajaan harus membawa sifat dan perkara ini untuk mencorakkan setiap apa yang berkaitan dengan kerajaan Malaysia di dalam organisasi terbabit.

Islam Agama Negara
Artikel 3 (1) Perlembagaan menyatakan dengan jelas, Islam ialah Agama bagi Persekutuan. Bukan Agama Rasmi, tetapi Agama Bagi Persekutuan. Maksud Agama Bagi Persekutuan ialah negara ini mesti ditadbir di dalam kerangka yang aman dan harmoni terhadap Islam. Perkataan Agama Rasmi, hanya satu pembohongan yang cuba dipaksakan kepada khalayak untuk menelan dan mempercayai bahawa Islam di Malaysia hanyalah untuk upacara dan acara-acara rasmi di dalam negara.

Bukan Islam Boleh Amalkan Agama Lain Tetapi Bersyarat
Perlembagaan Persekutuan membenarkan lain-lain agama diamalkan di dalam negara. Tetapi kebenaran ini adalah kebenaran yang bersyarat. Lain-lain agama dibenarkan diamalkan di dalam negara dengan syarat setiap amalan yang cuba diamalkan di dalam negara ini mestilah bersikap aman dan damai terhadap Islam.

Mahkamah Rayuan di dalam Kes Roman Titular Catholic Archbishop of Kuala Lumpur v Menteri Dalam Negeri dan lain (2013) telah memutuskan perkara berikut :

Artikel 3(1) Perlembagaan Persekutuan telah meletakkan syarat bahawa agama lain boleh diamalkan dengan cara aman dan damai. Perkataan 'aman dan damai" di dalam Artikel 3 tersebut membawa maksud, semua praktis yang diamalkan oleh mana-mana ajaran agama selain Islam mestilah bersikap aman dan damai terhadap Islam.

Tanpa sikap aman dan damai terhadap Islam, semua hak beragama yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan adalah terbatal.

Janji Perdana Menteri Negara Sekular India
Narendra Modi, semasa di dalam kempen perebutan jawatan Perdana Menteri India, menyatakan dengan tegas, jika beliau dipilih untuk menjadi Perdana Menteri, antara perkara awal yang bakal dilakukannya ialah mengharamkan semua aktiviti penyembelihan lembu dan perniagaan daging lembu di India.




Jumlah umat Islam di India ialah 13.4%. Sensitiviti minoriti ini tidak dipedulikan. Hak asasi beragama mereka ini tidak dipedulikan Narendra Modi di dalam kempennya.

Berbeza dengan penganut agama Hindu yang berjumlah 6.3% di Malaysia. Mereka bebas mengamalkan apa sahaja praktis agama mereka tanpa sebarang bentuk halangan. Thaipusam dijadikan acara yang dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan Negara meskipun Malaysia merupakan sebuah Negara Islam.

Semua umat Islam di Malaysia menghormati hak mereka untuk beragama selagi praktis mereka serta kepercayaan mereka masih bersikap aman dan damai terhadap Islam.

Berbeza dengan nasib umat Islam di India yang lebih besar pecahan peratusnya, hak mereka untuk beragama  tidak langsung dihalang.

Kita tidak lupa peristiwa pemusnahan besar-besaran Masjid babri oleh perusuh-perusuh Hindu dan trajedi pembunuhan umat Islam di Gujerat, India. Perkara ini berlaku meskipun India mengisytiharkan negara mereka sebagai sebuah Negara Sekular.

Perkara seumpama ini tidak dibenarkan berlaku di Malaysia kerana umat Islam di sini menghormati hak beragama mereka sebagaimana yang dianjurkan oleh al Quran dan Sunnah.

Dan yang paling penting, meskipun Malaysia ialah sebuah Negara Islam, perkara seumpama itu yang berlaku di Masjid Babri dan Gujerat serta seperti janji Nerandra Modi tersebut tidak berlaku di Malaysia berbanding India yang Sekular.

Sensitiviti Minoriti Bukan Islam
Satu hakikat, hanya segelinitr ibubapa bukan Islam menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Kebangsaan. Mereka menjadikan alasan Sekolah Kebangsaan dicorakkan dengan pendidikan dan cara pentadbiran yang menyelitkan unsur-unsur Islam seperti bacaan doa, adanya bacaan Yaasin setiap kali musim peperiksaan, ibadah korban dan sebagainya yang dijalankan di kawasan sekolah.

Tetapi semua ini cuma alasan semata-mata. Dahulu mereka menolak untuk menghantar ke Sekolah Kebangsaan kerana tulisan jawi yang digunakan. Tulisan Jawi dikatakan mereka ialah satu percubaan mendekatkan anak-anak mereka kepada penyebaran agama Islam. Lalu satu keputusan diambil oleh salah seorang menteri di dalam parti pemerintah pada ketika itu untuk menukarkan tulisan jawi kepada tulisan rumi sebagai salah satu tulisan utama Bahasa Melayu. Alasan yang diberikan ialah untuk memudahkan Bahasa Melayu menyerap perkataan-perkataan baru yang terhasil dengan perkembangan teknologi. Umat Islam merelakannya atas dasar tolak ansur.

Tetapi apakah sebaik tulisan itu ditukar mereka mengambil keputusan mengeluarkan anak-anak mereka dari sekolah-sekolah vernacular? Tidak sama sekali. Malah lebih teruk penerimaan mereka kepada Sekolah Kebangsaan.

Jadi apabila isu ini korban di kawasan sekolah ditimbulkan oleh satu dua orang ibubapa yang mindanya sentiasa bersikap perkauman dan tidak dapat memahami bahawa praktis agamanya hendaklah tidak bersikap tidak aman terhadap Islam, maka kenapa tiba-tiba Kementerian Pendidikan menjadi gelabah biawak dengan mengambil tindakan sedemikian rupa?

Kenapa? Semuanya kerana undi bukan? Sembahlah peti undi itu dan tawaf sahaja peti undi itu setiap kali musim haji. Inilah jadinya jika umat Islam berpecah. Sudahlah berpecah, dipimpin oleh mereka-mereka dengan tembolok mengalahkan tembolok Sang Garuda.

Menyekularkan Sekolah Kebangsaan Di Dalam Negara Islam Malaysia
Kini Sekolah Kebangsaan sedang menjalani proses pensekularan secara deras. Tolong beritahu, di mana tempat terbaik untuk mendidik rakyat Malaysia semenjak mereka kecil tentang hakikat bahawa Islam ini adalah Agama Negara? Jika bukan di sekolah-sekolah kerajaan, di mana lagi ia perlu dilakukan?

Bagaimana mungkin untuk menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa hakikat Islam sebagai Agama Negara dan kedudukannya lebih tinggi daripada semua agama di dalam negara jika bukan melalui pendidikan awal di sekolah? Bagaimana untuk menunjukkan kedudukan Islam lebih tinggi dari semua agama di dalam Perlembagaan sekiranya praktisnya tiada dan sekolah milik kerajaan pula sentiasa dangan segala kebaculannya tunduk kepada desakan demi desakan super minoriti kecil yang menyekolahkan anak-anak mereka di sana? Kenapa tidak mahu belajar dengan kes penukaran tulisan jawi dahulu?

Bukanlah kita memaksa mereka melihat ibadah korban itu dijalankan. Kita sendiri terpaksa melihat pada kala tertentu saban tahun perarakan dan tindakan-tindakan praktis agama berdarah yang mungkin juga menimbulkan trauma kepada anak-anak kecil yang berarak hingga ke hadapan rumah ramai di Antara kita, tetapi apakah umat Islam membuat bising tentang perkara tersebut? Sedangkan mereka mempunyai hak untul berbuat demikian dan Perlembagaan Persekutuan membenarkannya jika apa-apa praktis dilihat sebagai tidak bersikap aman damai terhadap Islam.

Jaga Sensitiviti Bukan Islam, Sentitiviti Umat Islam Pula Boleh Dibuang Ke Lubang Najis?
Dalam kekalutan kalangan penyembah dan pentawaf peti undi ini menjaga sentiviti kalangan bukan Islam di dalam penjagaan sensitiviti yang tidak sepatutnya, sensitiviti umat Islam pula disumbatkan mereka ke lubang najis.

Lihat sahaja dengan komentar-komentar yang dikeluarkan dari kalangan umat Islam sendiri ketika penganjuran Pesta Arak besar-besaran OktoberFest bakal dijalankan di dalam sebuah negeri yang diperintah oleh seorang Sultan sebagai Ketua Agama Islam. Kata mereka, itu merupakan hak golongan bukan Islam untuk meminum arak atau menganjurkan sebarang pesta berkaitan arak.

Seorang jurucakap tidak rasmi bagi golongan kafir pemabuk, YB Khalid Samad menyatakan perkara berikut :

“Islam mengiktiraf bahawa arak tidak merupakan sesuatu yang haram mengikut ajaran agama mereka.
“Tambahan pula pesta kemuncak yang akan diadakakan di Petaling Jaya itu adalah di kawasan majoriti bukan Islam.
“Apatah lagi jika mahu dibandingkan dosa arak dengan syirik, sebenarnya dosa syirik lebih besar berbanding arak, namun gereja dan kuil tetap dibenarkan,” (1)
YB Khalid Samad mungkin terlupa bahawa larangan meminum minuman keras yang memabukkkan itu ditujukan Allah kepada sekelian manusia. Tetapi kenyataannya itu tidaklah mengejutkan. Beliau sendiri merupakan YB Islam pertama mengadakan lawatan kerja ke kilang Carlsberg (2). Ia berlaku semasa awal mereka mentadbir Selangor bagi pihak kuasa yang dianugerahkan Sultan. 

Tetapi oleh kerana gerakan dakwah tidak cukup kuat untuk mengajak golongan bukan Islam kepada Islam di Selangor, maka jadilah keadaannya terdapat ramai golongan bukan Islam masih kekal dengan agama asal mereka di sana.

Oleh sebab, mereka masih berada di dalam agama asal mereka, maka terpulanglah kepada mereka untuk minum apa sahaja, minuman kopi tenaga dengan racun berjadual, minuman berkarbonat, todi, tuak, samsu haram, bisa ular*, racun* atau apa sahaja perkara yang boleh disumbatkan ke dalam tekak dan boleh ditelan dan tidak mengakibatkan kematian. Tetapi untuk perkara yang membahayakan kesihatan akal dan tubuh, mereka perlu lakukannya di dalam tempat tertutup dan bolehlah dilakukan di rumah mereka sendiri.

Mereka harus faham sesuatu yang bertentangan dengan Islam yang dilakukan pada taraf pesta dan dilakukan secara besar-besaran seperti Oktoberfest ini sangat mengganggu sensitiviti umat Islam.

Jika di dalam kes korban di sekolah tadi, pentadbiran kerajaan boleh mengeluarkan nasihat lisan kepada pihak-pihak sekolah supaya tidak mengadakannya di sekolah atas isu sensitiviti golongan minoriti Islam. Tetapi, kenapa pula di dalam isu Oktoberfest ini, sensitiviti umat Islam yang mahukannya supaya tidak dijalankan secara terbuka dan pada taraf pesta tidak dipedulikan?

Beranikah YB Khalid Samad Memberikan Jaminan Keselematan Bila Ribuan Pemabuk Keluar Ke Jalan Raya Semasa Oktoberfest ini?

Bolehkah YB Khalid Samad menjanjikan dengan pasti bahawa semua yang menyertai Oktoberfest ini pulang dengan selamat dan tidak terlibat dalam sebarang kemalangan yang meragut jiwa terutamanya umat Islam dan bukan Islam yang tidak berdosa kerana kes memandu dalam keadaan mabuk?
Bacalah kisah penderitaan Jacqueline Saburido, seorang anak gadis manis yang diragut kehidupannya setelah keretanya bersama beberapa orang rakannya dilanggar oleh pemandu mabuk.
Laman web http://www.facesofdrunkdriving.com/, memperkenalkan kes Jacquiline Saburido dengan ayat berikut.

Jacqueline Saburido was taking a break from college when she came to the United States to study English. She had been in Texas for less than a month when the crash occurred that changed her life completely.
The drunk driver who hit her got seven years. She got life.






Sensitiviti Umat Islam Ialah Sensitiviti Bertempat.
Sensitiviti umat Islam ialah sensitiviti bertempat. Jika langsung tidak mahu mengambil peduli tentang nasib mangsa-mangsa kemalangan jalanraya seperti Jacquiline Saburido tersebut, maka entah apalah yang wujud di dalam mata fikir mereka semua ini ketika galak berdegil tetap mahu menganjurkan pesta arak tersebut.

Berapa banyak lagi mangsa kemalangan yang harus menanggung seksa seumur hidup hanya kerana segelintir tidak dapat menahan nafsu minum.


Akhirnya yang menjadi korban pada bulan Dzulhijjah yang mulia ini ialah umat Islam, sensitivti, maruah mereka sendiri di dalam negara yang menyatakan dengan jelas Islam sebagai Agama Negara dan mangsa-mangsa kemalangan dan perpecahan keluarga yang tidak berdosa hanya kerana segelintir pihak mahu berkeras mahu mengadakan pesta minum arak secara besar-besaran.


* Menurut Bible, salah satu cara untuk membuktikan orang-orang Kristian benar-benar beriman dengan Jesus ialah mereka berkemampuan menghalau syaitan, bercakap di dalam lisan asing dan mampu menelan bisa ular tanpa memudaratkan diri mereka. Ia dicatatkan di dalam Mark fasal 16 ayat 17 ke 18 seperti di bawah:


And these signs will accompany those who believe: In my name they will drive out demons;they will speak in new tongues; they will pick up snakeswith their hands; and when they drink deadly poison, it will not hurt them at all; they will place their hands on sick people, and they will get well.” (Mark 16 : 17 to 18)
Malangnya tidak seorang pun golongan pelampau Evangelis yang sibuk mahukan nama Allah membuktikan kepada pengikut-pengikut mereka bahawa mereka sudah cukup kuat beriman dengan Jesus dan racun serta bisa ular tidak mampu mengapa-apakan mereka. Sehingga ke hari ini, belum terbukti yang mereka punyai tanda-tanda bahawa mereka adalah golongan yang beriman dan percaya kepada agama mereka.Jadi tidak perlu percaya kepada tuntutan mereka selagi mereka tidak dapat membuktikan bahawa tanda-tanda sebagai seorang Kristian beriman ada pada diri mereka.



Rujukan :

10 comments:

  1. Pesta arak Selangor bersempena Bulan Haji dan di sambut di dalam negeri di Malaysia. Pas sokong pesta arak yang haram dan dalam masa sama mereka menghina bulan suci Umat Islam.

    Sultan Sel. dan kerajaan pusat bahawah nasihat agung tiada kuasa ? Bayangkan arak dalam tin dan botol di jual harga murah ! Anak2 Melayu semakin mempluralkan / sudah murtad dan bakal murtad, bayangkan apa akan berlaku ?

    Melayu boleh sahaja bertindak. Kuasa undan2 boleh di selaraskan !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Situasi kini dikalangan umat Islam, mereka sedang marah dgn pemegang-pemegang amanah kuasa yg diberikan oleh umat Islam.

      Tuan Maae, kita punya Perlembagaan, Kita punya Undang-Undang, Kita Punya Prinsip-Prinsip Asas Rukun Negara. Tapi semuanya mudah diludah sesuka hati oleh kumpulan anti perpaduan dan keharmonian atas kehendak nafsu mereka sendiri.

      Umat Islam sedang marah. Benar-benar marah. Sangat-sangat marah.

      Jika tidak dibendung, kemarahan boleh jadi tidak terkawal. Adalah waras bagi pihak berwajib melihat keadaan ini yang tidak sihat kepada masa depan negara.

      Tidak ada guna mempunyai pelan PEMANDU yang gah atas kertas, tetapi huru hara keadaan negara di atas jalanraya.

      Inilah kebodohan teragung kerana terbuai statistik harapan ketika mana harapan itu hanya menjanjikan kehancuran lekas dalam negara.

      Pemimpin2 negara. Cepatlah sedar. Masih ada masa berbaki.

      Sebaik PRU 14 tamat jika keadaan ini tidak diperbaiki, tiada lagi jalan untuk kembali.

      Delete
  2. Hampir semua kejahatan adalah bermula dari mabuk... Arak , todi, dadah, samsu, tuak dll....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju.. tapi Khalid Samad punya idea lain tentang punca kejahatan tersebut.

      Delete
    2. Khalid Samad selalu sangat makan kat restoran cina kut? Tu yang lupa cerita pasal lelaki mabuk yang merogol dan akhirnya membunuh!

      Delete
    3. Itu semua tak penting bg dia. Yg penting, kalau itu kehendak golongan kafir, benarkan shj.

      Delete
  3. Kalau benarlah aktiviti Ibadah Korban tak boleh buat dekat tempat umum macam kawasan Sekolah, Putrajaya harus bersikap menyeluruh (nak kata adil memang tak adil dahsebab membelakangkan Islam Agama Persekutuan, yang berdiri tidak sama malah lebih tinggi daripada 'lain-lain agama') dan mengharam aktiviti ka#adi di tempat & kawasan umum-khasnya jalanraya. Kesian kat anak-anak kita yang trauma tengok self mutilation dan darah!

    Bolehkah Putrajaya bersikap menyeluruh atau sekali lagi orang Muslim juga yang akan dipinggirkan?

    Wasatiyah apa ni Dato Seri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasatiyah dlm konsep meletakkan Islam dan praktisnya dlm kedudukan sederhana dan yg bukan Islam ditonjolkan ke depan dan diraikan sebagai agenda negara.

      Islam perlahan2 disumbatkan ke dalam kotak.

      Delete
  4. Pas sudah bisu teruih. Tada ulamakkah atau dah jadi setan bisu.
    Bila orang alim ulama mengejar kuasa, apa lagi, kita takut kehancuran. Pas mampuih takpa. Kita tak peduli pun

    ReplyDelete
  5. LEBIH BAIK PILIH PAS JADI PEMIMPIN DARI PILIH B.N CINA....HARAMJADAH

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.